saya pun dah mula kecewa dengan internet marketing sejak beli Visa Jutawan 4 hari lepas.
Saya dah 4 hari join Visa Jutawan ni...setakat ni banyak masalah yang timbul berkenaan akaun visa jutawan masih tidak dapat diselesaikan. Tidak berbaloi dengan harga RM350 yang di tawarkan.
Affiliate saya pun masih tidak berfungsi, bila saya email technical@visajutawan semalam, 1 patah haram tak di balas.
Tak caya korang klik aku punya link
www.visajutawan.com/my/nasa_nyer.html
(Demi Allah saya tak menipu, klik check tengok). Bila saya klik, laman web yang tertulis benda ni akan keluar:
Not Found
The requested URL /my/nasa_nyer.html was not found on this server.
Additionally, a 404 Not Found error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.
Email berkenaan domain saya pun tak di balas. Takkan laa takda masa langsung nak check email. Takkan laa Mas Dino buat kerja sorang je.
Saya juga ada YM dengan Mas Dino, beliau berkata suruh saya email technical@visajutawan, sampai sekarang 3 email yang sama saya hantar (takut tak sampai). Haram tak balas-balas. Tak masuk beberapa masalah lain lagi seperti di atas.
Nak download ebook pun lambat. Bagi saya tak berbaloi dengan harga RM350. Slow nak mampos. Sangkut-sangkut. Saya pun ada beli juga ebook yang harganya RM67, RM37, tapi donwloadnya amat bagus. Sekejap je setel.
Saya bukan nak burukkan sesiapa. Sebab saya email tak balas, saya rasa dekat 5-6 email. Haram 1 pun tak balas. So saya masuk la dalam forum ni..Lagipun forum ni si Razif yang buka, dia banyak tolong saya. Dia yang tolong saya berhubung dengan Mas Dino, kalau saya sendiri kontek Mas Dino, rasanya macam pandang sebelah mata je.
Saya minta maaf kalau luahan saya ni tidak menyenangkan. Tapi inilah hakikatnya. Saya tak promote link saya. Demi Allah. Cuma nak buktikan yang Visa Jutawan punya khidmat lepas jualan masih belum tahap yang memuaskan. Saya bayar RM350 sebab di minta berbuat demikian dan saya percaya akan kredibiliti dan keupayaan Mas Dino dalam mengurus sistem Visa Jutawan dan kehebatanannya sebagai jutawan blog tidak boleh dipertikaikan. Tapi bila jadi macam ni, saya rasa macam tak percaya, Visa Jutawan yang hebat dalam salesletternya jadi amat lemah bila dah bayar RM350.
Blog yang dijanjikan 3 hari bekerja pun ntah ke mana. Kalau ebay dah lama kena negative feedback. Kalau tak mampu nak siapkan 3 hari. Tulis dalam sales letter tu waktu yang sepatutnya. Saya boleh tunggu. Mana yang lebih baik antara 2 perkara di bawah:
1. Cakap siap dalam 3 hari, tapi sebulan baru siap. Atau..
2. Cakap siap dalam masa 7 hari, tapi 6 hari dah siap
Antara 1 dan 2, mana yang korang prefer.
Andai kata berlaku gangguan sistem, tukar server ke, tukar hosting ke, mass virus attack ke. Sila maklumkan kepada saya (kami), baru kami tidak tertunggu-tunggu. Ini diam je. Takda maklumat. Yang datang email-email autoresponder je.
Saya harap pihak Visa Jutawan prihatin akan hal ini. Razif, sori aku hijack thread ko. Kalau aku buka thread lain mungkin tak di layan kot. Sebab aku bukan pro-IM macam ko. Boleh kontek bila-bila masa dengan Mas Dino. Aku sms dia pun tak balas. Ko je banyak tolong aku. Thanks Razif.
Kepada pihak Visa Jutawan, sila selesaikan masalah saya seberapa segera. Saya dah tak sabar nak mengorak langkah menjadi jutawan melalui Visa Jutawan. Saya amat komited dalam kerja, tapi kalau sistem tak jadi, takkan laa saya nak datang pusat visajutawan baiki?
Servis selepas jualan amat penting.
Terima kasih
nasa_nyer
IM (ke?) kelas ketiga
P/S: Kenapa kelas ketiga? Sebab saya tak dapat kontek IM hebat secara direct, kalau kontek direct sure tak di layan. Padahal anda di bayar untuk itu.