Akaun media sosial Mark Zuckerberg dengan kata laluan 'dadada' digodam

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1



US - Beberapa akaun media sosial milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg digodam.

Laporan Sydney Morning Herald mengatakan Mark menggunakan kekuatan kata laluan yang lemah, termasuk kata laluan 'dadada' pada akaun LinkedIn.

Akaun Twitter Mark juga digodam apabila pengodam memaparkan kata laluan akaun LinkedIn Mark.

Manakala, akaun Pinterest Mark pula telah diubah dengan grafik dan tulisan 'Hacked By OurMine Team'.

"Hey, kami cuma menguji sistem kawalan kamu. Hubungi kami!" kata pengodam, OurMine.

Sementara itu, jurucakap Twitter menggalakkan pelayar laman sosial menggunakan kata kunci yang kuat.

Bulan lepas, LinkedIn mengaku kecurian data yang berlaku pada 2012 telah memberi kesan yang tidak disangka pada tahun ini. - Sinar
 
Top