Ahh sudah.. subsidi dimansuh pulak mulai tahun ni...

lutfee

Senior
Joined
Sep 30, 2007
Messages
2,578
Points
38
Subsidi dimansuh

Oleh Norfatimah Ahmad dan Syuhada Choo Abdullah
[email protected]
2010/05/28


KUALA LUMPUR: Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.
Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

“Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,” katanya.

Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong. Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya.

Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.

Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.

Pada masa sama, rasionalisasi subsidi petrol juga dicadang memberi rebat tunai sebanyak RM54 kepada pemilik motosikal yang kurang 250cc, manakala kereta kurang 1,000cc mendapat RM126. Diskaun 20 peratus juga diberi untuk tambah nilai kad Touch n G0 bagi transaksi melebihi 80 sebulan.

Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang pendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik (RM35.9 bilion), tol (RM3.7 bilion), makanan (RM8.5 bilion).

Idris berkata, kerajaan juga akan mengurangkan pembaziran dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan dan kesihatan yang boleh menjimatkan sehingga RM16.3 bilion dalam tempoh sama.

Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan rasionalisasi itu bergantung kepada keputusan Kabinet


rujukan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Subsididimansuh/Article/
so apa pendapat korang. setuju ker?
anyway, statement mengatakan negara akan bankrup?
bankrup sbb apa kalau xsbb rasuah dan kroni...
ada blok minyak, let go ke brunei...
aduhla...
 

mfahmi

Newbie
Joined
Dec 22, 2006
Messages
1,399
Points
36
:(

subsisdi dimansuhkan bukan negara jimat..tp mereka yang atas makin kaya..hoho rakyat yang miskin makin miskin..jangan marah..nanti kena jual ..hahaha

.
.
.
 

zakeri

Senior
Joined
Oct 20, 2008
Messages
4,854
Points
38
ini semua "permainan" mereka di atas...

mesti tak jadik......

politik beb......
 

PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
inilah akibatnye....
org yg diketuai tidak mempunyai sebarang "knowledge" dalam pentakbiran.../ekonomi/etc...

perfect yg bole handle negara aku rasa Tun.M ... knowledge die memang kaw2 punye bab2 ekonomi
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
Dulu masa zaman TDM, pernah undang orang korporat masuk kabinet, iaitu Tun Daim.

Skrg ni, Idris Jala pulak...

Harap2 semuanya ok......
 

Abu Hanis

Senior
Joined
Oct 9, 2007
Messages
2,248
Points
38
“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong.
hmmm... tak faham saya...
masa harga minyak naik... naikkan harga minyak...
masa harga rendah pun nak naikkan juga...
tak tahulah ilmu ekonomi jenis apa ni...
kalau ujian memang gagal lah jawabnya...
dua soalan yang bertentangan tapi jawapan sama...
soalan 1. Apa nak buat jika harga minyak rendah?
soalan 2. Apa nak buat jika harga minyak tinggi?
jawapan satu sahaja : Naikkan harga minyak :(

p.s: maaf ler saya memang tak belajar ekonomi :(
 

PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
potong elaun datuk2...

pakai keta saga BLM jer :)
tu lah pasal....

selepas tun M... fokus dgn Islam hadhari die..

yg skang fokus dgn 1Malaysia die...

adeh... yg selepas nie ape plak...?

1Bumi...... :D

deiiiii... kasi setel itu kerja naik taraf ekonomi la deii...

setel itu kurap-suion ...
 

Kasimo Aloi

Newbie
Joined
Feb 7, 2007
Messages
5,352
Points
38
kerajaan dapat jimat

rakyat???

kena lebih banyak berbelanja...

takpe...

yang penting kerajang tidak tanggung hutang dan "mereka"
akan menjadi kaya raya
 

Rexx99

freshman
Joined
Dec 26, 2008
Messages
111
Points
16
Age
28
pandai tol ler k'jaan wat cite...
korang x rase plek ke...
asal tetibe je timbul isu ni...
kalo awal dh tau jadik cemgini....
wat pe buat subsidi...
xkan arr xde langsung pakar ekonomi yg xterfikir langsung psal mende ni sblm dilaksanakan....
Persoalannyer skang asal bru skang nk timbul isu ni...diorang x kaji lu ke mende ni....?
:mad:
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
pandai tol ler k'jaan wat cite...
korang x rase plek ke...
asal tetibe je timbul isu ni...
kalo awal dh tau jadik cemgini....
wat pe buat subsidi...
xkan arr xde langsung pakar ekonomi yg xterfikir langsung psal mende ni sblm dilaksanakan....
Persoalannyer skang asal bru skang nk timbul isu ni...diorang x kaji lu ke mende ni....?
:mad:
IMO.. ada 2 kemungkinan

pertama.... yang buat subsidi dan yang nak batalkan subsidi adalah orang yang berbeza... adatlah.. sama2 pakar pun tak semestinya sehaluan... macam bab2 agama jugak la... masing2 ada mazhabnya

kedua... sehebat2 pakar pun, mereka tetap bernama manusia. manusia hanya mampu merancang.. kadangkala tak semua perancangan kita releven sepanjang zaman
 

Dogol

freshman
Joined
Dec 3, 2009
Messages
436
Points
0
hmmm... tak faham saya...
masa harga minyak naik... naikkan harga minyak...
masa harga rendah pun nak naikkan juga...
tak tahulah ilmu ekonomi jenis apa ni...
kalau ujian memang gagal lah jawabnya...
dua soalan yang bertentangan tapi jawapan sama...
soalan 1. Apa nak buat jika harga minyak rendah?
soalan 2. Apa nak buat jika harga minyak tinggi?
jawapan satu sahaja : Naikkan harga minyak :(

p.s: maaf ler saya memang tak belajar ekonomi :(
jual aja fuel saver donk....alfulusu fid dunnia, wal marmpossu fil akhirah sapaerti bicara pak ustaz yg kudengar di tv tiga suku
 

Dogol

freshman
Joined
Dec 3, 2009
Messages
436
Points
0
subsidi turun?
minyak naik?

apa susah2! main aja judi bola bulan Jun nanti! bisa kaya donk! gak perlu pening2 main IM hihihihohoho
 

Cikgu Yas

Newbie
Joined
Feb 9, 2010
Messages
261
Points
0
pandai tol ler k'jaan wat cite...
korang x rase plek ke...
asal tetibe je timbul isu ni...
kalo awal dh tau jadik cemgini....
wat pe buat subsidi...
xkan arr xde langsung pakar ekonomi yg xterfikir langsung psal mende ni sblm dilaksanakan....
Persoalannyer skang asal bru skang nk timbul isu ni...diorang x kaji lu ke mende ni....?
:mad:
Dulu subsidi ini merupakan salah satu [email protected] hayat BN, tapi sekarang nie bila umpan habis ikan tak dpt naik berang la .... kantung makin kecil @ kuasa pun makin susut.

So depa rasa dah tak releven ....

TAPI harus DIINGAT ugutan yg sama akan berulang
"jika rakyat sokong kami ... insyallah subsidi akan dipertimbangkan" .........

Persoalannya siapakah yg memperkenalkan subsidi?
Apakah tujuan sebenar subsidi?
Siapakah yg mendapat manfaat subsidi dulu, kini & selamanya?

fikir-fikirkan .....
 

Hakim Najili

Senior
Joined
Nov 17, 2009
Messages
1,813
Points
0
sy menyokong kata2 Datuk Idris Jala, sbb dia bukanlah ahli politik, dia dilantik bukan dia yg nak jawatan sekarang nie.

track rekod dia pun bagus dgn MAS dulu, selepas MAS mengalami kerugian dia buleh buat untung pula selepas setahun lead MAS

pada saya, Idris Jala mempunyai maksud yang tersirat


"Jika negara dipandu oleh orang2 yang tak berkelayakan dan rasuah masih terus berleluasa, negara akan bankrap jika terus memberi subsidi"


P/S : kesian pada Idris Jala, dia punya track rekod baik = wangi. Tapi dia telah termasuk dalam 'golongan yang hanya tahu nak duit' = busuk. Dengan Idris Jala sendiri terpalit...
 
Top