adobe photoshop

Joined
May 18, 2013
Messages
23
Likes
1
Points
3
Offline
#1
assalamualaikum rakan2 yang dikasihi......

Adik newbie nak tumpang tanye kat mana ade kedai boleh beli sofware pirate
adobe photoshop....Dulu ade kedai tue kat bangi, sekarg dah tutup...

harap ada abam2 otai rekemen mana nak beli sofware tue...dah cari yg free download
tp tak bole...

sekian terima kasih....
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#2
Saya tak setuju dengan ada Ustaz-ustaz yang kata tak pe guna software pirate bila kita pelajar dan tak mampu beli. Setiap orang ada hak, orang kafir yang buat adobe photoshop tu pun ada hak dia. Beli yang pirate, maknanya kita nafikan hak mereka. Tak adil lah. Islam kan adil.

Tapi, katakanlah dah ramai ustaz-ustaz yang kita tanya, semuanya kata tak pe ambil pirate atas sebab-sebab tertentu.

Di sini saya nk ingatkan, dalam Islam ada satu konsep yang dipanggil barokah (البركة) atau dalam Melayunya berkat. Rezeki yang berkat ini, sikit pun rasa cukup dah.

Rezeki yang tak berkat ini, duit kertas bertimbun dalam almari pun rasa tak cukup, hidup gelisah dan kena tangkap polis.

Boleh jadi dengan guna adobe photoshop pirate ni, kita boleh buat banyak benda, dan boleh buat duit. Tapi apabila tak berkat, kita akan rasa tak cukup je. Atau boleh jadi bila kita belajar banyak2 pun tentang, selalu lupa. Boleh jadi sebab tak berkat lah bukan sebab Melayu mudah lupa.

Ingat roti yang kita beli dekat kedai rasa sedapnya mungkin sama je dengan roti yang kita curi. Tapi, tahukan...

Dulu masa, orang Malaysia memang miskin, nak beli photoshop memang mahal sangat berbanding dengan taraf hidup masa tu. Tapi sekarang, taraf hidup kita dah tinggi, tengok telefon anda, android atau iphone, berapa harganya? Agak2 boleh tak, jual smartphone tu, beli phone murah sikit, duit lebih guna wat beli photoshop?

Penyelesaian yang terbaiklah saya rasa guna Open Source yang kebanyakannya percuma.

GIMP - alternatif kepada adobe photoshop untuk manipulasi photo
Inkscape - alternatif kepada adobe illutrator untuk vektor grafik
Blender - alternatif kepada software 3D

Semua produk2 ini digunakan oleh orang-orang professional.
 
Top