Adik temui mayat abang di belakang rumah

Joined
Jan 18, 2013
Messages
141
Likes
0
Points
16
Offline
#1
TASEK GELUGOR: Seorang lelaki menemui mayat abangnya dalam semak berhampiran rumah abangnya itu semasa beliau datang berkunjung di Labuh Banting di sini hari ini.

Mayat Mohd Napiah Ramli, 45, ditemui adiknya Isa, 30-an, pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan sudah berulat kerana dipercayai meninggal dunia lebih dua hari lalu.
Menurut kakak iparnnya, Halimah Hamzah, 50-an, Mohd Napiah menghidap sawan dan tinggal seorang diri di rumahnya sejak beberapa tahun lalu.

"Isa yang tinggal di Pendang, Kedah datang ke rumah abangnya tetapi abangnya tidak ada dalam rumah. Dia kemudian pergi ke kawasan semak di belakang rumah untuk membuang air kecil dan terkejut melihat abangnya dalam keadaan terlentang," katanya.


Halimah berkata beliau juga tertunggu-tunggu kedatangan adik iparnya itu kerana sudah dua hari tidak datang mengambil makanan di rumahnya seperti biasa.


"Selalunya dia akan ke rumah saya yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil nasi tetapi tidak berbuat demikian sejak dua hari lalu. Saya ingatkan dia ke Balik Pulau kerana dia juga sering ke sana seorang diri," katanya.

Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/
 
Joined
Oct 24, 2013
Messages
208
Likes
0
Points
0
Offline
#2
Assalamualaikum, kwn2, support boleh ? sy tengah kumpul dana untuk projek pembangunan komples bangunan tahfiz akademi utk sekolah rendah. siapa yg berkemampuan sgt2 dialukan untuk memberi kan sedikit sumbangan waqaf. kita bagi sikit, tapi ganjaran pahala hingga ke akhirat nanti. berkekalan.



boleh layari website rasmi sy di www.waqaftahfizonline.com. atau contact sy terus di facebook www.facebook.com/WaqafTahfizOnline
 
Top