Adakah Idea ICT Anda Bernilai RM 150,000?

Joined
Dec 12, 2006
Messages
246
Likes
2
Points
18
Offline
#1
Salam untuk wangcyber members.......

Pertama sekali, anda mungkin pernah terjumpa iklan di bawah ni dalam newspaper...... tapi rasanya tak ramai yang ambil pusing sangat. Kalau tak pernah terserempak dengan iklan ni, sila baca keratan iklan kat bawah...... manalah tau kalau tengah memboikot mainstream media ke.... hehehehehe <== (ni dalam nada usik mengusik ni.....jangan marah ye)



Kenapa saya buka topik ni ..... sebab saya dah menghadiri Bengkel yang dianjurkan pada 3 Feb hari tu kat KL Sentral dan berpendapat ianya sangat bagus dan berkaitan dengan minat warga Wangcyber secara umumnya.

Secara ringkasnya, program ini dipanggil Pre-Seed Fund, salah satu cabang program dibawah MECD. Program ni lebih kepada pembangunan produk berkaitan ICT.

Kenapa dipanggil Pre-Seed Fund? Sebab pihak MSC akan memberikan bantuan kewangan berjumlah RM 150K untuk membangunkan dari idea sehingga peringkat yang MSC panggil sebagai prototaip ==> kalau produk fizikal tu kita panggil prototype stage lah..... kalau pembangunan software or internet application tu sampai complete beta test le kot (tak berapa pasti term yang digunakan untuk software developer ni.....)

Yang lebih menarik, Fund ini termasuk RM 2,500 untuk belanja pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. yang akan diberikan sebaik saja permohonan diluluskan. RM 2,000 juga diberikan untuk memohon status MSC.

RM 150K ini juga termasuk elaun sebanyak RM 1,500 untuk sehingga 5 orang ahli pasukan --- tak bolehlah anda sebagai pemohon utama nak ambik lebih sebab nilai elaun tu dah ditetapkan.

Pembayaran balik...... anda perlu membayar balik RM 150K tu bila produk yang dihasilkan memberikan pulangan bernilai RM 1 juta dalam jangkamasa 3 tahun....... kalau tak mencapai tahap tu..... ianya dianggap sebagai grant....tak perlu bayar balik. (Kalau anda melanggar kontrak dari awal lagi..... surelah kena bayar balik...)

Dari penerangan semasa bengkel tu, antara idea yang biasa dan boleh memohon fund ni adalah pembangunan software/application, multimedia, internet business, internet solution dan idea-idea berkaitan dengan ICT lah....

Nak terang panjang lebar, payah jugak, jadi saya cadangkan untuk sesiapa yang rasa ada idea yang sangat fantastic dan bombastic berkaitan ICT, pergilah ke bengkel ni dan dapatkan maklumat lanjut. Jual idea anda..... Tiada bayaran untuk menghadiri bengkel ni..... disediakan tea break dan makan tengah hari lagi.

Tapi for sure, proses untuk memohon pre-seed fund ini sangat ketat..... anda terpaksa membentangkan idea anda kemudian nanti kepada panel MSC yang terdiri daripada otai-otai Technopreneur Malaysia.

Pre-seed fund ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia..... dari pemerhatian saya, pada sesi yang saya hadir hari tu.... jumlah yang datang tak sampai 50 orang.....mungkin ramai yang tak tau kot.....dan program ni mungkin sampai 2010 saja.

Jadi kalau berkesempatan, pergilah ke bengkel ni untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kalau ada soalan yang boleh saya jawab, saya akan jawab kat thread ni...... sebab saya sekadar berkongsi maklumat yang saya dapat dari bengkel yang saya hadiri tu.
 
Joined
Jul 6, 2006
Messages
948
Likes
4
Points
18
Offline
#2
saya berminat dari dulu lagi.. mcm mana nk daftar nk pegi ke bengkel? kene proposed idea kite ke mase kat bengkel tu nanti?
 
Top