Adab Berforum

Status
Not open for further replies.

admiralz

Senior
Joined
Jun 20, 2006
Messages
264
Points
18
Age
46
Assalammualaikum..

Bab agama ni tak berani nak komen. Namun islam menyuruh kita "permudahkan". Bukan bermaksud ayat kena mudahkan seperti a'kum. Tetapi kalo susah sangat sehingga menjadi perdebatan. Apa kata permudahkan dengan menulis penuh ayat tu. Tak susah mana pun :) . Serkadar pandangan.
eemm bukan masalah berani tidak berani.. tetapi inilah dinamakan adab berforum. ada timbal balas.. ada response. Jika seorang je yang menyuarakan pendapat...bukanlah forum namanya.

Terima kasih kepada Ibnu Hassim kerana sudi mengemukakan pandangan beliau.. kami di sini tidak bermaksud merendah-rendahkan sesiapa. Saya juga mungkin banyak melakukan kesilapan... amalan tegur menegur amatlah dituntut dalam Islam.

Saya ingin menyambung sedikit lagi mengenai salam. Salam adalah doa. Doa tidak diwajibkan ditulis atau dibaca dalam bahasa Arab!. Kalau saudara pandai bahasa cina...dan kawan anda itu cina...anda boleh berdoa dalam bahasa cina... dan kalau anda tahu bahasa Ibrani... tidak menjadi kesalahan anda membaca doa dalam bahasa itu, cuma orang yang anda tujukan salam itupun tahu bahawa anda sedang memanjatkan salam kepadanya.

permudahkanlah islam dengan menulis ringkas, tapi membacanya dengan sebutan penuh dan betul.
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Islam mengamalkan prinsip menutup atau menyekat sesuatu sebelum ia terlarat atau terlebih-lebih sehingga membawa kepada perpecahan.

Oleh itu, saya dan mana-mana moderator akan close terus mana-mana topik yang nampak ada unsur pergaduhan dan tak ada nilai perbincangan yang baik.Tiada signal ataupun pemberitahuan dahulu yang topik itu akan ditutup.

Dengan itu, janganlah bergaduh dan ada sifat "aku betul, kau salah". Berlapang dadalah dalam menerima pendapat orang lain. Jika ia baik untuk kita, janganlah ego untuk menerimanya.

Wassalam.
 
Status
Not open for further replies.
Top