Adab Berforum

Status
Not open for further replies.

yusli

freshman
Joined
Jun 11, 2006
Messages
353
Points
18
Age
50
betul tu nekizar, sy pun ada beberapa soalan nak tanya dlm wc ni tapi takut kena tibai sy lupakan hasrat tu. tak semua yg join forum ada basic internet termasuk cara cari maklumat dlm search engine cthnya
 
Joined
Jul 28, 2006
Messages
795
Points
18
Age
45
Pengalaman mengajar erti kedewasaan dan kematangan. Anda nak tanya, tanya ajalah. Tapi, pastikan anda membuat 'search' dulu. Kalau bercelaru, tidak ada penyelesaian kepada masalah anda atau sebagainya, barulah bertanya di ruang yang anda rasa sesuai (kalau tak sesuai, pihak admin / mod akan ubah dan letak di tempat yang sesuai nanti).

Adab bertanya

Bertanya ni ada adab tersendiri. Pertama sekali, bagi salam dengan tertib / sekadar berkata Salam Sejahtera .(JANGAN tulis 'akum', :(). Kedua, mulakan dengan mukadimmahnya seperti apa yang anda sudah buat untuk mencari keyword tersebut, atau penerangan ringkas mengenai apa yang anda nak cari.

Ketiga, JANGAN paksa orang menjawab dengan cepat. Tetapi, kalau nak cepat, bagitau reason (sebab) kenapa anda nak cepat.

Empat, bila saya kata 'penerangan ringkas', jangan la tulis ringkas sangat sampai orang tidak faham dan tanya anda balik. Seperti orang tanya sepatah, anda jawab sepatah. Jawab la panjang lebar seperti orang lain berada di hadapan anda dan mereka faham dengan penerangan anda.

Lima, jangan cepat terasa. Dalam situasi belajar, (cara saya belajar dulu), cikgu adakalanya akan 'mengherdik', 'marah'. Jadi, jangan cepat terasa. Kerana selalunya bila cikgu marah tu lah, kita ingat sampai tua. Ini demi kebaikan anda juga.

Enam, ucaplah terima kasih pada mereka yang membantu anda dan mengkritik anda. Kerana mereka sudi bantu / mengkritik. (mereka tak minta bayaran pun). Ibarat, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa. :)

p/s - Tiada manusia pandai semua benda dan tidak ada manusia yang boleh buat semua benda. Tiada perkara yang senang dicapai. Dan tiada siapa yang tidak pernah buat silap. Orang yang terbaik adalah orang yang mencontohi akhlak Rasullullah S.A.W. Namun, untuk menjadi manusia yang 'istimewa dan sempurna' seperti Baginda, bukanlah perkara mudah. Kena 3 kali 'suci' dan mendapat hidayah dan rahmah dari-Nya. Jadi, manusia tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Kalau saya ada tersilap dan tersalah dengan anda semua, SAYA MINTA MAAF. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kerana kesilapan dan kelemahan saya sendiri. Saya cuba lakukan yang terbaik untuk anda semua. Insyaallah... :)
 

mysticmind

Senior
Joined
Jun 7, 2006
Messages
1,440
Points
38
budak : "akum, camner nak buat blog?".

aku : blog ape?

budak : "blog jenis apa2 jer"

aku : blog banyak jenis laa, cuba cerita jelas sikit

budak : "Oooo.. blog pun ada banyak jens ke? "

Aku : (dalam hati - bangang punya budak, cakap cam takde otak , dah mumaiyiz ke belum?). dalam real time aku akan sound.. ko baik pegi mampus laa..


hahhahaha

* Ini bukan persoalan budak baru dan budak lama. Ia soal Mahu berfikir sebelum bertanya atau tidak. Saya percaya, semua yang ada akal akan sedikit sebanyak membaca dulu. Yang jenis suka2 diorang tanya itu ini sebenarnya, jenis yang tak pernah serius langsung. (kalau ada pun, kadar % mngkin kurang dari 2%).

Orang yang bersungguh2 ada atitude dan tak suka dianggap bodoh. Jadi mereka tidak akan menanya soalan yang bodoh apatah lagi sesuatu yang menjadikan mereka kelihatan bodoh
dan... ianya ada BEZA YANG BESAR antara Soalan BODOH vs soalan BASIC

~ Mekasih.
 

whitelim

Senior
Joined
Jan 9, 2007
Messages
557
Points
18
Salam sejahtera,
Sebenarnya apa-pun yang kita lalui dalam hidup ini semuanya ada adabnya tersendiri. Makan, minum, berpakaian, dengan ibu bapa, dengan kekawan...saudara mara. Malah dimana-mana pun mesti ada adabnya.
Apatah lagi dalam Forum diWangcyber. Ini rumah orang...takan kita nak buat sesuka hati kat rumah orang......
Jadi.....ikutlah segala peraturan dan beradablah dalam Bahasa, pemikiran dan tunjukan kepada Warga Wangcyber bahawa kita adalah yang terbaik dan bolih dipercayai.


Wassalam.
 

ApOgEE

freshman
Joined
Jan 15, 2007
Messages
160
Points
16
Adat laa... kalau masuk tempat orang, hati2 la nak bertanya atau bersuara... :D
 

shueqry

freshman
Joined
Aug 25, 2006
Messages
440
Points
18
asmkm, hai kawan-kawan, shueqry di sini..pekabar?

saya dah lama jenguk2 ke dalam forum WC ni, baru sekarang nak post. Skang ni saya menetap kat kota kinabalu, online dari bilik tidur saya di sinsuran...

well, berbalik pada topik asal, memang tak ngan la kalau kita berforum tapi gunakan bahasa yg kasar dan yang sewaktu dengannya..forum ni macam dunia realiti juga, kita 'bercakap' dengan orang yang ada hati dan perasaan..kalau kita berforum dengan bahasa yg $$%#$ memang admin patut bagi 'warning' ngan member tu..

ada sesiapa setuju?

tq..

salamz..
 

sazkul

freshman
Joined
Mar 10, 2007
Messages
111
Points
16
Ya benar, niarlah kita beradab di mana juga kita berada...
 

admiralz

Senior
Joined
Jun 20, 2006
Messages
264
Points
18
Age
47
ramai yang tak baca thread nih... sebab tuh lintang pukang... main redah jer...

Berkenaan dengan salam aku ada sedikit ulasan... Dari segi cara mengeja Salam sebenarnya tiada masalah. Assalamualaikum tidak perlu dieja penuh..tak wajib pun.. aku jamin tak berdosa pun!. Sebabnya.. ejaan tersebut sebenarnya hanyalah short form. Nama Nabi Muhammad pun short!. Tapi tulis biarlah orang paham bahawa itu adalah salam...jangan tulis celcom laks... Hujah aku mudah sahaja..kalau ko bisu, isyarat tangan kalau org paham bahawa itu salam.. ko wajib menjawabnya. kalau ko tak paham... maka ko tak wajib jawab dan tak berdosa...sebab ko tak paham/tak tahu bahwa itu adalah salam. Perkara ini agak panjang...sesiapa berminat sila PM aku..hehhehe macam buat fatwa laks...hahhah
 
Joined
Jul 28, 2006
Messages
795
Points
18
Age
45
Admiralz,

Perkara bagi salam dengan perkataan 'akum' atau seangkatan dengannya ( dengan short form) ni pernah di utarakan dalam blog Ibnu Hassim. Ia juga pernah di bincangkan di kalangan para ulama' dan mufti.

Kalau dalam HP, tidak cukup ruang, anda boleh tulis 'salam' sahaja misalnya. Tetapi kalau, di ruang forum ni (ruang yang luas), tak kan tulis 'akum', 'semekom' dan sebagainya. Kalau orang macam ni, mai jumpa saya, bagi salam 'akum', 'semekom' 'asmkm' dan sebagainya, saya tidak jawab. Sebab kata ulama', tidak wajib jawab.

Budaya bagi salam, 'Assalamualaikum' yang bermaksud 'Selamat Sejahtera ke atas kamu' dan WAJIB dijawab yang mendengar 'Waalaikummussalam'. Kalau nak lagi baik, lebihkan sikit dari yang bagi salam. Ia mempunyai adab yang tersendiri.

'akum' ni dengar khabarnya mempunyai maksud dalam bahasa Yahudi. Ibnu Hassim, tolong jelas sat :) apa maksud 'akum' ni. :). Saya juga pernah dengar kisah di zaman Rasullullah S.A.W pasal bagi seorang bagi salam kat nabi tapi nabi tak jawab salam tu sebab tidak kena dengan adab memberi dan menjawab salam. Wallahualam...
 

admiralz

Senior
Joined
Jun 20, 2006
Messages
264
Points
18
Age
47
Saudara Badruzamani,

Terima kasih di atas jawapan anda.

Baiklah...oleh kerana mungkin ada orang terkeliru, saya akan mengemukakan hujah yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan saya. Saya tiada sesiapa yang saya boleh jadikan rujukan... Sebabnya ini adalah pendapat saya semata-mata dan bukannya FATWA!. Saya bukanlah orang yang mahir dalam agama.. dan sesiapa sahaja berhak menolak kenyataan saya ini jika tidak bersetuju.

Mengenai short form(ringkas). Sebenarnya tiada beza pun ruangan luas atau sempit. Kita tidak mengetahui keterbatasan si penulis. Mungkin dia tidak mempunyai masa yang mengcukupi... Sy rasa penulis berhak utk menulis pendek atau dlm short form... mana ada ayat Al-Quran atau Hadis yang larang tulis pendek?. Forum ini juga tidak melarang anda berkarya dengan short form..janji mesej yang hendak disampaikan boleh difahami orang yang membaca. Mengenai kewajipan menjawab salam yang ditulis pendek... Anda wajib menjawabnya sekiranya anda faham bahawa yang ditulis itu adalah salam. Hujahnya telah saya perjelaskan sebelum ini. Kita tidak boleh buruk sangka terhadap si penulis jika dia menulis pendek ejaan salam..tetapi salahkanlah diri kita yang tidak pandai mengenal dan menyebutnya salam itu dengan betul dan baik...iaitu menyebutnya dengan mengikut nahu.. tajwid dan makhrab bahasa arab. Harus diingat disini... penulis sebenarnya tidak wajib memberi salam. Salam kalau ikut sunnah ialah semasa kita berjumpa saudara seIslam dengan kita secara bersemuka...bukannya dalam kertas atau di alam maya sebegini!. Cukupkah hujah saya ini?.

Sesiapa yang menulis salam dengan menggunakan "Abjad" selain abjad arab sebagaimana digunakan oleh Nabi dan para sahabat. Maka mereka juga sebenarnya tidak mengikut sunnah!. Mereka juga sebenarnya sedang menggunakan simbol lain selain yang sebenarnya!. Saya kuwatir boleh jadi bidaah pula... errkk panjang lebar nih!.

Seterusnya dikaitkan pula dengan bahasa yahudi... saya rasa hujah ini boleh ditolak dengan mudah sahaja. Saya orang melayu..saya guna bahasa melayu...tak kanlah orang yang baca faham dalam bahasa yahudi... kacaulah macam tuh... lainlah kalau saya tulis dalam bahasa yahudi..

Mengenai Nabi tidak menjawab salam tuh kena tengok riwayat penuh kisah tuh.. saya setuju jer jika memang ada riwayatnya.
 

carllys

freshman
Joined
Dec 18, 2006
Messages
1,674
Points
38
betul juga kata2 admiralz tuh,
kalau aku baca tulisan 'akum', dalam hati tetap baca sebagai 'assalamualaikum'.. tulisan tu cuma ringkasan je.

walaumcmmana pun, kita bukan la alim ulama yg boleh mengeluarkan fatwa. ini cuma pandangan secara logik daripada org yg tak bnyk ilmu mcm aku nie.. :D
 

admiralz

Senior
Joined
Jun 20, 2006
Messages
264
Points
18
Age
47
Terima kasih carllys,

Dah memang adab kita sebagai orang Islam.. bermuzakarah. Terpulanglah kepada individu masing-masing untuk terima atau tidak.
 

amirol

Senior
Joined
Nov 23, 2006
Messages
210
Points
18
Admiralz ada pointnya. Tetapi seeloknya, lebih afdal, lebih baik, maka setiap orang harusla gunakanlah perkataan yang lebih penuh "Assalamualaikum" atau "salam" kalau dah malas sangat.

Memang "akum", "as'kum", "a'kum" dan seanteronya menggambarkan pendekan daripada "Assalamualaikum"... dan niat si penulis sememangnya untuk memberi salam... Tetapi saya rasa macam tak berapa bagus dan relevan..Saya dahulu juga pernah memberi perkataan sebegitu "a'kum". tetapi akhirnya saya bertukar memberi salam penuh atau "salam" sahaja kerana saya terfikir, mengapa malas sangat nak tulis "assalamualaikum" dan juga kenapa "a'kum?

Saya yakin, serta pasti, 90% pembaca akan merentakkan apa yang dtulis. Maksud saya, "akum"... akan direntakkan bunyi A.K.U.M dan bukannya Assalamualaikum. ;).. Malah sering juga kita lihat ada yang letak "semekom". Jadi, saya rasa di sini pun dah tidak ada nilai / maksudnya yang tepat. orang akan membacanya dan membunyikan S.E.M.E.K.O.M. dan bukan yang sepatutnya iaitu "Assalamualaikum"

So, sebagai umat islam, saya rasa seelokknya kita menjaga cara pertuturan kita sama ada dari segi penulisan(email, SMS, forum dsb) mahupun percakapan. Jika semua di short form kan dan disebabkan short form tu ia membawa maksud lain, maka rosaklah kita. Kalau malas sangat2, mungkin boleh guna "salam" sebagai pengganti kerana "salam" melihatkan word yang lebih baik dan sopan.

Seperti saudara badrul cakap, perkataan akum mungkin juga mempunyai maksud tertentu dan saya juga pernah terbacanya tetapi dah lupa di mana.

So, kita takut jika nanti ada pembaca yang membunyikan "akum" tu A.K.U.M. dan lebih malang lagi jika akum tu mempunyai maksud yang tidak sepatutnya dan membawa kepada keburukan.

Maka seeloknya, gunakanlah perkataan penuh "Assalamualaikum" atau "Salam" untuk pendekan yang lebih baik.

Just bagi pendapat ya. Ini ditujukan khas untuk umat Islam. Semoga agama kita ini akan terjaga kesuciannya.

;-)
 

admiralz

Senior
Joined
Jun 20, 2006
Messages
264
Points
18
Age
47
Emmm masing-masing mempunyai pendapat tersendiri... apa kata kita dapatkan komen mereka yang lebih ahli seperti Ustaz Rahman, Code7 ataupun Ibnu Hashim sendiri....

Mana lagi komen-komen yang bernas..
 
Joined
Feb 12, 2007
Messages
153
Points
18
Assalammualaikum..

Bab agama ni tak berani nak komen. Namun islam menyuruh kita "permudahkan". Bukan bermaksud ayat kena mudahkan seperti a'kum. Tetapi kalo susah sangat sehingga menjadi perdebatan. Apa kata permudahkan dengan menulis penuh ayat tu. Tak susah mana pun :) . Serkadar pandangan.
 
Joined
Dec 27, 2006
Messages
479
Points
18
Age
43
Emmm masing-masing mempunyai pendapat tersendiri... apa kata kita dapatkan komen mereka yang lebih ahli seperti Ustaz Rahman, Code7 ataupun Ibnu Hashim sendiri....

Mana lagi komen-komen yang bernas..

Salam Admiralz,

Saya sebenarnya bukan ahli dalam bidang agama. Malah saya tidak pernah pun berlajar agama secara fomal. Kat USM dulu pun saya mengambil jurusan Kimia Analisis. Tetapi saya sering juga menghadiri kuliah-kuliah agama kat U dulu terutamanya jika penceramahnya atau guru yang mengajarnya,ialah Ustaz Asri atau Dr Daniel Zainal Abidin dan ramai lagi lah. Jadi saya belajar agama secara tak formal tetapi bagi saya pelajaran agama adalah yang paling penting.

Untuk menjawab persoalan mengenaii pendekan dalam menulis Assalamualaikum, yang saya tahu dan pasti hanyalah 'salam' yang dibenarkan, yang lain tu yang tak tahu lah pula sama ada boleh atau tidak.

Walaupun kebanyakan orang selalu berkata, tulis macam mana pun tak apa yang penting niat kita. Bagi saya pendapat ini salah kerana apa yang kita lakukan/tulis mencermin niat kita.

Perkataan Assalamualaikum merupakan bahasa arab. Jadi bila kita menulis kita wajiblah menulis perkataan tersebut dengan penuh ataupun yang semaksud denganya. Jika kita menulis yang lain mungkin akan membawa maksud yang lain dan apa yang kita takuti adalah maksud perkataan yang kita tulis itu lari atau berlawan dengan apa yang kita inginkan.

Mengenai penulisan AKUM, bagi singkatan kepada Assalamualaikum, saya tidak pasti sama ada apa yang pernah saya jumpa ini benar atau tidak sebab saya tidak faham atau saya juga tidak pernah belajar bahasa Ibrani yang digunakan oleh orang yahudi.

Ada sumber mengatakan bahawa perkataan AKUM adalah gelaran yang diberi oleh orang yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ‘ BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT’..
Wa allah hu a’lam..

Jadi untuk mengelakan kita daripada tersalah maksud memberi salam adalah baiknya kiat menulis Assalamualaikum atau salam sahaja.

Wassalam...
 

mysticmind

Senior
Joined
Jun 7, 2006
Messages
1,440
Points
38
Ada sumber mengatakan bahawa perkataan AKUM adalah gelaran yang diberi oleh orang yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ‘ BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT’..

Bende nih bid'ah , dan ia memperbodohkan melayu Islam (secara tak langsung ) hanya semata kerana niat dia yang seakan baik dan betul.. tapi sampai sanggup mereka cerita. (sama kes Pokemon dulu. )

Tak ke orang pandang orang islam bodoh sebab mudah percaya pada perkataan rekaan?
 
Joined
Dec 27, 2006
Messages
479
Points
18
Age
43
Bende nih bid'ah , dan ia memperbodohkan melayu Islam (secara tak langsung ) hanya semata kerana niat dia yang seakan baik dan betul.. tapi sampai sanggup mereka cerita. (sama kes Pokemon dulu. )

Tak ke orang pandang orang islam bodoh sebab mudah percaya pada perkataan rekaan?

Itu lah, saya sendiri pun tak berani nak kata sama ada rekaan atau benar. Tetapi bagi saya bila perkara yang berkaitan dengan yahudi ni saya lebih suka ambil pendekatan menjauhi dari melakukan perkara tersebut w/pun mungkin perkara tersebut rekaan. Sbb muslihat yahudi ni terlalu licik hingga yang berjaya dibuktikan benar pun masih mereka mampu menafikanya.

Dan bagi saya biar orang kata saya bodoh daripada saya termasuk dalam perangkap yahudi. Wa allah hu a’lam..

wassalam
 

shueqry

freshman
Joined
Aug 25, 2006
Messages
440
Points
18
Pada pendapat saya, "Salam"
alternatif terbaik, kekadang
saya guna singkatan "asmkm"
untuk memendekkan Assalamualikum.
 
Status
Not open for further replies.
Top