Ada apa dengan arba network?

Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#1
Assalamualaikum.

Dari pengamatan saya di aplikasi Facebook, ramai anak muda terutamanya Melayu begitu tertarik dengan skim-skim yang menawarkan wang segera tanpa mengambil kira risiko dan halal haram sesuatu skim itu. Untung yang ditawarkan oleh skim-skim tersebut bukannya sedikit, ada yang menawarkan pendapatan sehingga beratus-ratus malah ribuan RM sehari.

Hari ini saya ingin memperkenalkan perniagaan ARBA Network, suatu perniagaan milik bumiputera Islam yang sedang berkembang maju. Dengan menyertai program ini, secara asasnya peserta tidak perlu melakukan apa-apa jualan atau penajaan ahli. Hanya keluarkan modal semata-mata. Walau bagaimanapun, terpulang kepada inisiatif peserta untuk melakukan jualan dan penajaan kerana peluang untuk menambah pendapatan lebih dari orang lain sentiasa terbuka.



ARBA Network tidak menjanjikan pulangan sehingga ratusan RM sehari, atau kereta Ferrari sebagai piala kemenangan, apa yang dijanjikan hanyalah pendapatan sampingan sesuai dengan modal yang dikeluarkan. Kadar keuntungan yang ditawarkan hanyalah antara 5.5 - 8.0 % sebulan di samping bonus-bonus yang menarik seperti Auto-placement, CTO dan sebagainya.

Program ARBA Network sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai duit simpanan sekurang-kurangnya RM 1000 dan tidak digunakan selama setahun. Dengan hanya RM 1000, peserta boleh membeli pakej Silver iaitu pakej terendah yang ditawarkan di dalam skim ARBA Network dan menerima Hibah / rebat bulanan 5.5 % dari 3/4 jumlah modal. Dengan modal RM 1000 tadi, pihak syarikat akan memberikan produk (berupa kopi berkhasiat dan makanan tambahan) pilihan peserta berharga RM 250 untuk kegunaan sendiri (atau dijual semula) dan RM 750 lagi akan diniagakan oleh pihak syarikat dan peserta diberikan Hibah / rebat bulanan sebanyak RM 36.25 sebulan (setelah ditolak GST) selama 12 bulan. Diakhir kontrak 12 bulan, RM 1000 akan dipulankan semula. terpulang kepada peserta sama ada untuk menyambung kontrak.

Pakej yang paling popular adalah pakej Diamond iaitu pakej bernilai RM 10000 dan ditawarkan Hibah / Rebat sebanyak 8.0 % sebulan dari 3/4 jumlah modal. Hibah / rebat untuk pakej Diamond adalah sebanyak RM 550 setelah ditolak GST. Di akhir kontrak 12 bulan, RM 10000 dikembalikan.

Setakat ini, tiada had modal dikenakan.

Bila sebut tentang modal yang besar, tentu ramai yang sangsi dengan program ini, tidak kurang juga yang terus mencebik dan lantang menyatakan ini adalah skim cepat kaya. Tidak salah kita buat kaji selidik dulu, setelah berpuashati baru buat keputusan.

Program ARBA Network ini dioperasikan oleh syarikat Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah memulakan operasi sejak tahun 2007. Syarikat ini berdaftar dengan KPDNKK dan memiliki lesen di bawah Akta Jualan Langsung. Syarikat juga berdaftar dengan Kastam DiRaja Malaysia dan bermula 1 April yang lalu, semua penyertaan dikenakan GST. Memang ada sedikit pengurangan dari segi pendapatan Hibah / rebat bulanan berbanding sebelum GST, tetapi tidaklah menjadi masalah bagi yang positif dan menerima hakikat untung naik dalam perniagaan.

Saya telah menyertai program ini sejak Ogos 2013, alhamdulillah sehingga kini masih setia bersama ARBA Network. Program ini telah banyak membantu saya menyelesaikan semua hutang-hutang saya termasuk ansuran kereta dan kad kredit. Kini saya bebas hutang dan dalam progres ke arah pengumpulan aset.

Dari cerita di atas, jelas sekali program ini belum mendatangkan kekayaan kepada saya. Saya hanya bermula dengan modal RM 10000, hibah bulanan hanyalah RM 600 sebulan ketika itu, sekali sekala menerima bonus. Saya langsung tiada lakukan apa-apa, hanya berdiam diri dan terima pendapatan setiap bulan. Pada bulan ke 11 setelah saya menyertai program ini, saya mendapat panggilan dari pihak syarikat bertanyakan sama ada saya ingin menyambung kontrak atau mengambil semula modal saya itu. Barulah saya tersentak betapa selama setahun saya hanya menjadi penerima pendapatan pasif. sejak dari itu saya berazam untuk bertindak lebih agresif.

Saya kini mempunyai modal sebanyak RM 60000 di dalam ARBA Network, sebahagiannya sebelum GST dan sebahagiannya selepas GST. Jumlah Hibah / Rebat bulanan saya kini adalah RM 3500 sebulan, setelah dicampur bonus-bonus berkaitan, jumlahnya melebihi RM 4000 sebulan. Cukup berbaloi dgn hanya menyediakan modal dan terima pendapatan sampingan untuk menambah gaji bulanan dengan kerjaya tetap sekarang.

Apa yang membuat saya yakin dengan program ini? Jawapannya adalah dokumen Perjanjian Usahasama Niaga yang ditandatangani secara bersama antara peserta dan juga CEO syarikat sendiri iaitu Dr. Rozaini Hassan. Dokumen perjanjian ini dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sungai Petani. Dokumen ini boleh dibawa ke mahkamah jika ada apa-apa yang menyalahi undang-undang berlaku. Semua jenis perniagaan dan pelaburan mmg ada risikonya, beza pada bagaimana kita mengawal dan mendapat perlindungan atas risiko tersebut.

Program ini bukanlah satu program pelaburan yang memerlukan ia menubuhkan sebuah Panel Syariah. Walau bagaimana pun, bagi memuaskan hati semua pihak terutama yang sinis tentang kehalalan program ini, satu pasukan Panel Syariah sudah ditubuhkan atas inisiatif syarikat dan permintaan peserta sendiri, tetapi dokumen rasmi berkaitan belum lagi diterbitkan dan menunggu kelulusan dari pihak berkaitan.

Sekiranya tuan-tuan ingin mengetahuai lebih lanjut, boleh dapatkan informasi di blog saya ini:
Jangan Susah Hati: ARBA Network > Pasca perlaksanaan GST, pendapatan tersisa masih positif!

atau hubungi saya melalui PM, atau WhatsApp di talian +60198152204.

Akhirkata, bagi saya, ARBA Network adalah salah satu cara bagi saya untuk menambah pendapatan dgn kadar sederhana, tidak seagresif pelaburan forex dan sebagainya, tetapi mendapat perlindungan sepenuhnya dengan dokumen bertulis dan dimatikan setem di LHDN. Selain ARBA Network, saya juga ada menyertai Public Mutual, simpanan emas dan sebagainya. Semua bagi saya bagus, asalkan halal dan selamat.
 
Last edited:
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#2
Senario 1:

Join ARBA Network RM 1000 cuma dapat RM 36.25 sebulan dengan 8 kotak Kopi Pak Belalang je?

SIKITNYAAAAA!!!

Senario 2:

Join ARBA Network RM 1000, 1/4 (RM 250) dapat produk keluaran CWC, dan 3/4 lagi (RM 750) syarikat beri hibah / rebat sebanyak 5.5 % sebulan (RM 36.25) selama setahun, syarikat berlesen, berdaftar GST, ada agreement.

INI SEMUA TIPU. SCAM. MONEY GAME. SKIM CEPAT KAYA. DAH TERSONTOT BARU TAU!

Dua senario di atas memang betul-betul berlaku. Dan sedang berlaku sekarang. Tahu tak kenapa promoter-promoter sukarela ARBA macam saya tidak seagresif program-program buat duit lain? Sebab dengan ARBA Network tanpa downline pun memang sudah untung setiap bulan. Dengan hanya RM 1,000, anda dapat beras Siam 10 kg percuma setiap bulan, atau beli petrol sebanyak 16.8 liter pada harga RM 2.15 seliter, atau beli kad prabayar henfon, atau bayar apa saja.

Itu baru modal RM 1,000 punya cerita, mcm mana kalau ada RM 10,000? Dengan hibah / rebat sebanyak 8 %, setelah ditolak GST kita akan diberi hibah / rebat sebanyak RM 550 sebulan. Banyak sangat ke RM 550? Hmmm.....orang kena beli rumah RM 100,000 baru dapat sewakan balik dengan harga RM 550 tau!

Itu baru asas-asasnya sahaja, belum lagi bonusnya. Offcourse la bonusnya tak banyak. Tapi RM 200 - 300 kalau minta kat orang takkan dpt free kan? Saya yang buat promosi cincai-cincai je ni ada bonus ke? Tak banyak, bonus penajaan saya setiap bulan cuma RM 750 je. Ferrari? Tak adelah sampai nak beli Ferrari, ni kerja rilek2 je. Mana ada Ferrari. Biar logik la kan.
 

faquhar

freshman
Joined
Mar 29, 2009
Messages
216
Likes
1
Points
18
Offline
#4
Saya ada dgr banyak konsep yg menggunakan modal dan memberikan keuntungan 5% setiap bulan. Sy tak sanggup nak ambik risiko untuk pelaburan seperti ini. Dari hibah boleh jd hiba di kemudian hati.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#5
bolehka keuntungan tetap diberi setiap bulan menurut Islam?
Terima kasih atas soalan ini. Saya bukan ahli dalam persoalan mcm ni, tapi template soalan dan jawapan mmg sudah ada untuk disampaikan kpd orang ramai berkenaan Program ARBA Network. Untuk menjawab soalan tuan, saya petik jawapan dari pihak syarikat sendiri.

Dalam program ARBA Network, kita hanya menggunakan 2 bab sahaja dari cabang furu' muamalat Islam iaitu jualbeli dan hibah. Program ini tiada kaitan langsung dengan Mudharabah (pelaburan) atau lain-lain. Jadi apabila berlaku urusan jualbeli antara penjual dan pembeli, maka selesailah muamalat antara keduanya. Hibah itu diletakkan atas penjual sama ada hendak memberi hibah atau pun tidak. Akan tetapi, dalam program ARBA Network, pihak penjual memilih untuk memberi hibah.

Sebagai contoh, kita isi petrol, kemudian kita diberikan Rewards Point yang kemudiannya kita boleh tukar semula untuk membeli minyak. Points atau Mata Ganjaran tersebut yang bernilai untuk kita tebus dengan minyak petrol adalah halal.

Berbalik kepada ARBA Network, kita membeli pakej atau produk-produk syarikat pada sekian-sekian harga yang dipersetujui, sebagai ganjaran, syarikat memberi kita hibah dalam bentuk tunai setiap bulan atas pembelian kita. Jadi tiada masalah FIX INCOME di sini. Sebenarnya syarikat boleh berikan hibah secara lum sump, pada setiap penghujung kontrak contohnya, tetapi diberikan secara bulanan sebagai strategi perniagaan syarikat.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#6
Saya ada dgr banyak konsep yg menggunakan modal dan memberikan keuntungan 5% setiap bulan. Sy tak sanggup nak ambik risiko untuk pelaburan seperti ini. Dari hibah boleh jd hiba di kemudian hati.
Betul, sekarang ni memang banyak konsep macam tu. Tiba-tiba je "e-store" di Facebook dihujani program-program sedemikian, dan yang terhegeh-hegeh minta "pm" pun orang Melayu yang ramai. Modal RM 300, dapat 5 % setiap minggu, habis 6 bulan modal dikembalikan. Sebab modalnya rendah dan untungnya tinggi, tak sempat lagi dah nak tanya halal ke haram. kan? belum lagi program-program kutu modal RM 50 untung sampai ratus-ratus ribu.

ARBA Network bukan pelaburan. Konsep ringkasnya, kita beli produk syarikat, syarikat beri hibah. Kalau ada untung lebih, syarikat beri bonus, berapa banyak bonus? Saya pun tak tau. Saya pernah terima RM 200, pernah terima RM 1000 lebih, selalunya tak dapat pun.

Dari segi perundangan, selalu juga orang tanya. Ada register dengan Bank Negara ke? Dah diterangkan ARBA Network bukan pelaburan, sudah tentulah tiada kena-mengena dengan Bank Negara. Akta 500 iaitu Akta Jualan Langsung dikawalselia oleh KPDNKK, jadi setiap perlanggaran syarat operasi syarikat perlu dirujuk dengan KPDNKK. Macam mana nak check kesahihan Lesen AJL yang dimiliki oleh syarikat Classic Worldwide Corporation, ada saya tunjukkan dalam blog saya.

Satu lagi, peserta ARBA Network dilindungi oleh perjanjian bertulis yang ditandatangan dan dimatisetem di LHDN. Dokumen ini sah dibawa ke mahkamah.

Harap jawapan saya dapat merungkai kekusutan.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#9
Assalamualaikum....maaf, saya suka melontarkan idea.....dah habit saya, kalau di office, saya sukar buat doodle atas kertas A4 terpakai yg dipotong dua....dah tulis sampai penuh, buat kira-kira.....buang.

Post ini masih berkenaan ARBA Network. Walau tiada yg reply, saya tau ramai yang membaca. Tahniah kepada salah seorang rakan di sini yang menerima hibah pertama dia semalam!

Saya nak share apa yang boleh dibuat dengan RM 10,000 sekiranya ada dalam tangan sekarang. RM 10,000 kalau beli jongkong emas hari ini dapat dlm 68 gram (RM 147 / g), ok la. Kalau setahun dari sekarang emas naik RM 155 / g, jual balik dapat RM 10540, untung RM 540.00. Itu kira-kira cincai, realitinya tak la mcm tu. Gold bar pun ada spreadsheet dlm 6 %.

Macam mana pula kalau masuk ASB? ...hmmm....secara puratanya dividen dan bonus tahunan dlm 8.5 %, dapatlah untung dlm RM 850. Adalah juga kan...

Apa kata masuk skim cepat kaya? Join program yang duit ikat getah lambak2 atas lantai tu? No komen.....kalau skim tu betul mesti ramai Melayu yg muda-muda dah kaya raya dgn kereta Lamborghini kan? Apasal takde gambar orang balik kampung beraya naik Lamborghini eh?

Ok....back to my story, RM 10,000 kita beli pakej ARBA Network....what you can get over time? Semua dah tau kan....untuk RM 10,000 hibah adalah 8.0 % sebulan drpd 75 % modal yg disertai....

Kira-kira di bawah adalah untuk orang yang mempunyai hanya RM 10,000 dan dia cukup berdisiplin tidak menggunakan duit hibah untuk perkara lain.

Mari kita mulakan:

Tahun pertama:

Modal RM 10000, hibah bulanan RM 550, hibah setahun = RM 550 x 12 = RM 6600, cukup setahun modal RM 10000 dikembalikan, kita ada total RM 16600. Keluarkan RM 1600 utk dibelanjakan, reward yourself! Bawa ke hadapan RM 15000.

Tahun ke 2:

Modal RM 15000 kena masuk dlm 2 akaun ARBA Network, RM 10000 dgn hibah 8.0 % setahun dan RM 5000 dgn hibah 5.5 % setahun.

Modal RM 10000, hibah bulanan RM 550, hibah setahun = RM 550 x 12 = RM 6600, cukup setahun modal RM 10000 dikembalikan, kita ada sub-total RM 16600.
Modal RM 5000, hibah bulanan RM 181.25, hibah setahun = RM 181.25 x 12 = RM 2175, cukup setahun modal RM 5000 dikembalikan, kita akan ada sub-total RM 7175.
Total terkumpul kita ada RM 16600 + 7175 = RM 23775. Keluarkan RM 3775 utk dibelanjakan, reward yourself! Bawa ke hadapan RM 20000.

Tahun ke 3:

Modal RM 20000, hibah bulanan RM 1100, hibah setahun = RM 1100 x 12 = RM 13200, cukup setahun modal RM 20000 dikembalikan, kita ada total RM 33200. Keluarkan RM 3200 utk dibelanjakan, reward yourself! Bawa ke hadapan RM 30000.

Tahun ke 4:

Modal RM 30000, hibah bulanan RM 1650, hibah setahun = RM 1650 x 12 = RM 19800, cukup setahun modal RM 30000 dikembalikan, kita ada total RM 49800. Keluarkan RM 9800 utk dibelanjakan, reward yourself! Bawa ke hadapan RM 40000.

Tahun ke 5:

Modal RM 40000, hibah bulanan RM 2200, hibah setahun = RM 2200 x 12 = RM 26400, cukup setahun modal RM 40000 dikembalikan, kita ada total RM 66400.

.....hmmmm.....tahun sebelumnya kalau tak belanjakan RM 9800 tu...sebaliknya tambah RM 200 utk cukupkan modal jadi RM 50000 apa jadi eh....

Modal RM 50000, hibah bulanan RM 2750, hibah setahun = RM 2750 x 12 = RM 33000, cukup setahun modal RM 50000 dikembalikan, kita ada total RM 83000. Itupun kita dah belanjakan lebihan tahun pertama, ke 2 dan ke 3 berjumlah RM 1600 + 3775 + 3200 = RM 8575.

Segalanya bermula dengan keputusan menyertai ARBA Network dgn modal RM 10000 sahaja.

Kalau tuan-tuan baca buku-buku motivasi kewangan yang memaparkan kesan the Power of Compounding pun lebih kurang mcm ni juga kira-kira dia, bezanya dia gunakan kadar keuntungan lebih tendah, tetapi tempoh lebih panjang. Ini bukan angan-angan kosong, mereka-mereka yang telah menghubungi saya, saya tunjukkan contoh dari bank statement saya sendiri. Cuma tak manis saya nak tunjuk di khalayak ramai.

Nak stok Kopi Pak Belalang keluaran CWC pun saya ada banyak! Dah dapat hibah, anggap saja kopi itu diberi percuma. WhatsApp saya di talian +60198152204.

p/s: Julai 2015 adalah bulan ke 24 saya bersama ARBA Network. Pendapatan sentiasa meningkat walaupun perlahan. Biar lambat asal selamat.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#10
Assalamualaikum.....info terbaru yang kami terima....CWC / Kopi Pak Belalang telah secara rasmi menjadi penaja rancangan Pencetus Ummah musim ke 3 di Astro......nantikan siarannya bulan September 2015. Kami ahli-ahli ARBA Network berasa sangat bangga dan berbesar hati dengan perkembangan terbaru ini. Semoga CWC terus maju.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#11
Assalamualaikum.....lama dah tak update di sini.....takde apa nak cerita buat masa ni, semua yang nak diberitahu dah diberitahu sebelum ni.......hibah dan bonus masuk seperti biasa, cuma yang luarbiasa, semakin bertambah, Alhamdulillah!

Just nak bagi hint kalau ada terpandang di mana-mana yang menuduh CWC atau ARBA Network ni main wayang je dengan produk-produk dia. Katanya produk-produk tu tak ada pun.

Terus-terang saya katakan, kami yang menyertai ARBA Network tidak dipertanggungjawabkan oleh syarikat untuk mempromosikan produk-produk syarikat. Tapi produk2 dorang memang best, jadi masalah pulak bila orang counter order terutama sekali Kopi Pak Belalang. Malas nak buat sale, kena hantar ke customer. Mana tau orang order kopi nak join ARBA Network kemudian kan......terpaksalah penuhi permintaan.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#12
Alhamdulillah....saya baru saja renew akaun AR-xxxxxxxxxxxx-1 saya yg tamat kontraknya pada hari ini, 14/09/2015.....renewal untuk tahun ke 3 (14 Sept 2015 - 16 Sept 2016)!! Hari ini saya terima hibah terakhir RM 600 untuk akaun ini....maka tamatlah sudah kontrak salah satu akaun pra-GST saya.....akaun yang ini dapat hibah RM 600 sebulan.....jadi lepas renew ni dah tertakluk kpd GST, hibah tinggal RM 550 sebulan untuk 12 bulan akan datang......tinggal 3 lagi akaun saya yang pra-GST.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#13
Alhamdulillah.....baru sebentar tadi......salah seorang downline saya top up RM 10,000....juga satu akaun baru RM 10,000 untuk isterinya......dan saya juga tidak mahu ketinggalan, RM 10,000 untuk diri saya sendiri, jadi saya tambah hibah bulanan saya sebanyak RM 550 sebulan, juga isteri saya selaku upline dpt sponsor bonus tambahan RM 150 setiap bulan.....dalam ARBA Network.....semua merasa....
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#14
Salam Maal Hijrah 1437 H, setahun lagi berlalu, Alhamdulillah saya masih lagi bersama ARBA Network dan menikmati segala manfaat yang ditawarkan di dalam program ini.

Bagi yang tidak sudi dan berfikiran negative, ARBA Network ni skim cepat kaya katanya, tak lama lagi lingkuplah. Saya dah masuk tahun ke 3, belum lagi kaya, tapi masih lagi setia. Kenapa? Apa yang saya dapat sebenarnya? ..........Tak banyak yg saya dapat. Dapat hibah, bonus, produk dan kelapangan hati saja.

Kalau ARBA Network tawar modal RM 36.25 boleh untung sampai RM 1000 atau modah RM 550 boleh untung sampai RM 10,000 mungkin la kot Skim Cepat Kaya. Tapi modal RM 1000, cuma dapat RM 36.25 sebulan dah kena cop Skim Cepat Kaya. Mcm mana nak maju? Cakap sajalah keuntungan RM 36.25 tu sikit sangat.....he he he....kalau rajin, RM 1000 tu buat modal bisnes Air Jus Jambu Asam Boi, dah tentu keuntungan lebih banyak dari RM 36.25 sebulan kan? Dapat minum jus jambu free. Tapi org bekerjaya mcm saya tak ada masa nak jual Jus Jambu, jadi saya join ARBA Network. Saya tak mula dengan RM 1000, tapi RM 10,000. Dulu sebelum GST saya dpt hibah RM 600 sebulan. Sekarang dah tinggal RM 550 untuk setiap RM 10,000 saya. Ok la tu, bukan saya kena jual apa-apa pun. Kalau saya masuk ASB, RM 10,000 dividen dan bonus baru RM 850 setahun kan?

ARBA Network sangat sesuai untuk org yang ada sedikit simpanan dan tidak tamak untuk menjadi kaya dgn segera. Kalau takut nak join RM 10000, join RM 1000 saja, dapat RM 36.25 pun duit juga. Boleh beli beras Siam 10 kg setiap bulan!
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#15
Assalamualaikum.

Dah lama betul saya tak update post ni. Tentu mereka-mereka yang follow post ni tertanya-tanya apa nasib ARBA Network seterusnya.

Bulan lepas kecoh sekejap di alam maya berkenaan lesen AJL milik CWC yang dibatalkan. Semua haters dan pemfitnah bagaikan berpesta meraikan kejayaan mereka bagi membuktikan bahawa ARBA Network ni adalah scam. Rupa-rupanya, mereka yang kena gimmick.

Memang betul lesen di bawah Akta Jualan Langsung telah dibatalkan. Sebabnya? Ini adalah salah satu strategi syarikat untuk memantapkan perniagaan. Daripada sebuah syarikat MLM yang perlu bergerak secara underground, kini CWC berubah menjadi sebuah syarikat perniagaan terbuka. Rupa-rupanya banyak syarat-syarat untuk sebuah syarikat MLM menjalankan aktiviti. Antaranya pengiklanan secara terbuka di media massa, penajaan dan sebagainya. Dengan perubahan besar ini, CWC kini bebas menjalankan pengiklanan di TV, radio, juga meneruskan penajaan rancangan reality tv Pencetus Ummah musim ke 3, dan yang terbaru, CWC telah membuka dua kiosk jualan di Sungai Petani dan Johor Bahru!!

Baik, bagaimana pula dengan saya? Adakah pendapatan sampingan saya masih seperti dulu? Sama? Berkurang? Bertambah? Mula-mula sertai ARBA Network pada 2013, pendapatan hanya RM 600 sebulan, pada Februari 2015, saya cuma dapat RM 1200 sebulan, kini pendapatan bulanan saya adalah RM 6000 ++ sebulan, lebih 10 kali ganda dari masa mula-mula join dulu.
.

Berbalik kpd syarikat peneraju program ARBA Network ni. Classic Worldwide Corporation Sdn Bhd (CWC) telah pun secara rasmi membuka ruang perniagaan di pasaran Indonesia. Syarikat usahasama yang baru telah didaftarkan di sana. secara global, CWC dikenali sbg CWIG atau Classic Worldwide International Group. ARBA Network sendiri sudah melalui fasa rebranding dan kini dikenali sebagai ARBA Network International, tapi lebih mudah kita panggil ARBA Network saja.

Baik, dengan penaiktarafan syarikat ke peringkat antarabangsa, adakah plan ARBA Network juga bertukar? Jawapannya tidak! ARBA Network tetap berjalan biasa-biasa seperti mula-mula diperkenalkan pada tahun 2012 dulu. Perubahan berlaku pada tahun 2015 ni pun sebab kita kena bayar GST. Lain-lain tetap sama. Tetapi, ada berita baik kpd peserta-peserta pasca 1 November 2015, di mana di akhir kontrak nanti mereka akan dapat Yearly Advertisement Incentive (YAI) sebanyak 20 %. Saya tidak pasti sama ada 20 % dari 100 % modal atau 20 % dari 75 % modal.

Kepada mereka-mereka yang menuduh ARBA Network adalah skim Ponzi, money game, skim cepat kaya atau apa-apa skim yang menjalankan aktiviti penggubahan duit secara haram tanpa produk, fahamkan ini betul-betul, produk telah berada di pasaran sejak 2008. Kenapa tak pernah nampak? Sbb dulu dipasarkan secara MLM. Produk2 dari Amway, Shaklee dsb pun ramai tak pernah nampak kan? Kalau nak tengok produk secara live, datang ke kiosk jualan.

Kepada mereka-mereka yang kata income dari ARBA Network adalah haram kerana kadar keuntungan telah ditetapkan, kita jual barang dengan margin keuntungan 25-30 % bukan tetap juga ke? Kami dalam ARBA Network pun selalu dapat pendapatan lebihan yang tidak disangka, tapi lebihan tu kami sendiri tak tahu, bergantung kpd keuntungan syarikat.
 

zorro

freshman
Joined
Apr 9, 2009
Messages
1
Likes
0
Points
1
Offline
#16
saya berminat, cuma sekarang saya tak bekerja (baru kena retrenched). Sekarang tengah cari kerja, kalau dah bekerja nanti, saya akan sertai program ini.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#17
saya berminat, cuma sekarang saya tak bekerja (baru kena retrenched). Sekarang tengah cari kerja, kalau dah bekerja nanti, saya akan sertai program ini.
Kisah benar salah seorang yang berada di puncak kejayaan dlm ARBA Network sekarang ini. Beliau dulunya seorang guru sekolah (ustaz). Dalam masa yang sama beliau mmg berminat dengan kerja-kerja mencari pendapatan sampingan. Saya tidak tahulah apa punca beliau berhenti dari menjadi cikgu, kemudiannya mencari pendapatan dengan berjual di pasar malam. Suatu hari beliau bertemu dgn boss CWC, di situlah bermulanya sinar hidup beliau. Kini beliau adalah seorang jutawan.

Saya bukan nak kata masuk ARBA terus jadi kaya, kalau Allah dah tetapkan rezeki dlm ARBA RM 36.25 sebulan, byk tulah kita dpt. Saya dah masuk tahun ke 3 pun tak kaya-raya juga. Baru 4 angka, tapi kalau campur dgn gaji bulanan saya, mmg 5 angkalah. Hasil dari ARBA Network dah cover saya punya bil-bil utility sendiri dan rumah org tua, loan kereta langsai, beli motosikal cash, beli tiket flight cash etc. Banyak expenses yg dulu terpaksa berhutang kini dibayar tunai.

Kebanyakan org beranggapan bila masuk skim2 mcm ni terus jadi kaya. Tidak! Kita takkan kaya selagi kita ada liability. Dengan modal saya yang sedikit dulu, saya berusaha gigih utk bangun dan mengumpul asset pula. Ada duit lebih saya top up ARBA. Ada duit lebih saya beli Gold Bar....dan tak lupa juga memberikan bahagian kpd yang memerlukan.

Tuan @zorro boleh join bila-bila tuan rasa bersedia. Plan dia tak pernah berubah sejak saya mula2 sertai dulu, 2013. Peluang utk maju sama mcm org lain. Tak perlu serabut kepala fikir pasal downline ke, nak buat sales ke. Itu option kpd mereka yg luarbiasa.
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#18
Pengumuman untuk ahli ARBA Network:

No telefon terbaru CWC: 1-300-88-8766

Waktu Operasi:

Isnin - Jumaat: 9.30 pagi - 6.00 petang
Sabtu: 9.30 pagi - 2.00 petang

Makluman Cuti:

Operasi syarikat CWC akan ditutup untuk sementara waktu bermula 24 Disember sehingga 27 Disember 2015 bersempena Cuti Umum Sambutan Hari Kelahiran Baginda Nabi Muhammad
dan Hari Krismas. Pejabat akan dibuka semula seperti biasa pada hari Isninm 28 Disember 2015.

Harap maklum.
 
Top