A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche

KMZack

Newbie
Joined
Oct 9, 2007
Messages
3,918
Points
38
niche tu...bahasa mudahnya "target market" yang anda pilih. Sebagai contoh, jika anda seorang yang expert dalam adsense, so your niche is in adsense area tak kiralah niche dalam drive adsense traffic, income dan sebagainya.

Tapi, konsep niche ni luas kalau nak dipelajari.Saya sendiri pun masih lagi belajar bagaimana untuk mencari niche yang ber $$$ . Kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya yang pakar2 kat WC ni..
ooo baru lah den paham

why not you visit my site and do something ....adakah anda akan masuk website saya dan melakukan sesuatu dan saya pun akan melakukan perkara yang sama bile memasuki website anda..ohbytheway.page.tl
 

Kasyidi

Newbie
Joined
Oct 18, 2007
Messages
1,877
Points
38
Age
36
Salam...

Penerangan yang cukup baik... TQ sifu.

P/S: saya dah beli & habis baca Buku RBDI en.Saifulshams... cuma masih belum bermula bisnes internet lagi.. baru belajar2 & mencari peluang. :)
 

carllys

freshman
Joined
Dec 18, 2006
Messages
1,674
Points
38
niche tu kalau tak silap aku maksud dia ialah pengkhususan

contoh,

baju -> tak niche
baju wanita ->
baju wanita mengandung ->
baju wanita mengandung untuk majlis makan malam -> niche

nak mencari niche mungkin tidak sukar. tapi apa yang lagi susah ialah nak cari profitable niche. apa itu profitable niche? ia adalah niche yang mempunyai permintaan yang tinggi tetapi kurang supply.


correct me if i'm wrong
 

Punk3iz

freshman
Joined
Nov 20, 2006
Messages
383
Points
16
Saya setuju dengan carlyss..itu pun apa yang saya faham tentang niche. :rolleyes:


niche tu kalau tak silap aku maksud dia ialah pengkhususan

contoh,

baju -> tak niche
baju wanita ->
baju wanita mengandung ->
baju wanita mengandung untuk majlis makan malam -> niche

nak mencari niche mungkin tidak sukar. tapi apa yang lagi susah ialah nak cari profitable niche. apa itu profitable niche? ia adalah niche yang mempunyai permintaan yang tinggi tetapi kurang supply.


correct me if i'm wrong
 

Kasyidi

Newbie
Joined
Oct 18, 2007
Messages
1,877
Points
38
Age
36
niche tu kalau tak silap aku maksud dia ialah pengkhususan

contoh,

baju -> tak niche
baju wanita ->
baju wanita mengandung ->
baju wanita mengandung untuk majlis makan malam -> niche

nak mencari niche mungkin tidak sukar. tapi apa yang lagi susah ialah nak cari profitable niche. apa itu profitable niche? ia adalah niche yang mempunyai permintaan yang tinggi tetapi kurang supply.


correct me if i'm wrong
pengkhususan rupanya.....:)
 

code7

Senior
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,898
Points
38
bagus penerangan niche ni... mentor saya pun cakap menda yg sama pasal niche.. nak wat bisnes mesti tahu pasal target market.. siapa, di mana, bagaimana.. bagaimana nak cari niche yg menguntungkan... saya ada terbaca satu artikel berkaitan blue ocean strategy.. ia mmg cukup penting kalo anda nak tau strategi cari niche yg menguntungkan.. saya pernah tulis pasal ni di http://www.rahsiaebiz.com/ebiz-tips/super-mega-usp-blue-ocean-strategy-2.html
 

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
2nd Post, dikumpul dari sebuah lagi post SaifulSham di WC. Kami kumpulkan supaya senang di cari.

Post ini terbuka kepada semua untuk memberikan respons, cuma saya harap contentnya kekal di sini, tidak diletakkan di blog mana2 pihak atau emel tanpa kebenaran. Sebab, kemungkinan besar artikel2 yang saya tulis di sini, saya nak gunakan balik, susah nak cari masa menulis sekarang.

Cita-cita saya dengan thread ini adalah untuk jadikan thread ini, thread informatif dan rujukan especially kepada newbie yang ingin bermula dalam internet business. Jadi, jika anda terbaca soalan pendek2 macam;

"Macam mana nak join?"
"Apa bende pertama saya kena buat"
dan yang seantero dengannya, directkan mereka ke sini.

Kalau mereka tak nak baca, mereka yang rugi.

Ok, style thread ni, saya akan post strukturnya dari awal, step by step di 1st post. Saya akan reply komen2 anda dan soalan2 yang tidak berkaitan dengan struktur di post2 berikutnya.

Target thread ini juga adalah untuk melahirkan perniagaan internet yang dalam lingkungan RM x,xxx sebulan. Jadi apa2 yang kita buat, ini aim kita.
Kita tak nak guna short cut untuk aim RM xxx sebab, kita nak aim more
than that.

Ok?


Jom start.


(btw, jika anda belum tahu lagi, jangan PM kami sebab kami jarang check PM)

*********************************
Prinsip Pertama Dalam Perniagaan Internet
*********************************

Benda pertama dalam perniagaan internet yang sebenar,
adalah anda tengok kemampuan anda.

Apa guna kemampuan anda ni?


Sebab, anda akan gunakan kemampuan anda ini untuk mendekati
target market anda. Apa kelebihan yang anda ada, kemampuan
yang anda ada untuk mendekati dan mengetahui apa yang target
market anda mahukan.

Kita akan jual apa yang market mahu dan yang kita mampu buat
sahaja.

SaifulSham's 3 Rules of Jangan.


1) Jangan jual/buat benda yang kita tak mampu/pakar buat
2) Jangan jual/buat benda yang pasaran tidak mahu
3) Jangan lupa rule pertama dan kedua.

Contoh Case Study:

Kononnya (tak ada bukti, konon sahaja), orang suka sangat
benda2 buat duit. Kononnya market nak benda2 buat duit,
kita pun cuba2 jual produk buat duit.

Ia tidak akan bertahan lama.
Ingat misi kita, business with RM xxxx in the end.


*********************************
Prinsip Kedua Dalam Perniagaan Internet
*********************************

Benda kedua dalam perniagaan internet, adalah.

Jangan obses dengan produk.


Katakan kita ada produk makanan
kesihatan untuk dipasarkan, kita dapat harga murah
dan kita rasa kita boleh jual di Internet.

Kita excited untuk jual.

Tetapi masalahnya, walaupun kita tahu siapa market
kita, tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk mendekati
market kita tu.

Jadi, sia-sia juga. Macam saya kata dalam Prinsip Pertama
tadi, kita kena tahu kemampuan kita. Sebab kita akan dekati
prospek kita dengan kemampuan kita ini.

Contoh Case Study:

Untuk produk makanan kesihatan ini, kita boleh lah katakan
seorang doktor perubatan mempunyai kemampuan untuk
menjual produk ini. Kerana dia ada pengetahuan dan dia
boleh mendekati prospeknya dengan tidak terlalu obvious.
Doktor tadi ada X-Factor.

Kalau kita lihat lagi dalam kes yang senang dilihat, logik tak
jika seorang yang tidak pandai buat design langsung cuba
menjual design Resell Rightnya pada harga seolah-olah design
tersebut datang dari dirinya sendiri?

Ini yang saya seringkali maksudkan dengan jangan jual ubat-ubatan
di Internet.


*********************************
Prinsip Ketiga Dalam Perniagaan Internet
*********************************

Pilih satu jenis produk yang kita tahu ada permintaan
dan kita boleh dapatkan supplynya.


Perhatian, kalau anda nak jual sesuatu, tapi tak tahu
nak dapatkan supplynya, anda ada 2 pilihn:

i) Belajar dari orang2 yang tahu di mana nak dapat supply
ii) Jual produk lain.

Jangan komplen susah nak dapat supply, sebab anda tak
ke mana-mana. Ingat prinsip kedua tadi, jangan obses
dengan produk.

Begitu juga kalau kita ada produk tapi kita takde demand.
Cari produk lain.

Ada banyak benda kat dunia ni yang kita boleh jual.
Think outside of the box.

Saya akan sambung prinsip2 lain dalam post berikutnya. Sentiasa
semak post #1 ini untuk updatenya.


Sedikit Motivasi Untuk Semua:


Ada yang ingat di PlanesPlanet kami menjual kapal terbang mainan.
Macam mana harganya boleh jadi begitu mahal?
Sebenarnya bukan. Ia adalah model kapal terbang. Model2 ini yang
anda sering lihat di pejabat2 ekslusif seperti agen2 pelancongan dan
penerbangan. Juga ketika MOU menandatangani MOU.

Target market untuk produk ini bukanlah kanak-kanak, tetapi
pengumpul koleksi model kapal terbang dan juga syarikat-syarikat.
Kami pernah menerima tempahan dari FEDEX (dia beli model kapal
terbang fedex dan guna emel @fedex.com, should be la kan?).

So, we can claim premium price on product like this. (*Kami ada
share dalam Seminar RBDDI SaifulSham macam mana nak dapat
premium price ni dan jenis-jenis produk yang boleh dikenakan premium
price
)

Betapa premiumnya harga yang planesplanet enjoy, saya tersilap
dalam membuat pertukaran asing.

Sepatutnya:

1 euro=1.4 USD

Tapi saya tak sengaja set:

1 USD=1.4 euro

Dan ada pelanggan yang beli dalam euro.


Kami juga pernah mendapat tempahan 10 unit terus dari
syarikat pelancongan.

Lihat, walaupun ia nampak macam mainan, tapi ia bukan mainan dan
ia tidak di jual pada harga permainan. Think outside of the box.

Lihat juga bahawa kami tidak target local market. Kami target international
market. Kuasa beli yang lagi kuat.

Lihat juga bahawa kami tidak menyimpan stok,dan kami tidak pernah
mengeluh tidak mendapat supplier. By hook or by crook kami adakan
juga supplier untuk segala model kapal terbang. (jika anda collector
benda2 macam ni, anda akan tahu bukan senang nak dapat semua
jenis plane)

Kesimpulannya,

Jangan jual plane model juga macam kami. Kalau anda nak jual plane
model juga, lihat balik prinsip satu, dua dan tiga. Guna balik prinsip
yang kami tulis ni untuk cari produk lain, think outside of the box.

Good luck!


Tambahan 6/4/2007


Ok, sekarang kita dah ada produk untuk dijual. Kita dah tahu
produk kita ada demand, dan kita dah dapat produk yang
mempunyai supply untuk dijual.

Jika anda masih pening-pening mengenai produk untuk dijual,
anda perlu tahu tidak semestinya produk sahaja yang boleh
dijual. Servis pun boleh dijual juga. Servis seperti perkhidmatan
adalah antara "produk" yang mendapat permintaan tinggi.

Contoh "unconventional":

1) Khidmat mendaftarkan perniagaan
2) Khidmat accounting
3) Khidmat nasihat pelancongan
4) Khidmat nasihat perkahwinan

Ini contoh2 unconventional, contoh biasa yang lain:

1) Web Design
2) Proof reading
3) Translation
4) Upah menulis artikel

-----------------------

Perkara pertama yang perlu kita decide adalah, kita nak
jual dalam bentuk "mini-site" atau "shopping site"?
 

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
RM1SX | Artikel ini bukan untuk newbie dalam perniagaan internet!

Seperti dalam artikel lepas saya ada menyebut, kita perlu sesuaikan mesej dan method kita dengan audiences kita. Jadi kepada newbie, ini bukan untuk anda. Apa yang newbie perlu tahu adalah, anda buat apa sahaja yang anda mahu buat untuk dapatkan RM1 yang pertama dari Internet. Anda tidak perlu fikir susah payah jauh-jauh. Mesrakan diri anda dengan perniagaan dan transaksi di Internet dahulu.

Jika anda telah mendapat RM 1 anda yang pertama, selamat membaca.

Perniagaan Internet Anda Sebuah Gerai, Restoran atau Francais?

Kita memulakan perniagaan internet atas beberapa sebab. Ada di antara kita yang mahu mendapatkan pendapatan sampingan, menambah pendapatan pasif, berhenti kerja dan menjadi bos serta ada juga yang mahu menjadi jutawan. Semuanya boleh dicapai dengan perniagaan internet, tahniah!

Tetapi anda perlukan strategi yang betul.

Untuk menjadi jutawan atau bos sendiri dalam perniagaan internet, strateginya berbeza dengan strategi untuk mendapatkan pendapatan sampingan dari Internet. Tetapi, walau apapun pilihan anda, saya mengesyorkan anda mengikuti “best practice” kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa depan.

Anda mungkin hanya mahu menjana pendapatan sampingan SEKARANG, tapi siapa tahu 10 tahun akan datang anda mahu meluangkan lebih masa untuk keluarga dan mahu berhenti kerja. Untuk mengubah sistem perniagaan internet anda ketika itu sudah terlalu lewat jika perniagaan internet anda tidak mempunyai strategi yang tersusun. Tetapi, jika bermula dari awal dengan betul, anda masih boleh berubah.

Apa Definisi Gerai, Restoran Dan Francais?

# Gerai

Gerai biasanya dibuka oleh kaum ibu (atau bapa) yang mahukan pendapatan sampingan. Biasanya menjual secara spesifik kepada pasaran tersendiri (nasi lemak dll untuk sarapan pagi atau pisang goreng untuk minum petang). Diusahakan sesama ahli keluarga dan produk jualan pun dihasilkan sendiri dan jiran-jiran sekeliling rumah.

Jika menjual nasi lemak esok, seseorang penjual nasi lemak itu akan meminta tolong anak-anaknya memotong lada kering (untuk buat sambal) ketika beliau membelah ikan bilis (guna tangan).

Ketika itu suaminya sedang memotong keledek untuk dibuat inti karipap.

Malamnya sebelum tidur beliau akan memasak sambal nasi lemak dalam kuali besar (kawah) dan merebus telur, setelah selesai beliau akan tidur. Ketika dia memasak sambal ini, suaminya memasak keledek untuk dibuat sambal karipap.

Beliau akan bangun semula pada pukul 4 pagi untuk masak nasi lemak. Sementara menunggu nasi lemak masak beliau akan mengupas telur dan memotong timun. Apabila nasi masak beliau akan membungkus kira-kira 50 bungkus nasi lemak dan suaminya membancuh tepung dan membuat karipap, 50-70 biji bergantung kepada penat atau tidak penatnya beliau.

Selepas Subuh, mereka ke gerai. Ini adalah kisah rutin seorang usahawan gerai. Bezanya adalah dari produk yang mereka jual. Penjual goreng pisang mungkin menggoreng di gerai, tetapi persediaanya memakan masa sejam 2 jam begitu jugalah.

(Nah, ini kisah benar hanya keluarga pegerai sahaja tau. Syazwan pun tak akan dapat cerita kisah sebegini!)

Apa akan jadi jika si isteri demam/sakit?
Suaminya akan membuat karipap DAN nasi lemak (bangun pukul 3 pagi).

Apa akan jadi jika si suami sakit?
Mereka tidak akan jual karipap. Hanya nasi lemak.

Apa akan jadi jika Majlis Perbandaran robohkan gerai?
Komplen kutuk-kutuk majlis perbandaran. Mengadu nasib pada ADUN. Tapi tak boleh buat apa-apa sebab salah sendiri bina gerai di tempat tak sepatutnya. Bina balik gerai di tempat lain.

Apa akan jadi jika kedua-duanya demam, balik kampung?
Tiada pendapatan untuk hari tersebut.

Apa akan jadi jika mereka telah cukup duit simpanan dan mahu bercuti ke Amerika Syarikat (melawat Disneyland dan ke Hollywood) selama sebulan?
Itu gila! Pelanggan akan lari dan pesaing akan buka gerai baru di sebelah gerai mereka. Pegerai tidak boleh bercuti panjang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

# Restoran

Biasanya restoran dibuka oleh usahawan “full time”. Restoran tersebut adalah salah satu mata pencarian utama mereka. Kebanyakan restoran mempunyai hanya berada di satu lokasi. (Restoran Lesung Batu, Restoran Maznah, De Mall Cafe adalah antara restoran-restoran seperti ini).

Kebanyakan usahawan ini akan menguruskan restoran mereka dengan bantuan beberapa orang pekerja. Ada restoran yang buka 24 jam, ada yang buka untuk sarapan sahaja, siang sahaja, ataupun malam sahaja.

Apa akan jadi jika usahawan tadi demam satu hari?
Beliau akan call pekerjanya dan beri arahan melalui telefon. Siapa yang kena ke pasar, siapa yang akan dipanggil memasak dan sebagainya.

Apa akan jadi jika usahawan tadi bercuti seminggu.
Masalah jika isterinya tidak jadi 2nd boss. Jika dia seorang boss, dia akan mula hilang kawalan atas restorannya. Ayam beli 30kg, yang sampai 25kg sahaja. Dalam bil tulis ada ikan bawal 2kg, tetapi tukang masak tak ada ikan bawal untuk di masak.

Dan lain-lain.

# Francais

Seorang usahawan memulakan perniagaan makanannya mencipta satu sistem, berapa orang pekerjanya, berapa stok yang perlu diambil, apa menunya dll. Sistem tersebut diperbaiki dan diperbaharui sehingga hampir sesiapa sahaja yang mengikutinya boleh berjaya.

Mereka bermula dengan sistem yang kemas, strategi yang teratur baik dari segi pemasaran, pembinaan perniagaan dan organisasinya.

Apa akan jadi jika pengasasnya demam?
Jangankan demam, cuti sehari atau sebulan. Ray Kroc pengasas restoran Mc Donaldfrancais Mc Donalds telah meninggal lebih 23 tahun dahulu (sebelum kami lahir) pun, hari ini restorannya masih dibuka berjalan dan untung.

Bahkan kami yang tidak pernah hidup sezamannya dengan beliau pun selalu menjadi pelanggan di restoran beliau.

Baiklah, cerita yang menarik. Tapi apa perkaitannya dengan perniagaan internet Sabri?

Banyak!

Perniagaan Internet gerai adalah perniagaan internet yang suka-suka. Kita dapatkan produk dan kita jual. Kita agak-agak produk kita ada permintaan dan kita jual. Kita uruskan support service sendiri.

Kita promosi gitu-gitu aja. Sebuah blog, beberapa artikel, beberapa forum post. Siap! Kita dapat duit sikit dan tersenyum lebar.

“Aku Puas!” anda menjerit. “Aku sudah ada perniagaan internet sendiri yang buat duit, Yahoo! Yabedabedu” anda berkata kepada girlfriend anda ketika berdating di Victoria Station Steak House.

Sebulan selepas itu, jualan merosot. Anda sudah tidak senang duduk. Macam mana ni? Kenapa jualan tiba-tiba jatuh teruk?

“Macam mana aku nak buat duit lagi ni?” anda bertanya kepada diri sendiri.

“Haaa, aku tahu! Aku buat website baru. Aku jual produk baru!”

Cycle tadi berulang kembali (lebih malang kalau anda menjual produk resell right yang boleh didapati dengan bersepah-sepah di internet secara bundle. Anda menjual kuantiti, instead of kualiti). Normal, tidak apa. Ini bukan sesuatu yang tidak bagus. Anda masih buat duit dari internet.

Tetapi, anda tidak akan ubah seperti usahawan gerai tadi. Anda sebenarnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika anda mahu begitu tidak mengapa, tetapi saya sangat-sangat syorkan, jadi lebih baik. You can be better.

Jadi Usahawan Gerai Tiada Masalah dan Tidak Hina. Tetapi Jadi Usahawan Gerai Yang Berwawasan!

Ramai usahawan gerai yang menjadi jutawan senyap apabila menggaji pekerja-pekerja Indon dan menambah cawangan gerai mereka. Ini usahawan gerai yang berwawasan. Mereka tidak cepat puas hati apabila dapat makan setiap hari, tapi mereka berfikir jauh.

Ada juga usahawan gerai yang upgrade jadi usahawan restoran. Mereka ada wawasan untuk jadi lebih baik.

Persoalannya

Apa yang terjadi kepada pelanggan anda jika anda menjual kuantiti dan bukan kualiti?
Adakah mereka akan membeli lagi dari anda? Apa yang anda pertaruhkan di sini? Nama anda.

Apabila anda mempromosi laman web kedua nanti, kitaran sama akan berulang. Tidak salah, tetapi kurang sesuai. Pembeli tadi sudah tahu tawaran anda. Sudah tahu bahawa mereka boleh mendapat apa sahaja produk yang anda tawarkan dengan harga yang lebih rendah dan tawaran yang lebih menarik dari anda.

Kepada pelanggan anda yang lebih baik, mereka tidak akan membeli dan tidak buat apa-apa dari apa yang mereka beli. Mereka akan baca, dan mereka akan amalkan. Mereka akan naik “food chain” dan mobiliti so**** mereka akan meningkat.

Mereka akan sedar, anda bukan “tokan” (pakar) sebenar dalam bidang anda. Mereka dahagakan ilmu-ilmu baru, terkini. Mereka perlukan sistem yang sistematik yang telah diuji keberkesanannya. Kerana anda tidak ubiquitos dalam pasaran anda, kerana pemasaran anda lebih kepada ad hoc (sementara) dan tidak secara konstant dan konsisten, mereka akan ikuti pakar-pakar dalam bidang tersebut. Anda akan ditinggalkan pelanggan anda sendiri akhirnya.
Pembeli baru anda, dan list anda akhirnya akan dianggotai oleh orang yang lebih kurang macam anda. Pepatah inggeris mengatakan “bird of the same feathers flock together“

Sebab pelanggan yang sofistikated dan ingin maju akan mencari panduan yang sofistikated juga, anda akan berterusan dengan list yang cuma ingin mendapat sesuatu dengan free. Orang yang hanya ingin tengok-tengok. Pendownload tetapi tidak mahu membaca. Professor serba tahu (PST jika anda ingat majalah Gila-Gila) yang semuanya dia sudah tahu.
 

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
Apa nilai perniagaan internet anda ketika ini?

Ini penting. Kami belajar sama banyak perkara dari pelanggan-pelanggan kami dengan apa yang kami sampaikan dari mereka. Value Sharing.

Jika pelanggan anda terdiri dari golongan freebie seekers dan freeloaders yang saya sebutkan tadi, apa yang anda akan dapat?

Adakah anda menjadi lebih baik? Adakah anda menjadi lebih kaya? (saya rasa anda akan setuju dengan saya. Sekadar mendapat RM1-2K sekali bukanlah kaya namanya)

Sebab itu saya tekankan dalam artikel saya yang lepas (Tips Menulis EBook), jika anda terlibat dalam information marketing, produk anda sebenarnya bukan informasi! Itu adalah myth. Produk anda sebenarnya adalah result yang pelanggan anda akan dapat setelah menggunakan produk anda.

Sekali lagi, saya tidak mahu anda berfikiran negatif dan mencari alasan kenapa mesej ini tidak sesuai untuk anda. Ini memang untuk orang berbakat macam anda. Jangan sesiakan bakat dan kebolehan anda!

Tidak ada alasan anda tidak tahu, tidak faham. You cannot afford not to. Silakan tanya di ruangan komen di bawah. Saya akan cari masa untuk menjawab soalan anda. Ini sangat penting kerana ini adalah fundamental ini doing business. Konsep dia. Saya mahu anda berjaya, kerana “Bird of the same feathers, flock togethers”

Sebenarnya, jangan anggap saya lebih baik dari anda. Saya juga bermula dengan tidak tahu apa-apa dalam perniagaan ini. Saya belajar dari pelanggan saya juga. Ramai di antara mereka usahawan yang berjaya bahkan ada beberapa jutawan pun yang menjadi pelanggan kami. Apa yang kami dapat dari individu-individu ini?

Mereka bukan sekadar pelanggan, mereka berpandangan jauh dan dalam. Mereka sharp, tidak lokek atau berkira. Kata-kata mereka adalah nasihat. Mereka inilah yang saya selalu puji sebagai pelanggan ideal.

Kita tidak perlu mempunyai pelanggan kaya atau jutawan untuk jadi belajar dan bergaul dengan mereka. Tapi kita perlu mempunyai minda yang sharp dan hebat. Pemikir yang hebat dan sharp, anda hanya menunggu masa untuk berjaya. Setiap tindakan anda adalah satu langkah ke arah kejayaan.

Saya tidak pernah berkata ini, tetapi hari ini saya katakan. Jauhkan diri anda dengan elemen negatif.

Sebab itu disamping memuji-muji pelanggan ideal, saya juga ada mengingatkan pelanggan kami yang dalam kategori “over”, behave or “pack out”. Semua orang tidak perlu jadi perfect, but be at our best behaviour.

Saya bermula dengan tidak tahu apa-apa. Saya belajar. Jika bertemu dengan sesuatu yang sukar, saya fahami dengan tekun. Jangan bimbang jika anda tidak belajar tinggi (konotasi masyarakat untuk tidak pandai);

Sdr Fadzli Yusof (glamour ya sdr 2,3 hari ni. Asyik kena quote sahaja!) pernah berkata pada saya:

“Cukuplah kita tahu kita tak *****. Itu tujuan kita belajar“

Dan saya bersetuju dengan beliau sebab saya pun ada kisah silam mengenai hal ini. :mrgreen:

Anda mahu berjaya, anda usaha jangan temberang kata anda tetap gagal. Itu maksudnya anda tidak cukup usaha :!:

Berbalik kepada Membina Perniagaan Internet Sendiri Yang Bukan Gerai

Apabila anda menjual sesuatu baik produk dan perkhidmatan di Internet, lihat kepada persekitaran anda. Apa fungsi anda dalam market tersebut? Sudahkah ada “Raja” dalam bidang tersebut. Mampukah anda jadi “Raja” atau “Permaisuri” atau “Tengku Mahkota” atau “Bendahara” atau paling-paling kurang pun dapat duduk sebangku dengan penasihat-penasihat istana?

Jika boleh, masuk dalam niche tersebut. Buat yang terbaik, usaha, beri nilai untuk pelanggan anda, sehingga anda ada cukup tentera untuk merampas kuasa dan jadi raja.

Tetapi, jika anda masuk istana, anda kena “Ampun Tuanku!”, “Daulat Tuanku” dan apabila raja beri sepersalinan pada anda, anda sudah lompat-lompat gembira, lebih baik tak payah masuk istana (niche) tersebut.

Anda mahu masuk dan menjadi “Raja” atau paling-paling kurang pun “Tengku Muda” dalam niche tersebut. Work your way up.

Untuk work your way up, anda tidak boleh buat begitu tanpa produk atau dengan hanya satu produk. Orang-orang anda tidak cukup banyak.

Jadi anda perlu produk kedua. Produk kedua built upon produk pertama. Produk ketiga built upon produk pertama dan kedua. Jadi lama kelamaan, kedudukan kita akan semakin tinggi.

Tidak salah untuk kita menjual produk resell right, tetapi lebih bagus jika produk resell right tersebut menepati strategi perniagaan internet kita. Contoh, kita menjadi raja produk resell right (seperti Edmund Loh, raja PLR). Beliau keluarkan PLR demi PLR untuk orang lain, sebab strategi beliau adalah menjadi Raja PLR.

Dengan penyebaran dan penjualan lebih banyak produk PLR beliau sendiri beliau dapat jadi raja. Beliau tidak beli produk PLR orang lain dan jual balik. (Recycle). Sebaliknya beliau menghasilkan PLR sendiri untuk disebarkan.

Begitu juga dengan Zul Smartusaha, beliau tidak recycle produk resell right yang bersepah di Internet, tetapi beliau mengeluarkan produk Master Resell Right sendiri sebagai menepati strategi perniagaan internet beliau. Branding, penyebaran jenama!

Jadi saya tidak boleh jual produk Resell Right lah ya?

Tidak semestinya. Ia bergantung kepada strategi kita. Kami pun menjual produk resell right orang lain. Tetapi, kami gunakan produk resell right tersebut untuk enhance value kepada customer. Untuk memberi nilai tambah kepada mereka dan mengurangkan support issue kepada staff kami supaya mereka boleh buat kerja lain yang lebih produktif.

Jadi nampak di sini?

Bagaimana perniagaan internet anda harus distrukturkan pemasarannya? Masuk bidang yang anda boleh jadi raja, dan jadi raja yang power.

Lebih baik kita menjadi Raja Brunei (negara yang kecil) dari menjadi pendatang tanpa izin di US. (memang cool kalau orang tanya kerja kat mana, kita cakap kerja di US-tapi berbaloikah?)

Akhirkata, semoga anda dapat sesuatu dan saya separuh puas menulis. Pilihlah niche dan jadi ubiquitous di dalam niche anda.
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Wah SaifulSham. Informasi di atas bernilai $397! ;) Amat-amat berguna kepada yg mahu memahaminya.

Yup, saya skrg mahu memposisikan diri sebagai "pengeluar" produk MRR. InsyaAllah.

Tak salah menjual produk2 orang lain sebab ia boleh dijadikan sumber pendapatan kita (multiple incomes) dan sebagai 'leverage' dalam usaha kita dalam pengeluaran produk (tak perlu buat sendiri).

Tapi teramat rugi jika anda tiada produk sendiri sekurang-kurangnya satu. Inilah yg Terry Dean katakan dan akan selalu beliau laung2kan. Tak ada produk sendiri, anda tak dapat pergi jauh dan 'terbang' tinggi. Maksudnya, tak ada keuntungan dalam masa yg panjang & untuk masa depan.

Kes Study Tambahan: Gobala Krishnan
Beliau adalah di antara orang yg dikenali sebagai "Wordpress Guy". Hatta Joel Comm dan big IM pun kenal beliau. Dengan "gelaran" itulah beliau mudah untuk memposisikan diri dalam bidang perniagaan Internet ini sebab beliau ada keunikan tersendiri. Anda pula bagaimana?

Salah satu guru Gobala adalah Alex Mandosian. Alex ni dia ada formula dia sendiri iaitu membina IDENTITI. Identiti Alex ialah pakar pemasaran poskad. Identiti Gobala adalah "wordpress guy". Identiti SaifulSham, "pakar produk fizikal"... Identiti anda? ;)

Once anda ada identiti tersendiri yg unik, anda tak ada masalah nak "cangkuk" (hook) pelanggan2 sedia ada untuk lain2 produk dan servis.

Salam kejayaan.
 
F

Fiza87

salam,wah boleh tahan explanation pakar2 kat sney,naik takut nak wat bisnes internet jadinya coz sume terror2 :).saya dah lame register tapi baru nak post,student la katekan...nie ade satu soalan cepumas-ada mereka yg berpendapat kalau tulis e-book yang tak tinggi niche dia(ex internet marketing,blogging etc) lagi bagus coz topik2 camtu masih 'virgin' lagi untuk pasaran m'sia yg ciput nih...komen?(bercadang nak wat e-book gak,tapi blur lg ngan tajuk)
 

luqman

freshman
Joined
Oct 28, 2007
Messages
78
Points
6
Fizzy, kalau wat ebook yg niche x tinggi,cthnya mcm ebook penjagaan kucing dan sbgainya,cabaran yang paling getir skali ialah nak dapatkan pelawat yg benar2 berminat dengan ebook yg kita jual.

Kita kena buat kajian macam mana nak dekat dgn org2 yg minat bela kucing.

--Apa forum yg diorang slalu masuk?[online approach]
--Hantar email kt rakan2 yg berminat bela kucing[online approach]
--Cari persatuan atau kelab haiwan peliharaan ke?[offline approach]

Pendek kata marketing kna btul. Kalau promote ebook tentang penjagaan kucing kt WC ni, kebarangkalian untuk org beli ebook tu kurang la sebab WC ni lebih kepada internet marketing,web design,forex, and technical stuff about online payment,Paypal,debit kad dan sbgnya.

Last but not least,kita kna study dulu bidang yang kita ceburi.Bykkan membaca dan jgn takut utk try n error. Better try n error skarang.At least for the next 2-3 years kta dah ada cukup ilmu untuk jana wang dari internet.:D
 

hairulezMY

freshman
Joined
Nov 21, 2007
Messages
19
Points
1
Saya thumbs up kepada komen SaifulSham dan Smartusaha di atas. Teramatlah berguna informasi berkenaan bagi mereka yang newbie ataupun terlupa dan tercari-cari formula perniagaan mereka. Saya syorkan kepada yang baru berjinak, agar carilah niche pasaran mereka sendiri dan boleh juga membeli ebook TeknikNiche sebagai panduan dan rujukan.

Saya juga masih baru dalam perniagaan internet ini tetapi saya telahpun menetapkan matlamat saya sendiri. Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita ceburi..
 

KMZack

Newbie
Joined
Oct 9, 2007
Messages
3,918
Points
38
Ncihe market yang aku tahu ialah macam kita nak jual ayam kite kene tengok selain dari ayam aper lagi yang boleh kite jual cth telur ayam,makanan ayam,bulu ayam "untuk bulu tangkis"--seeloknya pilih niche yang tak banyak pesaing tapi ramai orang pukul aku cadangkan bulu ayam ...kalau tak betul tolong perbetulkan saya orang baru gak
 

miey_wakaka

freshman
Joined
Aug 13, 2007
Messages
20
Points
1
waaa... info2 kat sini mmg sgt berguna kepada semua org.. Walaupun ini untuk newbie tp org2 yg dah lama buat online business boleh ambik info2 ni untuk buat new marketing strategy.

thanx for the info:)
 

Phoenixwunin

junior
Joined
Feb 7, 2008
Messages
96
Points
8
sempoi arr bro-bro sekalian. Dah lama saya perhatikan topik nih. Baru hari nie ada rasa niat dihati nak join.


Saya paling minat dengan program Affiliate sebenarnya. Banyak jenis program high ticket saya jumpa bersepah-sepah di internet cam Abunza, Cruise to Cash dan yang sewaktu dengannya. Commission paid memang dahsyat.. sampai USD947 per sale. Berpinar mata tengok.. tapi saya tak berapa berani nak join pasal perlu USD1000 untuk join. o_O


Cuma tiga minggu lepas jumpa satu program affiliate baru yang satu nih.. join USD200. Tapi satu sale dapat USD150. Setakat nie berjaya 7 sale.. sale pertama saya dapat kat orang yang sponsor saya.. so saya berjaya dapat USD150 x 7 = USD1050.

Tak tau la pulak masuk duit malaysia nanti berapa kan?? Tengah sangkut kat PayPal pasal diorang limitkan account saya pulak. Esok nak kumpul dokumen nak hantar kepada PayPal supaya boleh pulihkan semula akaun PayPal saya.

Tapi alhamdulillah la... tak sangka saya boleh berjaya pulak. Dulu selalu prejudis dengan program internet ni. kalau tahu macam ni dah lama saya join dulu.
 
Top