A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche

adila

freshman
Joined
Mar 21, 2007
Messages
280
Points
16
walaupun post ni dah lama..tapi saya baru baca...
sebenarnya dah lama dengar pasal wangcyber..tapi hati tergerak untuk register bila zulsmartusaha memperkenalkan lagi..tq zul
bila baca yang saifulsham tulis tu...ada idea bermain di kepala nih
dulu pada mulanya...keliru gak bila dengar niche..niche...niche...apa la gamaknya yer..tapi bila dah study dan baca buku RBDDI, baca blog...barula terbuka luas minda dan hati ini..
semoga penulisan dari wangcyber akan berterusan untuk membantu newbie seperti saya:p
 
Joined
Mar 23, 2007
Messages
13
Points
1
Age
30
saya hendak bantu tuh taiping online

banyak2 tukar link dengan orang agar kita nantinya di backlink

coba anda iklan di media periklanan yang ada

perbaiki content ato isi blog anda

selain adsense coba ikut adbrite saya dapat $200 per bulan dari adbrite dan adsense $100 - $200
 
baem

Senior
Joined
Mar 14, 2007
Messages
1,123
Points
38
adsenser indonesia,

kamu boleh bantu saya?
saya sangat baru dalam bidang ini.. sangat baru..
moga kepakaran kamu boleh membantu.. :D
 
Joined
Mar 23, 2007
Messages
13
Points
1
Age
30
adsenser indonesia,

kamu boleh bantu saya?
saya sangat baru dalam bidang ini.. sangat baru..
moga kepakaran kamu boleh membantu.. :D
boleh lah kawan kita disini smua adalah kawan dan harus saling membantu

apa yang bisa saya bantu kawan ???

silahkan anda tanya pada saya
 
baem

Senior
Joined
Mar 14, 2007
Messages
1,123
Points
38
mcm ini..
saya kalau boleh hendak cuba lengkapkan blog saya dgn teknik adsense yg bagus.. saya masih tiada content tapi saya sudah ada apa yg saya mahu lakukan.. sudah ada idea..

cumanya, saya agak naif dlm adsense n untuk berguru dgn pakar memerlukan ongkos yang besar..

kalau kamu bisa bantu saya dlm pelbagai segi.. saya sgt berterima kasih..
 
saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
Assalamualaikum semua,

Saya membuka thread ini atas perkembangan terbaru WC dan ingin memeriahkan lagi forum kita ni. Saya dapati thread2 informatif berkurang dengan section "Perniagaan Internet" (asyik ruangan pengiklanan& pemasaran je yang ada topik baru ;) ) ,jadi saya menambah thread ini di ruangan ini.

Keduanya, sebagai satu tanda sokongan kami kepada perniagaan internet Malaysia. Adalah tidak benar, ahli-ahli lama tidak banyak terlibat sekarang. Thread ini buktinya. Cuma sebelum ini kalau kami orang-orang lama jarang post, sebab kami tak tahu kat mana nak mencelah... banyak post pelik2 ;)

Post ini terbuka kepada semua untuk memberikan respons, cuma saya harap contentnya kekal di sini, tidak diletakkan di blog mana2 pihak atau emel tanpa kebenaran. Sebab, kemungkinan besar artikel2 yang saya tulis di sini, saya nak gunakan balik, susah nak cari masa menulis sekarang.

Cita-cita saya dengan thread ini adalah untuk jadikan thread ini, thread informatif dan rujukan especially kepada newbie yang ingin bermula dalam internet business. Jadi, jika anda terbaca soalan pendek2 macam;

"Macam mana nak join?"
"Apa bende pertama saya kena buat"
dan yang seantero dengannya, directkan mereka ke sini.

Kalau mereka tak nak baca, mereka yang rugi.

Ok, style thread ni, saya akan post strukturnya dari awal, step by step di 1st post. Saya akan reply komen2 anda dan soalan2 yang tidak berkaitan dengan struktur di post2 berikutnya.

Target thread ini juga adalah untuk melahirkan perniagaan internet yang dalam lingkungan RM x,xxx sebulan. Jadi apa2 yang kita buat, ini aim kita.
Kita tak nak guna short cut untuk aim RM xxx sebab, kita nak aim more
than that.

Ok? ;)

Jom start.

(btw, jika anda belum tahu lagi, jangan PM kami sebab kami jarang check PM)

*********************************
Prinsip Pertama Dalam Perniagaan Internet
*********************************

Benda pertama dalam perniagaan internet yang sebenar,
adalah anda tengok kemampuan anda.

Apa guna kemampuan anda ni?

Sebab, anda akan gunakan kemampuan anda ini untuk mendekati
target market anda. Apa kelebihan yang anda ada, kemampuan
yang anda ada untuk mendekati dan mengetahui apa yang target
market anda mahukan.

Kita akan jual apa yang market mahu dan yang kita mampu buat
sahaja.

SaifulSham's 3 Rules of Jangan.

1) Jangan jual/buat benda yang kita tak mampu/pakar buat
2) Jangan jual/buat benda yang pasaran tidak mahu
3) Jangan lupa rule pertama dan kedua.

Contoh Case Study:

Kononnya (tak ada bukti, konon sahaja), orang suka sangat
benda2 buat duit. Kononnya market nak benda2 buat duit,
kita pun cuba2 jual produk buat duit.

Ia tidak akan bertahan lama.
Ingat misi kita, business with RM xxxx in the end.

*********************************
Prinsip Kedua Dalam Perniagaan Internet
*********************************

Benda kedua dalam perniagaan internet, adalah.

Jangan obses dengan produk.

Katakan kita ada produk makanan
kesihatan untuk dipasarkan, kita dapat harga murah
dan kita rasa kita boleh jual di Internet.

Kita excited untuk jual.

Tetapi masalahnya, walaupun kita tahu siapa market
kita, tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk mendekati
market kita tu.

Jadi, sia-sia juga. Macam saya kata dalam Prinsip Pertama
tadi, kita kena tahu kemampuan kita. Sebab kita akan dekati
prospek kita dengan kemampuan kita ini.

Contoh Case Study:

Untuk produk makanan kesihatan ini, kita boleh lah katakan
seorang doktor perubatan mempunyai kemampuan untuk
menjual produk ini. Kerana dia ada pengetahuan dan dia
boleh mendekati prospeknya dengan tidak terlalu obvious.
Doktor tadi ada X-Factor.

Kalau kita lihat lagi dalam kes yang senang dilihat, logik tak
jika seorang yang tidak pandai buat design langsung cuba
menjual design Resell Rightnya pada harga seolah-olah design
tersebut datang dari dirinya sendiri?

Ini yang saya seringkali maksudkan dengan jangan jual ubat-ubatan
di Internet.

*********************************
Prinsip Ketiga Dalam Perniagaan Internet
*********************************

Pilih satu jenis produk yang kita tahu ada permintaan
dan kita boleh dapatkan supplynya.

Perhatian, kalau anda nak jual sesuatu, tapi tak tahu
nak dapatkan supplynya, anda ada 2 pilihn:

i) Belajar dari orang2 yang tahu di mana nak dapat supply
ii) Jual produk lain.

Jangan komplen susah nak dapat supply, sebab anda tak
ke mana-mana. Ingat prinsip kedua tadi, jangan obses
dengan produk.

Begitu juga kalau kita ada produk tapi kita takde demand.
Cari produk lain.

Ada banyak benda kat dunia ni yang kita boleh jual.
Think outside of the box.

Saya akan sambung prinsip2 lain dalam post berikutnya. Sentiasa
semak post #1 ini untuk updatenya.

Sedikit Motivasi Untuk Semua:

Ada yang ingat di PlanesPlanet kami menjual kapal terbang mainan.
Macam mana harganya boleh jadi begitu mahal?
Sebenarnya bukan. Ia adalah model kapal terbang. Model2 ini yang
anda sering lihat di pejabat2 ekslusif seperti agen2 pelancongan dan
penerbangan. Juga ketika MOU menandatangani MOU.

Target market untuk produk ini bukanlah kanak-kanak, tetapi
pengumpul koleksi model kapal terbang dan juga syarikat-syarikat.
Kami pernah menerima tempahan dari FEDEX (dia beli model kapal
terbang fedex dan guna emel @fedex.com, should be la kan?).

So, we can claim premium price on product like this. (*Kami ada
share dalam Seminar RBDDI SaifulSham macam mana nak dapat
premium price ni dan jenis-jenis produk yang boleh dikenakan premium
price
)

Betapa premiumnya harga yang planesplanet enjoy, saya tersilap
dalam membuat pertukaran asing.

Sepatutnya:

1 euro=1.4 USD

Tapi saya tak sengaja set:

1 USD=1.4 euro

Dan ada pelanggan yang beli dalam euro. :p

Kami juga pernah mendapat tempahan 10 unit terus dari
syarikat pelancongan.

Lihat, walaupun ia nampak macam mainan, tapi ia bukan mainan dan
ia tidak di jual pada harga permainan. Think outside of the box.

Lihat juga bahawa kami tidak target local market. Kami target international
market. Kuasa beli yang lagi kuat.

Lihat juga bahawa kami tidak menyimpan stok,dan kami tidak pernah
mengeluh tidak mendapat supplier. By hook or by crook kami adakan
juga supplier untuk segala model kapal terbang. (jika anda collector
benda2 macam ni, anda akan tahu bukan senang nak dapat semua
jenis plane)

Kesimpulannya,

Jangan jual plane model juga macam kami. Kalau anda nak jual plane
model juga, lihat balik prinsip satu, dua dan tiga. Guna balik prinsip
yang kami tulis ni untuk cari produk lain, think outside of the box.

Good luck!

Tambahan 6/4/2007

Ok, sekarang kita dah ada produk untuk dijual. Kita dah tahu
produk kita ada demand, dan kita dah dapat produk yang
mempunyai supply untuk dijual.

Jika anda masih pening-pening mengenai produk untuk dijual,
anda perlu tahu tidak semestinya produk sahaja yang boleh
dijual. Servis pun boleh dijual juga. Servis seperti perkhidmatan
adalah antara "produk" yang mendapat permintaan tinggi.

Contoh "unconventional":

1) Khidmat mendaftarkan perniagaan
2) Khidmat accounting
3) Khidmat nasihat pelancongan
4) Khidmat nasihat perkahwinan

Ini contoh2 unconventional, contoh biasa yang lain:

1) Web Design
2) Proof reading
3) Translation
4) Upah menulis artikel

-----------------------

Perkara pertama yang perlu kita decide adalah, kita nak
jual dalam bentuk "mini-site" atau "shopping site"?
 
wlg77

freshman
Joined
Apr 18, 2007
Messages
16
Points
1
saya baru joint satu busines prepaid ni (mymode) mungkin ramai yang dah tahu. Mulanya saja suka2 joint busines berkonsepkan mlm ni sbb saya ni malas nak ke kedai nak top up prepaid. Tak sangka pulak baru sebulan saya joint dah boleh dapat modal yang saya labur dulu pas tu siap ada 4 org downline lg... :) Jom joint dengan saya untuk menambahkan lagi pendapatan anda kerana ada pakej istimewa saya tawarkan...

Smart Prepaid
 
rahsiakewangan

freshman
Joined
May 2, 2007
Messages
7
Points
1
Age
36
AS'KUM SEMUA,nak tanya sket dan minta pendapat. adala sorang kawan saya nie. dia ada join kursus usahawan internet,tapi dia cakap indah khabar dari rupa? yeke? saya pun tak tau sebab lom pergi lagi. maksud dia, dia dah pergi namun banyak lagi yg kena belajr. yela tak semua orang pandai kan.. tapi saya rasa itu kena usaha la kan. nak seribu daya,tak nak banyaklah dalih nya. any.kepada rakan saya tu,gud luckla. hope ada sinar gak nanti:) :) :)
 
Joined
Dec 31, 2006
Messages
1,306

Hehehe... bukan cam tu... sebenarnya, internet business ni bukan satu benda simple... x semudah yang kita sangkakan...

kalo pergi seminar tu, penceramah kenalah kasi semangat dia membara skit... masalahnya, bila dah balik and gagal lakukan, semangat trus luntur... itu pasal dia cakap cam tu... benda ni kena explore lama and kena biasakan diri... :)
 
regsolid

freshman
Joined
Jan 29, 2007
Messages
39
Points
6
saya setuju, business internet nih makan masa, tapi yang hebatnya dia tak perlu sewa kedai cuma sewa space tuh pun murah bergantung kepada kehendak tuan rumahnya, pastu tak perlu bayar kwsp pekerja dan pekeso pekerja dan lain-lain, cuma kerja masa yang lapang.... senang tapi makan masa untuk buahkan hasil
 
Joined
Dec 27, 2006
Messages
479
Points
18
Age
41
AS'KUM SEMUA,nak tanya sket dan minta pendapat. adala sorang kawan saya nie. dia ada join kursus usahawan internet,tapi dia cakap indah khabar dari rupa? yeke? saya pun tak tau sebab lom pergi lagi. maksud dia, dia dah pergi namun banyak lagi yg kena belajr. yela tak semua orang pandai kan.. tapi saya rasa itu kena usaha la kan. nak seribu daya,tak nak banyaklah dalih nya. any.kepada rakan saya tu,gud luckla. hope ada sinar gak nanti:) :) :)
Bagi saya kursus adalah satu perkara yang penting. Ia menjadi penunjuk jalan supaya kita berada dilandasan yang betul dan mempunyai mentor sebagai tempat rujukan.

Kursus bukan jaminan kita akan berjaya dengan hanya pergi kursus tetapi balik dok saja.
 
centz

freshman
Joined
May 10, 2007
Messages
0
Points
0
PESANAN IKHLAS UNTUK MEREKA YG MENCARI BISNES ONLINE KETIKA INI .

DAHSYAT..penangan mymode kat internet nih.. Walaupun niat pempromosi mymode ni baik, ada juga menimbulkan tanggapan negative bagi mereka yang menganggap mymode ni satu persaingan hingga menenggelamkan populariti bisnes yang mereka sedang jalankan. Maaf yang tidak terhingga dari kami kerana menimbulkan situasi kurang selesa ini.

Tapi saya rasa setiap mereka yang membenci mymode, terpahat dihati mereka satu harapan sekiranya mereka pula yang telah berjaya dan mereka pula yang mempromosi mymode sebaliknya. Betapa bangganya bila mereka sendiri yang meletakkan banner dan iklan promosi di merata-rata web forum dan iklan tanpa segan silu dicerca dan dicaci malahan di ban kerana melanggar tata susila berposting. Mereka jadi fanatik, kerana mereka yakin.

Begitu juga anda. Dengarlah naluri anda itu, kerana ianya selalunya benar. Hanya RM65 sekali sahaja dan anda telah melepaskan diri dan minda anda dari tekanan luaran yang teramat. Berilah diri anda kebebasan dan kedamaian dengan bersama-sama menyertai mymode.

Sedarlah, jika bukan hari ini, Insya-Allah esok anda akan menyertai kami. Buangkan hipokrit dan keegoan itu, hari ini tuhan telah memberi hidayah kepada anda menyertai kami untuk berjaya,

Klik link ini untuk memulakan langkah pertama. http://mymode.sefitrah.com/index.php?id=centz
 
zakri

Senior
Joined
Jan 29, 2007
Messages
586

Huhuhuhu baru satu post. terus promote lak tu.
 
Miclee77

freshman
Joined
Aug 1, 2006
Messages
52
Points
6
Hehehe penjelasan yg baik. Mudah - mudahan kita semua dapat manfaatkan tak kira yang memberi apatah lagi yang menerima.
 
Top