A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche

tuahemas

Senior
Joined
Mar 14, 2006
Messages
284
Points
18
Saya terima soalan spt "apa ebiz yg boleh saya buat?" hampir setiap hari. jadi saya buat satu topik All-In-One utk jawab soalan FAQ sebegitu. Namun, masih lagi ada yg bertanya... huhuhu...

Maka, saya cuba tekankan disini; ebiz tak jauh beza dgn offline biz. Medium berbeza.

Anda perlu lakukan apa yg anda minat dan anda boleh lakukannya dgn terbaik. Itulah niche anda. Tak semestinya kena direct, asalkan kena.

Amik contoh the late Corey Rudl, beliau suke dgn niche exotic cars, tapi berjaya & byk buat duit dalam internet marketing (IM). Sbb beliau antara yg berpengalaman, minat serta hebat dlm IM.

Frank Kern ada bagi tips kenapa beliau boleh buat duit byk (saya maksudkan cukuppp banyak... dia ada tunjukkan akaun clickbank dia, saya masih terkejut smpi hari ni) dgn niche2 market pilihannya:

- Cari niche yg anda minat dan maklum.
- Cari niche yg banyak carian sebulan (>100k)
- Cari niche yg ada competitor yg dah byk buat duit
- Offer solution kpd problem market tersebut, hmm... boleh tiru apa yg competitor anda buat, tapi kena differentiate

Ada carian maksudnya ada market.
Ada competitor maksudnya market tersebut profitable.
 

regsolid

freshman
Joined
Jan 29, 2007
Messages
39
Points
6
saya tengok niche macam jual calender dan jual peta malaysia pun boleh laku tahun ni, pasal tahun ni kan tahun melawat malaysia ... cuba lah tengok apa ynag nyata Dr. Irfan kata dia jual map je pun laku bukan main.... apa kata kita cuba tengok... idea bagus nih.
 

e-fun

Senior
Joined
Dec 14, 2006
Messages
627
Points
18
jadi.. dalam 2007 tu apa yg niche agaknye ye?
selain visit Malaysia.. banjir... then.. herrmmmm...

dah blur dah... hehehe..:rolleyes:
 

nizam

freshman
Joined
Nov 13, 2006
Messages
115
Points
16
Saya terima soalan spt "apa ebiz yg boleh saya buat?" hampir setiap hari. jadi saya buat satu topik All-In-One utk jawab soalan FAQ sebegitu. Namun, masih lagi ada yg bertanya... huhuhu...

Maka, saya cuba tekankan disini; ebiz tak jauh beza dgn offline biz. Medium berbeza.

Anda perlu lakukan apa yg anda minat dan anda boleh lakukannya dgn terbaik. Itulah niche anda. Tak semestinya kena direct, asalkan kena.

Amik contoh the late Corey Rudl, beliau suke dgn niche exotic cars, tapi berjaya & byk buat duit dalam internet marketing (IM). Sbb beliau antara yg berpengalaman, minat serta hebat dlm IM.

Frank Kern ada bagi tips kenapa beliau boleh buat duit byk (saya maksudkan cukuppp banyak... dia ada tunjukkan akaun clickbank dia, saya masih terkejut smpi hari ni) dgn niche2 market pilihannya:

- Cari niche yg anda minat dan maklum.
- Cari niche yg banyak carian sebulan (>100k)
- Cari niche yg ada competitor yg dah byk buat duit
- Offer solution kpd problem market tersebut, hmm... boleh tiru apa yg competitor anda buat, tapi kena differentiate

Ada carian maksudnya ada market.
Ada competitor maksudnya market tersebut profitable.

Nak tambah lauk sikit...

Keyword research - guna keyword tools seperti overture suggestion tool or wordtracker utk tahu berapa ramai org yg mencari setiap bulan keyword berkaitan niche anda. Bahasa pendeknya DEMAND. ada demand ke tak.

Then bina content sendiri. so org akan terus gi website kita dan tiada duplication of content bagi google. sbb content dah fresh, tak hilang/ketinggalan kebelakang website niche itu. jgn biarkan website anda lenyap dr pandangan mata org yg mencari di google.

Pastu apply strategi mcm cipta a profitable webpage;
drive sebyk mungkin visitors ke laman web kita;
tulis sales letter yg bagus; build a database of customers and subscribers (list building); sell more niche products to them; run an affiliate program; automate your niche business...etc
 

batagolek

Senior
Joined
Jan 22, 2006
Messages
1,071
Points
38
payah weh kalo ikut musim ni, income akan naik turun..tapi the best way lah ko kena test setiap idea ko tu, mungkin dalam 20 idea nanti, satu aje yg jadi tapi allright sebab at least lekat jugak....cuba ke laman web desperate buyers only di warrior forum kelolaan alexis dawes...bagus sales page dia , banyak beri inner insight bagaimana sebenarnya penjual-penjual maklumat mencari idea utk buat produk sendiri...kena kenal kekuatan diri hang pastu apa yg hang boleh offer kat orang, buat market research, buat testing, tengok sambutan, ROI ok tak...mintak otai2 kat sini godek2 apa2 yang perlu kat produk tu, ;)

kadangkala niche tu betul2 ada depan mata kita, cuma kita tak tahu ia sebenarnya niche sehinggalah orang lain sambar dulu idea tu dan jadi authority tentang perkara tersebut...kadangkala kita kena banyak berfikir, kena rajin sket..kalo tak kena produk tu, jualan sket dibimbangi cepat putus semangat tapi redha aje, itu merupakan proses belajar...kat sini pun banyak perkara yg boleh dibuat niche...cuba hang browse2 sket, masalah2 orang kat sini, takpun kat forum lain, dari situ hang akan dapat idea ...;)
 

eBizMalaysia

freshman
Joined
Feb 9, 2007
Messages
5
Points
1
Trend ni ada dua jenis, satu bermusim, satu lagi stabil.. Yang stabil tu la akan bagi income yang berterusan. :)
 

carllys

freshman
Joined
Dec 18, 2006
Messages
1,674
Points
38
kepada moderator, tolong block si aiyrie.. keje nak me'nyepam' je... kalo bleh, block ip terus..

kepada newbie.. 'spam' diforum bukanlah langkah bijak untuk mempromosi perniagaan anda..
 

nezrulh

freshman
Joined
Feb 27, 2007
Messages
24
Points
1
Age
45
A'kum Semua, Hai!

Pertama kali nak letak post ni.

Kalau salah, tolong 'jolokkan'.

OK.

Sabtu, 24 Februari 2007, Berjaya Time Square Hotel, Kuala Lumpur, dari 0900 pagi sampai 0630 petang (lebih sejam setengah dari jadual asal 0500 petang), Team SaifulSham buat kursus RBDI.

Saya salah seorang pesertanya ;)

Kursus ni memang membuka mata.

Ini kursus kedua yang saya pergi.

Kursus pertama saya kira-kira 2 tahun dulu, November 2005 di JW Marriot.

Rasa-rasanya semua boleh agak 'Pakar" mana yang anjur kursus tu kan...

2 tahun saya 'senyap'. Minggu lepas barulah rasa macam kena 'cuit'.

Tapi tu semua cerita saya.

Yang buat saya nak letak post kat sini kerana bila masa minum pagi (dlm pukul 10) dan minum ptg (dlm pukul 4) saya ambik peluang berborak2 dengan peserta2 lain.

Pengamatan saya secara peribadi, dari 5 orang yg saya bual, 3 tak tahu nak mula apa dan bisnes apa, 1 beri komen tentang penceramah (rahsia ni...), dan 1 ada idea cuma nk kayakan idea.

Ringkasnya: ramai yg datang kursus 'tak betul-betul' bersedia.

Sebab?

Ramai yg ingat akan dapat jawapan 'mudah' dan 'segera' dari kursus.

Ramai yg ingat ada cara 'luarbiasa' bermula.

Ramai yg ingat ada produk 'ajaib' untuk bermula.

Ishh...ishh...ishh...ishh...KESIAN! (kata Team Bujang Lapuk)

Bila saja diberitahu kena buat 'research' la, cari 'niche' la, cari 'produk' la, ramai yg rasa terus takde idea.

Macam byk sangat yg kena buat.

Peserta yg duduk sebelah saya, Abg 'J', sudah berjaya dlm Unit Trust dan ada Advertising Agency. Ada 3 anak semua kat U dan kebetulan ada saudara beliau yg saya kenal duduk satu taman di Kuantan.

Abg J ni datang, mcm saya kata tadi, untuk 'mengkayakan' idea bisnes dia.

Berbeza dgn ada sorang Cikgu Asrama Penuh dari Melaka.

Walaupun cikgu ni tahun lepas, web yg dia bina utk tempat dia mengajar (domain dot edu.my) dapat 13 ribu pelawat, tapi dia tak tahu nak mula apa jenis bisnes online.

Ada dua, tiga orang lagi yg ada masalah sama.

Saya beri pandangan saya begini:
"Mula dgn apa yg kita minat. Benda2 ke, kerja ke, aktiviti2 ke yg kalau tk dapat duit pun kita buat jugak sebabnya...kita suka. Lepas tu, nanti tanya soalan banyak2 pd penceramah. Jangan berhenti takat tu saja. Lepas ni kena buat perancangan dan ambik tindakan. Kalau nak idea lebih, lawat laman ni..."

...sambil saya catit nama laman web saya atas kertas dan edarkan pada mereka (he...he...he...ambik peluang networking. Ni la faedah gi seminar tempat berkumpul orang yg sama minat, kan...).

Mudah kan?

Mula dgn apa yg kita minat atau suka, cari 'niche', mulakan model bisnes yg kita rasa paling untung.

Saya pun newbie jugak.

Tapi sekarang saya dah nampak arah tuju saya.

Kepada newbie2 lain, buat keputusan. Cari ilmu. Dan bertindak.

Kepada Otai2, teruskan menunjuk jalan.

Masih ramai yg 'teraba-raba' mencari dlm kegelapan.
 
Joined
Dec 31, 2006
Messages
1,306
Points
38
Baguslah kalo cam tu... arap2... anda akan terus maju...

ps: sedara, boleh x kalo sedara sambung semua ayat tu? panjanga sangat sampai ke bawah... kalo sambung, seronok skit baca.... :)
 

tuahemas

Senior
Joined
Mar 14, 2006
Messages
284
Points
18
masih mencari niche ideal utk anda?

ok saya ada sedikit pandangan.

Jika anda ada masalah dgn isu ini saya sarankan baca buku atau hadiri seminar2 biz internet. Saya pasti kat negara kita ni dah ramai gurus yg membuat bengkel dan seminar utk tujuan ini.

Antaranya Dr. Irfan, SaifulSham, Shuth dan geng2 WC etc. Cari gurus yg preach what they talk. Sbb bila mrk praktikkan, akan ada pengalaman unik yg amat berharga utk dikongsi dgn peserta seperti kita. Setiap org akan ada pengalaman unik.

Asasnya ebiz ni sama, tetapi pengalaman unik itu adalah tips & tricks yg merupakan BONUS kalau kita tahu.

Anda boleh cuba sendiri trial & error. Setiap kita akan ada "learning curve" masing2 semasa proses nak capai sesuatu matlamat. Selalunya, mesti ada rintangan dan pengalaman unik mengikut business nature masing2 yg mana mungkin ambil masa lama utk kita mengalaminya.

Berbalik dgn pilihan niche. Pilih sesuatu niche yg anda tahu dan anda mempunyai kelebihan dengannya. Bukan ikut org lain atau trend pasaran semasa.

Taktik/Kaedah/Strategi semasa boleh digunapakai sama utk niche anda.

Cara mudah, pilih satu niche yg anda rasa betul, sesuai dan anda percaya boleh dilakukan. Then, masuk market utk test. Lepas beberapa ketika, buat analisis dgn hasilnya.

Drp analisis ini anda akan tahu sama ada anda boleh bersaing, boleh jual, boleh untung atau boleh bankrap. Juga, anda akan lebih memahami trend niche tersebut disamping dpt menghidu peluang lain yg anda mungkin tidak akan dapat drp cerita2 org.

Ini kaedah Ready, Fire & Aim. Tembak dulu baru buat sasaran.

Idea dahsyat saja tak cukup utk mendahsyatkan pendapatan anda jika tiada tindakan atau test dimulakan.

Bak kata Dr. Irfan, idea hanyalah sampah. Bertindak atas idea tersebut barulah dinamakan emas permata berharga.

Bak kata IMer yg lain, knowledge is nothing. Applied knowledge is power.

Good luck.

TE
 

mohdsufian

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,261
Points
38
Ini kaedah Ready, Fire & Aim. Tembak dulu baru buat sasaran
Macam biasa dengar jer teknik nie. :D

Memang betul tu. Selain nama2 yang Tuahemas sebutkan kat atas tu. Boleh belajar dengan Tuahemas sendiri.

Bagi saya cara yang paling baik untuk kita gunakan adalah belajar sambil kita praktikkan.
 

omecool20

Senior
Joined
Feb 8, 2007
Messages
204
Points
18
Age
46
Nezrul, saya pun peserta pada seminar yg sama .. tapi duduk belakang dengan dua orang makwe yg baik2 orangnya ;-)

Hmm.. rasanya saya pun ada nampak apa yg Nezrul katakan. Memang kalau nawaitu ke seminar RBDDI ni salah, then tak guna datang pun. Saya memang niat datang untuk mendalami ilmu dunia perniagaan internet dan alhamdulillah, terkabul juga niat itu ;-)

Pada seminar tersebut, overall, I had a good time. Banyak saya pelajari sebab saya membeli buku RBBDI dahulu dan seminar ini banyak mendalami ilmu yang dipersembahkan dalam buku RBBDI.

Yang best is bila mereka sabar memberi penerangan pada semua soalan yang ditanya dan menggalakkan penyertaan aktif semua peserta selepas tamat seminar, dengan team SaifulSham sebagai Protege.

Yang pasti, mereka menunjukkan bahawa it is possible untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Tentang banyak usaha tu simple je jawapan saya " Bukan Senang Untuk Senang, Bukan Susah Untuk Susah ! " ;-)
 
Joined
Jul 28, 2006
Messages
795
Points
18
Age
43
Omecool20, tambah lagi "Kalau Susah Menjadi Senang, Tentu Senang Menjadi Susah". :)

Apa maksudnya? Maksudnya, kalau kita dah rasa malas berusaha, tentu kita akan terus berada dalam kemiskinan. Dana / Bantuan yang orang bagi akan habis macam tu sahaja tanpa apa - apa manfaat (ada orang macam ni yang hidupnya hanya mengharapkan bantuan aja. Ada juga yang dah ada banglo 3 buah kat KL, tapi pergi ke kampung (pernah keluar surat khabar) dan hidup seperti orang susah. Untuk mengharap bantuan kerajaan semata - mata).

Kalau kita tengok mereka yang telah berjaya, mereka ini melakukan kerana mereka minat / hobi. Duit akan datang kemudian. Kerana dari minat, akan menyebabkan kita berusaha mencari 'sumber pengetahuan' tentang apa yang kita minat (contohnya bela lintah dalam aquarium). Kemudian nanti bila kita dah menjadi penternak yang berjaya, ramailah yang akan datang untuk berurusniaga / membuat praktikal (bagi pelajar IPT) dengan kita.

Kadang - kadang nak berjaya, kita kena guna DUIT. Jangan salah sangka dengan DUIT yang saya maksudkan kerana ia membawa maksud yang mendalam. DUIT = D + U + I + T. D membawa maksud Doa. Apa kerja yang kita lakukan kena berdoa (yang sesuai). Kena tau doa yang mana yang patut di baca. Takkan baca doa makan / doa masuk tandas bila nak memulakan kerja. Yang kedua, U yang bermaksud Usaha. Jangan duduk berdoa sahaja dalam masjid tanpa melakukan usaha. Nabi S.A.W mengajar kita bahawa usaha dan doa ini harus seiring. Jadi kena....berusaha. I pula bermaksud Ilmu. Ada pepatah berkata, " Ilmu tanpa usaha ibarat sia - sia. Usaha tanpa Ilmu ibarat GILA." (Macam saya cerita penebang balak A dan B dulu lah). Jadi, kena belajar. Belajar pula mestilah dengan guru yang betul - betul guru. Jangan jadi seperti "Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki (belalang la tu. Mana ada rusa kat padang datar yang luas), Berguru kepalang ajar (ttidak betul ajarannya), Bagai bunga kembang tak jadi (Kuncup aja, tak kembang - kembang mekar). T pula adalah Tawakal. Berdoa sudah. Usaha pun sudah. Ilmu pun dah cari dah. Last sekali, kita bertawakal kepada Allah S.W.T. Menyerah segala urusan selebihnya kepada rabbul'ala min. Insyaallah...

Kalau tak berjaya juga atau lambat berjaya, cuba muhasabah diri lagi, mungkin ada yang kita terlupa nak buat lagi. Misalnya seperti minta restu dari mak, ayah dan guru kita. Doa mereka juga penting. Jangan buat dosa besar dan terus - terusan buat dosa kecil. Semoga hidup kita bahagia dan selamat di dunia dan di akhirat.

p/s - Semalam, ku terfikir tak ingin kaya, tapi ingin hidup bahagia dan selesa. :)
 

carllys

freshman
Joined
Dec 18, 2006
Messages
1,674
Points
38
Joined
Dec 31, 2006
Messages
1,306
Points
38
Aku nih dah pening pala dah bila la aku nyer adense nak cepat naik .dah 4 bulan dah baru $0.28

http://www.abaoutmoney.blogspot.com
eerrmm... ko tau x CTPM? kalo nak penjelasan lanjut, ko boleh tanya whitelim! Yang aku tau, ikut teknik tu, ko kene banyakkan content dalam ko punya blog! Pasti ramai yang datang!

pastu, aku cadangkan ko jangan buat blog pasal ebiz dalam BI... kalo nak buat, buat dalam bm pasal bi ni, banyak sangat pesaing... karang, blog ko akan kurang visitors... bile dah kurang, rate untuk klik pun akan menurun...

kalo x silap aku, keyword adsense untuk topik dalam blog ko x brape tinggi harga dia! try carik keyword yang mahal skit... ;)

then, buatlah gempaq bebila... maybe, ko kasi ebook free ke... biar ramai visitor skit... tapi, selalunya, musim download ebook tu je yang ramai! tapi, sekurang-kurangnya, ko boleh tingkatkan klik kat adsense ko...

untuk tips yang lebih dipercayai, baik ko beli ebook pasal adsense... aku bukan pakar sangat bab-bab adsense ni... aku cume tau ikut teori je... blum apply lagi! :D
 

yusli

freshman
Joined
Jun 11, 2006
Messages
353
Points
18
Age
48
utk januari ada 647612 carian utk loss weight, so market besar ni tapi competitior dia rasenya banyak.

masih boleh utk jual sliiming produk khususnya utk pasaran global?
 

ApOgEE

freshman
Joined
Jan 15, 2007
Messages
160
Points
16
aku tengah cuba mengoptimize satu keyword yang agak tough gak untuk blog aku... agak2 berapa banyak post dengan keyword tersebut baru bleh dapat densiti yang bagus ekk? sapa tau?
 
Top