A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche

robotys

freshman
Joined
Jan 23, 2006
Messages
109
Points
18
Heheh, lama tak melawat sini. Macam2 post yang menarik ada kat sini. Just nak kongsi teknik saya dalam mengenalpasti niche yang bagus.

Niche (Pengkhususan): Bila topik kita khusus untuk khalayak tertentu.

Kenapa niche bagus:

1-Kerana persaingan kurang- secara teknikalnya, semakin khusus bisnes anda, semakin kurang persaingan. Semakin kurang kurang persaingan maka semakin mudah anda mendapat customer.

2-Pelanggan Berpotensi Tinggi (High Potential customer)- Apabila produk anda khusus untuk satu2 niche, maka pelanggan berkemungkinan besar membeli dari anda kerana produk anda khas untuk mereka! Contohnya pembekal alatan2 teknikal pada syarikat2 telekomunikasi Malaysia. Dia tiada pesaing (setahu saya) malah customer2 dia (digi, maxis, celcom etc) lebih suka membeli daripada dia kerana produknya khas untuk mereka. Bayangkan dia mampu menjual teknologi 3G pada kesemua Syarikat Telco ini- berapa juta dia makan sorang? (contoh online? :) )

3-Maybe ada yang kata - apabila kita mengkhususkan perniagaan maka secara teknikalnya jumlah pelanggan pun semakin kurang. Ini memang benar tetapi dalam online biz, jumlah pelanggan dalam niche mampu mencapai jutaan orang!


Cara2 mengkaji niche:

1. Buka laman web ini : search.rightnow4you.com
2. Taipkan keyword bisnes/topik blog anda (contohnya "scarf") di bahagian atas page.
3. Tekan butang "Research now".
4. Perhatikan ruang disebelah kiri, terdapat deretan keyword dan jumlah carian bagi setiap keyword pada bulan lepas.

26264 scarf
3597 womens scarf
3415 silk scarf
2300 pirate scarf
1686 window scarf
1531 head scarf
1431 how to tie a scarf
1430 hip scarf
1191 burberry scarf
1045 scarf bondage
1018 hermes scarf

Dari carian tersebut, "scarf" adalah tidak niche. Contoh niche dalam topik scarf adalah "women scarf", "silk scarf" dan sebagainya.

Sekarang kita cuba nichekan lagi "women scarf" . Taip "women scarf" di kotak carian dan tekan submit. keputusannya adalah seperti berikut:

3597 womens scarf
229 cheap womens scarf
79 winter scarf for woman
41 womens silk scarf
32 how to tie a womens scarf
28 womens head scarf


"cheap women scarf" adalah niche kepada "women scarf" dan juga niche yang lebih kecil dalam "scarf"


Mana lebih bagus?
Pilih niche yang kadar cariannya melebihi 500.


Untuk mengetahui jumlah persaingan bagi niche tersebut, lihat di bahagian kira di search.rightnow4you.com tadi. Terdapat google search di situ untuk niche tadi. Lihat di bahagian "Results" di dalam bar yang berwarna biru cair. Jumlah result:

"scarf" -------------------> 22juta
"women scarf"----------->7 juta
"cheap women scarf" --->1juta.

*jumlah result adalah jumlah website yang anda perlu bersaing untuk mendapatkan customer. Pilih jumlah result kurang atau lebihkurang 6 juta kerana biasanya jumlah website tersebut boleh di lawan oleh pendatang baru. Bermaksud niche tersebut belum saturated.

Pendek kata, untuk niche yang bagus, kadar cariannya mestilah melebihi 500 dan search engine results (pesaing anda) lebih kurang 6 juta. Untuk ocntoh kita ni, niche "women scarf" adalah niche yang baik kerana kadar carian yang tinggi dan jumlah pesaing yang belum tepu lagi (saturated). Kalau pesaing lebih 60 juta- dah tepu la tu.

Itu sahaja, untuk penerangan lebih dan tutorial niche/keyword research yang lebih elok sket, jeputlah datang ke blog saya di sini:

http://robotys.cyberonehost.com/ind...at-website-1-pengenalan-dan-keyword-research/

(copy and paste)
 

tuahemas

Senior
Joined
Mar 14, 2006
Messages
284
Points
18
selain overture, bleh guna Google traffic estimator. Selalunya tool ni dibuka kpd pengiklan AdWords, tapi kini public bole access kat sini:

https://adwords.google.com/select/TrafficEstimatorSandbox?resultcacheid=1148723663741&mode=revise

(Ssshhh.. keep secrets!)

Masukkan keyword, google akan suggest plus bleh tgk Popularity, Global Trend, etc. Export ke CSV. Buka kat excel utk lihat angkanya.

Masa buat r&d niche, pastikan juga ia profitable. Sila lihat bagaimana sambutan advertiser utk dpt idea tahap kompetitif niche tersebut. Kalau tepu, bole go to micro niche.
 

rajaads

Senior
Joined
May 15, 2006
Messages
1,279
Points
38
Tools yang biasa sy guna nak tau CPC keyword..CPC tu cost per click..kita boleh agak range nilai keyword..ni lebih tepat kalo nak estimate nilai keyword..kalo nak cari keyword nilai tinggi,boleh guna..
 

tuahemas

Senior
Joined
Mar 14, 2006
Messages
284
Points
18
yup, tujuan utama guna google traffic estimator sbb nak tgk CPC setiap keywords. Tapi, tak seme advertiser memilih untuk display iklan kat content network which is apply to adsense.
 

kodin

Senior
Joined
Jul 6, 2006
Messages
968
Points
18
owwhh.. ok.. paham2.. ganeral web/blog = tough, niche web/blog = better n profitable. btol tak? tp klau kite buat niche, memadai tak klau dgn 1 saje web/blog or kene lebih, baru hasil die lumayan?????


- mcmane nk pronounce " niche "? :D
 

zinedine

Senior
Joined
May 3, 2006
Messages
1,002
Points
18
izzaldin said:
owwhh.. ok.. paham2.. ganeral web/blog = tough, niche web/blog = better n profitable. btol tak? tp klau kite buat niche, memadai tak klau dgn 1 saje web/blog or kene lebih, baru hasil die lumayan?????


- mcmane nk pronounce " niche "? :D
owwhh..tak ok..tak paham2..
 

kodin

Senior
Joined
Jul 6, 2006
Messages
968
Points
18
klau kite cite content yg general, makne nye ade byk persaingn kan? so, susahlaa nak dpt traffic, lg2 yg gune blog. ( btol tak pndpt saya nih?) tp klau content niche, kite kurang persaing kan? tp btol ke traffic pun kureng gak??
 

aad_lfcfn

freshman
Joined
Jul 31, 2006
Messages
48
Points
6
wordpress cms lagi bagus drpd cms cam php-nuke.sebab google senang nk spider. tengok search kt google. blog yg byk keluar.
 

zakuan

freshman
Joined
Apr 22, 2006
Messages
31
Points
8
nak minta pendapat semua yg power2 kat sini..
agak2nya, niche pasal internet bisness dah tepu ke belum with refered to malaysia demand?
appreciate ur comments.
 

mysticmind

Senior
Joined
Jun 7, 2006
Messages
1,440
Points
38
zakuan said:
nak minta pendapat semua yg power2 kat sini..
agak2nya, niche pasal internet bisness dah tepu ke belum with refered to malaysia demand?
appreciate ur comments.
firstly.. aku benci laa.. nichebot.com lately nih cam bermasalah jer.. huhu

menjawab soklan en. zakuan lak..
niche dalam skop "internet business" refer to malaysian demand? bleh lah dikatakan tepu, atau aku tak dapat ape yang anda maksudkan.. :D kalau skop malaysia saja, bazir masa skit la nak berniche nih.
Sebab 1, market tak luas.
2, tak sampai pun 50% orang malaysia nih benar2 celik IT. :D Apatah lagi shopping online.

Rata2 yang berjaya pun orang malaysia nih adalah Global player, cam alang, gobala, sunny tan, liew cf etc..

Malaysian market still ada, tapi kalaupun ada niche, market coverage tuh amatlah rendah... mungkin juga tak berbaloi.

tuh pendapat aku lah berdasarkan pemerhatian..
 

mysticmind

Senior
Joined
Jun 7, 2006
Messages
1,440
Points
38
aku said:
mana link tu?

niha niche ntuk 'rakyat Malaysia' :D :lol: :roll:
skim cepat kaya
duit senang
rahsia kaya

trylah...
tambah lg 1 niche..

"goyang kaki duit masuk"
"modal 20sen untung 2 juta ringgit"

tapi kalau nak kontra dia..

"melayu tak sedar diri nak kaya cepat"

:lol:
 

Labanon

Senior
Joined
Jul 14, 2006
Messages
1,802
Points
38
muhdmuax
satu lagi
4D "Duduk Diam Dapat Duit"

Ya... sokong hehe
 

Labanon

Senior
Joined
Jul 14, 2006
Messages
1,802
Points
38
Ya semua niche yang boleh mendatang hasil ribuan ringgit setiap bulan :D.
 

batagolek

Senior
Joined
Jan 22, 2006
Messages
1,071
Points
38
wah shukri, terer hang cari lubuk tu, iyerlah skang ni mcm2 ada kadang2 tu naik pening, kejap nak pakai wordtracker, kejap nak ke overture, kejap nak tgk maxbid, tapi idea nicheaday tu mmg terer...sebab apa ?

skang ni, semua marketeer bersusah payah nak menjual ebook tentang :

1. camner nak index less than 48 hours
2. camner nak dpt bnyak traffic
3. camner nak SEO paling ngancem
4. camner nak research keywords... nak guna long tail approach and so on

tapi berdasarkan pemerhatian sayalah, ramai newbies bermasalah utk tentukan niche...jadi bila niche blom dpt ditentukan, ramai yg sakit kepala (termasuk saya. dulu )...niche ni ibarat enjin lah kot, minyak dia tang2 lain tu...bubuh minyak banyak giler tapi enjin punah, tak jalan...bubuh banyak minyak petrol tapi enjin diesel, tak jalan...

saya rasa future seterusnya utk jana duit dari internet ialah org yang boleh buat kelas, tutorial, bimbing secara individu sampai berjaya di peringkat niche lagi...tapi kekadang tu niche dtg ngan sendiri, sebab passion seseorang jugak, dia start bukan kerana wang tapi mmg dia minat gila benda tu...setuju dgn saiful..

saya bersetuju, di malaysia sendiri cuba anda lihat searches di overture dan wordtracker, kekadang tu susah nak cari bilangan searches melebihi 500...tabiat pengguna internet di mesia ni kekadang menyakitkan kepala, saya pun tak tahulah kenapa, mungkin masih diperingkat infant ataupun needs utk cari maklumat biasanya mungkin adalah di kalangan yg educated...di mesia, budaya membaca ni pun saya rasa masih slow, information hunters mungkin mencari dalam term/keywords english cf bm

apalah salahnya jika kita setkan, ok camni..aku nak try dulu satu niche ni aje dulu utk bulan ni, sebulan aku nak pulun ni aje...aku nak baca, nak research, nak tengok komen kat forum, nak selidik groups, nak tengok needs org lain, utk satu niche ni aje dulu, kalo tak jadi, aku redha sebab aku dah usaha, at least i learn something..kadang2 tu dek kerana tamak, semua niche kita nak masuk ( termasuk diriku juga ) tapi lihatlah kesannya, satu niche pun payah nak jalan sbb lack of focus..barulah kusedar, manusia ada limits dan payah nak buat multitasking, komputer bolehlah...just my 2 cent aje

sesapa ada pendapat utk berkongsi, yg mengkaji secara demografik tentang penggunaan internet di mesia ? kalo kita pi cc pun, jarang benor nak jumpa org yang stay di cc lama2 utk cari maklumat, ramai yg main game atau bukak myspace...
 
Joined
Jul 28, 2006
Messages
795
Points
18
Age
43
Pada pendapat peribadi saya, saya paling tak suka dalam internet ni, bila saya search kat google / yahoo tentang sesuatu keyword, bila masuk laman tu ia bincang perkara lain yang lain dari apa yang kita cari.

Bayangkan dalam google, selalu laman teratas sekali ialah laman yang terbaru di update yang mempunyai keyword yang kita cari tu kan? Tiba-tiba bila kita open laman tu, benda lain yang dapat. Bukannya apa kita nak. Walaupun tak ramai yang buat, mungkin hanya 'seekor kerbau yang membawa lumpur' sahaja, tetapi sedikit sebanyak ia 'menyusahkan' saya dan buang masa saya.

Begitu juga dalam laman eBay, produk lain tapi kategori lain. Lepas tu kalau di buat servey, hampir semua kategori 'kerbau' ni letak produk dia. Contoh produk makanan, dia dia letak kat kategori baju, automotive dan sebagainya yang tidak ada kena mengena dengan produk. Rasa 'sakit mata' sahaja memandang, akhirnya langsung tak minat nak beli. (Nak kata bodoh, tapi boleh log in ke laman eBay :()

Niche sebenarnya bagus tetapi perlu memilih niche yang sesuai mengikut kesesuaian produk kita. Bersaing itu baik tapi jangan 'berebut'. Akhirnya pelawat dah malas nak masuk laman kita. Ada banyak cara lagi nak tarik pelawat. Bukan semata-mata kerana niche yang sesuai.

p/s : Saya rasa dalam forum ni, banyak ruang kita boleh tulis. Pihak moderator pun tak limitkan berapa banyak perkataan yang boleh di tulis. Tetapi saya tak kisah kalau saudara/i nak tulis shorthand macam tulis SMS. Tapi, kalau boleh jangan la bagi salam pun takat 'akum' sahaja. Bagi salam ni sunat, jawab salam wajib (walaupun tak tulis kat forum). Tapi, kalau dah bagi salam takat 'akum' aja, saya nak jawab nak macam mana? Jawab,dengan ringkasan juga, takut pula 'jatuh hukum hina agama Islam'. Jadi, tolong la lepas ni, kalau nak bagi salam tulis betul-betul. Benda lain saya boleh tolak ansur tapi bab tu saya tegas sikit. Takut jadi trend nanti akan menjadi 'barah' dalam masyarakat Melayu sekarang.
 
Top