A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
Selalunya saya menulis di SaifulSham or ruangan artikel di WC (Wangcyber bukan world cup) :D Tapi hari ni saya rasa biarlah saya tulis kat sini sebab tak semua orang baca SaifulSham or artikel WangCyber.

Harap-harap otai2 semua boleh tambah untuk bagi guide kepada newbie dan Shuth boleh buat sticky kan topik ini. Sebelum ni ada thread yang saya baca kat sini yang hampir serupa tajuknya dengan ini, tapi saya start thread baru sebab saya nak fokus kepada NICHE market dalam perniagaan Internet.

Niche
a specialized but profitable corner of the market

Dan saya rasa mesej ni bercakap mengenai niche market secara general. Tak kiralah jika kita buat fizikal produk ke, ebay ke, info product ke, adsense or affiliate, etc...

Pertamanya, saya direct to the point mesej kita pastu baru saya elaborate.

Newbie, atau orang yang baru menyertai perniagaan Internet, peluang besar anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari Internet adalah dari Niche Market. Bukan market yang tough dan saturated seperti "Internet Marketing" or apa-apa yang berkaitan "Make Money Online"

Elaboration:

Tak kiralah, anda nak buat produk sendiri or buat blog dan cuba "tackle" affiliate & adsense. Baca betul2, lebih mudah, bukan tak boleh terus.

Pertamanya, persaingan dalam bidang "Make Money Online" ni lebih kompetitif dan tanpa pengalaman dan pengetahuan yang betul, newbie bukan sahaja berisiko besar ditenggelamkan bahkan boleh cepat kecewa.

Keduanya, niche market walaupun kecil adalah pasaran yang lumayan. Or boleh tak kata gini, lebih lumayan :) Benar, anda cari lah niche anda sendiri dan dominate. Anda akan tahu dan fahami maksud saya.

Reference: Buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet ataupun Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet

(note: tak berniat pun untuk promosi, tapi buat apa cerita benda yang sama banyak2 kali kan? Lebih baik cerita sekali dan get point across kepada semua orang. Sori kepada sesape yang tak berkenan dengan cara ni)

Ketiganya, saya akan ambil satu langkah kebelakang dan bercerita mengenai pengalaman SaifulSham sendiri. Dalam perniagaan Internet kitorang, it's more like Hit & Run. Kalo miss, buat dan usahakan jugak sampai menjadi. So far, kitorang bergantung so much kepada Search Engine Traffic. SE down, drop sales. SE up, sales ok.

Malah, cara kitorang berfikir pun diselarikan dengan SE. Buat blog untuk SE, buat linking utk SE, masuk directory utk SE etc. (Ada banyak juga visitor dari directori tp waktu kitorang mula2 listkan kat situ target dia adalah untuk dapatkan link dan tinggikan ranking SE, bukan nak visitor)

Jadi, bila dalam market2 tough, nak bersaing mendapatkan traffic dari SE tu satu tugas yang amatlah sukar. Jadi better start dari langkah yang betul dan mudah dari awal. Ini saya rasa paling penting jika anda bercadang nak buat blog dan target adsense dan affiliate. How far can you go without SE? (ada cara seperti google arbitrage, etc, tapi saya nak fokus kepada newbie dan sesuatu yang mudah dan murah utk kita sertai dan mulakan)

Saya tidak bercadang untuk melemahkan semangat, tapi this is fact. Ramai orang surrender dengan perniagaan Internet sebab salah masuk niche. Ada yang surrender boleh lah diselamatkan kalo berada dalam market yg agak "lengang" (ehem3... ) , tapi kalo market tu memang dah kritikal saturated, belum tentu ada orang boleh datang tolong.

Jadi sebelum anda surrender dan lemas, lebih bijak jika anda play smart.

Kepada newbie yang tak berapa yakin, niche market ni lumayan.... Percayalah sayang oiii... Cane nak cakap? Boleh tak PM or hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami je. Memang betul...

Oh ya kelimanya, Niche market ni lumayan. Money maker jugak. Saya bagi satu analogi, jika orang berebut2 nak naik bas A, sebab bas A ni selesa, airkon kuat, tambang murah. (200 orang berebut nak naik satu bas) pergi Taman Melawati.

Kat belakang bas A ni, ada bas B pulak. Pergi Taman Melawati juga. Tapi tak ada orang pun nak berebut. Aircon dia walopn tak sesejuk Bas A, tapi sejuklah jugak. Walopun tak selesa, tapi selesa lah jugak. Tambang sama.

Perkara yang perlu kita fikirkan, adakah apabila anda terpaksa berdiri, dalam bas yang macam tin sardin isinya sepanjag perjalanan, adakah kesejukan airkon dan keselesaan tadi ada maknanya?

Or better, pada pendapat anda, join saya dalam bas B yang tak berapa penuh dan sedang2 saje tadi?

Keenam, saya ada satu point lagi, tapi saya rasa tidak wajar dipublickan. nantilah, kalau kita jumpa, tanyalah saya.

Ok, saya ada lagi banyak sebenarnya nak tulis, tapi tiba2 macam kekeringan idea. nanti kalau perlu saya tambah, atau sapa2 otai lain yang nak tambah, silakan.

Summary: Masuk Niche Market

POINT PENTING: Bila anda masuk niche market, dapatkan sinergi antara business anda dan blog. Kalau boleh blog di domain sendiri (domain business anda) mengenai niche anda, bukan perniagaan Internet anda. Dah tulis di SaifulSham, tapi saya nak get the point across.

Dapatkan sinergi. Jangan buat kerja 2 kali. Penat.



imho....


We Care, We Give, We Share.


--------edited later 11:15pm 2/7---------------

ok,ok...saya cuba permudahkan lagi: Ini contextual definition. (definisi mengikut petikan di atas. Bukan definisi kamus)

SE : Search Engine-Goole, Yahoo Search, MSN Search (ada byk lgi, tp ni yang utama)

Niche: Pasaran yang lebih spesifik. Contohnya:

1) Bedak Muka Untuk Doktor (general, am)
2) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi (niche)
3) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan (lagi la niche)
4) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan Yang Berkulit Hitam (lagi, lagi la niche)

Maksud saya ambil niche yang kecil dan menguntungkan. Tengok contoh di atas kalau saya nak jual bedak muka, kalau saya jual bedak muka kepada semua jenis doktor, saya target secara umum. Susah saya nak bersaing dengan AVON, REVLON, SAFI mahupun MUSTIKA RATU.

Jadi saya ambil pasaran yang lebih kecil. Target Doktor Gigi.

Kalau nak pergi lebih spesifik lagi, boleh target Dr Gigi perempuan, tapi bila kita target begini, kemungkinan besar target market kita akan jadi semakin kecil. Jadi susah nak dapat volume (bilangan jualan)

Maksudnya: Spesifikkan market. Gunakan kreativiti.


Market tough/ Saturated: Market yang susah nak masuk. Banyak persaingan

Adsense: www.google.com/adsense

Blog: Website yang mudah di update.

Contoh: www.saifulsham.com (ini blog)
www.saudagar.com.my (ini bukan blog)

Search Engine Traffic : Pelanggan yang datang dari Enjin Carian


Sinergi: Maksudnya kalau ada bisnes internet menjual permainan, buat blog mengenai permainan yang dijual juga. Jangan cerita mengenai World Cup. Sikit2 nak cerita pasal kecenderungan boleh sebab nak nampak "manusia" yang tulis, bukan copy & paste je. Tapi jangan la sampai buat analisis perlawanan. Rugi. :p

Affiliate: Ehem3.. |PESANAN PENAJA| kalo terlupa part ni, saya sarankan sangat2 buka buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet balik... Teruk sangat dah ni, kena masuk kelas Pemulihan!

Program Affiliate : Program untuk mempromosikan produk orang lain utk sedikit komisen

Menjadi Affiliate : Orang yang mempromosikan produk orang lain untuk sedikit komisen

Newbie: Orang yang baru nak start perniagaan Internet

Dominate: Menguasai sesuatu niche/pasaran

Get Point Across: Lebih ramai orang dapat baca dan faham dan komen
===========================

Ok, saya akan baca balik & add mana2 ayat yang berkaitan yg dirasakan sukar. atau kalau pembaca nak pinpointkan utk saya jelaskan perkataan mana, lagi senang.

(Saya ingat nak taip di sini sahaja update, tetapi post ada limit 10K char pula)

UPDATE POST KE 2:
http://wangcyber.com/forum/showpost.php?p=64204&postcount=122

UPDATE POST KE 3:
http://wangcyber.com/forum/showpost.php?p=64205&postcount=124

UPDATE POST KE 4:
http://wangcyber.com/forum/showpost.php?p=64209&postcount=125

:D
 

zinedine

Senior
Joined
May 3, 2006
Messages
1,002
Points
18
Tima kasih pasal wujudkan tajuk ni. Cuma saya berpendapat adalah lebih baik tuanku saifulsham menggunakan istilah bahasa melayu & struktur ayat yg paling mudah utk difahamai maksudnya. Wujudkan glosary / kamus istilah2 internet supaya newbie2 ni faham maksudnya. Terlalu banyak perkataan istilah internet yg kurang difahami. Saya hargai niat tuanku saifulsham menolong kami dan saya akan belajar ilmu dari tuanku. Tuanku adalah tuan guru saya dan saya wajib menghormati tuanku saifulsham. Terima kasih atas penerangan.
 

bagak

freshman
Joined
Mar 19, 2006
Messages
315
Points
18
terima kasih atas penerangan tersebut
saya cetak dan cuba fahamkan sebetul2nya

bagi saya dari segi penerangan cukup jelas
mungkin pemahaman individu ada beza kot

teruskan memberikan tips percuma :)
 

Laptop

freshman
Joined
Feb 24, 2006
Messages
208
Points
18
Penjelasan yg sangat berharga dari pengalaman Saifulsham sendiri....

Klu sekali baca memang la takleh digest terus, terutama utk yg tak berapa familiar dgn terms2 tertentu...especially yg takpenah try lagi...

Tapi kena baca lagi & lagi & lagi....Post yg sangat berharga ni!! Rugi klu tak baca betul2.... :lol:
 

gabot

freshman
Joined
May 19, 2006
Messages
1,176
Points
38
niche? :) niche ni kalau dari blog boleh gak ke SE dapat?maksud saya blog buleh dapat traffic dari SE ke?macam mane nak tahu niche kita tu berkesan ke tak?
 

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
huhu.... gabot,

Blog lah boleh dapat trafik dari SE dengan melimpah ruah! :)

Nak tahu niche berkesan ke tak?

isy3... ada macam2 formula. Baiklah, di sini saya akan share satu tips:

1. Cari niche yang jumlah cariannya lebih dari 30,000 dan kurang dari 100,000.

Ni satu formula general yang saya baru dapati dari perbincangan dengan beberapa rakan saya di Internet. Di dalam, buku kami, kami ada berkongsi beberapa formula lain juga. Boleh baca "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" (kat MPH, Popular, kedai buku lain) untuk maklumat lanjut.
 

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
Niche: Pasaran yang lebih spesifik. Contohnya:

1) Bedak Muka Untuk Doktor (general, am)
2) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi (niche)
3) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan (lagi la niche)
4) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan Yang Berkulit Hitam (lagi, lagi la niche)

Maksud saya ambil niche yang kecil dan menguntungkan. Tengok contoh di atas kalau saya nak jual bedak muka, kalau saya jual bedak muka kepada semua jenis doktor, saya target secara umum. Susah saya nak bersaing dengan AVON, REVLON, SAFI mahupun MUSTIKA RATU.

Jadi saya ambil pasaran yang lebih kecil. Target Doktor Gigi.

Kalau nak pergi lebih spesifik lagi, boleh target Dr Gigi perempuan, tapi bila kita target begini, kemungkinan besar target market kita akan jadi semakin kecil. Jadi susah nak dapat volume (bilangan jualan)

Maksudnya: Spesifikkan market. Gunakan kreativiti.


Market tough/ Saturated: Market yang susah nak masuk. Banyak persaingan
miss ya? :D
 

gabot

freshman
Joined
May 19, 2006
Messages
1,176
Points
38
saifulsham said:
huhu.... gabot,

Blog lah boleh dapat trafik dari SE dengan melimpah ruah! :)

Nak tahu niche berkesan ke tak?

isy3... ada macam2 formula. Baiklah, di sini saya akan share satu tips:

1. Cari niche yang jumlah cariannya lebih dari 30,000 dan kurang dari 100,000.

Ni satu formula general yang saya baru dapati dari perbincangan dengan beberapa rakan saya di Internet. Di dalam, buku kami, kami ada berkongsi beberapa formula lain juga. Boleh baca "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" (kat MPH, Popular, kedai buku lain) untuk maklumat lanjut.
macam mane nak tahu blog kita dapat niche ke tak? dan macam mane nak buat keyword untuk blog kita?
komen sikt blog saya kat signuture cam ne nak dapat kat niche nyer? :)
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
gabot said:
saifulsham said:
huhu.... gabot,

Blog lah boleh dapat trafik dari SE dengan melimpah ruah! :)

Nak tahu niche berkesan ke tak?

isy3... ada macam2 formula. Baiklah, di sini saya akan share satu tips:

1. Cari niche yang jumlah cariannya lebih dari 30,000 dan kurang dari 100,000.

Ni satu formula general yang saya baru dapati dari perbincangan dengan beberapa rakan saya di Internet. Di dalam, buku kami, kami ada berkongsi beberapa formula lain juga. Boleh baca "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" (kat MPH, Popular, kedai buku lain) untuk maklumat lanjut.
macam mane nak tahu blog kita dapat niche ke tak? dan macam mane nak buat keyword untuk blog kita?
komen sikt blog saya kat signuture cam ne nak dapat kat niche nyer? :)
gabot, blog awak tak niche.. :)

Macam2 yer awak citer? Hmm niche ni mudah jer... Saya bagi contoh dan saya tinggalkan satu kuiz untuk kita jawab bersama:

1. Adsense guide
2. Adsense optimization guide
3. Adsense optimization guide using tag and ping

Soalan kuiz: Topik mana satu dari 1-3 tu yang paling kecik dan khusus?

Saper nak jawab? Angkat tangan.... :)

PS. Kejatuhan dan kegagalan ebiz adalah pemilihan perniagaan yang tidak niche! Be careful!

PPS. Nak tahu pasal tag & ping, sila download ebook free. Klik kanan kat sini dan save as..
 

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
gabot,

maaf ye, tapi ada 2 perkara gabot kena ambil perhatian kalau nak berjaya di Internet ni:

1) Etika
Jika ambil artikel dari mana2, jangan lupa letakkan sekali resource page nya. Melainkan kalau artikel tersebut telah diubah sedaysat-dasyatnya dn tak macam asal dah.

2) Pergila ke Niche yang betul2 niche.
Saya bagi contoh:

Kayaking
White Water Kayaking
Deep Water Kayaking
Kayaking In New Zealand
etc...

Bukan tak boleh kalau tak masuk niche yang lain dari niche "make money online" ni, tapi kepada newbie, this is the best way.
 

mysticmind

Senior
Joined
Jun 7, 2006
Messages
1,440
Points
38
(saya tak faham mengaa word niche diutamakan instead BM) :p

sebenarnya, sebelum NICHE.. ada satu lagi atas dari dia.

UNIK.
kemudiannya baru niche..

NICHE ni susah orang melayu nak paham. Bahsa Melayunya senang cakap = Khusus, PENGKHUSUSAN. gituh!.

Let say.. Dalam kita compete dengan keywords2 yang glamer, kemudian telah ramai juga orang buat web tentang tuh.. Kemudian kita spesific-kan atau khususkan kepada term yang lebih kecil. Selalupun kalah berbanding yang lain kecuali kita benar2 komited.

So, saya lebih suka pergi kepada target utama saya.
Cuma ada 'saya', atau segelintir kecil sahaja yang saya terang2 boleh bersaing.



Case Study : Alang of osx-e.com

SITE YANG UNIK!.

So, saya ambil contoh ALANG kita nih..

Ramai gile orang buat web ttg windows.. dan orang Mac dengan mac nya.. At that meaning time, alang's web becoming First And EVER Mac Emulation . Pengguna Pc nak jadi Mac .. dia kumpul segala ceruk (ini yang 'bukan duduk goyang kaki, masuk duit berjuta-juta') .

SO!. apa yang saya perhatikan. ramai sangat orang kita nh buat web IKUT ARUS, orang buat cerita kambing, dia pun cerita kambing, orang buat web ttg kereta, dia pun buat juga lah!.. Orang buat ttg duit mudah internet, dia pun buat. Orang buat web ttg cari duit kat intenet. Dia PUN!.. (no heart feeling anyone. Lebi hbanyak kita beri, lebih banyak kite dapat, pahit belum tentu tak sedap)

BE CREATIVE! OBSERVE UR MIND
Kaji dan teliti otak korang sendiri. Banyak lagi bende yang takder dalam dunia web nih.. itulah peluang korang nak dapatkan SATU KLIK dengan harga USD 5 - 50 !.


Betul kan Alang? ;)


+++++++++++++++++++

Take advantage
Dari apa yang orang semua ramai buat, ATASI MEREKA.

Contohnya.. Bila orang semua Jual Ikan kat pasar, sebab jual ikan untung gile.. dan semakin ramai peniaga2 ikan.. Maka kamu (yang juga seorang penjual ikan) STOP!.. jadilah PEMBORONG DAN PEMBEKAL IKAN kepada mereka..

-- saya suka juga ambil contoh alang disini. Bila ramai Orang nak buat web mudah dengan Artikel2 FREE.. maka alang buat web tempat orang parking link ARTIKEL diorang.. (pandai kan aku baca ko alang.. :D )


JANGAN JADI TIPIKAL


Sekian, dari mysticmind yang tak abih2 mengkaji dan sangat suka membebel.. :p
 

saifulsham

junior
Joined
Mar 22, 2006
Messages
202
Points
18
haha.... btol2...

UNIK & PENGKHUSUSAN... susah beno..hehe :D


haa...lagi contoh dari mysticmind. 100% on target!

Contohnya.. Bila orang semua Jual Ikan kat pasar, sebab jual ikan untung gile.. dan semakin ramai peniaga2 ikan.. Maka kamu (yang juga seorang penjual ikan) STOP!.. jadilah PEMBORONG DAN PEMBEKAL IKAN kepada mereka..


JANGAN JADI TIPIKAL
kitorang cuba2 bagi hint,beralas2 but this is it, Well Said! :)
 

gabot

freshman
Joined
May 19, 2006
Messages
1,176
Points
38
gabot, blog awak tak niche.. :)
betul ke?saya rasa dah tumpu kan biz online blog saya masih tak niche ke situ ke?ni kene komen lebih lagi nie kalau boleh kasi komen kat Pm lah ok memang saya nak tahu sangat kelemahan nya tu atau lebih tepat camne nak dapat kan niche blog saya tu...
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Seperti yang saifulsham kata, tak salah kalau yg kita buat tu tak niche, tapi kita menempuh jalan yang sukar lah..

Takper gabot, kita sama2 tukar2 pendapat kat sini.. Boleh perbetulkan mana yg salah, dan tambah mana yg kurang..

Berbalik kpd blog awak tu, macam2 yg awak citer:

- Network marketing
- List Building
- Pay per click
- Google Adsense tips (very general nih like my example atas nun....)
- Affiliate
- Online business

Hmmm, banyak kan? Agak2 lah, berapa ramai yg ada bincang benda2 ni kat internet? Ramai bukan? Atau dalam erti lain, banyak web atau blog lain yg buat topik2 sebegini. Itu yg saya maksudkan sukar.. Amat2 sukar.. Bukan sedikit yer..

Saifulsham dan myticmind pun dah bg contoh mengenai niche dan keunikan ni..

Cadangan Penyelesaian:
1. Pilih satu topik, katakan generate trafic
2. Dalam generate trafic, begitu banyak cara. PPC, seo, list, tag & ping, article, viral marketing, dan lain2...
3. Pilih satu, katakan tag and ping
4. Kalau ada lagi sub dalam tag and ping, pecahkan lagi dan ambil yg kecik tu..

Itu hanya sekadar contoh, jangan tiru. Lagi satu, ada cara dan step nak tentukan topik yg kita pilih tu niche atau tak.. Dalam buku saifulsham ada citer.. :)

Kalau nak tahu gak, mungkin sesaper leh letak caranya? Alah, guna overture tuu... Penting guna tools tu.. Kalau tak, kita akan syok sendiri dengan menganggap topik yg kita pilih tu dah niche.. :)

So, research!
 
Top