9 Cara Untuk Mengekploitasi Bank Anda

Joined
Mar 11, 2013
Messages
32
Likes
8
Points
8
Offline
#1
9 Cara untuk Mengekploitasi Bank Anda

Kebanyakan pandangan individu terhadap bank berkaitan dengan lintah, pemangsa, perompak dan sebagainya. Tetapi, tahukah anda yang sistem bank juga terdapat kelemahan yang dapat kita gunakan untuk menentang bank? Setelah anda mengetahui perkara ini, bukan sahaja anda dapat mengelak dari dikikis oleh bank, bahkan dapat pula menjana wang daripada bank dengan cara yang tidak dijangka.

Berikut adalah 9 kelemahan sistem bank:
1) Gunakan Kredit Kad anda seperti Kad Caj

Disebabkan jadual bayaran bil bulanan kredit kad dan tempoh bebas faedah, bergantung kepada hari anda membuat transaksi , anda boleh menikmati tempoh bebas faedah diantara 15-50 hari dengan menggunakan kad caj / kad kredit. Ia seumpama anda membuat pembelian tetapi membayar 50 hari kemudian! Daripada kita menggunakan wang tunai untuk melaksanakan transaksi, gunakan kad caj / kad kredit sekerap mungkin. Pastikan anda membayar amaun keseluruhan apabila penyata tiba.

2) Gunakan Kad Kredit Ganjaran / Pulangan Tunai Sekiranya 15-50 hari bebas faedah tidak mencukupi bagi anda, menggunakan kad kredit Ganjaran / Pulangan Tunai secara asasnya memberi anda diskaun kepada SEMUA transaksi yang anda buat menggunakan kad kredit. Bagi mereka yang menggemari kad ganjaran, anda juga boleh berfikir bahawa mata ganjaran bernilai seumpama wang tunai.

Bonus Tip #1 : Bayar Bil Bulanan Selewat Mungkin Menggunakan Kad Kredit Kebanyakan bil utiliti memiliki tempoh 30 hari untuk pembayaran. Membayar bil menggunakan kad kredit pada saat akhir membolehkan anda memanjangkan tempoh percuma sehingga 45-75 hari.

3) Batalkan Dan Mohon Semula Kad Kredit Sebelum 1 Tahun Kebanyakan bank kini menawarkan pengecualian cukai servis tahunan RM 50 jika anda memohon kad kredit . Gunakan ini secara membatalkan kad kredit sebelum tempoh 1 tahun untuk memastikan anda tidak mebayar sebarang cukai kepada kredit kad anda.

Untuk artikel yang penuh - 9 Cara untuk Mengekploitasi Bank Anda
 
Top