8 tips untuk buat research online

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1




Melakukan research adalah satu perkara yang agak kritikal bagi menjamin kejayaan bisnes online anda untuk jangka masa yang panjang. Tidak kiralah apa sekalipun cara dan apa yang anda mahu jual di internet, research merupakan kerja yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sebelum anda menerjah sesiapa untuk membeli dari anda.

Oleh itu, anda perlu membuat kajian tentang apa yang orang ramai suka, apa yang mereka mahu dan apa yang mereka perlukan untuk selesaikan satu-satu masalah. Aktiviti ini bukan sahaja tergantung kepada menjual produk fizikal dan digital, malah ia juga boleh di kaitkan dengan carian maklumat. Maksudnya di sini, jika kita mahu membina bisnes online berdasarkan perkongsian maklumat melalui blog sebagai contoh, kita perlu tahu, apakah jenis maklumat yang gemar di cari dan di baca oleh ramai orang.

Melakukan research dapat menyelamatkan anda beberapa perkara iaitu kos dan, masa dan juga usaha. Mengikut kajian, sesebuah patern bisnes itu mendapat kebarangkalian untuk sukses hingga 80% setelah kita benar-benar memberi tumpuan kepada bahagian research. Melalui research anda boleh lihat patern yang lain iaitu habit pembeli, pemasaran yang betul untuk produk anda dan banyak lagi. Jadi research banyak membantu anda dalam menjalankan aktiviti lain pula nanti dalam urusan bisnes anda.

Jika anda masih belum punya idea untuk melakukan research sebelum anda bermula, maka artikel ini akan membantu anda cara melakukan research yang biasa di lakukan oleh ramai IM sukses di luar sana. Ia akan merangkumi topik untuk blogging, menjual produk fizikal dan juga produk digital. Ayuh kita sama-sama belajar cara buat research hari ini :

Blogging


Buat duit melalui membina blog atau pun kita lebih senang panggil ia sebagai blogging adalah satu cara yang sangat popular sejak dari dulu lagi. Ada sesetengah blogger sangat bertuah apabila hasil kerja keras mereka dapat menghasikan pendapatan melalui blog sehingga mencecah 5 angka! Apakah mereka ini sungguh lucky dan hanya membina blog tanpa membuat research? Setakat hari ini, ramai blogger seperti blogger dari adsense player yang sukses menyatakan research sangat membantu mereka untuk sukses sebagai blogger.

Jadi ini tips untuk anda buat research dari aktiviti blogging :-

Tip 1 : Guna Google Keyword Tool

Google sengaja membangunkan tools ini untuk anda agar ia dapat membantu bisnes online anda dalam beberapa aspek termasuk untuk mendapatkan ranking yang bagus di search engine. Dengan menggunakan keyword tertentu, anda akan di berikan beberapa idea tentang keyword tambahan kepada keyword utama anda tadi. Hasilnya, anda akan dapat lebih input apa yang sering di cari oleh pengguna internet di seluruh dunia untuk satu-satu topic itu.

Hasil inilah yang akan ambil dan gunakan sebagai keyword sasaran anda di blog anda. Maka dengan cara ini ia dapat membantu anda untuk memilih topic blog yang betul dan juga keyword artikel yang di sasar tepat mengikut kehendak orang ramai. Cuba bayangkan jika anda bangunkan blog yang topiknya tidak ramai peminat untuk membacanya malah artikel yang anda posting langsung tiada keyword sasaran, maka anda boleh bayangkan blog anda boleh menjadi blog yang “lemau” dek kerana tiada arah tuju yang betul.

Melainkan anda sememangnya seorang yang popular, punya ramai peminat, anda bercerita tentang Mak Timah jual keropok di belakang rumah anda pun tetap ramai yang mahu membaca artikel anda. Itu cerita lain, ya!


Tip 2 : Forum

Saya boleh katakan forum merupakan satu tempat dimana info sangat pantas “bergerak” kerana di sana anda dapat lihat banyak kategori menerima topic atau thread baru setiap jam. Ia bergerak sungguh pantas. Forum juga dapat memberi indicator kepada kita apa yang sedang berlaku di sekeliling.

Oleh itu, kerja research anda juga boleh di lakukan di laman forum. Anda boleh lihat kategori mana yang sangat di sukai oleh ramai orang dan lihat thread mana yang selalunya mereka sertai untuk memberi komen.

Contohnya jika anda melawat forum travel, anda boleh lihat topic apa yang banyak menerima post dan thread baru. Ini akan memberi anda hint apa yang di sukai oleh peminat travel di seluruh dunia. Rajinkan diri untuk “duduk” dan lepak di forum tersebut agar anda boleh lihat patern kegemaran mereka. Ini akan memberi jalan yang lebih jelas kepada anda untuk membina blog yang sememangnya di sukai ramai. Kelak ia juga akan membantu proses pemasaran blog anda dengan lebih berkesan.



Tip 3 : Facebook

Laman facebook adalah laman paling popular di dunia dengan jumlah pengguna mencecah ratusan juta setiap hari. Di sini juga berlakunya banyak info viral. Kelebihan laman web facebook ialah anda dapat melihat perubahan isu semasa berlaku dengan sangat cepat dan pantas di seluruh dunia. Contoh, sebelum sesuatu isu itu masuk ke kaca TV atau berita di akhbar, ia terlebih dahulu akan hot dan sudah di perbincangkan di laman facebook.

Anda boleh menjadikan posting viral ini sebagai posting di blog anda. Ini bermakna blog anda akan selalu mempunyai update tentang topic yang fresh dari ladang. Kerja research iaitu kajian apa yang orang suka baca dan tahu dengan cara ini agak senang bagi anda. Anda hanya tinggal untuk tinjau apa yang sedang hot di facebook dan ia akan memboomkan trafik blog anda.

Walaupun cara ini lebih mudah namun ia mungkin akan memberi kekurangan kepada blog anda kerana topic trend ini biasanya hanya akan hot sekejap dan akan suam dan sejuk beku untuk jangka masa panjang. Namun jika anda menggunakan kaedah research cara 1 dan 2 di atas, insyaAllah ia akan membuatkan kandungan blog anda itu memberi hasil untuk jangka masa panjang.

Tip 4 : Ping Busuk

Terkini jika anda sudah perasan, laman ini sudah di jenamakan semula dengan nama Babab.net. Anda boleh lihat jumlah ping mana yang sering mendapat hits tertingi. Setiap hari perhatikan di laman ini dan ia akan memberi anda input baru untuk anda bangunkan blog anda nanti.

Produk Digital


Adakah anda mahu menjual produk digital? Produk digital ini biasanya kita hasilkan ia dalam bentuk file PDF, rakaman video atau audio atau pun dalam bentuk software. Ini antara yang sangat popular dalam kategori produk digital. Soalannya, macam mana mahu buat research bagi menghasilkan produk digital anda sendiri.

Berikut antara tips buat anda untuk anda ikut :

Tip 5 : Forum

Sekali lagi, forum menjadi antara tempat yang best untuk anda buat research. Contoh, jika anda sememangnya banyak pengalaman dalam buat duit melalui adsense, dan anda mahu menjual produk digital yang mengajar orang ramai untuk buat duit melalui adsense, pertama masuk dahulu ke forum yang betul. Jika ia berkaitan dengan buat duit online, maka masuk ke forum yang mempunyai niche yang sama.

Buka thread baru dengan menceritakan pengalaman anda. Dan nyatakan jika anda mahu bangunkan produk digital berapa ramai yang minat nak beli dan mahu jadi ejen affiliate? Jika anda lihat respond adalah lebih dari 50, itu sudah di kira OK!

Anda juga boleh buat research melalui poll dan minta orang undi. Jika anda mendapat respond yang bagus, maka anda boleh meneruskan niat anda.

Tip 6 : Trend Di Web Affiliate

Masuk ke laman clickbank, JVZoo dan lain-lain seperti ashadee dan lihat produk apa yang berada dalam tangga di atas. Lihat juga produk mana yang tidak berapa bagus jualannya. Tidak semestinya anda perlu menjual produk digital yang anda mahir. Contoh, jika di clickbank anda lihat produk digital berkaitan dengan cara bermain games sangat di sukai ramai namun anda tidak pandai main games, jadi apa anda mahu buat?

Anda lihat niche ini sangat berpotensi. Siapa kata anda perlu menjadi pakar dalam sesuatu bidang baru anda mahu menghasilkan produk digital sendiri? Caranya ialah, anda buat kerjasama dengan mereka yang mahir dalam bidang ini dan bincang soal komisyen nanti. Jika anda mahu tahu, inilah rahsia macam mana ramai IM boleh hasilkan banyak produk digital di internet. Mereka mungkin tidak tahu menghasilkan produk dalam kategori kesihatan, automobile dan lain-lain. Namun mereka tetap menghasilkannya dengan cara bekerjasama dengan pakar dalam niche tersebut.

Produk Fizikal


Selain daripada produk digital, lambakan produk fizikal juga di jual di internet. Anda pasti merasakan sangat cemburu apabila melihat ramai orang yang sudah sukses dalam melakukan jualan online terutamanya melalui fanpage. Buntu anda lihat apa boleh di jual. Pakar menyatakan kalau mahu sukses, tidak perlu menjadi terlalu kreatif sehingga pecah kepala memikirkan produk apa yang perlu di jual di internet.

Cukup sahaja anda copy paste mereka yang sudah berjaya. Maksudnya, research untuk tahu produk apa yang luas pasarannya di internet, cari pembekal kemudian jual semula di internet.

Tip 7 : Research Melalui E-bay

Laman web menyenaraikan banyak item yang sudah terjual setiap hari. Anda boleh lihat macam-macam kategori dan objek yang di jual di sana. Dari sana juga anda boleh tahu produk apa yang berjaya di jual atau tidak. Contoh, di bawah ini ialah hasil dari carian melalui laman web ebay US. Saya mahu buat kajian untuk keyword house dan memilih setting sold dengan harga jualan sekiar $30 hingga $50.

Maka kita akan dapat lihat produk apa yang di jual dengan keyword ini dan dalam skala harga yang kiat tetapkan. Anda lihat produknya apa dan jika anda boleh cari pembekal atau buat dropship, maka produk ini boleh di letakkan dalam senarai untuk anda jual nanti.



Anda mendapat idea dari ebay namun tidak semestinya anda perlu berniaga di ebay. Anda boleh menjualnya di laman web anda sendiri, blog atau facebook. Peruntukan masa di ebay untuk anda lihat produk apa yang sedang banyak terjual. InsyaAllah bila anda jumpa ia akan menjadi niche kegemaran anda untuk jangka masa panjang.

Tip 8 : Amazon

Laman web ini juga seharusnya menjadi pilihan anda untuk melakukan research. Laman web ini ada menyeneraikan produk yang sentiasa mendapat tumpuan ramai dan juga memaparkan produk apa yang sedang baru dan menaik jualannya.

Contohnya, melalui laman ini, anda dapat tahu produk baby apa yang baru dan popular. Maknanya produk itu masih baru di pasaran dan ianya sudah mula mendapat sambuta orang ramai. Jika anda boleh dapat dari pembekal dan menjualnya semula, itu sangat bagus. Jika mahu dapatkan sedikit komisyen dari jualan, anda terus boleh daftar sebagai ejen affiliate amazon.

Contoh, produk baby yang baru dan hot :



Penutup


Baiklah, itu sahaja antara cara research yang boleh anda lakukan di internet sebelum anda mula menjual produk melalui bisnes anda. Anda sebenarnya boleh lakukan melalui 2 cara secara, maksudnya begini, anda research untuk tahu dahulu tentang pasaran sesuatu produk di internet kemudian bila sudah jumpa, anda boleh buat carian produk itu dari mana-mana pembekal atau ejen dropship yang lain.

Kedua, anda mungkin sudah terjumpa mana-mana produk dari sesiapa yang menjadi pembekal dan anda merasakan ia ada potensi untuk di jual di internet. Sebelum anda mahu menjual, buat research dahulu dengan bertanyakan kepada orang ramai melalui forum. Facebook group, emel dan sebagainya. JIka anda lihat banyak respond mengatakan yes, mereka berminat, maka anda juga boleh mengatakan yes kepada produk itu.

Semoga dengan artikel ini ia dapat membantu anda melakukan kerja research untuk bisnes online anda,insyaAllah.







 
Joined
Oct 14, 2009
Messages
334
Likes
6
Points
18
Offline
#2
Terima kasih tuan sebab berkongsi tips ni.
Menarik sungguh.
 
Top