8 tips dan cara berdepan dengan persaingan bisnes online- bahagian 1

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Semakin hari semakin banyak pertumbuhan perniagaan yang wujud di talian internet. Jika anda menjual baju tshirt online, pasti masih ramai lagi mereka yang turut melakukan jenis perniagaan yang sama.

Mereka adalah pesaing anda yang mana anda dan setiap daripada mereka mempunyai potensi untuk menggandakan jualan dari hari ke hari. Ada yang melihat persaingan adalah satu perkara yang negative di mana mereka perlu berkongsi rezeki dengan orang lain. Ia sebenarnya satu kesipalan besar apabila kita berfikir bahawa persaingan adalah satu hal yang membuatkan bisnes seseorang semakin lingkup.

Untuk berdepan dengan persaing anda sendiri, beberapa perkara perlu anda lakukan. Paling penting, lakukan perubahan dan usaha ke atas perniagaan anda sendiri, bukan dengan melakukan perkara tidak baik kepada bisnes orang lain. Pernahkah anda dengar bahawa ada kedai orang lain di bakar oleh pesaing sendiri? Atau produk seseorang di fitnah dek kawan dan lawan sendiri? Ini semua adalah tktik kotor untuk membunuh bisnes orang lain supaya bisnes sendiri akan kekal hidup dan mengaut keuntungan.

Begitu juga pernah berlaku dalam dunia bisnes online. Ada fanpage IM yang di hack, semuanya hilang begitu sahaja. Ada yang spam di fanpage orang lain dengan membuat jualan di ruangan komen. Ada juga yang melakukan fitnah supaya ramai pembeli tidak lagi membeli dari penjual XXX.

Usah melakukan hal yang tidak baik kepada perniagaan orang lain. Itu adalah perkara yang sangat tidak cerdik. Lebih baik kita menambah baik produk dan servis bisnes kita sendiri supaya nilai tambah dan kredibiliti kita semakin meningkat. Inilah rendah dan rahsia bagaimana sesebuah perniagaan itu boleh kukuh untuk jangka masa yang panjang.

Melalui artikel ini, anda akan di berikan beberapa tips untuk berdepan dengan pesaing anda. Jadi, jika pada masa akan datang anda lihat persaing anda semakin bertambah, anda tidak perlu risau. Anda hanya perlu bertenang dan usahakan untuk melakukan perkara yang berikut :

Tip 1 : Pilih produk yang baru di pasaran


Ini adalah tips paling ringan untuk mereka yang melakukan bisnes online untuk system affiliate atau dropshipping atau apa-apa sahaja produk yang mungkin anda boleh jual semula di internet.

Mengapa dengan memilih untuk menjual produk yang baru di pasaran sangat membantu anda? Ini kerana produk yang baru masuk di pasaran biasanya tidak punya persaingan yang tinggi. Akan datang selang beberapa bulan kemungkinan untuk wujud penjual untuk produk yang sama memang ada. Maka, dengan menjadi penjual terawal anda boleh mendominasi pasaran produk itu dengan lebih cepat dan lebih awal dan para pembeli juga akan lebih mahu membeli dari anda kerana anda sudah punya ramai pembeli yang memberi respond positif serta sudah punya banyak testimony yang lain.

Maka ketika anda berada di level ini, pembeli akan lebih mempercayai anda dan lebih cenderung untuk membeli dari anda berbanding daripada penjual yang baru menjual di pasaran. Mahu contoh? OK, saya berikan contoh kepada anda.

Katakanlah, syarikat A mengeluarkan satu produk yang berkaitan dengan masalah jerawat. Syarikat telah menghasilkan krim untuk rawatan muka yang mana rata-rata pembelinya adalah kaum wanita. Jika boleh, anda harus terus mengambil langkah cepat dengan menjadi ejen dropship untuk produk krim jerawat itu dan melakukan pemsaran dengan segera agar anda di lihat sebagai penjual terawal produk itu.

Ia merupakan satu perkara yang biasa berlaku apabila si penjual menjual produk XX dari sayrikat A, kemudian apabila mendapat banyak sambutan, akan ramai orang mahu menjual produk itu juga. Bagi anda yang menjadi penjual terawal, anda sudah mempunyai pembeli anda dan melalui itu anda boleh mengumpul database pelanggan yang sudah sedia ada untuk di tawarkan jualan lain pada masa akan datang.

Bagaimana untuk menjadi penjual terawal untuk satu-satu produk? Mudah sebenarnya. Anda hubungi sahaja syarikat yang anda liah aktif untuk menghasilkan satu-satu produk sama ada untuk niche kecantikan, kesihatan dan lain-lain. Biasanya mereka ada menyediakan system di mana orang ramai boleh follow up mereka melalui emel untuk mendapatkan maklumat terkini tentang produk baru yang di keluarkan. Melalui cara inilah, anda dapat tahu tentang produk terkini yang ada dan selepas itu peluang untuk menjadi jurujual terawal juga akan lebih cerah.

Cara ini sangat bagus untuk bersaing bagi satu-satu produk yang di jangkakan akan menjadi hot. Untuk bersaing dengan orang lain, anda perlu menjadi penjual yang terawal, itu sahaja.

Tips 2 : Pilih produk rendah pesaing


Ada orang sangat kuat kerjanya dan usahanya untuk bersaing dengan penjual yang lain. Ada orang suka untuk bermain secara selamat tanpa perlu pening kepala. Jika anda mahu bersaing dengan cara itu iaitu dengan cara santai-santai, memang ada caranya. Macam mana?

Caranya anda hanya perlu menjual sesuatu yang jarang-jarang orang jual di mana untuk satu-satu produk itu ia mempunyai rendah persaingan. Maka di sini anda perlu melakukan sedikit research . Mencari produk yang punya pasaran pembeli namun rendah persaingan sememangnya memerlukan anda sedikit masa untuk melakukan uji kaji.

Ia tidak sama dengan menjual produk yang datangnya dari hot nich. Sekali anda palu, insyaAllah ada income yang masuk walaupun persaingannya ramai. Bagi produk untuk kategori jarang-jarang orang jual da rendah persaingan, kelainan perlu di lakukan. Macam mana ya?

Anda boleh menjual ikut minat anda sendiri, dan bukan dari orang lain. Sebagai contoh, jika anda boleh hasilkan beg buatan sendiri menggunakan kain tertentu dan pada masa yang sama ada sulaman manik, maka anda boleh menjualnya di internet. Produk ini pasti ada pembelinya dan tidak semua orang menjual beg hasil tangan sendiri. Produk lain pula seperti kasut yang mempunyai corak lukis tangan. Tidak ramai yang menjual kasut dari kategori ini walhal ia sangat di gemari ramai.

Jika sesuatu produk itu anda tidak dapat hasilkan sendiri, cuba untuk bawa produk yang lain dari yang lain dari tempat lain ke tampat kita. Pernahkah anda melihat ada penjual beg online menjual beg sandang 2D? Dari jauh beg itu kelihatan seperti design kartun dalam TV namun ia sebenarnya sebuah beg yang unik.

Jika anda lihat masih belum ada yang menjual produk itu di Malaysia, anda boleh menjadi penjual terawal produk itu. Beli sahaja secara borong dari pembekal dan jula semula di internet. Jika pembekal bersetuju untuk melakukan dropship, maka lakukanlah system dropship untuk produk itu.

Tip 3 : Pelbagaikan bentuk pemasaran


Jika anda sememangnya mahu bersaing dengan bisnes orang lain secara menggila, maka hal yang perlu anda lakukan ialah dengan mempelbagaikan cara dan bentuk pemasaran yang anda. Untuk di periangkat ini, sesuatu bisnes online itu bukan sahaja perlu melalui proses pemasaran startegik namun ia lebih kepada penjenamaan sesuatu jenama perniagaan agar lebih kukuh dan di ingati ramai.

Sebagai contoh, jika anda menjual sabun jerawat, bisnes orang lain juga menjual produk yang datangnya dari jenis dan fungsi yang sama, bagaimanakah anda boleh bersaing dengan perniagaan orang lain?

Jawapannya ialah dengan memperbanyaakn cara pemasaran. Jika sebelum ini anda banyak menggukana medium ofline seperti surat khabar, majalah dan juga radio untuk anda memasarkan produk anda kepada orang ramai, anda juga boleh membawa produk anda kepada talian internet. Melalui internet pula bukan satu atau dua jenis pemasaran yang boleh anda lakukan malah ada banyak teknik sama ada berbayar atau percuma untuk anda cuba.

Sebagai contoh, anda boleh memasarkan produk anda melalui fanpage di facebook dan seterusnya menggunakan facebook ads untuk boost posting promosi anda. Selain itu, anda boleh menggunakan Instagram atau twitter untuk menjenamakan lagi bisnes anda kerana kedua-dua medium ini sangat aktif dalam membantu IM untuk melakukan jualan.

Lebih banyak ruang pemasaran yang anda teroka, lebih besar peluang anda untuk melakukan jualan dan lebih cepat anda mampu pergi meninggalkan pesaing anda. Katakanlah pesaing anda tidak menggunakan facebook untuk memasarkan produk jerawat mereka berbanding bisnes anda, maka di situ anda sudah menang kerana anda berjaya mendapat tempat di facebook sedangkan tidak bagi pesaing anda. Dengan meramaikan ejen jualan juga dapat membantu bisnes anda untuk berkembang dengan lebih cepat. Tawarkan orang ramai untuk menjadi ejen dropshi produk anda, pasti akan ada yang ramai sudi membanatu. Ada sesetengah penjual terfikir menawarkan orang ramai untuk menjadi ejen akan membuatkan keuntungan akan menjadi semakin kurang. Jika satu produk boleh memberi untung sebanyak RM 10.00 kepada anda, dengan menawarkan jualan kepada ejen, maka untungnya mungkin perlu bahagi dua.

Sebenarnya ada kelebihan lain apabila anda menawarkan orang ramai untuk menjadi ejen jualan anda. Anda akan dapat mengurangkan kos pemasaran memandangkan ejen anda sendiri yang akan melakukan kerja pemasaran untuk anda. Pada masa yang sama, nama produk anda dan jenama dari syarikat anda akan berkembang dengan lebih cepat. Ini kerana lebih ramai ejen jualan yang mendaftar, lagi banyak ruang pemasaran yang bakal di terokai. Oleh itu, jangan limitkan perniagaan anda dengan bergerak sendirian. Bergeraklah dengan ramai orang supaya semua orang akan berusaha untuk memajukan bisnes anda.

Dengan cara ini, bisnes anda akan bergerak dengan sangat cepat meninggalkan pesaing yang lain di belakang. Ramai IM yang bermula dari bawah dan menjadi juatawan dengan menghasilkan produk yang baik kemudian menawarkan ramai orang untuk menjadi ejen jualan mereka. Inilah caranya mereka berjaya meraih jualan yang sangat banyak dalam masa yang sinkat. Ini kerana mereka tidak bergerak sendirian dan melakukan aktiviti jualan dan pemasaran secara sendiri, tetapi mereka menawarkan orang ramai untuk sama-sama sukses.

Penutup :


Persaingan merupakan antara hal yang sangat di takuti oleh ramai orang yang mahu menceburkan diri dalam dunia bisnes. Malah jika di tanya kepada ramai newbie yang mahu terlibat dengan dunia bisnes online, antara perkara terawal yang membatalkan niat mereka ialah mereka tidak tahu macam mana untuk bersaing dengan banyak syarikat yang sudah bertapak dalam dunia perniagaan.

Usah risau dengan persaingan. InsyaAllah dengan cara yang betul, anda sendiri dapat melakukan jualan walaupun banyak pesaing di luar sana. Kita akan sambung tips lain dalam artikel bahagian kedua nanti. Jika anda punya apa-apa pengalaman dalam bersaing dengan orang lain ketika melakukan bisnes online,kongsikan cerita anda di ruang komen di bawah. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda yang membaca dan membuka minda mereka yang takut kepada persaingan agar lebih positif untuk memulakan perniaagan. insyaAllah.
 
Joined
May 11, 2008
Messages
2,472
Likes
0
Points
38
Offline
#2
yang penting tak patah semangat dan tak putus asa

Tanpa jemu iklan dan iklan terus promosi
 
Top