8 sebab kenapa anda masih berhutang

Joined
Jun 6, 2013
Messages
44
Likes
3
Points
8
Offline
#1
Baru- baru ini saya tertarikmempelajari serba sedikit tentang pengurusan hutang.

Berikut adalah antara sebabkenapa kita masih berhutang;

1. Anda kata ” saya tak tahu apa- apa tentang wang”

Jika anda google sebenarnyaada banyak maklumat tentang wang, pengurusan wang secara khususnya.
Oleh itu, banyakkan membaca tentang wang & cara- cara mengurus kewangan dengan lebih baik.

Pengetahuan ini akanmenentukan di mana anda tinggal, apa pakaian yang anda pakai, anda drive kereta
apa dan apa yang andamakan, semuanya memerlukan perhatian anda.

2. Saya bekerja keras untuk mendapatkan wang, saya layak menggunakannya sesuka hati saya.

Menggunakan wang sesuka hati adalah punca anda berhutang. Anda memang bekerja keras so janganlah bazirkan susah payah tersebut sehingga akhirnya anda terpaksa berhutang.

3. Wang hutang itu telah digunakan untuk kecemasan!

Jika benar- benar digunakan disebabkan kecemasan tu takpe lah. Tapi kalau digunakan untuk renew roadtax maka ia bukanlah kecemasan kerana anda tahu setiap tahun perlu renew roadtax bukan. So, point kat sini anda kena tahu apa itu kecemasan dan bukan kecemasan. Plan perbelanjaan lebih awal.

4. Saya beli barang tersebut ketika ada sale

Anda sedang berhutang tetapi anda menggunakan wang yang ada untuk membeli banyak pakaian hanya disebabkan ia dijual dengan 50% diskaun. Mungkin anda tak perlukan pakaian tersebut. Oleh itu,
jangan tertipu diskaun murah dan menggunakan wang untuk belian yang tidak penting. Anda boleh gunakan wang tersebut untuk persekolahan anak- anak dan sebagainya.

5. Jika saya memiliki lebih banyak wang

Bagaimana anda menguruskan RM100 sama dengan anda menguruskan RM100,000.00. Anda adalah orang yang sama dengan attitude, habit dan mindset yang sama. Anda perlu disiplin diri dalam
menggunakan wang yang anda miliki.

6. Saya akan bermula nanti

Jika anda bercadang menguruskan kewangan pada tahun
hadapan, atau selepas anda graduate atau selepas anda dapat tax refund anda
pasti tak dapat memulai apa- apa. Sebabnya, selalunya ada- ada saja masalah akan
timbul yang menghalang anda untuk mula serius menguruskan wang. Kejayaan bukan
dikecapi dalam masa hanya satu malam tetapi memerlukan pendekatan sedikit demi
sedikit untuk jangka panjang.

7. Saya tak punya pendapatan yang banyak untuk mempunyai simpanan

Pasti anda boleh simpan sedikit dan masa yang sama pastikan kurangkan perbelanjaan yang kurang penting.

8. Ini adalah hutang yang baik

Tak ada hutang yang baik bila anda tak mampu
membayarnya semula. Hutang yang mengejar anda setiap waktu pastinya bukan hutang
yang baik. Jika hutang sebab nak buat investment atau perniagaan, kajian yang
mendalam dan belajar dari pengalaman orang lain adalah sangat penting.

Sekian sharing saya tentang pengurusan kewangan dan hutang.

Ada banyak lagi info kat luar sana, google, buku dan
sebagainya yang mengajar tentang masalah hutang.

Sama- sama lah kita teruskan belajar tentang
pengurusan hutang


Yang Ikhlas,
Diana


Klik sini untuk dapatkan semua pakej di
bawah:


1. 33 Contoh kertas kerja yang siap sepenuhnya
2. 9 Panduan Perniagaan
3. Perisian Perakaunan ( sangat
memudahkan susun atur akaun anda)
4. panduan membina website secara
percuma bernilai usd15.54 (untuk anda, percuma!)
5.The Millionnaire Mindset (312
pages) by Gerry Robert
6. Trump 101: The way to success (208 pages)
by Donald Trump
 
Joined
May 19, 2018
Messages
26
Likes
4
Points
3
Age
38
Offline
#2
Well, kita semua berkerja untuk pihak bank. Ansuran rumah, kereta, dll. Kalau you bayar cash, nanti LHDN kejar you dulu , bai...:)
 
Joined
Jan 22, 2015
Messages
146
Likes
15
Points
18
Offline
#3
Well, kita semua berkerja untuk pihak bank. Ansuran rumah, kereta, dll. Kalau you bayar cash, nanti LHDN kejar you dulu , bai...:)
Ye tak yer juga.
Nak setel terus kena tanya.
Lambat bayar..lagilah tanya.
Siap amaran mahkamah lagi.

[Reply juga, walaupun thread dah lama]
 
Top