7Cara Menggandakan Keuntungan Pelaburan Emas 2012...

Joined
Sep 8, 2011
Messages
96
Likes
0
Points
0
Offline
#1
pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda.

1. Harga/Masa : faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar) , pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika anda mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5. Menjual kepada kawan: Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.

7. Pelaburan Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2012 ini, contohnya Dinar Pahang, Emas Rakyat, 1Gram GCP, emas padu 916 dan juga akaun simpanan beberapa bank utama.
 
Joined
Mar 8, 2010
Messages
194
Likes
0
Points
16
Offline
#2
Terima kasih atas perkongsian TT..memang menarik sungguh pelaburan emas ni..saya nak tanya untuk pelaburan emas ni..ada 2 situasi..
1..sekiranya saya ada wang tunai sebanyak contohnya rm10k. apakah jalan terbaik untuk pelaburan emas ni. samaada saya harus membeli emas kemudian memajaknya di ar rahnu atau bagaimana? atau perlu simpan je emas tu..

2..sekiranya saya ada emas dalam simpanan yg bernilai rm10k.. dekat mana platform yang memberikan pulangan yang tinggi. adakah ianya pulangan secara bulanan atau tahunan..

harap dapat bantuan penjelasan dari TT..
thanks for your great sharing
 
Joined
Feb 12, 2009
Messages
20
Likes
0
Points
0
Offline
#3
Kalau ada siapa2 yang nak buat pinjaman peribadi awam-i untuk beli emas sila call saya ridwan 019-2797489. Rate tetap 4.99% setahun, 2-20 tahun, 10k-200k, ada perlindungan takaful percuma, bayaran penuh 100%
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#4
Terima kasih atas perkongsian TT..memang menarik sungguh pelaburan emas ni..saya nak tanya untuk pelaburan emas ni..ada 2 situasi..
1..sekiranya saya ada wang tunai sebanyak contohnya rm10k. apakah jalan terbaik untuk pelaburan emas ni. samaada saya harus membeli emas kemudian memajaknya di ar rahnu atau bagaimana? atau perlu simpan je emas tu..

2..sekiranya saya ada emas dalam simpanan yg bernilai rm10k.. dekat mana platform yang memberikan pulangan yang tinggi. adakah ianya pulangan secara bulanan atau tahunan..
En Mannabo,

Secara kebetulan saya sedang mencari maklumat tentang "pelaburan emas 2012" dan thread ini telah keluar di dalam listing Google. Mohon laluan kepada tuan tanah ashraf untuk saya berkongsi maklumat tentang pelaburan emas 2012.

Saya bersetuju dengan pendapat untuk menyimpan emas sebanyak yang mungkin di rumah dan tidak menggunakan platform ar rahnu bagi tujuan penjimatan kos upah simpan. Tetapi, jika emas milik kita hanya disimpan di rumah..ianya tidak dapat mengeluarkan pendapatan / keuntungan. Berbalik kepada soalan Mannabo:

1. Jika ada wang RM10k, encik boleh maksimakan simpanan & pelaburan emas kepada gandaan 3. Ini bermakna, encik boleh membeli lebih kurang RM30k barang kemas dengan menggunakan teknik ar rahnu. Teknik ini saya perolehi daripada seminar Pengurusan Emas Triplenine Johor Bahru.

2. Jika encik ada RM30k, platform terbaik untuk memberikan encik pulangan tunai adalah ar rahnu juga. Pulangan / keuntungan tunai bakal diraih setiap kali harga emas naik, secara minima RM10 se gram bagi simpanan emas ar rahnu encik.

Minta maaf jika encik samar-samar...ilmu teknik ar rahnu ini adalah rahsia dan milik Syarikat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd. Adalah tidak wajar untuk saya kongsikan ilmu mereka di thread ini. Sila hubungi agen atau staff triplenine cawangan johor bahru di http://pelaburanemastriplenine.com. Mereka menjalankan seminar ini pada setiap hari sabtu, jam 10 pagi - 12 tengah hari.

Semoga maklumat ini dapat membantu encik memaksimakan pendapatan pelaburan emas 2012 encik. :)
 
Last edited:
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#5
En Mannabo,

Secara kebetulan saya sedang mencari maklumat tentang "pelaburan emas 2012" dan thread ini telah keluar di dalam listing Google. Mohon laluan kepada tuan tanah ashraf untuk saya berkongsi maklumat tentang pelaburan emas 2012.

Saya bersetuju dengan pendapat untuk menyimpan emas sebanyak yang mungkin di rumah dan tidak menggunakan platform ar rahnu bagi tujuan penjimatan kos upah simpan. Tetapi, jika emas milik kita hanya disimpan di rumah..ianya tidak dapat mengeluarkan pendapatan / keuntungan. Berbalik kepada soalan Mannabo:

1. Jika ada wang RM10k, encik boleh maksimakan simpanan & pelaburan emas kepada gandaan 3. Ini bermakna, encik boleh membeli lebih kurang RM30k barang kemas dengan menggunakan teknik ar rahnu. Teknik ini saya perolehi daripada seminar Pengurusan Emas Triplenine Johor Bahru.

2. Jika encik ada RM30k, platform terbaik untuk memberikan encik pulangan tunai adalah ar rahnu juga. Pulangan / keuntungan tunai bakal diraih setiap kali harga emas naik, secara minima RM10 se gram bagi simpanan emas ar rahnu encik.

Minta maaf jika encik samar-samar...ilmu teknik ar rahnu ini adalah rahsia dan milik Syarikat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd. Adalah tidak wajar untuk saya kongsikan ilmu mereka di thread ini. Sila hubungi agen atau staff triplenine cawangan johor bahru di http://pelaburanemastriplenine.com. Mereka menjalankan seminar ini pada setiap hari sabtu, jam 10 pagi - 12 tengah hari.

Semoga maklumat ini dapat membantu encik memaksimakan pendapatan pelaburan emas 2012 encik. :)
cik azidah,sejak sy terlibat dgn simpanan emas sejak tahun 2008 dan berpengalaman bljr dgn rmi sifu2 emas..sy tk pernah lagi jumpa org yg betul2 dpt buktikan dia untung bila beli emas dgn ar rahnu..blh cik tunjukkan bagaimana beli emas guna ar rahnu blh untung?
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#6
sy dh tlg beratus org yg terjerat beli emas pakai ar rahnu..hati2 dgn agen yg offer beli emas pakai ar rahnu ni..anda sbg pembeli blh rugi..siapa nk tlg msa tu..kami yg syor kan emas sbg simpanan juga yg dicari...mslhnya tk ada jalan penyelesaian lain melainkan tebus skit2..tk pun jual je..

beli emas ikut kmmpuan..bukan ikut nafsu..jgn tamak...nnt rugi..
 
Joined
Jul 29, 2011
Messages
1,939
Likes
0
Points
36
Offline
#7
sejak kes bank tempatan kena tipu dengan sindiket emas..
rasa risau plak nk beli emas..

bank yg mempunyai kepakaran check emas pun boleh tertipu...
ini kan pulak kita ni..yg tiada kepakaran nk tahu status ketulenan..

apa penadapat anda si peniaga emas..??
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#8
sejak kes bank tempatan kena tipu dengan sindiket emas..
rasa risau plak nk beli emas..

bank yg mempunyai kepakaran check emas pun boleh tertipu...
ini kan pulak kita ni..yg tiada kepakaran nk tahu status ketulenan..

apa penadapat anda si peniaga emas..??
jgn beli dgn org persndirian..bahaya..beli dgn company mcm GCP...yg dh proven success dan tk pernah lagi ada kes penipuan..

ada byk lagi comp lain yg jual emas..tp pastikan beli emas dpt emas...jgn beli emas pastu pajak...pajak bila perlu shj..jgn manipulasi..emas utk disimpan..
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#9
cik azidah,sejak sy terlibat dgn simpanan emas sejak tahun 2008 dan berpengalaman bljr dgn rmi sifu2 emas..sy tk pernah lagi jumpa org yg betul2 dpt buktikan dia untung bila beli emas dgn ar rahnu..blh cik tunjukkan bagaimana beli emas guna ar rahnu blh untung?
Jutawan Gold, saya belajar dengan peniaga-peniaga pasar di Johor bahru. Kebanyakan mereka yang gunakan teknik ar rahnu ni, orang nya low profile...mereka suka merendah diri sangat.

Selain itu, saya juga telah berkenalan dengan seorang penggiat ar rahnu di batu pahat, beliau telah bermain dengan ar rahnu sejak tahun 2001....bermula dengan rm5,000 dan kini telah pun berjaya mengumpul 2kg emas. Kebanyakan otai-otai ini tidak mahu dikenali. Dan apabila saya syorkan untuk mereka tampil ke hadapan untuk memberi testimoni, mereka enggan melakukannya bagi tujuan keselamatan.

Bagi saya, Ar Rahnu itu sendiri satu yang subjektif. Ianya adalah salah sebuah bentuk Leverage. Klik sini untuk penerangan ringkas Leverage; http://www.wangcyber.com/forum/kewangan-perbankan-and-pelaburan/51977-pelaburan-emas-rugi-jika.html

Maka, pada pendapat saya...formula simpanan dan pelaburan emas:

Ar Rahnu + Ilmu + Disiplin = Pelaburan Emas yang Menguntungkan
Ar Rahnu tanpa ilmu = Pelabur Emas yang mengundang kerugian
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#11
sebelum tu..sy rsa lbh baik cik azidah fhmkan dulu peranan ar rahnu ye..tk sesuai sgt nk ckp psal leverage..klu dh fhm..

http://www.jutawangold.com/fahami-peranan-ar-rahnu-yang-sebenaria-bukan-perniagaan/
Terima kasih Jutawan Gold, artikel tersebut memang padat. Saya tertarik kepada 2 point:

1. meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat.

2. Enam bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah

Berdasarkan pemerhatian saya keatas cara penyimpanan emas bangsa lain, sebaik sahaja anak mereka lahir...mereka telah pun siap2 beli emas dan simpan emas tersebut untuk anak-anak mereka samada untuk tujuan belajar di IPTA/IPTS atau memulakan perniagaan sendiri apabila mereka dewasa kelak.

Dalam kes saya yang telah pun berusia 31 tahun,...saya baru jer nak mulakan simpanan emas. Maka, saya terpaksa menggunakan pelbagai leverage untuk memperkasakan Taraf sosial diri dan keluarga saya. Insya allah...akan dikembangkan kepada masyarakat pula.

Oleh sebab kelewatan, maka cara terbaik adalah menggunakan pelbagai leverage untuk mempercepatkan proses peningkatan taraf ekonomi. 6 bulan tempoh ar rahnu memang singkat... Tapi, produk ar rahnu itu sendiri adalah SUBJEKTIF. Ianya boleh jadi buruk jika disalahgunakan. Dan ianya boleh mendatangkan kebaikan jika ar rahnu tersebut disertakan dengan Ilmu + Faham + Disiplin.
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#12
simpanlah emas..dan bukan hanya utk melabur semata2 dan fikir nk untung..peranan emas lbh dri itu
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#13
simpanlah emas..dan bukan hanya utk melabur semata2 dan fikir nk untung..peranan emas lbh dri itu
Masalahnya saya ni jenis aktif.
Memang pun saya ada portfolio simpanan emas sebagai langkah keselamatan.
Pelaburan emas, lain pula cara dan ragamnya...ia membolehkan otak saya ligat berfikir bagaimana untuk aktifkan emas-emas supaya berikan saya keuntungan secara berulangkali. Keuntungan dari pelaburan emas, dijadikan simpanan emas. Bahagian pelaburan emas pula...akan terus aktif untuk menarik lebih banyak simpanan emas.
 
Joined
Aug 30, 2012
Messages
2
Likes
0
Points
0
Offline
#14
[/QUOTE] Pelaburan emas, lain pula cara dan ragamnya...ia membolehkan otak saya ligat berfikir bagaimana untuk aktifkan emas-emas supaya berikan saya keuntungan secara berulangkali. Bahagian pelaburan emas pula...akan terus aktif untuk menarik lebih banyak simpanan emas.[/QUOTE]

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
Ayat 14 surah Ali Imran

Renung dan fikir2kan firman Allah didalam surah tersebut....peringatan bagi diri saya sendiri dan utk saudara2 saya yang mahu diingati.

Setiap bulan...Ar-Rahnu pelbagai bank tempatan akan MENGGADAI emas2 yang dipajak oleh orang ramai, ini semua kerana APA...??? kerana si pemajak x dapat membayar semula pinjaman yang diberikan oleh Ar-Rahnu...

Cik/ Puan Azida, tolong la bagi statistik skit....dari orang ramai yang pernah mengikuti program cik/ puan tu, berapa ramai yang BETUL2 dapat tebus semula emas mereka naturally? share la dkt sini.....ape yang soooo special sgt smpai xboleh nak share lnsung..??? email saya kalau betul x dapat share atau nak mintak bayaran utk share info tersebut, saya boleh usahakan bayaran nya (brgantung jgk la brapa RM :D)

Jangan disebabkan kelewatan cik/ puan mngejar kekayaan DUNIA yg disebabkan oleh diri sendiri, akan mengundang bencana pada hamba ALLAH lain yang x begitu memahami konsep gadaian Ar-Rahnu kerana 'kurang' 'BERDISIPLIN' dalam membayar semula pinjaman hasil pajakan emas mereka....kenapa perlu Ar-Rahnu emas yang anda ada......saya cuma nak tau itu je.

Jgn disebabkan kita, orang lain mendapat susah kemudian hari....susah kita bila pergi mengadap NYA nanti, at the end of the day...kita ni SEMUA akan menuju ke alam KEKAL, sempat ke x sempat merasa nikmat kekayaan yang kita penat lelah kumpul tu, masih belum tau lagi...saya terpanggil menulis disini sebab :
Ada seorang hamba ALLAH sahabat saya, baru sahaja meninggal dunia minggu lepas, kemalangan jalanraya...2 hari sebelum itu, beliau berjumpa saya utk membeli seekor kijang emas buat simpanan beliau....kita xtau masa kita tiba bila, jadi...beringatlah, bagi saya...harta yang dikumpul utk bekalan AKHIRAT adalah harta yang TERBAIK..

Sekadar pandangan peribadi optimusprime sahaja cik/ puan Azidah...tiada kena mengena dengan mana2 group, sifu, otai, syarikat, system atau apa pun jua...EMAS ana dirumah, hanyalah utk simpanan sendiri dan utk mrs.autobot pakai saje :D
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#15
Wah! Semakin hangat...
Cuma satu... Optimusprime, kita semua seagama.
Tapi kita berlatar belakangkan cara didikan dan cara pemikiran yang berlainan.

Apa salahnya kalau minat dan tambahkan kekayaan dengan emas. Hasil daripada penambahan emas simpanan dan pelaburan emas..maka SEMAKIN BANYAKLAH ZAKAT yang saya akan bayar.

"harta yang dikumpul utk bekalan AKHIRAT adalah harta yang TERBAIK.."

Memang betul, saya setuju. Cuba kita lihat saudara kita di Rohingya, Afghanistan, Palestin - kalau kita semua tidak berwang yang tulen (bukan wang fiat yang kebanyakan daripada masyarakat kita pegang di luar sana), bagaimana kita nak tolong saudara-saudara kita?

Saya nak tanya - apa istimewanya minuman Coca-Cola sehingga mereka mampu memasarkan produk mereka sehingga keseluruh dunia? Dan juga mereka mampu untuk bayar ratusan ribu iklan di media TV pada waktu kemuncak... maknanya apa? Tentulah kerana perniagaan mereka maju dan pendapatan juga tinggi. Dan resepi kekayaan mereka tentulah terletak kepada resepi isi kandungan dan strategi pemasaran. Agak-agaknya, kalau optimusprime nak bayar syarikat Coca Cola untuk rahsia mereka. Adakah mereka akan menerima pembayaran optimusprime?

Memang tak salah EMAS utk simpanan sendiri dan utk mrs.autobot pakai saje. Tapi, seeloknya emas itu dikembangkan supaya kita boleh bayar zakat kepada mereka yang memerlukan.

Tolong jangan menghangatkan thread ini.. Ianya adalah pendedahan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari bagaimana meraih keuntungan daripada emas fizikal secara yang berkali-kali sahaja. Jika tak berminat, tak mengapa... tolong tinggalkan saya di sini...:)
 
Joined
Aug 30, 2012
Messages
2
Likes
0
Points
0
Offline
#16
Alhamdulillah....EMAS saya yang berada di rumah, di KFH, yang mrs.autobot simpan, yang ada pada ibu, adik, kakak semua zakatnya, Alhamdulillah terjaga dan dibayar kepada pihak yang berwajib. Cuma, EMAS2 tersebut....naturally saya kumpul dan simpan mngikut kemampuan saya sendiri dan saya x pinjam duit sesiapa, pajak ke, rempit ke, manipulasi ke apa....

Lagi satu cik azidah, nak membantu sesama saudara islam kita ni.....bermacam-macam cara....saya ulang...macam-macam cara!!!bukan takat simpan emas, tukar fiat....bayar zakat atau derma saja fiat tu kat org susah...macam-macam cara lagi, jgn sempitkan pemikiran dan hanya nmpak emas boleh buat saya KAYA, bila KAYA...saya tekad akan membantu saudara-saudara islam saya....(biasanya, org x berapa kaya ni...ckp camtu la....dah KAYA esok.....hhmmmmm, tau-tau jela ***saya sentiasa berdoa supaya KITA tak masuk golongan ini).

You x jawab pertanyaan saya tu...UNTUK APA DI AR-ARHNU kan emas yang kita ada...???

Ni teknik sifu/ master...peniaga pasar besar la hape ni sume.....mcmnye MENGARUT. Kalau tidak mengarut, you BUKTIKAN kat sini....otherwise, you ni hanyalah manusia yang hanya pandai berkata-kata hingga ramai org percaya.....kalau nasib dorang x baik atau kononnya kurang 'BERDISIPLIN', terjerat la dorang tu semua....udah nya, emas kat dalam AR-RAHNU tu pun TERGADAI...that's why i mintak statistik org yang dah ikut you punya program tu, berapa ramai dari kalangan mereka yang emas nya tertebus oleh mereka sendiri...???end up, mereka semua ada berapa kilo emas sorang....??? nyatakan...sila, jgn segan.

Sebelum you tanya pasal Coke, jawab dulu pertanyaan saya tu....UNTUK APA you AR-RAHNU kan emas yang you ada...???untuk nak tambah stok emas...??? TAMBAH la, sapa larang you tambah...nak tambah 5 kilo sebulan pun, TAMBAH la....TAPI, tambah la GUNA DUIT SENDIRI dan x perlu guna duit BANK.....kalau xde DUIT, x payah la nak beli itu ini, nak tambah itu ini.....DUIT xda, sibuk nak itu ini bagai...ape kes...??? Takat nak tambah emas banyak2 supaya bleh bayar zakat lebih banyak...???ape ke alasan you guna ni, saya pun x faham la.....sudah2 la tu cik azidah, tambah la stok emas you tu semampu ada nya dan x perlu berlebih-lebihan.....kalo you nak berniaga atau market kan produk/ teknik you tu pun, agak2 la...

mcm ni la cik azidah, kalau susah sgt, you and sifu you tu i mintak la nak jumpa....i duk Damansara Heights (kalo u ada turun KL), xpun, i selalu jgk turun JB nu pegi MMHE kat pasir gudang, normally i turun sana, i spend 2-3 hari kat sana...so ada masa la kalo takat nak berborak hal teknik manipulasi emas guna AR-RAHNU you all tu....roger saya ya kalau setuju..

**sorry TT, hijack TT punya thread ilmiah mengenai emas....cik azidah, i persilakan you bukak satu thread 'teknik manipulasi emas meggunakan Ar-Rahnu', then kita bleh diskas pnjang kat sana.....ini bukan you pnya thread, so...i xkan tnggalkan thread ni utk kegunaan you...
 
Top