7 tips mudah kumpul testimoni dari pelanggan

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
533
Points
43


Mendapat kerpercayaan dari orang ramai dalam melakukan bisnes online adalah satu hal yang sangat penting. Dengan adanya banyak kes yang melibatkan scammer dari hari ke hari, ia membuatkan ramai pembeli sangat berhati-hati untuk membeli di internet.

Oleh sebab itu, memiliki testimony adalah hal yang sangat penting untuk membantu perniagaan anda untuk berjalan dengan lebih rancak. Tanyalah mana-mana IM yang sukses dalam melakukan banyak jualan terutamanya melalui jualan di laman facebok. Rata-rata antra mereka sangat bersetuju bahawa testimony akan membantu jualan yang mereka lakukan untuk menjadi lebih efektif da berkesan.

Apakah sebenarna testimony hanya di gunakan untuk menarik kepercayaan dari orang orang ramai untuk membeli dari anda? Tidak sebenarnya. Selian daripada mahu membuktikan kepda prospek anda bahawa anda melakukan bisnes dengan serius tanpa ada unsur scam, testimony juga memberi banyak maklumat berguna kepada anda.

Antara kelebihan utama untuk anda mengumpul testimony ialah :

Pertama, membuktikan bahawa bisnes anda itu real.

Tidak semua tawaran yang ada di internet itu benar. Mungkin sahaja ia Cuma satu penipuan untuk memancing orang ramai. Setelah pembeli membuat bayaran, seller tidak pula menghantar barangan yang di pesan. Pendek kata, produk yang di tawarkan itu bukanlah produk yang sebenar melainkan hanya lakonan semata-mata.

Dengan adanya testimony yang mungkin di sertakan dengan link akaun facebook si pemberi testimony itu sendiri, orang ramai akan yakin untuk mula membuat pembelian.

Kedua, atasi persaingan.

Jika anda mempunyai ramai persaing ketika melakukan sesuatu jualan, maka testimony sangat membantu untuk memacu perniagaan anda meninggalkan persaing yang lain. Bisnes anda di lihat kukuh dan lebih terpercaya kerana anda sudah punya banyak pengalaman dengan ramai pelanggan. Itu satu hal yang sangat bagus.

Ketiga, respond pelanggan.

Setiap pengalaman pelanggan yang mungkin anda dan mereka sama-sama saling berurusan juga boleh di jjdikan sebagai testimony. Anda sendiri boleh lihat respond pelanggan terhadap servis bisnes anda. Jika ada yang perlu di naik taraf, maka ia boleh di lakukan.

Baiklah, sekarang ini, jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan testimony sedangkan produk saya masih baru di pasaran. Apakah ada caranya untuk mengumpul testimony sebelum ia di pasarkan dan di jual? Ya, ada dan boleh. Ini caranya :

Tips 1 : Membuat soft selling


Jualan ini di lakukan sebelum anda membuat launching besar-besaran di internet. Anda mungkin boleh menjual produk anda dengan harga diskaun kepada rakan-rakan terdekat atau pun dengan menggunakan servis solo ads.

Apa itu solo ads?

Ia adalah bentuk pemasaran yang di lakukan melalui mailing list. Anda mungkin sahaja dapat melakukan pemasaran ini menggunakan mailing list sendiri atau pun menyewa dari mailing list orang lain. Melalui pembeli terawal ini, anda boleh meminta maklum balas dari mereka untuk di jadikan sebagai testimony ketika jualan besar-besaran kelak.

Bagaimana pula jika anda memerlukan testimony untuk keberkesanan produk seperti produk anti jerawat? Anda mungkin boleh menaja mana-mana rakan anda untuk menggunakan produk anda tanpa apa-apa bayaran. Syaratnya mereka mahu menjadi testimony produk tersebut dengan memberikan gambar wajah sebelum dan selepas.

Jika mereka bersetuju, maka berikanlah produk anda secara percuma kepada mereka untuk mereka cuba. Kelak, apabila anda membuat launching rasmi produk tersebut di internet, gambar testimony dari rakan anda itu akan sangat membantu.

Tips 2 : Testimoni melalui emel


Anda pasti akan selalu berurusan dengan pelanggan anda melalui emel, bukan? Oleh itu selalulah memberi layanan yang baik buat kepada mereka mealui emel. Setiap kata-kata dan perkataan yang anda kongsikan kepada mereka dan setiap maklum balas yang di berikan oleh pelanggan anda boleh di jadikan testimony untuk bisnes anda kelak.

Apakah cara terbaik untuk anda gunakan testimony dari emel? Anda hanya perlu print screenkan keratan kandungan emel dari pelanggan anda dan kongsikan pengalaman urusan jual beli itu ketika anda mahu lakukan proses pemasaran nanti. Penting di sini untuk anda hide emel pelanggan anda agar privacy mereka terjaga. Lagi banyak testimony dari emel yang boleh anda kumpulkan, lagi bagus untuk menambahkan lagi kepercayaan orang ramai untuk membeli dari anda.

Tips 3 : Testimoni dari ruang komen di facebook


Anda juga boleh mengambil dan memetik komen-komen pisitif yang di berikan oleh para pembeli anda dari komen di facebook. Sebagai contoh, anda boleh membuat status seperti ini. “Kepada mana-mana pelanggan produk XX kami, macam mana dengan produk tersebut? Anda suka tak? Berikan komen anda di bawah.”

Status tersebut adalah untuk melihat apa-apa respond dari pelanggan anda. Hubungi semua pelanggan yang anda mungkin melalui emel, phone atau PM di facebook agar mereka meninggalkan komen dan feedback masing-masing di status itu.

Melalui komen terkumpul, anda boleh memilih mana-mana respond yang anda rasakan boleh membantu untuk menambah kepercayaan orang ramai kelak agar membeli dari anda. Highlightkan mana-mana ayat yang di rasakan perlu menggunakan garis warna merah. Cara ini juga dapat menambahkan lagi kekuatan pada ayat respond yang di berikan oleh para pelanggan anda.

Tip 4 : Testimoni dari group WhatsApp


Hari ini, ramai orang menggunakan smartphone untuk melayari internet. Sehubungan itu juga, pembeli yang melakukan pembelian di internet turut di lakukan melalui smartphone tersebut. Maka cara lain yang bagus untuk berurusan dengan pelanggan anda ialah melalui WhatsApp.

Sebaiknya, anda wujudkan group khusus untuk di WhatsApp bagi kesemua pelanggan anda yang sudah membeli. Melalui cara ini anda dapat memberikan customer support secara menyeluruh 24 jam sehari. Pelanggan anda juga pasti merasa sangat seronok kerana mereka boleh mendapatkan respond daripada dengan lebih cepat melalui phone mereka.

Selain daripada dapat memberikan support yang baik buat para pelanggan, anda juga dapat mengambil beberapa teks positif yang mereka hantar di dalam group WhatsApp.Mungkin sahaja jika anda menjual produk untuk kuruskan berat badan, ada ahli yang memberi respond di group bahawa setelah mereka mengamal produk anda, berat mereka susut sebanyak 3 KG dalam masa 5 hari.

Teks ini boleh anda ambil dan masukkan sebagai testimony nanti. Orang ramai juga akan merasa teruja apabila mereka dapat tahu bahawa anda menyediakan group khusus di WhatsApp . Ini akan memberikan mereka peluang untuk sama-sama berinteraksi dengan pelanggan yang lain di group tersebut. Satu hal yang sangat bagus. Bukan?

Group di WhatsApp bukan sahaja dapat membantu bisnes anda untuk berjalan dengan lebih baik bagi jangka masa panjang, malah ia juga membantu para pelanggan untuk saling berhubung dan berkenalan antara satu sama lain kelak.

Tip 5 : Testimoni melalui video


Testimoni dengan menggunakan cara ini juga sangat bagus apabila anda mahu menarik minat ramai orang dengan lebih mudah. Rakaman yang di lakukan melalui video kelihatan lebih real dan nampak lebih tulus. Anda boleh meminta mana-mana pelanggan anda untuk menghantar rakaman testimony yang mungkin mempunyai durasi sekitar 1-2 minit. Itu sudah cukup.

Mereka boleh menceritakan pengalaman mereka melakukan pembelian dari anda, berapa lamakah masa untuk produk sampai kepada mereka dan apakah kelebihan dan faedah mereka dapat setelah membeli dari anda. Itu sahaja. Mereka tidak perlu memberi kata-kata yang terlalu fancy atau puitis. Cukup sahaja dengan ayat yang mudah di fahami dan mudah untuk di hadam oleh ramai orang.

Video tersebut boleh anda upload di youtube, di letakkan dalam laman web jualan atau di upload ke fanpage anda di akaun facebook. Lihat bagaimana Dr Azizan menyediakan testimony di fanpage beliau. Selain dalam bentuk teks, beliau juga banyak mengupload testimony dalam bentuk rakaman video.

Jika anda boleh membuat rakaman face to face antara anda dan pembeli, itu juga boleh. Ia seperti temubula ringkas antara anda dan mereka. Paling penting, pastikan rakaman itu di buat di tempat yang tiada gangguan bunyi dan audio serat visualnya di rekod dengan jelas. Jika boleh, hasilkanlah video dalam kualiti HD.

Tip 6 : Testimoni dari PM facebook


Berita baik bagi anda yang melakukan jualan melalui fanpage di facebook. Jika sebelum ini, apabila anda boost status anda menggunakan facebook ads, pasti ada ramai yang memberi respond untuk meminta anda sebagai admin untuk PM mereka butiran pembelian.

Masalah yang timbul ialah admin fanpage tidak boleh menghantar PM kepada mereka melainkan mereka dahulu yang menghantar PM kepada admin page. Namun begitu, pihak facebook telah menukar system baru di mana apabila ada yang memberi komen di status anda di fanpage,anda sebagai admin boleh terus menghantar PM kepada mereka. Menarik buka?

Jadi gunakanlah peluang ini untuk banyak berinteraksi dengan mereka melalui PM. PM melalui facebook juga sangat membantu bisnes anda dalam mengumpul banyak testimony yang menarik. Ambil print screen untuk mana-mana PM dan chat antara anda pembeli yang sesuai, gunakanlah ia sebagai testimony di facebook anda. Paling baik, hidekan nama pembeli tersebut untuk tujuan menjaga privacy.

Tip 7 : Testimoni dari skype


Skype juga merupakan satu cara yang sangat bagus jika anda mahu memberi support kepada pelanggan apalagi jika anda mahu berbual dengan mereka. Anda boleh lihat ramai IM mat salleh melakukan cara ini untuk mengutip testimony bagi bisnes online mereka. Skype juga turut memberi kita peluang untuk membina group khusus mengikut kategori yang anda suka.

Maka anda juga boleh membina group khusus untuk pelanggan anda melalui skype. Selain daripada mengambil print screen perbualan di group skype, anda juga boleh merekod perbualan antara pelanggan anda dan juga anda melaluui video calling. Cara ini juga lebih bagus dan kelihatan lebih cool. Setakat ini saya belum jumpa mana-mana IM yang menyediakan testimony melalui video calling di skype. Jika anda mahu mendapatkan testimony melalui video calling, anda perlu pastikan connection internet anda di skype tidak punya sebarang masalah dan audio juga dapat di rekod dengan lebih berkesan.

Tip 8 : Menyusun testimony


Anda mungkin tidak percaya bahawa bisnes anda mampu mengutip sehingga ratusan dan ribaun testimony dalam masa setahun. Maka ini akan membantu bisnes anda menjadi sebuah bisnes online yang semakin kukuh.

Oleh itu, pastikan testimony yang di ambil dari pelanggan adalah testimony terkini. Jika anda menerima testimony untuk tahun 2015, simpan kesemua testimony itu di dalam folder khusus di akaun fanpage anda di facebook. Namakan ia dengan nama “testimony 2015”.

Bagi testimony untuk tahun 2016 pula, buatlah folder baru untuk kesemua testimony untuk tahun itu pula. Dengan membina pelbagai folder mengikut kategori tahun, pelanggan anda akan lihat bahawa bisnes anda sememangnya sangat boleh di percayai kerana sudah running berbulan-bulan lamanya.

Penutup :


Sekali lagi di ingatkan, dengan adanya testimony, bisnes online anda akan mendapat kredit daripada ramai orang. Ini adalah hal yang sanagt mustahak. Walaupun anda melakukan banyak kerja pemasaran, namun mentality pembeli masih lagi wujud iaitu mereka mahu melihat orang lain dahulu membeli dari anda.

Ia seperti kali pertama masuk ke lubang gua. Tidak ada yang mahu menjadi orang pertama untuk masuk ke lubang itu kecuali bagi mereka yang berani menanggung risiko. Dalam pembelian di internet juag begitu. Jika orang ramai melihat bisnes anda sudah punya pembeli, sudah punya feedback positif, maka akan ada ramai orang yang mula mempercayai anda dan membuat pembelian dari anda.
 
Top