Naz Akhtar
Super Senior
- Joined
- Jun 21, 2014
- Messages
- 533
- Points
- 43

Pernahkah anda masuk ke sesebuah website atau blog, kemudian web tersebut mengambil masa yang sangat lama untuk loading? Mungkin sahaja anda sudah melihat connection internet yang anda guna untuk melayari internet. Laman web lain seperti facebook atau mana-mana forum dapat di layari dengan tanpa masalah.
Biasanya, apabila berlaku hal seperti ini, apa yang akan anda lakukan? Lebih dari 90% pelawat yang melalui pengalaman sebegini ketika melayari mana-mana website biasanya akan membuat keputusan untuk meninggalkan web tersebut.
Wah, jika hal ini berlaku kepada website kita, memang sangat rugi bukan? Yalah. Cuba anda bayangkan jika anda sudah melakukan banyak kerja pemasaran untuk menarik trafik ke website anda, mungkin sahaja anda menggunakan facebook ads untuk menarik pelawat dari facebook, dan juga menyewa banner dari mana-mana blog yang mempunyai trafik yang tinggi, semua pelaburan itu menjadi hangus begitu sahaja apabila pelawat yang klik dan masuk ke website anda meninggalkan ia begitu sahaja. Semua kandungan web anda tidak di lihat oleh mereka.
Oleh itu, hal yang paling utama yang perlu anda berikan tumpuan sebelum menjemput ramai orang untuk masuk ke web anda ialah, anda perlu pastikan bahawa website anda itu tidak punya sebarang masalah untuk loading. Anda boleh menggunakan banyak tools percuma di internet untuk melihat berapakah kelajuan website anda untuk laoding. Jika ianya mengambil masa lebih dari 10 saat, maka sesuatu perlu anda lakukan.
Melalui artikel ini, anda akan di kongsikan beberapa tips untuk membantu website anda itu laoding dengan lebih cepat. Antara hal yang anda boleh beri perhatian untuk website anda itu ialah :
Tips 1 : Memilih web hosting atau server
Bagi anda yang mempunayi website dot com sendiri yang mana web itu anda bangunkan menggunakan web hosting yang di langgan dari mana-mana syarikat penyedia web, anda harus teliti servis yang di tawarkan.
Ada sesetengah syarikat menawarkan pakej web hosting yang sanagt murah untuk di bayar setiap bulan atau setiap tahun. Jangan muda tertipu dengan tawaran seperti itu. Rata-ratanya pihak syarikat penyedia web hosting menawarkan harga yang murah bersesuaian dengan pakej yang di berikan. Mungkin sahaja ada kekurangan dari segi bandwidth, dan lain-lain keperluan. Di khuatiri juga aka nada masalah teknikal lain apabila anda install mana-mana plug in ke web hosting tersebut. Hal ini banyak berlaku kepada para IM.
Maka langganlah web hosting dari syarikat yang sudah mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan service. Begitu juga jika ada berlaku apa-apa masalah teknikal. Pastikan mereka boleh memberikan maklum balas yang cepat untuk menyelesaikan apa-apa isu dengan segera.
Saya pernah menguruskan beberapa buah blog rakan untuk urusan kerja update. Untuk log in sendiri ke ruang admin juga sangat bermasalah kerana lagging. Apabila beliau menukar web hosting/server baru, barulah masalah itu tidak berlaku. Ada waktunya ia juga memberikan kesan kepada website anda untuk loading ketika pelawat masuk ke web anda. Jadi berhati-hati dalam membuat pilihan. Anda boleh melanggan web hosting dari netkl atau Sempoihoting untuk pakej yang bagus bagi permulaan.
Tip 2 : Tiada intro page
Apakah website anda mempunyai intro page? Mengapakah anda meletakkan intro page tersebut? Anda anda mahu ia di lihat sebagai satu perkara yang cool ketika pelawat masuk ke website anda? Saya melihat ada beberapa buah website jualan yang mempunyai konspe ecommerce yang meletakkan intro page di web mereka. Mungkin intro page itu mempunyai paparan perkataan loading seperti sebuah apps games yang sedang laoding atau pun nombor yang sedang membilang dari angka 10 ke 0.
Menurut nasihat pakar dalam pembinaan website, katanya intro page menghantar syarat yang kurang bagus kepada para pelawat apalagi jika itu kali pertama mereka masuk ke dalam website kita. Mengapa? Ia memberitahu pelawat bahawa website kita mengambil masa yang sedikit lama untuk loading dan memaparkan paparan kandungan sepenuhnya.
Oleh sebab itu, pelawat akan berfikir bahawa website anda akan mengambil masa lebih laam untuk load sepenuhnya dan ini sengatlah membuang masa. Tambahan pula, website yang di letakkan intro page biasanya lebih berat untuk di view memangdangkan ia biasanya menggunakan flash untuk terpapar di website. Jika di ikutkan, simple itu adalah lebih baik untuk para pelawat lihat. Buang sahaja intro page tersebut dan gunakanlah system design yang ringkas untuk website anda. Itu adalah lebih baik.
Tip 3 : Cek plug in
Jika anda sememangnya sudah melanggan web hosting atau server yang sangat bagus dengan ruang kapasiti yang besar, maka seharusnya website anda tidak punya masalah untuk laoding dengan sempurna. Jika masih terdapat error atau masalah dalam loading, maka anda juga harus lihat plug in yang anda gunakan untuk website anda.
Ada sesetengah situasi seperti ini boleh berlaku apabila plug in tertentu tidak dapat running dengan baik untuk satu-satu website. Mungkin sahaja ada error atau keperluan web hosting anda tidak dapat running plug in itu dengan baik yang membuatkan performance web anda untuk loading terjejas.
Anda boleh try and error sendiri hal ini. Cuba buang mana-mana plugin yang anda rasakan membawa masalah. Contoh jika selepas anda install plug in XX ke dalam website anda dan kerana itu web anda menjadi lambat untuk loading, maka cuba untuk buang plug in tersebut dan layari semula website anda.
Jika anda tidak dapat menemui puncanya di bahagian plug in, cuba untuk minta pertolongan dengan admin dari syarikat penyedia web hosting tersebut. Maklumkan apa masalah website anda dan minat mereka troubleshoot punca masalah yang ada. Biasanya mereka bileh detect dengan mudah jika ada mana-mana plug in yang menggangu website anda.
Oleh sebab itu anda di sarankan untuk mendapatkan service web hosting yang menyediakan bantuan teknikal yang cepat selamat 24 jam sehari. Ini sangat penting untuk urusan web hosting anda kelak.
Tip 4 : Tukar header
Ada waktunya header juga menjadi punca yang menyebabkan web atau blog anda mengambil masa untuk loading. Jika mereka yang melawat blog anda menggunakan line internet seperti kura-kura, maka untuk loading header anda pun sudah makan masa beberapa minit.
Lihat header yang anda gunakan. Sebesar apakah saiz header tersebut? Anda sebolehnya menggunakan header yang mempunyai saiz sederhana. Gambar header pula di simpan dalam bentuk Jpeg supaya saiznya akan lebih kecil.
Semkain kecil saiz gambar maka masa untuk header itu loading akan lebih cepat. Ini dapat membantu website atau blog anda untuk loading dengan lebih cepat juga pada bahgaian content dan sidebar serta footer.
Ada sesetengah blogger gemar menggunakan flash header untuk blog mereka. Ia bagaikan satu trend apabila ramai blogger yang mahu header wbe mereka nampak comel dan menarik apabila ada kartun yang menari di sana sini. Ia mungkin kelihatan unik dan cantik namun header dari jenis ini biasanya mempunyai saiz yang lebih besar kerana ia mengandungi animasi dan flash.
Oleh itu, kekalkan kesederhanaan dam make it simple. Itu sangat membantu untuk melihat paparan blog dan website anda dengan lebih cepat dan mudah.
Tip 5 : Resize gambar
Jika anda banyak menggunakan gambar di dalam posting anda di blog atau mana-mana website jualan anda, pastikan anda reseize gambar tersebut terlebih dahulu sebelum anda upload. Ini kerana saiz gambar yang anda gunakan di dalam kandungan website juga akan memberikan pengaruh kepada hal loading nanti.
Jika anda tidak mahu resize dan mahu terus upload dari gambar original kamera ke computer, ketika gambar di masukkan ke dalam kandungan, anda pilih setting pada gambar itu supaya ia di set kepada saiz yang lebih kecil. Ini bermakna apabila pelawat masuk ke website anda, gambar yang di paparkan akan lebih mudah loading. Jika mereka mahu melihat paparan gambar dnegan lebih jelas dan besar, mereka hanya perlu klik gambar itu.
Anda perlu rajin untuk usik bahagian setting ketika anda meletakkan gambar ke dalam blog. Pastikan saiz gambar tersebut sesuai dengan ruangan kandungan web yang anda. Di samping anda dapat membantu website anda untuk loading dengan cepat, anda juga dapat membuatkan paparan website anda akan menjadi lebih kemas dan tersusun di samping ia mudah untuk di layari.
Tips 6 : Susun homepage dengan baik
Laman utama menjadi tempat terawal yang akan di lihat oleh ramai pelawat. Oleh itu pastikan ia di susun dengan baik. Jika laman utama membawa kepada masalah loading untuk para pelawat anda, maka ia akan memberi efek negative kepada laman-laman yang lain pula.
Oleh itu, susun kandungan web utama agara ia kelihatan riangkas dan mudah untuk load.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai blog, pastikan laman utama blog di set untuk memaparkan beberapa artikel sahaja mengikut riangkasan tertentu. Sebagai contoh, anda mungkin boleh membenarkan paling maksima sekitar 5 artikel untuk di paparkan di muka blog paling hadapan (homepage). Kesemua artikel itu pula akan di set supaya mempunyai rinagkasan masing-masing. Oleh itu pembaca dan pelawat yang mahu membaca artikel dengan lebih lanjut boleh klik pada pautan “Read more”.
Jika anda tidak melakukan hal seperti itu, ada kemungkinan blog anda mengambil masa yang sangat lama untuk load semua artikel sepenuhnya beserta dengan kandungan gambar yang ada.
Oleh itu, setkan homepage anda menjadi lebih ringkas suapa ia akan loading dengan lebih cepat. Begitu juga anda membina website jualan. Pastikan kandungan utama hanya mengandungi ringkasan produk anda menggunakan ayat tertentu dan gambar dengan saiz thumbnail. Ruang paling depan perlu di susun dengan lebih ringkas. Cara ini juga dapat membantu para pelawat untuk melakukan carian barangan dengan lebih mudah.
Tips 7 : Tukar tema
Di laamn carian google, anda boleh lihat ada banyak tema website yang anda boleh gunakan untuk website anda tidak kiralah ia untuk kegunaan blog, ecommerce dan lain-lain jenis web. Ada yang berbayar dan pula yang percuma.
Namun bgeitu, tidak semua tema yang ada dapat berjalan dengan baik. Ada waktunya ia memberi masalah kepada pelawat melayari website anda. Oleh itu anda perlu berhati-hati ketika membuat pemilihan. Pilihlah tema website yang ringkas yang bukan sahaja sejuk mata memandang tapi mudah untuk loading.
Sebaiknya, tema website anda itu tidak terlalu rumit untuk di uruskan. Ada sesetengah tema memerlukan anda untuk meletakkan banyak gambar di homepage dnegan saiz yang agak besar. Sebaiknya gunakanlah tema yang memberikan paparan mudah untuk di view, insyaAllah ia boleh membantu website anda untuk loading dengan lebih baik.
Penutup :
Baiklah, itu sahaja antara tips mudah yang anda boleh gunakan untuk membangunkan website atau blog anda nanti agar ia lebih cepat loading. Paling penting, kekalkan website anda itu untuk berada dalam kondisi yang simple. Itu lebih baik. Ini kerana website yang mempunyai konsep yang simple dapat membantu web anda untuk lebih cepat loading. Website yang cepat loading biasanya akan lebih di sukai oleh ramai pelawat.