7 Petua Usahawan Berjaya..

Joined
Sep 8, 2011
Messages
96
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Nak tahu petua kejayaan kebanyakan usahawan yang telah berjaya di dalam perniagaan internet?

1. Rajin-rajinlah belajar samada membaca dan mengkaji
2. Gunakan sepenuhnya enjin carian seperti google untuk menjawab persoalan tertentu seperti masalah teknikal
3. Jangan hanya tunggu ‘disuap’. Jangan malas!
4. Survive. Anda perlu lalui masalah tanpa bantuan orang lain sepenuhnya. Buangkan sifat hendak mudah! Saya jika membantu seseorang, saya hanya tunjuk jalan, sebaliknya tidak akan bantu dia buat sepenuhnya. Please, survive! Mengapa? Orang yang membantu anda tidak akan selamanya bersama dengan anda. Maka di saat keseorangan, sifat survive yang anda miliki akan membantu diri anda. Setuju?
Fahamilah, orang lain hanya memberikan jalan, kita yang perlu berusaha.
5. Bertindak dengan dorongan diri sendiri. Jangan tunggu orang lain ‘push’ baru nak buat
6. Usahawan yang berjaya, rata-ratanya sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka. Jika mereka diajar A, mereka akan tambah lagi pengetahuan dan pemahaman mengenai perkara A itu.
7. Mereka tidak kenal jalan singkat. Yang mereka tahu adalah : KESABARAN
Sekali lagi saya ulangi, “orang lain hanya menunjukkan jalan, dan andalah yang mesti melaluinya. Sudah mesti seorang diri, tetapi bawalah kesabaran, kesedaran dan kesungguhan di dalam perjalanan itu.”:)

InsyaAllah, anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya.
ketahuilah juga, nikmat sebenar adalah bukan pada hasilnya, tapi apa yang anda lalui. Kerana, semasa perjalanan itulah banyak pelajaran yang akan anda perolehi, itupun jika anda sabar dan mahu mengambil pelajaran.
“Tidak mudah nak mudah, jangan mudah nak mudah, tak senang nak senang..”.
Semoga berjaya!:)
 

fahmi93

freshman
Joined
Dec 9, 2013
Messages
38
Likes
4
Points
8
Offline
#4
bagus2 tips yang berguna...yang penting kita kena cari ilmu tak kira samaada kita usahawan baru atau lama, lepas tu sebelum kita tanya orang lain try dulu solve masalah yang kita hadapi tu dengan baca buku,google, atau youtube. kalau dah x boleh sangat selesaikan masalah yang kita hadapi tu baru la tanya orang yang lebih pro.
 
Joined
Nov 17, 2014
Messages
55
Likes
0
Points
6
Offline
#6
Thanks 4 sharing..

Penambahan:-

Tip untuk berjaya dalam masa yg singkat..

- Mesti belajar dengan guru yg berpengalaman dalam bidang yg kita nak ceburi.
Sebab guru tersebut dah pernah melalui pengalaman jatuh & bangun. Mungkin guru tersebut mengambil masa 10-20 tahun utk berjaya.
Jika kita belajar dengan beliau, kita dapat mengurangkan tempoh utk mencapai kejayaan & dapat mengelakkan dari kejatuhan yg teruk.

Kalau guru cakap "JANGAN!!!"
Maka kita jangan buat benda tu sebab guru dah rasa dulu...

Semoga bermanfaat ;)
 
Top