7 Petua Tradisional Buat Duit, Cari Duit Dari Internet! (Siri 1 - 2)

Joined
Feb 22, 2008
Messages
12
Likes
2
Points
3
Offline
#1
7 Petua Tradisional Buat Duit, Cari Duit Dari Internet!


Saya merasakan adalah teramat penting untuk saya memberitahu kepada anda petua-petua sebelum anda ingin memulakan perniagaan internet yang luar biasa ini.

Petua-petua ini mungkin pada pandangan anda adalah teramat mudah untuk dibaca dan difahami tetapi ia merupakan perkara yang banyak diambil ringan oleh kebanyakkan mereka yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan internet.

Jika anda dapat memerapkan nilai-nilai yang terdapat dalam petua-petua ini dengan tegas ke atas diri anda, anda lihatlah sendiri hasilnya kerana saya amat pasti ianya akan membawa banyak kesan positif kepada diri serta perniagaan internet anda!

Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 1

Jika anda ingin memulakan serta memantapkan perniagaan internet anda, anda memerlukan satu 'kemahiran' yang teramat penting iaitu - FOKUS!

Kebanyakan orang mempunyai masalah untuk fokus menyiapkan sesuatu urusan mereka - saya sendiri tidak terkecuali! Fakta yang benar untuk kenyataan ini adalah; kita perlu fokus dalam sesuatu pekerjaan kerana ini adalah ramuan yang berulang kali terbukti bagi mengecapi kejayaan. MASALAH PALING UTAMA yang menjadi penyebab kenapa banyak perniagaan internet yang dilakukan seseorang itu tidak berjaya adalah kerana:

...setiap hari di dalam arena internet anda tentu sekali bertembung dengan banyak peluang perniagaan atau pun program penjana pendapatan! Inilah masalahnya kerana kebanyakkan kita apabila melihat satu peluang tersebut kita akan segera memikirkan bahawa "inilah jawapannya" lihat yang baru lagi seminggu selepas itu anda akan berkata "wow..inilah jawapannya, inilah cara buat duit yang terbaik" . Tambahan lagi kepada mereka yang berharap untuk mendapat jalan pintas selalu beranggapan mereka tidak perlu melakukan apa-apa perkara untuk mendapat hasil, dan tidak kurang juga yang tidak sabar dalam melakukan sesuatu. Biar saya tekankan disini - Ini bukanlah caranya dan juga bukan jawapannya. Ini adalah sama seperti anda bermain kejar-kejaran dalam satu bulatan yang tidak ada arah nak dituju!

Tidak kira sehebat mana pun sesuatu progam buat duit itu, anda perlulah berkerja keras untuk menjayakannya. Contoh yang paling mudah, ialah dengan menulis artikel untuk publisiti online anda. Menulis artikel adalah kaedah yang paling mudah dan amat berkesan untuk membawa trafik berkualiti kepada laman web anda secara jangka masa panjang. Tetapi persoalannya berapa ramaikah yang ada melakukannya? Saya amat pasti tidak banyak yang membuatnya.

Penyelesaian untuk anda supaya lebih fokus sewaktu online:

Lihat dan pilih SATU program yang sesuai untuk anda yang ingin anda usahakan. Selepas itu, pastikan anda S-E-T-I-A kepada program yang telah anda pilih awal tadi. Selepas itu buat perancangan yang teliti untuk anda menjayakan program itu. Jangan sesekali anda melihat program lain dan seterusnya melompat terus masuk kepada program yang baru itu. Beri komitment penuh 100% kepada perancangan yang telah anda aturkan dan selesaikan segala yang telah anda rancang sejak awal lagi. Buat sehingga ianya berjaya tak kira betapa bosannya perkerjaan tersebut.

Dapatkan gambaran besar tentang perancangan anda dan bahagikannya kepada bahagian yang lebih kecil supaya anda lebih senang memantau dan juga melengkapkannya satu per satu. Selain itu juga, anda perlulah bersabar kerana setiap yang anda usahakan akan memerlukan masa sebelum anda dapat melihatkan hasilnya. Ingat tidak cerita kanak-kanak tentang kura-kura dan arnab? Ada teladan yang boleh anda pelajari dari sana.

"Jika anda dapat melakukan sesuatu dengan penuh bersemangat dan dengan keghairahan anda tentu sekali tidak akan merasa bosan atau mengeluh dengan sebarang cabaran malah anda akan terus bertenaga untuk maju ke depan. Ini kerana dengan adanya keghairahan dalam membuat sesuatu ianya boleh membawa anda terus bermotivasi tanpa mengira apa-apa cabaran pun yang melanda anda. Cara untuk mencari keghairahan adalah dengan mencari seberapa banyak sebab yang kuat kenapa anda ingin belajar serta membangunkan perniagaan internet anda. Adakah kerana anda inginkan kebebasan kewangan dan apa ia dapat memberi anda? atau semata-mata kerana keluarga tercinta anda? atau anda ingin menjadi antara perniaga internet yang terhebat di negara ini? Carilah sebab-sebab anda sendiri yang boleh memberi impak kepada emosi anda!"


Petua Buat Duit, Cari Duit Internet # 2
Aset yang paling berharga yang perlu anda miliki tidak kira dalam perniagaan apa sekali pun ialah pangkalan data (database). Ini termasuklah perniagaan online dan offline.

Di dalam dunia perniagaan internet, aset ini disebut 'senarai opt-in (nama)' atau opt-in list. Secara ringkasnya 'senarai opt-in' ini terdiri daripada senarai nama orang yang berminat dengan produk atau servis yang anda tawarkan. Cara bagaimana senarai dapat dikumpul ialah dengan menggunakan laman web yang membolehkan pelawat memberi nama dan alamat emel mereka kepada anda.

Kebanyakan berpendapat bahawa nama yang ada terdapat dalam senarai opt-in ini adalah prospek ataupun pelanggan mereka. Kenyataan ini ada yang benar dan salahnya. Biar saya terangkan kepada anda.

Tanpa list amat susah untuk anda berjaya dalam perniagaan internet, kerana list adalah punca pendapatan anda sebenarnya. Perhatikan mana-mana perniagaan internet tidak kira yang tempatan ataupun luar negara, setiap mereka PASTI akan mengambil senarai nama dan emel dari pelawat laman web anda. Tidakkah anda perasan tentang ini?

Saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah anda mendengar kenyataan seperti ini "LIST = DUIT" atau "LIST = LUBUK EMAS"?. Kenyataan tersebut adalah benar sama sekali tetapi dengan syarat anda tahu bagaimana untuk berkomunikasi secara efektif dengan senarai anda.

Jika anda mempunyai list, ianya tidaklah terus akan memberi manfaat kepada anda kerana anda perlulah mengetahui bagaimana tindak balas mereka terhadap anda. Jika anda sudah tahu tentang ini, anda akan mudah merancang bagaimana untuk membuat mereka membeli apa-apa tawaran daripada anda.

Persoalan yang perlu anda fikir adalah: Adakah mereka mempercayai anda? Adakah mereka respon kepada emel yang anda hantarkan? Dan bagaimanakah respon anda terhadap mereka?

Seberapa banyak pun nama yang terdapat dalam list anda, tetapi jika ianya tidak berkualiti, ianya tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada anda. Senarai yang mempunyai 500,000 Opt-in mungkin tidak sehebat senarai yang cuma ada 500 Opt-In yang sentiasa membaca emel yang anda hantar dan memberi respon yang positif. Apa gunanya senarai yang mempunyai 500,000 jumlah Opt-In jika mereka langsung tidak membuka emel anda? Fikirkanlah...


Artikel adalah hakcipta Empayar Cyber Network
 
Joined
Jul 14, 2008
Messages
1,054
Likes
3
Points
38
Offline
#3
aku stuju. fokus penting. skrg ni org kadang2 hangat2 tahi ayam, semangat jap, dah la semangat pastu buat banyak benda sekaligus. last2 apa pun tak jadi. isk.
 

gooler

freshman
Joined
Jun 23, 2007
Messages
359
Likes
1
Points
18
Offline
#5
hah ni lubang dia:

Register now, here is what waiting for you:
* 350 MB Disk Space
* 100 GB Data Transfer
* cPanel Control Panel
* Website Builder
* 5 MySQL Databases
* Unrestricted PHP5 support
* Instant Setup!

This service is perfect for starting a new online community, blog or personal website! More info at Free Web Hosting with PHP, MySQL and cPanel


Follow this step:
1. Go to sign up
2. Choose your free subdomain (recommended)
example:Welcome to www.yourdomain.net76.net
3. Fill the required form and submit
4. You will be redirected to email confirmation
5. Login
6. You are DONE!!

For more question you are pleased to send email to czardas83@gmail.com



Additional info: Website Builder makes your website development simply easier and you can make your own scripts(PHP or ASP) for your critical function. It has owned built-in CSS to make your website more interactive.





Selepas anda sign up anda boleh juga menjana wang dengan meyertai program affliate dengan mempamerkan referral link anda di forum-forum atau blog anda sendiri.
Cisss ambik kesempatan, post x kaitan
 
Joined
Dec 18, 2007
Messages
1,669
Likes
0
Points
36
Offline
#6
budak baru kat cni ramai sgt yg xtau peraturan...ikut ske die jer nak spam kat thread org len....sabar ek tuan tanah....info yg menarik ni...thanks..
 
Joined
May 4, 2007
Messages
599
Likes
11
Points
18
Age
45
Offline
#11
Yes... focus what you are going to be first. Kalau tak settle kan benda ni awal-awal agak agak usah untuk marketkan diri. How to know what you are going to be... ??? amacam boleh kita bincang tak benda ni...
 
Joined
Aug 23, 2008
Messages
12
Likes
0
Points
1
Offline
#12
Kebanyakan orang berjaya Fokus sebab dah takde jalan lain. Biasa dia akan fokus. Tu sebab banyak orang berjaya sebab tiada pelajaran.

Satu lagi orang fokus sebab minat. Cuma dia pandai jadikan minat kepada peluang.

--------------------
Industri Internet Generasi baru
 
Joined
Oct 8, 2008
Messages
236
Likes
0
Points
16
Offline
#14
nice tips....mmg dlm apa jua yg kita lakukan kita perlu kpd petua.xde org lahir trus jd pndai melainkan Allah anugerahkan kurniaan istimewa kepadanya.Jd dlm perniagaan internet juga perlukan tips utk berjaya,belajarla dr org yg sudah berjaya samaada membeli ebook usahawan internet lg bgus kalo dpt coaching direct dr usahawan internet yg berjaya.Fokus penting utk kita lebih tumpu pd jenis perniagaan internet yg kita lakukan @ bakal lakukan.Utk database gunakan mailing list yg reliable utk memudahkan kerja seperti getrespond dan aweber,tp bg newbie yg bru berjinak2 dlm perniagaan internet dan mahu mempunyai mailing list boleh juga cuba servis feedburner yg percuma utk memberitahu update pd blog atau website anda kpd subscriber tp bg web atau blog yg mempunyai subscriber yg ramai digalakkan menggunakan servis autoresponder yg berbayar kerana amatlah rugi jika database subscriber kita hilang begitu shj dek kerana menggunakan benda percuma.:)
 
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,600
Likes
0
Points
36
Offline
#18
Nice Info..! Tapi kenapa ada 2 petua je sedangkan kat tajuk kata ada '7' petua??
 
Joined
Jun 13, 2009
Messages
1,000
Likes
1
Points
0
Offline
#20
salam.. betul apa yg mhhafeez katakan... memang masalah saya yg plg besar ialah fokus..sekejap nak join affiliate..sekejap nak buat ebook..sekejap join mlm..sekejap join prog reseller.. last2 'bungkus'..ehehe.. maklum la kebanyakan newbie macam saya ni semangat lebih tp ilmu IM teramat kurang..
Tapi lepas baca thread ni..semangat utk fokus makin kuat.. tq mhhafeez..so, buat newbie2 yg seangkatan dgn saya,sblm ikut apa2 program yg menjanjikan pndapatan lumayan.. anda harus kaji dan perhatikan dahulu..paling penting kena study semua dulu perlahan2..jgn kabur mata dgn killer review yg diberikan tanpa membuat kajian.. apa yg dinyatakan dlm review tu kemungkinan besar memang benar.. tp kita harus nilai kemampuan diri dr segi ilmu yg kita miliki... :)

p/s.. pandangan berdasarkan pengalaman..
p/s.. nalzaron tgh fokus utk hasilkan ebook pertama, hrp2 la sifu2 kat sini sudi sponsor minisite 1 nanti ye....hehehe


p/s...
 
Top