6 tips membina team pengurusan bisnes online yang cekap

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Pernahkah anda melihat ada mana-mana IM yang sibuk menguruskan bisnes online mereka? Sebenarnya jika anda boleh melihat aktiviti bisnes mereka yang sukses sebagai IM, pasti anda merasakan pening. Ini kerana mereka yang sudah mencapai tahao kejayaan besar dalam dunia bisnes online biasanya tidak akan menang tangan dalam melakukan banyak kerja seperti pemasaran, customer support dan sebagainya.

Jika anda sendiri yang mula buat bisnes online, mungkin pada peringkat awalnya anda tidak dapat merasakan bahang kesibukan menguruskan bisnes online. Namun apabila bisnes anda makin di kenali ramai, setiap hari anda menerima minima 10 pembeli, pasti pening kepala anda untuk menguruskan satu per satu. Apatah lagi jika anda membuat jualan hingga ribuan pcs sebulan.

Maka menguruskan bisnes online sendirian bukanlah satu pilihan yang bijak. Konteks ini adalah untuk mereka yang membuat bisnes menjual produk mereka sendiri seperti baju, sabun muka, alatan dapur dan sebagainya. Ini kerana bisnes online yang melibatkan produk sendiri ini menuntut mereka untuk melakukan banyak hal.

Tahukah anda bahawa ada banyak bisnes online yang berpotensi tinggi dan terus maju untuk 5-10 tahun akan datang namun terkubur di tenagh jalan bukan kerana faktor kualiti produk? Ia dalah kerana kelemahan system pengurusan bisnes online itu sendiri yang mempunyai team yang lemah.

Oleh kerana lemahnya sisten pengurusan, ini akan memberi impak yang negative terhadap kepercayaan orang ramai kepada bisnes mereka. Hari ini bisnes online semakin tumbuh bagaikan cendawan, maka persaingan juga semakin hari semakin bertambah. Oleh itu, selain daripada mahu mendapatkan produk yang berkualiti, murah dan mudah di beli, pembeli juga mahukan system pengurusan yang cekap dan bagus daripada penjual. Jika bisnes online anda dapat menawarkan produk yang bagus buat mereka namun hambar dari segi pengurusan, anda berdepan dengan risiko untuk di tinggalkan oleh pelanggan.

Oleh sebab itu mempunyai team pengurusan untuk bisnes online anda adalah satu perkara yang mesti anda wujudkan. Mungkin anda berfikir, saya seorang diri sahaja sudah cukup untuk menguruskan bisnes online saya. Semua kerja tempahan, pemasaran, hantar barang, saya boleh buat sendiri. Mya, memang benar.

Untuk permulaan, semua tugas itu tiada masalah jika anda uruskan semuanya sendiri. Namun jika bisnes anda semakin laris jualannya, percayalah anda tidak akan menang tangan dan tidak sempat untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Maka timbullah isu di sini yang pernah berlaku, bilamana penjual mudah untuk memarah pelanggan kerana banyak bertanya, alasannya kerana dia tidak cukup tangan untuk melayan pelanggan, walhal itu bukanlah salah pelanggan. Pelanggan berhak untuk bertanya banyak soalan. Tugas penjual adalah menyediak produk dan servis yang terbaik, itu sahaja.

Melalui artikel ini, kita akan sama-sama membincangkan tentang tips bagaimana untuk membangunkan team pengurusan yang cekap untuk bisnes online anda. Semoga dengan adanya team pengurusan yang cekap itu nanti, bisnes anda akan dapat di uruskan dengan sangat professional, insyaAllah.

Tips 1 : Adanya ketua


Tidak kiralah berapa orang pun yang menjadi ahli team perngurusan bisnes online itu, pastikan ada seseorang yang menjadi ketua di mana si ketua ini akan menetapkan hala tuju bisnes, apakah aktiviti pemasaran, siapa yang menjadi sasaran target pelanggan, berapa lamakah kerja pemasaran perlu di lakukan dan apakah cabang dan jalan untuk penjenamaan produk yang di jual.

Anda mungkin menjadi pemilik sesuatu produk dan membangunkan team khusus untuk jualan produk itu. Pastikan team tersebut ada kepalanya atau senang cerita kita panggil mereka sebagai pengurus projek. Dia yang menjadi kepada projek ini akan ambil tahu setiap bahagian dalam pengurusan bisnes.

Anda mungkin akan menyerahkan tugas pengurus projek kepada mana-mana individu jika anda mempunyai projek bisnes online yang pelbagai. Ini adalah normal bagi mereka yang mempunyai bajet tinggi dalam membangunkan bisnes online.

Namun jika bisnes anda satu-satunya mempunyai projek tunggal contoh menjual sabun muka jenama XX, maka andalah yang mengetuai projek jualan tersebut. Sebagai ketua, lakukan kerja dengan cara yang professional. Buatlah analisis setiap bulan selepas semua aktiviti pemasaran dan jualan di lakukan. Ambil feedback dari pelanggan untuk melihat respond mereka. Apa yang boleh di baiki untuk bulan seterusnya harus di perbaiki. Ini adalah antara tugas seorang ketua dan pada masa yang sama usahakan untuk menaikkan lagi motivasi pekerja anda.

Sebagai contoh, tetapkan matlamta, jika team pengurusan kita dapat menghasilkan jualan sehingga RM 30,000 selamat 5 bulan berturut-turut mereka akan di taja untuk bercuti ke Pulau Langkawi selama 5 hari 4 malam, sebagai contoh.

Setiap pemberian seperti ini dapat menaikkan lagi semangat semua orang untuk bekerja keras.

Tips 2 : Adanya unit pemasaran


Kerja pemasaran adalah langkah paling mustahak untuk anda yang mahu mencapai jualan bisnes online. Sebagus mana sekalipun produk yang anda ada, ia tidak akan sesekali mendapat untung jika tidak ramai orang tahu akan kewujudannya. Oleh itu anda perlulah melakukan operasi pemasaran secara besar-besaran.

Ada kalanya kerja pemasaran ini agak meletihkan apabila banyak cabang yang anda mahu focus. Pemasaran melalui forum, pemasaran melalui youtube dan lain-lain, semuanya boleh memberi impak yang baik jika di lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Sebab itu, jika anda boleh menyediakan sekumpulan pekerja yang focus kepada pemasaran, mereka akan memberikan focus 100% hanya untuk kerja menarik trafik ke website jualan atau fanpage anda. Maka tidak ada lagi tugas lain yang mereka lakukan selain daripada memberi usaha untuk menarik pembeli. Carilah mereka yang sudah berpengalaman dalam melakukan pemasaran online apalagi mereka yang mahir menggunakan facebook ads.

Tips 3 : Adanya unit jualan


Kerja pemasaran dan jualan adalah dua perkara yang berbeza. Sebagai contoh, si A di bawa oleh staf pemasaran untuk masuk ke website XX. Setelah si A di bawa masuk ke website tersebut, akan menjadi tugas website itu untuk menjual produk kepada si A.

Makanya di sini, jika kita Berjaya melakukan kerja pemasaran dengan berkesan sehingga dapat menarik ribuan trafik masuk ke website jualan kita setiap hari, belum tentu kita dapat menjual dengan baik. Pendek kata kadar peratusan prospek bertukar kepada pelanggan tidak tinggi.

Staf yang di pilih untuk melakukan jualan biasanya mahir dalam soal menulis surat jualan di laman web. Jika jualan di lakukan melalui fanpage, mereka pandai mengayat pelanggan untuk membeli sama ada cepat atau pun lambat. Jika kerja pemasaran penting untuk menarik trafik, kerja jualan pula penting untuk memastikan pengunjung mahu membeli dari anda.

Jika pelanggan mahu bertanya pelbagai soalan, maka mereka yang berada dalam unit jualanlah yang perlu mahir menjawab soalan. Jika pelanggan diam membisu tanpa apa-apa respond selepas bertanya, maka tugas unit jualan jugalah perlu melakukan follow up. Seperti sebuah team yang bekerjasama, unit pemasaran akan memastikan ramai orang masuk ke laman web jualan, unit jualan pula akan memastikan banyak jualan akan berlaku. Unit jualan juga akan menguruskan system kewangan untuk melihat bilakah pelanggan membuat bayaran dan melakukan pengesahan bayaran sebelum produk di hantar.

Tips 4 : Adanya unit customer support


Support untuk pelanggan adalah hal yang wajib setelah anda melakukan jualan. Jika anda mempunyai 1,000 orang pelanggan di serata dunia, laratkah anda untuk membalas setiap emel dari pelanggan satu per satu?

Ini adalah perkara biasanya bila mana pelanggan mahukan bantuan selepas mereka membuat pembelian. Bahagian team support ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada bisnes anda untuk jangka masa panjang.

Sukanya pelanggan kepada bisnes anda bukan sahaja terletak kepada produk yang anda jual malah terletak juga kepada system support pelanggan yang anda sediakan buat mereka.

Pastikan anda menyediakan unit khusus untuk memberi khidmat support kepada para pelanggan.

Tips 5 : Adanya unit teknikal


Website anda mungkin sahaja bakal berdepan dengan masalah bila mana ia berlaku. Jika anda tidak mahir dalam menghadapi situasi tertentu, anda perlukan individu khusus untuk memantau keselamatan dan keadaan website jualan anda.

Ada waktunya system shopping cart tidak berfungsi, link affiliate tidak dapat detect klik dengan sempurna, dan 1001 perkara lagi. Oleh itu, dengan adanya individu khusus yang menjaga hal teknikal website dan seluruh aktiviti bisnes online anda, apa jua masalah yang timbul akan dapat di selesaikan secepat yang mungkin.

Tips 6 : Virtual Assistant atau VA


Panggilan VA sangat popular bagi mereka yang gemar membangunkan team pengurusan bisnes internet melalui alam maya. Biasanya anda akan melihat team pengurusan ini di wujudkan dengan adanya pejabat dan staf akan bekerja sama dalam satu kumpula secara face to face. Namun bagi mereka yang mewujudkan team dalam alam maya, staf yang mereka ambil sebagai pekerja di panggil sebagai Virtual Assistant.

Bilakah anda boleh menggunakan VA untuk bisnes online anda? Anda mungkin bukanlah mempunyai kenalan yang ramai dan team pengurusan anda tidak cukup tangan untuk melakukan banyak tugasan. Oleh itu anda memerlukan VA yang lain yang mungkin anda boleh cari melalui laman forum, facebook atau melalui blog.

VA anda boleh melakukan semua kerja melalui internet tanoa berjumpa dengan ada. Setelah semua kerja di siapkan, maka mereka akan menerima gaji yang sudah di tetapkan. Apakah tugasan yang boleh anda berikan kepada VA/

VA biasanya melakukan kerja maya seperti mengumpul database pelanggan, menjadi salah seorang ahli dalam unit customer support, menjadi pembantu untuk menghasilkan jualan dan pemasaran atau programmer yang dapat membantu website anda apabila ada masalah.

VA juga boleh menjadi antara back up staf bila mana ada di kalangan staf di unit tertentu tidak melakukan tugasan. Maka dengan adanya VA ini, setiap tugasan tidak aka nada yang lambat dan masalah.

Sebagai contoh, jika semasa bisnes di jalan, aka nada 3 orang yang menajag bahagian jualan. Namun di takdirkan ada 2 orang yang tidak melakukan tugas atas sebab hal kecemasan dan lagi seorang sakit dan tidak dapat bekerja, maka anda boleh mendapatkan VA untuk menggantikan tempat kedua-dua staf itu untuk sementara waktu.

Jika VA anda melakukan tugasan yang anda berikan dengan baik, mereka mungkin boleh di tawarkan untuk menjadi ahli team anda untuk projek yang lain pula.

Penutup :


Bukan mudah untuk membian sebuah bisnes internet yang mampu menjalankan operasi dengan jayanya, setiap unit itu mampu menjalankan kerja dan tugas masing-masing apabila anda pandai memilih mereka yang mahir untuk mengisi setiap tugas yang ada. Semoga anda semkain sukses penulis doakan! InsyAllah J
 
Joined
Apr 30, 2016
Messages
1
Likes
1
Points
1
Age
54
Offline
#2
Ramai peniaga online saya percaya terlepas pandang akan pengurusan perakaunan
yang teratur.Oleh itu saya akan melancarkan satu e book yang mengandungi panduan
lengkap bagaimana untuk mentadbir sistem perakaunan dengan cekap ,
penggunaan sistem perakaunan berkomputer beserta software dan application
yang akan di beri secara percuma.
Rekod perakaunan yang teratur akan membantu peniaga menilai perjalanan semasa
perniagaannya dan membantu membuat keputusan yang bijak dalam pelbagai hal seperti mengawal kos operasi , merancang belanjawan, menetapkan harga jualan dan sebagainya
Nantikan e book saya...semoga memberi manafaat yang luas
 

nikon

freshman
Joined
Jun 9, 2016
Messages
2
Likes
0
Points
1
Age
49
Offline
#3
mohon penjelasan..... FLB pro tu sesuai ke jika kita nak join?
 
Joined
Oct 8, 2016
Messages
2
Likes
0
Points
1
Age
35
Offline
#6
Tahniah dan jutaan terima kasih di atas perkongsian ilmu secara percuma ini. amat berguna sekali.
 
Joined
Oct 8, 2016
Messages
2
Likes
0
Points
1
Age
35
Offline
#7
Tahniah dan jutaan terima kasih di atas perkongsian ilmu secara percuma ini. amat berguna sekali.
 
Top