5 risiko, situasi dan error yang selalu berlaku kepada website jualan

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Menjalani perniagaan internet tidaklah seindah yang di sangka. Mungkin anda pernah melihat bukti income yang sering di kongiskan oleh mereka yang sudah mampu menjana income sehingga 4-5 angka. Tidakkah mereka banyak bercerita tentang kesusahan dan masalah yang mereka hadapi sepanjang menjalani perniagan internet? Tidak mereka bercerita kepada anda banyak komplen yang mereka terima daripada pelanggan apabila satu-satu hal yang tidak di ingini berlaku.

Bagaimana pula dengan cerita ribuan wang dan kos tergadai sebegitu sahaja dek kerana apa yang di laburkan tidak memberika pulangan hasil. Cerita di tipu oleh partner sendiri juga ada yang di simpan rapi oleh mereka yang sudah sukses dalam arena bisnes internet. Ya, itulah hakikat dan perkara yang sering di lalui oleh mereka yang bergelar usahawan internet.

Artikel ini di tulis bukan untuk menakutkan anda tentang hakikat risiko yang wujud dalam dunia bisnes apalagi mahu mematahkan semangat anda yang mahu berjinak jinak dalam belajar tentang selok-belok untuk berniaga secara online.

Ambil melalui jalan yang positif bahawa kita akan membincangkan beberapa risiko yang mungkin anda perlu hadapi sepanjang menjalankan bisnes internet ini. Oleh kerana kita sudah boleh menyenaraikan masalah-masalah yang mungkin akan berlaku, maka sudah tentu kita boleh sediakan solusi atau persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Inilah dia antara cara bijak pandai melakukan kerja iaitu tahu tentang risiko yang wujud namun sudah membuat persediaan untuk menghadapinya.

Mari kita lihat antara beberapa risiko dan masalah yang sering di hadapi oleh ramai usahawan internet dan bagaimana anda untuk mengatur staretgi untuk berdepan dengan setiap situasi ini. Sebelum itu lupa untuk maklumkan kepada anda bahawa dalam artikel ini, kita akan himpunkan situasi yang banyak berkaitan dengan website jualan. Akan datang kita akan bincangkan situasi yang berbeza iaitu luar dari website jualan pula untuk anda. Kali ini, jom kita bincang masalah dan risiko berkaitan dengan website terlebih dahulu.

Antaranya :

Situasi 1 : Website error- Bandwidth


Baiklah, bila sebut sahaja tentang error yang berlaku di laman web jualan anda, aka nada 1001 masalah yang mungkin akan berlaku di peringkat awal atau pertengahan jualan. Anda tidak boleh menjangkakan walaupun website yang di sediakan sudah cukup sempurna untuk menerima prospek, namun ada sahaja hal yang tidak di ingin berlaku.

Antara masalah yang mungkin akan berlaku kepada website jualan anda ialah factor bandwidth. Apa itu bandwidth? Ia dalah satu system yang mana berfungsi untuk mengukur aktiviti keluar masuk pelawat ke laman web setiap hari. Jika anda melihat ada sesetengah website yang sering anda lawati mempunyai error yang berkaitan dengan bandwidth, anda secara automatic akan faham bahwa kapasiti bandwidth website itu sudah melebihi quota. Quota bandwidth itu akan kembali 0 untuk awal bulan keseterusnya.

Adakah masalah ini boleh berlaku kepada website jualan anda? Ya, ada kemungkinan boleh berlaku apabila anda selalu membuat kerja pemasaran dan prospek serta pelawat pun akan datang masuk ke laman web jualan anda tanpa henti setiap hari. Jadi, bagaimana untuk anda mengatasi masalah ini? Pertama, anda perlu selalu perhatikan quota bandwidth yang di sudah di gunakan oleh website anda. Caranya anda perlu log in ke laman bahagian admin web hosting anda. Biasanya laman ini akan di berikan maklumatnya kepada anda dari pihak penyedia web hosting itu.

Anda perlulah selalu log in ke laman admin ini dan melihat jumlah quota bandwidth website anda. Jika anda dapati jumlah quota yang ada sudah hampir habis tetapi waktu itu website anda masih belum melalui suku pertama dalam tempoh sebulan, mungkin anda boleh meminta admin web hosting untuk menambah quota bandwidth bagi website anda.

Ada sesetengah pemilik website tidak kisah sekiranya website mereka punya masalah bacndwidth. Ini kerana masalah ini akan hilang secara automatic untuk bulan keseterusnya. Namun begitu, di mata pelawat, mereka akan merasa sangat kecewa kerana tidak dapat untuk mengakses website anda. Adakah masalah bandwidth ini adalah satu perkara yang negative? Tidak sema sekali.

Ia memberi petunjuk bahawa website anda mempunyai pencapaian yang semakin positif apabila jumlah trafik semakin bertambah sehinggakan quota bandwidth anda sudah pun kehabisan. Oleh itu, bagi berdepan dengan masalah ini, anda perlulah selalu memerhatikan quota bandwidth anda setiap masa. Ok?

Situasi 2 : Design error


Pernahkah anda masuk ke website jualan orang lain atau blog orang lain dan melihat paparan blog tersebut sepertinya sedikit cacat. Ada waktunya maaslah tersebut tidak berlaku di muka hadapan dan hanya berlaku bila kita klik pada mana-mana pautan.

Hal ini biasanya terjadi kerana berkaitan dengan error design website itu sendiri. Sebagai contoh, mungkin sahaja header website kelihatan agak senget berbanding biasa. Bagi sesetengah pemilik website mereka merasakan masalah ini terlalu remeh untuk di perbetulkan namun begitu ia memberi impak yang negative kepada tanggapan pelawat nanti.

Website yang mempunyai masalah berkaitan dengan design menunjukkan pemiliknya tidak kisah tentang penampilan web jualan mereka dan bagi pembeli, ia kelihatan sangat tidak professional. Mahukah anda jika bakal pembeli anda melihat kelemahan ini?

Jadi, jika anda tidak mahu perkara ini berlaku, apa yang perlu anda lakukan? Pertama, untuk set up design websiteb anda, gunakan khidmat professional untuk mereka lakukan ia buat anda. Kebanyakan antara kita suka untuk menggunakan tema website atau design yang datangnya dari google. Memang benar gogole ada menyenaraikan senarai sumber tema website yang cantik dan professional buat website anda. Namu n begitu ada waktunya design yang cantik itu sangat rumit untuk di edit membuatkan ada sesetengah bahagian kelihatan sedikit error apabila anda install ke website jualan anda.

Bagi mereka yang biasa menggunakan tema design yang percuma yang di ambil dari google akan faham tentang situasi ini. Makanya, jika anda mahu memastikan website jualan anda tidak mengalami sebarang error, anda perlu menggunakan khidmat professional untuk mereka set up design baru untuk website anda. Setelah semuanya sempurna barulah anda lakukan kerja pemasaran. Akan datang jika ada sebarang error yang mungkin berlaku, mereka yang dari kumpulan professional ini akan terus membantu anda secepat yang mungkin tanpa anda pening kepala untuk fix mana yang perlu. Mudah bukan?

Situasi 3 : Borang error


Ini juga antara situasi yang di mana anda sendiri tidak menjangkakan ia akan berlaku wal hal anda sudah pun melakukan testing berkali-kali sebelum mengajak orang ramai masuk ke website jualan anda. Antara borang yang mungkin biasanya ada masalah ketika pelawat masuk ke website anda ialah borang sign up untuk newsletter, borang untuk pengisian butiran bayaran atau pun borang sign up untuk sebarang keahlian website.

Jadi, untuk tidak menerima komplen dari website anda, sediakan emel untuk mereka menghubungi anda secara serta merta untuk memaklumkan tentang sebarang kemungkinan yang berlaku. Ada waktunya apabila jumlah pelawat yang masuk ke website jualan sekadar 100-200 orang, masalah itu tidak timbul. Namun apabila beribu-ribu pelawat mahu mengisi borang tersebut dalam satu masa, masalah mungkin akan berlaku.

Oleh itu, semasa anda mahu menggunakan sebarang borang untuk di letakkan di dalam website anda, gunakan khidmat programmer yang professional. Sekali lagi untuk di ingatkan kepada anda, dengan adanya khidmat professional ini anda dapat menghubungi mereka bila-bila masa sahaja jika ada apa-apa masalah yang berlaku.

Situasi 4 : Affiliate error


Biasanya ramai IM yang mahu menjual ebook atau software dan sebagainya gemar untuk menawarkan orang ramai untuk menjadi ejen affiliate mereka. Untuk membuatkan website jualan anda mampu untuk mengambil track data keluar masuk dari link affiliate para ejen, anda haruslah menggunakan borang khusus beserta dengan coding khusus untuk program affiliate.

Di luar sana sudah banyak terjual coding untuk anda set upkan borang affiliate dan untuk anda setkan homepage anda untuk pengaktifan link affiliate.

Ini bermaksud apabila ada orang klik link affiliate ejen anda, data akan masuk ke laman admin yang mana ejen boleh melihat statistic pelawat yang mereka bawa masuk ke website jualan anda melalui link affiliate masing-masing.

Tetapi, bagaimana jadinya jika borang atau coding tersebut ada masalah? Di sini akan berlaku huru hara apabila pelawat yang di bawa masuk oleh link affiliate masing-masing tidak dapat di rekod dengan baik. Oleh itu, jika anda sememangnya sudah mahir tentang coding, pastikan anda terus fixkan masalah ini secepat yang mungkin.

Jika anda tidak pasti, gunakan khidmat programmer yang mahir. Hal ini pernah berlaku kepada penulis apabila penulis cub untuk edit homepage tanpa save file html yang utama bersama dengan setting yang lain. Kesannya, link affiliate para ejen tidak berfungsi langsung.

Jadi, sebagai persediaan, jika anda tidak mahir dengan coding, serahkan kepada yang pakar agar masalah yang mungkin akan terjadi dapat di selesaikan secepat yang mungkin.

Situasi 5 : Data error


Hal ini juga menjadi antara situasi yang sangat tidak di ingini oleh ramai IM. Dalam banyak-banyak risiko yang berlaku, ini adalah situasi yang sangat di khuatiri oleh ramai pemilik website di luar sana. Maka anda sendiri juga perlulah membuat persiapan yang sepatutnya untuk menangani hal ini.

Antara data error yang mungkin akan berlaku pada website anda iala apabila maklumat yang sepatutnya muncul di laman web anda tidak muncul dek kerana beberapa factor ralat yang mungkin berlaku.

Sebagai contoh, sepatutnya apabila pelawat membuat carian di blog anda, hasil carian seharusnya dapat di keluarkan. Namun begitu data menyatakan ia tidak dapat di cari dan ini sangat mengecewakan para pelawat.

Selain daripada itu, data error juga mungkin akan berlaku apabila pautan yang anda linkkan dari satu bahagian ke bahagian yang lain sudah di remove tanpa anda sedar.

Sebagai contoh, jika anda linkkan apa-apa perkataan di website anda ke laman untuk muat turun pemberian percuma, pelawat mendapati sumber yang perlu di muat turun sudah tidak wujud.

Maka di sinilah berlakunya data error. Data error ini juga ada waktunya berlaku ketika pelawat mahu sign up apa-apa borang di laman web anda. Ini terjadi apabila system pengkalan data website anda gagal untuk berhubung dengan website anda membuatkan kemasukan data yang di isi oleh pelawat anda tidak dapat di hantar ke database.

Sekali lagi, anda perlu melihat masalah dalam yang menjadi punca kepada berlakunya error ini. Biasanya ia melibakan coding dalam website anda dan untuk memulihkan keadaan tersebut, programmer dapat membantu anda .

Penutup :


Itu adalah antara situasi dan risiko yang perlu anda hadapi ketika anda membuat jualan di website anda. Ada banyak lagi masalah dan risiko yang perlu anda hadapi termasuklah cara untuk melayani pelanggan. Usah risau dengan semua risiko yang bakal anda hadapi. Jadikan ia sebagai satu cabaran dan pelankan cara untuk mengatasinya. insyaAllah dalam artikel keluaran yang akan datang, kita akan bincangkan risiko dan permasalahan perniagaan internet dalam skop yang lain pula.
 
Top