5 Rahsia Kegagalan Affiliate Dibongkarkan

ashraf

Newbie
Joined
Sep 8, 2011
Messages
99
Points
0
Seperti yang kita maklum ramai orang baru yang mula-mula menceburi diri dalam pemasaran affiliate ini sering mengalami kegagalan menjana komisyen.

Sering saja dilihat orang baru ini mengadu akan kegagalan mereka kepada mereka-mereka yang berjaya dalam pemasaran affiliate ini.

Mereka sudah melakukan bermacam-macam teknik promosi hasil dari panduan yang dibeli mahu pun yang boleh didapati percuma di internet.

Tapi mereka masih gagal!
Akibatnya panduan yang dibeli mereka disalahkan!
Mengapa hal ini terjadi sebenarnya?

Sebenarnya kegagalan mereka disebabkan oleh beberapa sebab utama. Walaupun sebab kegagalan ini nampak remeh tapi ramai yang mengabaikannya.

Inilah punca mereka sering gagal menjana komisyen dalam affiliate.
Apakah sebab-sebab utama tersebut?

1. Mereka mengharapkan pulangan segera
Ramai yang melakukan pemasaran affiliate ini mengharapkan komisyen dengan segera dari hasil promosi mereka. Mereka tidak merancang sebelum memulakan promosi affiliate.
Tanpa berfikir panjang, mereka terus saja mempromosikan produk affiliate yang disertai. Hasilnya, promosi mereka kelihatan seperti SPAM tanpa mereka sedarinya.
Anda boleh lihat hasil-hasil promosi mereka melalui emel. Sering saja mereka mereka hantar promosi affiliate melalui “forward email” , “bundle email” dan juga di SPAM box.
Mereka tak sabar nak dapat pulangan segera dengan usaha promosi mereka. Disangkakan mereka boleh jana komisen dengan mudah hasil usaha seperti itu.

2. Mereka memilih program affiliate yang salah
Mereka gagal jana komisen disebabkan memilih program affiliate yang salah.
Kebanyakan mereka dilihat sering sertai program affiliate yang menjanjikan pulangan segera dengan mudah, tiada info berkenaan penganjur program affiliate, harga produk yang tidak sesuai, penganjur affiliate yang kurang dikenali dan banyak lagi kecacatan pada program affiliate yang disertai.
Anda perlu ingat, usah tertipu dengan program-program affiliate yang anda sertai yang mana ianya boleh mendatangkan risiko komisen anda tidak dibayar, lewat dibayar, produk tidak diberi kepada pembeli dan lain-lain.Sebenarnya, anda boleh dengan mudah untuk mengenali program-program affiliate yang dipercayai.
Antaranya, melalui program affiliate yang diperkenalkan oleh Usahawan Internet yang ada nama dan juga dipercayai.
Sebagai contoh, jika Zamri Nanyan (IM terkenal) promosikan sesuatu produk yang miliki program affiliate, anda boleh sertainya.

Sudah pasti, komisen dibayar kepada agen-agen affiliate sekiranya mereka berjaya membuat jualan. Atau anda boleh sertai mana-mana program affiliate yang ramai disertai oleh ahli forumWangcyber.com, carigold.com dan lain-lain.
Biasanya, di forum wangcyber.com lah terdapat banyak program-program affiliate yang dianjurkan.

3. Mereka tidak kaji potensi program affiliate yang disertai
Inilah kegagalan utama dalam pemasaran affiliate. Mereka tidak tahu apa yang mereka promosikan.
Apabila ditanya oleh prospek, mereka tidak dapat menerangkannya dengan lebih lanjut. Terutamanya jika promosi dilakukan melalui forum atau blog.Untuk menjayakan promosi affiliate sesuatu produk, sebaiknya mereka ketahui atau mencuba produk tersebut terlebih dahulu.
Sebagai contoh, jika anda promosikan sesuatu ebook, anda perlu tahu apa isi kandungan ebook tersebut dahulu. Anda perlu tahu bagaimanakah produk yang anda ingin promosikan dapat membantu prospek menyelesaikan masalah mereka.
Ingat, prospek akan membeli sekiranya produk yang anda promosikan benar-benar dapat menyelesaikan masalah mereka. Dan sudah tentu mereka akan berterima kasih kepada anda kerana memperkenalkan produk tersebut kepada mereka.
Selain itu, mereka juga tidak mengkaji atau membaca surat jualan bagi produk affiliate yang dipromosikan.
Sebagai agen affiliate, kerja anda menarik trafik kepada laman web yang dipromosikan. Sekiranya anda berjaya menarik banyak trafik.

sekalipun, tapi surat jualan web jualan tidak memikat, anda melakukan kerja yang sia-sia.
Oleh itu, sebelum mulakan usaha promosi, pastikan surat jualan web jualan adalah berpengaruh untuk menarik perhatian dan mampu membuatkan pembaca ingin membeli.

4. Mereka tidak FOKUS pada teknik promosi yang digunakan
Mungkin mereka ada 1001 satu cara promosi. Akan tetapi bukan semuanya berkesan. Dengan melakukan pelbagai teknik promosi,mereka tidak dapat fokus akan teknik-teknik atau strategi yang benar-benar berkesan.
Bukan tak boleh lakukan banyak cara promosi, tapi sebaiknya anda fokus dengan satu-satu teknik terlebih dahulu.
Sebagai contoh, sekiranya anda mahu mempromosikan sesuatu produk affiliate melalui emel, anda perlu tahu strategi terbaik untuk lakukannya.

Anda perlu tahu bagaimana menulis tajuk emel yang mempengaruhi penerima emel untuk membukanya, struktur ayatnya, tawarannya dan ayat tindakannya.

Anda perlu gunakan segala peluang yang ada pada sistem emel yang anda gunakan dalam promosi.
Contohnya, dalam promosi melalui emel, anda boleh gunakan fungsi seperti vacation responder, signature email, chat status, buzz dan lain-lain untuk melengkapkan usaha promosi anda.
Sesudah selesai melakukan promosi melalui satu-satu teknik, tidak mengapa untuk anda beralih kepada cara promosi yang lain pula.Dan pastikan anda fokus untuk hasilkan yang terbaik bagi setiap promosi tersebut.
Yang penting, ambil masa untuk merancang dalam satu-satu teknik promosi yang anda gunakan supaya hasil yang terbaik dapat dikecapi.

5. Mereka tidak melakukan usaha yang tidak berterusan
Ramai agen affiliate tidak melakukan usaha promosi berterusan selepas melakukan satu-satu promosi. Lebih-lebih lagi jika usaha promosi yang dilakukan sebelum ini gagal menghasilkan jualan.
Apabila gagal mereka lemah semangat dan tidak meneruskan promosi. Untuk berjaya dalam menjana komisyen dengan affiliate,

anda perlu lakukan promosi, promosi dan promosi.

Tanpa promosi berterusan mustahil untuk anda berjaya. Sebagai agen affiliate, promosi adalah tugasan utama yang perlu anda lakukan dan perlu dilakukan secara berterusan.Sebab kegagalan utama orang baru adalah gagal untuk melakukan usaha promosi yang berterusan.

Biasanya, mereka mudah putus asa bila gagal. Tahukah anda, bagaimana affiliater-affiliater hebat mencapai kejayaan?
Mereka melakukan usaha promosi yang berterusan. Gagal, mereka cuba lagi, cuba dan cuba lagi. Akan tetapi usah diulangi kegagalan yang serupa.

Mereka akan memperbaiki segala kelemahan dalam usaha promosi yang dilakukan sebelum ini. Jika lakukan kesilapan yang serupa,
memang tiada hasil.

Itulah hasilnya bagaimana mereka menjadi affiliater-affiliater yang terhebat. Contohi usaha mereka. Usah mencari alasan kerana kegagalan tapi cuba cari kesilapan kerana kegagalan.

Itu sajalah yang dapat saya kongsikan berkenaan ilmu pemasaran affiliate yang saya ketahui untuk pembaca.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk lebih berjaya dalam menjana komisyen dengan affiliate. Tiada yang mustahil dalam menjana wang di internet, syaratnya anda memiliki ilmu untuk melakukannya.
Salam kejayaan
 

ceritamamat

freshman
Joined
Oct 31, 2011
Messages
245
Points
0
wuaaaa terima kasih sangat2 bro :)
 
Top