5 kegagalan yang selalu dilalui ramai im serta tips untuk mengatasinya-bahagian 2

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Melihat kepada berlakunya banyak kenaikan harga barang, kos sara diri juga makin bertambah, apalagi selepas pelbagai isu yang timbul termasuk ramai kakitangan swasta dari syarikat gah telah di berhentikan kerja, ini telah membuatkan ramai antara mereka membuat keputusan untuk mencari sumber kewangan melalui perniagaan.

Jika mereka membuat keputusan untuk menjual produk atau servis secara offline, kos permulaan mungkin menjadi agak tinggi. Sebagai contoh, Encik Ahmad mahu membuka perniagaan menjual tshirt sukan yang di ambil dari seorang pembekal. Bagaimanakah beliau boleh menjual tshirt sukan itu kepada orang ramai? Jawpannya, cara yang sering ramai orang buat ialah menjualnya di pasar malam, menyewa kedai kecil yang ada di mana-mana premis jualan, atau pun menjual di depan rumah sendiri.

Soalannya, jika Encik Ahmad membuat keputusan untuk menjual secara offline, berapa banyakkah kos permulaan yang harus di laburkan beliau? Kos untuk sewa kedai, kos untuk menyimpan stok, kos pembungkusan dan sebagainya… Mungkin melebihi RM 1,000. Bagaimana pula jika lokasi kedai itu tidak dapat menarik lebih banyak pelanggan? Banyak manakah jualan yang boleh di lakukan Encik Ahmad dalam masa sebulan?

Ini adalah antara scenario yang sering berlaku kepada banyak usahawan yang baru masuk ke dunia perniagaan. Di sebabkan kos perniagaan yang di lakukan secara offline memerlukan kos yang lebih tinggi dan keberkesanannya juga tidak begitu dapat di lihat, maka ramai yang mahu melakukan perniagaan melalui atas talian iaitu menjadi usahawan internet.

Namun begitu, tidak semua perkara yang indah-indah berlaku dalam dunia keusahawanan internet ini. Walaupun ada waktunya kos permulaan untuk terlibat dalam satu bisnes internet itu tidak memerlukan sehingga ratusan ringgit, namun tidak semua usaha yang di lakukan membuahkan hasil.

Dalam artikel topic senarai kegagalan yang pernah di lalui oleh ramai IM, kita sudah membincangkan tentang kegagalan ramai IM dalam memenuhi permintaan pelanggan dan juga beberapa cara untuk mengatasinya.

Melalui artikel ini pula, ia maerupakan bahagian kedua dalam membincangkan tentang risiko yang bakal anda lalui sepanjang menjalankan perniagaan menerusi internet ini. Ada yang kata, bukankah berniaga melalui internet ini mudah, dan ramai orang boleh jadi kayar-raya dengan hanya mengdap laptop setiap hari?

Ya, ia akan mudah jika anda sudah tahu caranya dan cara untuk anda tahu tidak lain tidak bukan adalah dengan belajar dari mereka yang sudah pakar dan berpengalaman. Pada masa yang sama mereka yang memberi tunjuk ajar kepada anda juga akan berkongsi dengan anda apa yang patut anda lakukan dan tidak patut anda lakukan supaya setiap masa, tenaga dan wang yang anda laburkan itu akan memberikan hasil yang positif dan mengurangkan berlakunya kegegalan. Memang tidak di nafikan, setiap perancangan yang anda lakukan untuk bisnes online tidak 100% berjalan dengan lancar, mungkin ada sahaja berlaku masalah sana sini yang perlu anda tampung.

Itu adalah lumrah. Namun dengan adanya persediaan, insyaAllah urusan bisnes anda akan berjalan dengan lebih berkesan dan sistematik. Baiklah, ayuh kita sambung topic perbualan kita, 5 kegagalan yang sering di lalui oleh ramai IM di luar sana, beserta dengan tips untuk mengatasinya :

3 ) Gagal menyimpan maklumat dan database :


Sepanjang anda melakukan bisnes internet, penyimpan data dan maklumat bisnes anda dan juga database pelanggan adalah antara hal yang sangat mustahak dan kriktikal. Apa maklumat yang perlu anda simpan dari bisnes online anda?

Anda cuba dahulu set up satu bisnes online dan lihat berapa banyak maklumat penting yang perlu anda simpan di computer anda.

Sebagai contoh, saya memberikan pelan bisnes yang mudah iaitu bisnes dropship, di mana anda boleh bermula untuk menjual produk malam ini juga tanpa perlu risau dan susah payah untuk memikirkan tentang kerja pembungkusan dan penghantaran.

Sepanjang anda melakukan kerja pemasaran untuk bisnes dropship itu, adakah anda menyimpan banyak data tentang bisnes dropship anda? Sudah tentu!

Katakanlah, anda menjual dan melakukan pemasaran menggunakan platform ebay dan juga facebook fanpage. Untuk akses ke laman akaun ebay anda, anda perlulah menyimpan maklumat untuk log in akaun ebay, maklumat untuk log in akaun paypal, maklumat untuk berhubung dengan supplier anda, maklumat untuk akses fanpage anda, maklumat untuk planning schedule facebook ads anda, dan juga maklumat emel pelanggan anda yang mungkin anda Berjaya kumpul melalui system mailing list yang anda guna di fanpage.

Semua maklumat kecil ini perlulah di simpan rapi agar anda tidak kelam kabut dalam menguruskan bisnes online anda. Sepanjang anda melakukan jual beli pula, adakah anda Berjaya mengumpul database pelanggan? Apa bezanya databse dengan maklumat? Maklumat adalah informasi yang berkaitan dengan perniagaan, seperti emel, password, laman web supplier dan sebagainya.

Database pula ialah himpunan data yang di kaitkan dengan pelanggan anda. Databse juga boleh di kaitkan juga dengan maklumat persenderian perniagaan seperti database supplier yang banyak dan senarai database staf anda.namun bila kita bercakap tentang database untuk bisnes online, biasanya ramai orang akan faham ia adalah merujuk kepada database pelanggan yang membeli dari kita melalui internet. Senarai database yang paling popular yang ramai orang tahu ialah nama dan alamat emel pelanggan yang anda dapat sama ada melalui squeeze page atau pun melalui jualan produk. Squeeze page di gunakan untuk anda menawarkan free report kepada prospek yang mana mereka akan mengisi borang untuk sign up sebagai subscribers news letter anda, manakala melalui jualan produk, mereka boleh menjadi subscrobers anda dengan menjadi ahli berdaftar yang akan mendapat customer support.

Ia adalah du acara berbeza untuk anda mendapatkan database pelanggan namun tujuannya sama iaitu anda dapat follow up mereka melalui emel, faham bukan? Ini adalah antara cara yang paling bagus untuk anda membangunkan bisnes online dengan cara yang lebih konsisten untuk jangka masa yang panjang namun tidak semua IM Berjaya melakukannya.

Oleh itu, apa yang perlu anda buat daripada melakukan kesilapan ini? Pertama, sewaktu awal anda mahu membina bisnes anda, bangunkan terlebih dahulu database pelanggan. Gunakan banyak ruang seperti fanpage, facebook wall di akaun peribadi anda dan juga blog untuk menarik mereka mendapatakn free report anda.

Kemudian melalui database tersebut anda boleh melakukan banyak kerja pemasaran dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Untuk penyimpanan maklumat pula, pastikan anda mempunyai folder khusus untuk setiap kerja yang anda lakukan. Jika anda melakukan bisnes dropship, buat folder khusus untuk dropship dan simpan semua maklumat untuk log in akaun dan maklumat emel pembekal dalam file notepad.

4 ) Gagal di tangan scammer :


Pernahkah anda dengan bahawa ramai pembeli di tipu oleh penjual? Ya hal ini sangat banyak berlaku dan tidak hairan sangat ramai pembeli membuat laporan polis yang melibat jenayah siber ini.

Namun begitu, ada juga pembeli yang cuba untuk scam penjual dengan menghantar bukti bayaran yang palsu. Baiklah, anda sebagai usahawna internet, apakah risiko kegagalan yang mungkin anda harus lalui ketika berdepan dengan scammer?

Pertama, anda mungkin tidak sedar ketika anda sedang dela dengan pembekal dari Hong Kong untuk bisnes dropship powerbank anda, anda sebenarnya sedang berbincang dengan scammer. Kedua, anda mungkin tidak tahu bahawa usahawan yang kelihatan professional dalam memberi tawaran bisnes buat anda adalah penipu besar dalam industry bisnes online.

Jadi bagaimana untuk anda atasi masalah ini. Pertama, jika anda mahu menjual produk yang mana anda sendiri mahu menyimpan stok, anda perlulah mencari pembekal yang datangnya dari sumber yang dapat membantu anda melindungi wang anda, contohnya melalui laman web yang membenarkan anda untuk menuntut dan mengfilekan kes jika berlaku penipuan yang di lakukan oleh pembeli. Biasanya laman web gergasi dari China atau Hong Kong ada menyediakan seperti ini di mana anda boleh mendapatkan banyak produk yang dan berkualiti dari pembekal dan pada masa yang sama anda boleh berurusan jual beli dengan selamat.

Kedua, jika anda berurusan luar dari website ecommerce terpilih contohnya anda ambil produk secara face to face dari mana-mana kedai, pastikan ada perjanjian hitam putih yang ada antara anda dan juga penjual tersebut. Adakah dengan resit sudah cukup untuk menjadi jual bukti jual beli antara anda dan juga pembekal? Ya sudah cukup asalkan dalam resit itu ada cop rasmi kedai beserta nama, alamat, nombor telefon dan tanda tangan. Jika barang yang sampai ke tangan anda tidak sama seperti yang ada dalam invois, (invois juga membantu untuk bisnes anda), maka anda boleh membuat apa-apa persedian jika berlakunya penipuan. Resit dan invois akan menjadi bukti bahawa anda melakukan jual beli produk itu dengan pembekal tertentu.

Untuk lebih selamat, ambil produk dari pembekal yang sudah di rekemenkan oleh sahabat bisnes anda yang di percayai. Kebanyakan mereka yang sudah punya pengalaman dalam deal dengan para pembekal tahu siapa yang bagus dan sebaliknya.

Oleh itu, ia akan membantu anda untuk menyelamatkan wang dari scammer yang suka mengambil kesempatan kepada mereka yang naif dan baru terlibat dengan dunia bisnes.

5 ) Gagal menghantar barang kepada pelanggan


Ini akan berlaku apabila anda melakukan bisnes fizikal kepada pelanggan, kadar kegagalan dalam proses penghantara untuk berlaku semakin tinggi kerana ia melibatkan servis penghantaran dari pihak tertentu.

Kenapa berlakunya hal seperti ini? Pertama anda lupa bahawa dalam satu-satu masa tertentu, ada berlakunya delay dalam penghantara sama ada musim cuti dan pihak yang menghantar barang anda akan perlu melakukan penangguhan.

Selain itu masalah stok juga yang kehabisan dalam keadaan tidak jangka boleh membuatkan proses penghantaran menjadi lambat. Adakah masalah ini besar? Ia tidak besar bagi kita, selepas habis cuti kerja penghantaran boleh di lakukan semula, begitu juga dengan stok. Setelah stok baru sampai, ia boleh di hantar kepada pelanggan.

Namun begitu, pembeli yang sudah melakukan bayaran akan panas punggung kerana wang yang sudah di berikan kepada penjual sepertinya tidak mendapat apa-apa respond apabila barang yang di janjikan untuk di hantar tidak kunjung tiba. JIka anda tidak memberikan maklum balas kepada mereka di bimbangi mereka akan cop anda sebagai scammer pula.

Oleh itu, jika anda sedar jualan yang anda lakukan adalam musim perayaan atau cuti tertentu yang mungkin akan membuatkan proses penghantaran menjadi lambat, maklumkan kepada para pembeli ketika anda menulis surat jualan sama ada melalui facebook atau blog. Bagaimana pula jika stok sudah habis?

Beri ikata dua kepada pelanggan sama ada mahu mendapatkan semula wang mereka atau mereka sanggup untuk menunggu stok baru. Berika waktu dan tarikh khusus buat mereka bilakah stok akan sampai.

Jika mereka memilih untuk menunggu stok, masukkan nama mereka dalam data khusus supaya anda tidak terlupa.

Penutup :


Pasti anda tidak menjangkakan rupanya ada juga banyak hal kecil yang boleh berlaku dalam bisnes online dan masalah itu boleh jadi besar jika tidak di tangani dari awal. Ya memang betul. Jika anda lihat ada banyak bisnes online yang boleh menguruskan kerja dan pelanggan mereka dengan efektif, itu tandanya mereka sudah membuat persediaan dari awal. Anda juga boleh meniru cara mereka. Good luck.
 
Top