5 kegagalan yang selalu dilalui ramai im serta tips untuk mengatasinya-bahagian 1

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Sebelum ini kita ada membincangkan tentang risiko yang mungkin akan berlaku kepada website jualan anda. Topik itu ada di kupaskan di dalam artikel keluaran yang lepas. Jika anda masih belum membaca artikel tersebut, anda bolehlah membacanya melalui link ini :

http://www.wangcyber.com/artikel/5-...or-yang-selalu-berlaku-kepada-website-jualan/

Memang tidak mudah untuk menguruskan perniagaan online tidak kiralah anda menjual produk sendiri atau produk orang lain. Jika anda membaca banyak kisah kejayaan yang di ceritakan oleh ramai IM di luar sana, semoga anda tidak tertipu dengan sesetengah ayat yang di lontarkan oleh mereka seperti, “ Buat kerja 3 jam sehari, dapat RM 1,000” atau laburkan duit RM 100 dan lihat duit itu beranak-anak menjadi RM 500 setiap sebulan.

Kebanyakan ayat marketing yang di lakukan seperti adalah hanya untuk menarik perhatian mata anda agar terus membaca tawaran yang mereka ada. Artikel yang di tulis bukanlah untuk membunuh minat anda bagi mendalami ilmu perniagaan internet. Namun begitu artikel ini adalah untuk memberi peringatan buat anda supaya jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi untuk sukses dalam bisnes online tanpa anda mendalami ilmu yang benar terlebih dahulu.

Ini kerana sekali anda melangkah ke dalam dunia bisnes internet ini, anda sebenarnya sudah pun membuka pintu pertama untuk sukses. Selepas itu, ada banyak pintu lain yang perlu anda cuba untuk tembusi iaitu pintu jualan, pintu pemasaran, dan lain-lain. Setiap pintu itu juga memerlukan anda untuk belajar skill tertentu bagi membukanya. Dan setiap kali anda berusaha untuk mengetuk , anda perlu berdepan dengan beberapa risiko dan situasi yang mungkin akan membawa anda kepada kegagalan.

Usah melihat kegagalan dengan anak mata yang negative kerana kegagalan merupakan satu cara untuk bertambahnya ilmu dan pengalaman anda. Meskipun begitu, dengan mempelajari ilmu dari mereka yang pakar, anda akan berpeluang untuk mengurangkan jumlah risiko kegagalan tersebut.

Melalui artikel ini, anda akan di dedahkan dengan beberapa risiko kegagalan yang banyak di lalui ramai IM di luar sana. Anda juga akan di berikan beberapa tips mudah untuk membuat persiapan bagi menghadapi segala kemungkinan. Antaranya :

1 ) Gagal penuhi permintaan dan keperluan pelanggan


Pernahkah anda mempunyai apa-apa idea untuk membuka bisnes sama ada mahu menjual produk atau pun memberikan servis terbaik buat orang ramai, namun begitu, perniagaan anda itu tidak mendapat sambutan? Perkara ini anda boleh lihat setelah anda membuat banyak kerja pemasaran namun produk atau servis yang anda tawarkan tidak mendapat smabutan. Perkara ini sememangnya boleh mematahkan semangat ramai usahawan internet apalagi jika mereka mahu bermula buat kali pertama.

Suka untuk penulis memaklumkan kepada anda bahwa apabila anda gagal menjual sesuatu produk, anda sebenarnya sedang melalui proses pembelajaran yang mana mungkin ada satu dua hal yang anda tidak beri perhatian yang mungkin itulah yang menyebabkan gagalnya jualan berlaku.

Pertama, anda mungkin menjual produk yang tidak memenuhi permintaan pelanggan atau pun produk itu tidak mempunyai demand yang tinggi maka jualan juga tidak berlaku dengan banyaknya. Kedua, mungkin sahaja skop pemasaran anda yang mempunyai masalah seperti anda melakukan pemasaran kepada mereka yang salah. Sebagai contoh, anda menjual baju bayi kepada mereka yang masih bujang walhal jualan pasti akan makin bertambah jika skop pemasaran anda tertumpu kepada mereka yang sudah ibu dan ayah yang mempunyai pendapatan tinggi. Ia lebih berkesan apabila kadar logic pemilihan kumpulan sasaran lebih jelas.

Itu sama juga jika anda menjual kad kredit kepada mereka yang sudah pun mempunyai kerjaya tetap dengan jumlah gaji tertentu berbanding anda menjualnya kepada budak sekolah menengah yang masih belum bekerja.

Oleh itu, jika anda berdepan dengan kegagalan ini, perhatikan semula beberapa perkara iaitu kaji semula permintaan pelanggan, apakah produk yang anda mahu jual itu sememangnya produk yang dapat menyelesaikan masalah ramai orang? Biasanya produk atau servis yang boleh membantu ramai orang menyelesaikan masalah mereka, produk sebegini memang akan menjadi seperti pisang goreng panas di tepi jalan.

Contohnya, anda menjual produk untuk menghilangkan jerawat. Produk ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat. Namun jika anda menjual produk yang tidak membanti pengguna, maka produk itu tidak akan mendapat sambutan.

Sekiranya anda sudah yakin bahawa produk anda itu sangat bagus dan anda lihat testimony dari pengguna terdekat sangat berpuas hati, maka jika jualan masih belum memberangsangkan, maka anda perlu lihat dengan teknik pemasaran yang anda lakukan. Adakah sudah banyak atau proses pemasaran itu berlaku hanya peringkat awal sahaja. Contoh, anda membuat pemasaran melalui facebook ads. Berapakah kos yang sudah anda keluarkan? Jika anda baru sahaja mengeluarkan kos tidak sampai RM 1,000 dan mengharapkan jualan berlaku lebih dari RMK 100,000 sebulan, maka anda perluka magik di situ.

Mungkin anda perlu tawarkan produk anda itu di jual oleh ejen dropship maka anda perlu membahagikan profit kepada ejen yang melakukan kerja pemasaran. Anda hanya perlu menawarkan buat mereka menjadi ejen selepas itu ejen yang banyak melakukan kerja pemasaran. Di situlah baru boleh terjadi apabila kos pemasaran anda rendah namun jualan yang berlaku agak tinggi.

Jadi, anda sudah boleh lihat bukan? Kegagalan yang berlaku dalam bisnes online boleh di atasi jika anda mengkaji dan melihat semula beberapa bahagian yang perlu.

2 ) Gagal dalam penyimpanan stok


Jika anda menjual produk digital seperti MP3, rakaman video atau pun software, maka tiada masalah yang akan terkait dengan jumlah stok memandangkan anda hanya perlu memberikan link muat turun produk itu hanya melalui emel.

Namun begitu, jika anda menjual produk sendiri atau pun produk orang lain melalui system dropship, apakah masalah stok juga boleh berlaku?

Ya, sememangnya boleh berlaku dan banyak kali berlaku kepada ramai usahawan internet. Apabila anda berada di peringkat permulaan bisnes anda, anda mungkin akan membuat jualan sekitar 10-20 dari jumlah produk anda dalam astu-satu masa.

Maka kerja untuk mengutip bayaran, membungkus produk dan sebagainya kelihatannya agak terkawal. Namun begitu, jika jualannya mula mencanak naik sehingga ribuan banyaknya setiap bulan, anda mungkin akan berdepan dengan masalah stok .

Pernah juga seorang penjual yang menghasilkan produk sendiri, membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen jualan produk itu, hujungnya dia berdepan dengan kritikan ramai ejen kerana stok tidak di tambah.

Sebagai contoh, stok baru akan di renew sebanyak 10,000. Jualan pada bulan itu habis sangat cepat dan melebihi jangkaan. Malangnya si pemilik produk tidak melakukan persediaan dengan tidak meminta pihak kilang untuk renew produk itu membuatkan tempahan dan bayaran perlulah di batalkan sehinggalah stok baru siap.

Adakah ia akan memberi kesan kepada bisnes? Ya, memberikan kesan sebenarnya. Pelanggan mungkin agak kecewa selepas melihat tawaran yang ada, dan setelah membuat bayaran, si penjual pula menyatakan stok tidak ada. Hal ini juga akan membuatkan ejen dropship anda mungkin akan marah jika stok tidak ada walhal kerja pemasaran sudah di lakukan dengan rancak.

Ada waktunya jumlah stok ini tidak boleh di jangka. Hari ini jumlah stok dalam tangan masih banyak. Tiba-tiba ada ramai ejen membuat jualan dan berlakunya jumlah sales dengan jumlah yang besar. Stok berkurang dengan drastic namun perancangan untuk penambahan stok masih belum di lakukan.

Jika berlakunya begini, apa perlu anda lakukan?

Pertama, lantik seorang staf yang akan menguruskan jumlah stok. Jika jumlah stok sudah sampai dalam kuantiti tertentu, contohnya jika jumlah masih tinggal sekitar separuh dari jumlah asal, dan anda mengjangkakan jualan juga akan berterusan berlaku, maka anda sudah boleh merancang untuk renew terus stoic baru dari kilang.

Jika jumlah stok berpanjangan, maka masalah ketiadan stok boleh di atasi. Ejen dropship akan gembira apabila kerja pemasaran yang mereka lakukan dapat menghasilkan jualan, pelanggan juga akan gembira apabila tempahan dan bayaran produk boleh di proses dengan cepat. Hujungnya anda selaku pemilik produk, ejen dropship dan juga pelanggan akan sama-sama gembira antara satu sama lain.

Jika anda tidak memutuskan untuk menjual produk sendiri dan mahu focus untuk membuat jualan produk orang lain melalui system dropship, anda hanya perlu banyak menerumah owner produk. Tanya mereka soal stok dan adakah kemungkinan berlaku masalah stok. Tanya juga ejen lain yang pernah melakukan pemasaran untuk produk tersebut jika mereka mempunyai apa-apa masalah sepanjang berurusan dengan owner produk.

Jika mereka banyak memberikan feedback negative seperti owner produk sangat lambat dalam merenew stok baru dan urusan penghantaran juga sangat slow, maka anda harus fikir banyak kali sama ada mahu menjadi ejen dropship kepada produk itu atau tidak.

Ini kerana, sebagai ejen dropship, memilih produk yang bagus dan memenuhi demand pelanggan, syarat itu sahaja tidak cukup. Yang sangat penting adalah bagaimana owner produk itu menguruskan jumlah stok, kerja pembungkusan dan penghantaran. Memandangkan bisnes dropship ini hanya membawa anda untuk focus kepada kerja pemasaran sahaja dan bukan kepada kerja pembungkusan dan penghantaran, maka anda perlu tahu adakah kerja penghantaran itu di lakukan dengan baik.

Ini kerana jika berlaku apa-apa masalah kepada proses penghantaran produk itu kelak, anda perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada semua pembeli. Risiko bukan?

Apalagi jika anda sudah pun melakukan kerja pemasaran sebagai contoh melalui facebook ads. Pasti sudah banyak wang yang di keluarkan. Jika proses jual beli nanti berlakunya masalah dengan pihak owner produk, anda sendiri yang akan mengalami kerugian.

Hal ini sudah banyak terjadi kepada ramai ejen dropship di luar sana. Namun begitu, jika anda dapat jumpa owner produk yang sangat bagus dalam urusan penghantaran dan mampu berkomunikasi dengan para ejen dropship dengan efektif dan cekap, maka anda berpeluang untuk melakukan bisnes dropship dengan jayanya, asalkan anda rajin untuk soal selidik dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi ejen dropship mereka.

Penutup :


Topik kita kali ini banyak di kupas dengan lebih panjang lebar bukan? Inilah masanya untuk anda melihat kegagalan yang pernah di lalui oleh ramai usahawan internet di luar sana sebelum mereka meraih kejayaan. Mereka mungkin tidak mahu berkongsi dengan anda kerana khuatir anda memilih untuk berfikiran negative terhadap dunia bisnes internet. Maka banyak perkara yang baik dan hanya cerita indah yang di hamparkan kepada anda.

Oleh itu, jika anda sudah tahu sisi gelap dan sedih yang mungkin anda perlu hadapi ketika melakukan bisnes internet, jangan risau dan khuatir, pasti ada caranya untuk menyelesaikan isu yang berlaku. Kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan dan jalan untuk keluar. Ini adalah bahagian pertama. Dalam bahagian kedua nanti, kita akan sambung beberapa siri kegagalan IM kita dan bagaimana mereka atasi setiap kegagalan dan masalah tersebut. Nantikan siri kedua pula.
 
Top