5 Kafe Halal Terbaik Di Kuala Lumpur

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
454
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Mungkin anda tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopi di serata Kuala Lumpur menawarkan hidangan halal? Di sini, saya menyediakan 5 kafe di Kuala Lumpur yang halal khas untuk anda.

1. SOULed OUT - Sri Hartamas dan Jalan Ampang


SOULed OUT bermula pada tahun 1996 sebagai sebuah kafe kejiranan kecil di Mont Kiara. Dengan menu sederhana yang memaparkan campuran kegemaran, ia telah memenangi hati ramai orang dengan personaliti yang mudah dan mesra. Hari ini, SOULed OUT telah berkhidmat kepada lebih lima juta pelanggan.

2. The Good Batch - Damansara Uptown


The Good Batch mempunyai potensi untuk menjadi tempat yang popular di kalangan penggemar kopi dan makanan lazat. Kombo sarapan lewat pagi (brunch) dan bar sepanjang hari menjadi sebab kenapa The Good Batch adalah salah satu kafe yang mesti dilawati sekiranya anda berada di Damansara Uptown.

3. Breadties - Taman Melawati


Kafe ini menyuntik idea seperti berada di rumah sendiri dengan hidangan kopi aromatik dan juga makanan yang lazat. Breadties sangat popular dengan hidangan Brunch termasuk English Muffin dan Breadties Roti John.



4. Three Little Birds Coffee - Sentul D7 dan Desa ParkCity


Kafe Three Little Birds Coffee adalah khusus untuk penggemar kopi. Terletak di sebelah taman yang cantik serta mempunyai penataan cahaya matahari yang terang dan semulajadi, sesiapa yang berkunjung pasti akan berasa terpikat dengan suasananya


5. Wondermilk - Damansara Uptown


Wondermilk telah beroperasi selama bertahun-tahun. Wondermilk mempunyai hiasan dalaman yang cantik & santai serta menawarkan persekitaran mesra dengan semua tempat duduk yang luas & selesa.

Kafe Halal terbaik lain boleh rujuk disini
 
Top