4 tips simpan duit

arifkhaibara

freshman
Joined
Sep 12, 2014
Messages
16
Points
0
merancang itu bagus, tapi perlukan istiqamah dalam melakukannya. terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini :)
 

AT-TARMIZI

freshman
Joined
Dec 9, 2008
Messages
467
Points
16
Age
30
merancang itu bagus, tapi perlukan istiqamah dalam melakukannya. terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini :)
betul tu arifkhaibara....mudah-mudahan kita dapat melakukan hal yang baik untuk diri kita :)
 

Rizal GetEasy

freshman
Joined
May 28, 2013
Messages
22
Points
3
Terima kasih di atas tips yang amat berguna, moga boleh dipraktikkan.. hehehe
 

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
kalau xde disiplin memang tak jadi nak menyimpan nie..bila banyak sikit mula la nak korek balik..hahhaa
 

Bisnes Toneexcel

freshman
Joined
Oct 5, 2014
Messages
39
Points
8
tentang sedekah yang paling penting. jangan berkira-kira untuk bagi sedekah.. sedekah ni ibarat simpanan untuk akhirat kita.. :)
 

Irwan Mokh

Senior
Joined
Oct 11, 2010
Messages
901
Points
18
As-salam...

Saya nak kongsi sikit tips simpan duit hasil bacaan saya dan program-program tv yang saya tengok berkisar tentang kewangan...

Tips tu saya namakan 4 S

iaitu~

S- Save/Simpan..

Kebiasaannya buku-buku kewangan akan suruh kita simpan duit dulu..baru belanja...minima 10% yang kita dapat..contoh kita dapat rm 300..jadi kita simpan rm 30..

S-Share/Sedekah

Ini pula kesimpulan yang saya dapat hasil daripada bacaan buku Mudahnya Menjemput Rezeki..dan daripada kata-kata pensyarah saya~pensyarah saya cakap ada tak orang yang jadi miskin disebabkan suka bersedekah?? heh..tapi kena berpada-padalah..macamdalam buku tulisan Chef Li...Menjejaki Jutawan Senyap... kedekut yang berasaskan kira-kira adalah lebih baik daripada pemurah yang membabi buta...

S- Solve/Selesai

Solve atau selesai dekat sini bermaksud selesaikan hutang-hutang yang kita ada dahulu....yang ini saya dapat hasil tengok cerita Maxed Out..siaran tv IQ...channel 610.....program ini cerita tentang cara-cara pengurusan kewangan...tapi untuk orang US...dan disiarkan rancangannya di Malaysia...

S-Spend/Seronok

Spend maksudnya bila dah buat semua dekat atas..duit yang kita tinggal itulah untuk buat belanja...sebab tu saya letak seronok...seronok berbelanja :)


Jadi itulah tips yang saya nak kongsi dekat sini...ok2..sebelum ahli WC komen seperti siapa dia ni?nak bagi nasihat tentang urus duit dekat aku pula? saya mengaku yang saya cumalah seorang pelajar...dan ada hutang PTPTN yang nak kena bayar..serta saya tipulah kalau saya cakap saya berjaya ikut semua tips yang saya kongsi ini tanpa masalah..saya pun kadang-kadang belanja kemudian baru simpan..cuma buku-buku yang saya baca tentang cara urus wang..inilah kesimpulan yang
saya dapat....

Harap-harap bermanfaat lah yer :)
Siapa dah Cuba?;) kongsi-kongsikan lah pengalaman kat sini!
 

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
nak simpan duit nie kena ada disiplin juga..kalau tidak simpan-simpan korek balik
 
Top