iluvsuperstore.com
Senior
- Joined
- Jun 21, 2009
- Messages
- 1,051
- Points
- 0
banyak lagi benda kena bljr pasal seo
jadi, satu nasihat kepada diri saya sendiri, usah kita bina hubungan semata-mata kerana kepentingan diri kita.![]()
marketing adalah satu proses yang berterusan
Spt yg shuth tekankan membina "network marketing", bukan sahaja dikalangan otai+newbie, newbie+newbie, otai+otai malahan network marketing lebih tulus jika sebarang social event dimanfaatkan sebaiknya..Contohnya di Gath WC.
Network marketing amat penting dlm usaha mempromosikan produk kita secara berkesan. Jadi jgn pilih kawan dlm soal network marketing. Be honest dan jangan "pilih bulu".
Sy sertakan satu contoh:
Sy mengenali seorang rakan baru dr WC, ikhlas sy mmg suke add kawan2 dr WC lebih kepada pembinaan silaturahim sesama islam. Namun sy agak kesal bukan kerana dia seorang newbie yang 100% mengharapkan guide dr sy, tp sy kesal kerana sikapnya yg tidak mahu menerima nasihat malahan mengeluarkan kata2 kesat ketika ditegur. Jadi sy agak berhati-hati dlm menilai insan secara maya.
Network+product=$$
Network+good relationship+produk=$$$$ + friendship
So, gunakan network marketing sejajar dengan keperluan anda. Jika anda hanya ingin "mempergunakan" mailing list otai2, lupakan sahaja anda sebenarnya tidak layak berada sebaris bersama IM yg lain jika punya niat hanya untuk "mempergunakan" network marketing.
Disini sy berikan sedikit tips membina network marketing yang berkesan:
1. Kenalkan diri anda dengan jelas dan tanpa berselindung. Jgn menipu identiti anda kelak jika diketahui, anda nahas.
2. Pastikan buat group khas untuk kawan2 dr IM di YM dan juga phone. Di YM sy semua kenalan dr dunia maya sy groupkan under "Rakan IM". Sy tersenyum melihat bilangannya bertambah setiap hari ini menunjukkan semakin ramai yg ingin terlibat dlm IM. *Jgn spam YM, sy menyampah especially bila dtg dr mereka yg tidak pernah bertegur sapapun dgn sy. Jika dlm hphone sy labelkan sume IM dengan initial IM.XXXXX.
3. Jika mereka ada blog, silalah lawat dan tinggalkan komen yg bernas dan friendly. Beradab ketika masuk rumah org.
4. Sentiasa peka dengan perkembangan mereka.Contoh, dr. IK dpt baby perempuan..Tinggalkan comment anda pada blog beliau atau sms ucapkan tahniah. Jgn salah fhm istilah concern dan bodek. So, dilarang membodek
5. Jika ingin travel kemana2 dlm negeri. Jika berpeluang adakan pertemuan dengan rakan2 IM dinegeri tersebut, seperti konsep "business travel".
6. sms di hari penting..Contoh..perkahwinan, hari raya, kematian..etc..
7. Bina kredibiliti anda sebagai seorang yg bukan setakat menjual produk sahaja tetapi merupakan rakan IM yg mampu berkongsi idea dan pendapat. Speak Out even newbie anda juga punya idea dan pendapat.
8. Bermula episode JV, jika anda melakukan semua di atas. Tidak ada isu segan,malu, perasaan rendah diri untuk membuat JV bersama otai2. Dptkan review dr mereka dahulu ttg produk anda. Jgn terlalu mengharap produk anda sempurna dan terus ingin menjual. Kadang kala ramai teman IM mengeluh, ingin menolak nanti terasa..tp produk anda tidak melepasi standard yg sepatutnya..wajarkan otai2 menjual kredibiliti mereka kepada anda.?