#4 : Marketing / Trafik

oryzana

freshman
Joined
Sep 11, 2008
Messages
5
Points
1
Wah... cara yang saya gunakan selama ni ialah Kaedah ******** rupanya :)

Menyentuh bab JV ni... saya sendiri telah banyak direject oleh sifu2 sebelum ini. Sangat sedih rasanya... haha itu setahun lepas. Selepas dikaji + pembacaan ebook tentang JV, barulah saya sedari sangat banyak saya buat silap sebenarnya.

Maybe salah satu boleh rujuk di sini: Team FlareBiz | Flare Lightening the Biz World Blog Archive Rakan JV Merupakan Aset Anda!

Nanti ada masa, saya akan post di sini tip-tip JV :)

Thanks.

p/s: Kepada anda yang mana-mana otai tak balas JV proposal jangan sedih.. tapi kaji kenapa mereka tak layan emel/PM anda. :p


bagus jugak kalu labanon bole kasi tips2 kat sini.. harap2 ade la masa tu yek... :)

p/s: dik kalu ko tak tulis tips kat sini.. akak cari ko kat ym.. huhuhuh... :p
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Ok.. saya sambung sedikit tipe mengenai marketing dan trafik ini.
kalau ikutkan memang terdapat beribu cara untuk membuat marketing dan menarik trafik.
laporan yang dikeluarkan oleh justin baru2 ini pun ada senaraikan 247 cara menarik trafik.

Kalau mahu lakukan 247 teknik trafik tu.. saya rasa.. memang ramai yang tak larat.. saya sendiri pun tak larat.

Apa yang saya sering lakukan, saya hanya mengambil beberapa teknik sahaja untuk diamalkan. Saya cuba beberapa teknik dan kemudian lihat, yang mana yang paling berkesan. Selepas dah tahu teknik mana yang saya rasa selesa untuk lakukan dan mendapati ia berkesan.. maka saya akan fokuskan kepada teknik tersebut sahaja.

Namun begitu kita perlu kenal pasti jenis2 trafik yang kita perlukan juga, ini kerana, jenis trafik untuk web A mungkin tidak sama dengan jenis trafik web B.

Contohnya, website jenis blog biasanya memerlukan trafik berulang, manakala web jenis minisite, lebih banyak memerlukan trafik "fresh". Jadi, cara untuk mendapatkan trafik bagi kedua-dua web tersebut mungkin sedikit berbeza.

Begitu juga dengan web maskahwin.com dengan web kuihtradisional.com , trafik untuk web maskahwin saya boleh develop /lakukan promosi secara berterusan, manakala untuk web kuihtradisional, ia memerlukan trafik yang banyak dalam masa yang singkat , iaitu sekitar sebulan sewaktu bulan puasa. Oleh itu, untuk web kuihtradisional, saya banyak menggunakan cara menarik trafik secara berbayar. In kerana trafik berbayar adalah cepat dan berjangkamasa pendek.

Ringkasnya, perlu kenalpasti terlebih dahulu apakah jenis trafik yang diperlukan oleh web anda. Selepas dah tahu.. barulah boleh gunakan beberapa teknik dari beribu teknik menarik trafik/marketing yang ada.
 

Labanon

Senior
Joined
Jul 14, 2006
Messages
1,802
Points
38
Begitu juga dengan web maskahwin.com dengan web kuihtradisional.com , trafik untuk web maskahwin saya boleh develop /lakukan promosi secara berterusan, manakala untuk web kuihtradisional, ia memerlukan trafik yang banyak dalam masa yang singkat , iaitu sekitar sebulan sewaktu bulan puasa. Oleh itu, untuk web kuihtradisional, saya banyak menggunakan cara menarik trafik secara berbayar. In kerana trafik berbayar adalah cepat dan berjangkamasa pendek.

Untuk maskahwin tu bro guna teknik macam mana? :)

Baiklah ebook saya 101 Tip AdSense sehingga hari ini masih ada sales. 1-3 sales sehari. Ok la tu dok saja2 jer :D

Teknik marketing yang saya lakukan ialah emel marketing jer. Saya dah set followup bagi subscriber Majalah IM. Cara lain takde guna pun. So, cara ini agak berkesan namun bergantung kepada teknik emel yang anda hantar.

Harap anda semua dapat mencuba :)
 

qrodat

Senior
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,868
Points
38
nak buat emel marketing pun nak kena ada list yg ramai, br dpt buat sale. klu list x ramai susah gak. perlu jv ngan awk(labanon)..
 

Kasimo Aloi

Newbie
Joined
Feb 7, 2007
Messages
5,347
Points
38
klu ada list ramai pun tapi tidak tahu menulis pun tak guna juga... macam aku... list ada 100 lebih... tak tahu approach list... ayat macam budak sekolah...

tapi apa yang aku pasti... semakin hari teknik penilisan aku semakin baik.... dalam masa dua tiga bulan lagi dah ble buat blog....
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,875
Points
48
Nampak kat sini ramai yg 'minat' kaedah JV walaupun masih banyak kaedah yg lain..

JV ni kena tengok produk anda jugak. Kalau produk anda pasal Resepi Masakan, jgn pulak nak JV dgn IM yg buat niche IM.

Contohnya, list saya adalah yg minat pasal ebiz. Tp anda pulak nak mintak saya tolong promote ebook resepi anda tu.
So kat sini, mana sesuai. Pastikan rakan JV anda tu ada list yg sama dgn produk anda.

Itu satu. Yg keduanya, kalau nak JV, ia bukan hanya berkaitan dgn list semata-mata. JV ni skopnya luas. Takat ni saya tak
pernah lg minta tolong mana2 IM promotekan produk saya. TAPI saya banyak buat JV dalam skop yg lain.

Kemudian, JANGAN hanya lihat hanya JV sahaja hidup dan mati dalam perniagaan. Mula2 ni, anda bina perniagaan yg boleh
survive tanpa bantuan orang lain. Kalau takat nak harap kat JV, susahlah nak maju bisnes.

Saya pernah pesan di satu tulisan saya, otai-otai IM ni, anda tak perlu contact mereka, sebaliknya mereka yg akan contact
anda atau amat menunggu-nunggu emel dari anda JIKA anda:

1. Ada kesungguhan
2. Kuat usaha
3. Tak nyusahkan orang
4. Ada akhlak (berbudi bahasa)
5. Profesional
6. Ada kemahuan untuk belajar (bukan mahu di'suap'..)

Seperti yg shuth katakan, usahawan2 yg dah berjaya ni bukan sombong atau tak nak bantu, tapi mereka mahukan jalan yg
mudah untuk membantu anda selain cara approach yg betul. So kena sediakanlah bahan2 promosi khas untuk mereka di samping
steps yg tak bercelaru.

Saya juga pernah tak selesaikan satu JV gara2 JV yg dilakukan oleh IM berkenaan bersimpang siur dan memeningkan kepala
saya sahaja. Begitu banyak perubahan yg dibuat sampaikan tak tahu yg mana satu perlu dilakukan dah.

So mcm mana kita nak bantu mereka kalau mereka tak bantu permudahkan usaha kita untuk bantu mereka.

JV hanya bukan pasal duit komisen, tapi ia lebih daripada itu.
 
Last edited:

code7

Senior
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,898
Points
38
byk gak la teknik traffic generation neh.. tp yang paling untung bila search engine letak web kita di ranking pertama dgn keyword yg popular.. mende ni SEO teknik dah banyak org cuba tapi belum tentu dpt hasil yg diharapkan krn algorithm SE selalunya berubah.. PageRank google pun berubah.. tp apapun kalo nak conquer SE kenalah study dia punya rules..

SEO ni mcm shoemoney cakap 'sucks' .. tp ramai org masih berharap dengan manfaat SEO bagi jangka masa panjang.. bagi saya traffic generation itu satu aspek penting.. manakala selebihnya ialah 'conversion rate'.. kalo traffic byk tapi CR kurang tiada gunanya juga...
 

naem86

Senior
Joined
Mar 14, 2007
Messages
836
Points
18
Age
34
Yer.. betul tu waidakmy...
Antara newbie yang saya selessa dengan cara mereka approach saya adalah seperti labanon, ammarzahar dan juga naem... mereka nie.. sebelum ada produk lagi dah mula bina relationship dan tegur2 saya sama ada menerusi ym, gtalk, blog dan juga menjadi pelanggan produk saya..

opps..patut le saya asyik batuk-batuk sejak dua 2 hari ni...batuk macam nak semput ( sekali batuk, dah taknak henti2 plak.. ) ...rerupanya ada nama kat dlm thread ni... :)
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,875
Points
48
Memang diakui, kalau dapat JV dgn mereka yg ada list besar, itu satu BONUS yg terbaik. Mmg gembira sakan lah..

Tapi bila dah dapat tu, pandai2 lah jaga hubungan dgn rakan JV dan 'bersusah dirilah' untuk mereka.

Bukan apa, kalau kali pertama JV dgn mereka, JV pertama lah yg akan tentukan next JV anda mereka akan terima atau tak.

Pesan saya kepada yg nak berJV dan kata tak pandai nak JV atau tak pandai nak berbahasa, maka tak ada cara lain selain belajar. Ebook Rahsia 10K atau Rahsia Newbie ada cerita bab JV.

Apa pun bagi saya, asas JV ni adalah hubungan (relationship), bukan pasal duit semata-mata. Bak kata shuth, JV ni ada seninya.
 

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
saya tertarik dengan kata2 shuth ni..

point yang saya dapat - wujudkan relationship sebelum ada produk lagi..relationship sama ada sebagai pembeli, pembaca blog atau lain2..

harap betulkan kalau point saya ni salah.. :)

Salam.

Saya berminat untuk mendapatkan khidmat proofread anda. Ada any spesifikasi ke? Minima berapa page ? Berapa harga

Saya ada e-buku yang nak saya jual di Internet. Tajuknya "Rahsia Mengenali Peribadi Melalui Tarikh Lahir - Untuk Kejayaan, Kekayaan dan Kecemerlangan Hidup"

Terimakasih
abanglong
 

uniquelyme

Senior
Joined
Feb 18, 2007
Messages
1,001
Points
18
Age
30
Secara umumnya terdapat 3 kaedah untuk menarik trafik ke website kita..
1) Kaedah berbayar
2) Kaedah Percuma
3) Kaedah ********.

Kaedah berbayar adalah seperti membeli ruangan iklan, google adword, paid review dan apa-apa sahaja yang kita perlu bayar untuk mendapatkan trafik. Kaedah ini biasanya akan daapat menarik trafik dengan cepat dan berkualiti tinggi.

Nak add pasal kaedah berbayar. Pastikan iklan anda cukup "power" untuk menarik orang membeli produk anda.

Pastikan elemen2 ni ada:
1. headline - tarik jenis prospek yang betul. Kalau jual produk diet, jangan jual dekat orang yang takde masalah berat badan. Jual kat orang yang ada masalah tersebut.
2. offer - mana ada orang beli kalau takde tawaran yang menarik?
3. call to action - kalau anda tak nak diorang call/order/tempah daripada anda, anda boleh tinggalkan benda ni. Guarantee jualan anda bersamaan dengan ZERO :p

Sekian,
Abdul Rahman

P.S Nak tau cam ne nak wat iklan yang ada "power"? Cuba tengok dekat Tulis Iklan Dengan Cepat (OK OK. Saya tau ni self-promo, and kalo tak boleh, mod, tolong buang line nih, K?)
 

Zairi Zaidi

Newbie
Joined
Oct 21, 2008
Messages
2,254
Points
38
Age
29
Ada lagi teknik pemasaran yang lain?
Kalau boleh satu teknik huraikan dengan terperinci. Biasalah budak macam saya tak tahu banyak
 

code7

Senior
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,898
Points
38
ada juga jenis guna software misalnya rss feed submitter.. yg ni kene explore sket lah.. sbb byk guna application.. slalunya saya dpt peluang utk review free copy app sebegini..

 
Last edited:

samtlich

Senior
Joined
Sep 17, 2007
Messages
293
Points
18
Sedikit pengalaman saya dengan web traffic. Tak lama dulu saya suka-suka berdaftar di bux.to, asalnya saya sorang je daftar dan sehari click 2-3 link. Tujuan asal adalah untuk membeli iklan dalam bux.to, tapi saya nak dapatkan duit dulu, kemudian gunakan credit tadi untuk beli iklan.

Selepas beberapa ketika, selepas haus hujung mouse saya klik, saya tengok credit yang saya dapat tak seberapa. Saya cuba beli targetted web traffic dari provider di internet. 1000 targetted traffic, lebih kurang USD5.

Saya rasakan membeli web traffic secara pukal begini sangat merepek, tak menyumbang kepada ROI, tapi saya tetap nak cuba.

Selepas beberapa ketika, saya check balik, saya dah ada 124 referrals, 124 orang dibawah saya yang click link mereka setiap hari. Pada satu-satu masa saya boleh dapatkan sehingga USD20 setiap hari.

Sehinggalah referrals di bawah saya ni rasa tepu untuk terus click link mereka, mereka tidak aktif lagi. Saya pun dah kurang aktif dengan bux.to sekarang.

Satu lagi kaedah untuk dapatkan traffic yang baik, google adwords. Pengalaman saya dengan adwords, memang bagus, ROI yang tinggi.
 

saramsak

Newbie
Joined
Nov 4, 2008
Messages
386
Points
16
tips yg sangat bagus...
tips2 mcm ni perlu utk elak minor mistakes so dpat jimatkan masa...
thanks bro shuth n guys... :)
 

UsahawanCyber

Senior
Joined
Jul 16, 2009
Messages
891
Points
18
Hai semua...topik meminta otai menjadi JV nie memang menarik perhatian saya sebab saya baru saje mengalaminya. Hanya sorang saje yang sudi jadi JV saya. Anyway, saya cool aje...biase la..maybe produk kite kurang menarik atau cara kite x berapa betul ataupun maybe abang otai busy sgt2. Apa-apa pun saya x putus asa. Mungkin bende -bende mcm nie perlukan masa. Sementara tu, banyak lagi cara yang boleh kite buat. Yang penting ade usaha bro...
 
Top