4 Jenis elemen emosi supaya sales meningkat.

aqifdg

Senior
Joined
May 3, 2008
Messages
704
Points
18
Emosi adalah permainan psikologi dalam marketing. Apabila kita menguasai emosi, kita sebenarnya menguasai 80% keputusan pelanggan.

Apakah jenis-jenis emosi yang menjual?

Pakar Facebook marketing iaitu Tuan Jamal pernah berkongsi 4 elemen emosi yang membuatkan pelanggan cenderung membeli.

4 elemen emosi itu adalah:

1) Fear.

2) Frustation.

3) Dream.

4) Inspiration.

===
ELEMEN #1 - FEAR.
===

Apa yang pelanggan kita takut?

Takut gagal? Takut rugi? Takut silap?

Kaji apakah perkara-perkara yang pelanggan takut.

===
ELEMEN #2 - FRUSTATION.
===

Pelanggan membeli sesuatu atas dasar kecewa.

Sebagai contoh, ramai yang sudah merasai kegagalan membina perniagaan berasaskan Internet.

Kekecewaan seperti ini boleh dijadikan sebagai poin penting dalam kempen marketing.

===
ELEMEN #3 - DREAM.
===

Apabila pelanggan kita tutup mata dan fikirkan perkara gembira, apakah jenis-jenis kegembiraan yang mereka imaginasikan?

Emosi gembira dapat mendorong pelanggan untuk membeli sesuatu.

===
ELEMEN #4 - INSPIRATION.
===

Rahsia-rahsia kejayaan atau cerita-cerita yang memberikan inspirasi.

Sebagai contoh, dalam kes bisnes produk kecantikan.

Keputusan pembelian adalah berdasarkan hasil yang dialami oleh pembeli produk yang sudah berjaya memperoleh hasil seperti berjaya kuruskan badan.

Inspirasi menghasilkan motivasi.
 
Top