4 cara memasarkan squeeze page dengan berkesan

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Perbincangan tentang kepentingan database untuk bisnes online sudah di perkatakan, perbincangan tentang bagaimana untuk membina dan mengutuo database pelanggan melalui agihan free report turut sudah di perkatakan, dan pembinaan squeeze page untuk menawarkan free report itu juga sudah ada dalam artikel yang sebelumnya.

Kita sudah melalui beberapa fasa dalam usaha untuk membina database berkualiti lagi sah untuk perniagaan online kita. Sekali lagi suka untuk di ingatkan kepada anda, database pelanggan ibarat uncang emas untuk anda membangunkan jualan dan juga untuk melakukan pemasaran awal bagi produk yang baru anda keluarkan.

Banyak syarikat gergasi pada hari menggunakan database untum terus follow up pelanggan dan prospek mereka bagi melakukan jualan. Antara syarikat gergasi yang banyaik menggunakan pemasaran emel dan menyimpan database emel pelanggan dengan jumlah yang tersangat besar iaitu syarikat penerbangan Air Asia.

Adakah anda perasan jika syarikat Air Asia ada menawarkan apa-apa promosi seperti potongan harga dan sebagainya, dalam tempoh 24-48 jam pasti jumlah tiker terjual dengan sangat pantas. Air Asia tidak memerlukan kos pemasaran yang sangat tinggi untuk melakukan kerja ini kerana mereka sudah mempunyai database pelanggan yang berada di system pengkalan data syarikat mereka.

Satu emel yang menulis tentang offer tiket yang ada terus di hantar keapda ribuan serta jutaan manusia di seluruh dunia dan publisiti tentang offer baru itu akan bergerak dan di ketahui ramai dengan sangat pantas.

Untuk tahun yang akan datang, jika ada lagi offer yang sama atau ada tawaran unik yang lain, mereka tetap juga boleh melakukan follow up dengan cara yang sama kepada pelanggan mereka. Makanya di sini, syarikat Air Asia akan terus menerus membuat pemasaran secara mudah dengan menggunakan database yang sama. Setiap masa jumlah database ini pula akan makin bertambah dari hari ke hari.

Begitu juga untuk bisnes online anda tidak kiralah untuk bisnes menjual tudung, menjual ubat kecantikan atau servis yang bermanfaat buat orang ramai, anda boleh membina bisnes yang mempunyai kelangsungan untuk jangka masa panjang dengan menggunakan database pelanggan yang anda kumpul.

Sekarang tibalah masanya untuk anda belajar pula bagaimana untuk ada pasarkan squeeze page anda agar ramai orang akan tahu akan kewujudan free report yang anda tawarkan buat mereka. Free report sudah ada, autoresponder sudah ada, yang perlu anda lakukan seterusnya ialah dengan melakukan kerja pemasaran untuk menarik trafik ke laman squeeze page anda.

Melalui artikel ini kita akan sama-sama belajar cara paling berkesan untuk melakukan pemasaran bagi mengumpul mailign list atau database pelangan untuk bisnes online masing-masing. Ayuh kita sama-sama lihat :

Tips 1 : Pertandingan antara ejen


Ini adalah cara yang menjadi kegemaran ramai IM di luar sana dan cara ini sangat di sarankan oleh ramai otai kerana cara ini di katakana cara yang sangat cepat untuk anda membina ribuan database pelanggan iaitu senarai nama dan emel mereka dalam tempoh yang singkat.

Pernah ada seorang IM yang mahu membina database pelanggan Berjaya mengumpulnya sekitar 1,000 sehari dengan cara ini, ini bermaksud dalam tempoh seminggu, jumlah database yang ada boleh mececah sehingga 7,000. Banyakn kan?

Bagaimana untuk anda lakukan pertandingan untuk para ejen agar database dapat di kumpul dengan sangat pantas? Caranya adan perlu set upkan squeeze page anda untuk menjadi satu web yang mempunyai sistemk affiliate.

Anda boleh meminta mana-mana programmer yang tahu tentang hal ini agar laman squeeze page anda dapat di log in oleh para ejen untuk melihat kadar klik yang berlaku dan juga jumlah download yang dapat di kumpulkan.

Sebagai contoh, anda boleh tawarkan setiap ejen untuk mendapat bayaran sebanyak RM 0.50 untuk setiap download yang di lakukan oleh orang yang mereka ke laman squeeze page anda.ini sama juga seperti anda menyediakan program pay per download di mana ejen akan di bayar mengikut jumlah download yang berlaku melalui link masing-masing.

Ada yang menyatakan cara ini sangat memerlukan kos yang tinggi kerana anda perlu membayar untuk setiap download yang anda terims oleh para ejen. Jika anda lihat dari sudut positif, cara ini membantu anda dalam banyak cabang sebenarnya.

Pertama anda akan mendapat publisiti dengan lebih besar dari otai yang sudah ada banyak follower. Jika mereka yang sudah punya pengalaman dalam dunia bisnes internet turut menyertai pertandingan ini dan mereka ada mengulas tentang diri anda dan juga free report anda, maka secara tidak langsung followers mereka juga sudah mula meletakkan keeprcayaan kepada anda.

Dari sudut kos pemasaran pula, anda masih perlu mengeluarkan kos tertentu untuk mendapatkan hasil yang cepat. Oleh itu dengan melantik ejen, mereka sebenarnya turut membantu anda untuk mengurangkan kos pemasaran.

Anda juga boleh menetapkan syarat tertentu seperti setiap ejen perlu memastikan mereka memenuhi kelayakan untuki menerima bayaran iaitu jumlah individu yang download melalui link mereka perlulah minima sebanyak 20 orang. Jika mereka tidak dapat mencapai target mereka hanya mendapat hadiah saguhati seperti percuma ebook atau pun software yang boleh membantu kerja online mereka. Untuk mereka yang mempunyai pencapaian iaitu dapat membawa lebih dari 20 download, mereka akan menerima bayaran dan juga software percuma.

Bagaimana pula untuk menetapkan jumlah bayaran? Terpulang kepada bajet anda. Ada yang meletakkan 30 sen, 50 sen dan RM 1.00. Makin tinggi anda letakkan makin ramai yang berminat maka makin kencanglah kerja pemasaran di lakukan sana sini. Anda akan lihat dalam tempoh pertandingan bermula, free report akan menjadi viral dari laman facebook, ke laman twitter, ke laman forum atau blog. Ia akan menjadi bualan orang kerana mereka para ejen masing-masing mahu mengejar jumlah download sebelum tarikh tutup penyertaan.

Selama mana pula pertandingan ini perlu di lakukan? Dalam tempoh seminggu ke dua minggu sudah OK dan tidak perlu terlalu lama. Selepas tamat tempoh, lihat ejen mana yang melakukan kerja yang cemerlang. Anda boleh menawarkan bonus kepada ejen yang berada di tempat 1 hingga 3.

Anda boleh meletakkan syarat serta tentang maklumat bayaran komisyen dan juga bonus ketika tawaran di lakukan. Paling penting buat bayaran komisyen kepada semua ejen mengikut waktu dan tarikh yang sudah anda janjikan.

Adakah cara ini sangat berkesan? Ya, sangat berkesan. Paling penting setelah anda menyediakan squeeze page itu, hubungi mana-mana otai yang ada ramai follower maklumkan kepada mereka tentang pertandingan ini dan letakkan juga maklumat offer ini di forum, blog dan juga iklankan di fanpage yang popular. Jika ia di lakukan dengan cara yang betul, pertandingan yang anda lakukan ini boleh meletup dan jumlah subscribers anda agak tinggi menggunung dalam jangka masa yang sangat cepat.

Tips 2 : Facebook ads


Baiklah,cara ini juga sering di lakukan oleh ramai IM hari ini. Mereka menggunakan facebook ads untuk menarik trafik ke lamansqueeze page mereka. Ada di kalangan mereka lebih gemar untuk mengeluarkan kos dan modal melalui facebook ads kerana facebook ads boleh membantu mereka untuk mengurangkan kos jika iklan di setting dengan cara yang betul.

Melalui cara facebook ads juga anda dapat mengumpul database pelanggan dalam msa yang singkat bergantung kepada bajet harian yang anda tetapkan untuk facebook ads anda dan selama mana iklan tersebut berjalan.

Sangat penting di sini adalah untuk anda menawarkan free report tersebut kepada target sasaran yang sama niche dengan anda. Jika anda tidak pasti untuk set up facebook ads dengan cara yang berkesan, anda bolehlah menghadiri mana-mana kelas facebook ads yang ada di laman social.

Jiak kean pada caranya anda dapat mengumpul ribuan database mailing list anda setiap hari dengan kos yang sangat minima.

Makanya di sini anda boleh membuat pilihan sama ada mahu mengeluarkan kos dengan cara pertandingan antara ejen atau melalui facebook ads. Jika anda kali pertama mahu masuk ke dunia bisnes internet, anda di sarankan menggunakan cara nombor 1. Ini kerana dengan bantuan pakar yang sudah lama dan dunia internet ia dapat membantu untuk menambah kredibiliti anda di mata orang lain. Namun melalui facebook ads, jika anda baru sahaja di kenali ramai, ada yangakan memberi kepercayaan untuk sign up sebagai mailing list dan tidak kurang juag yang kurang berminat kerana bimbang akan scam. Ini kerana hari ini rami pihak yang mengambil kesempatan untuk mengumpul emel orang lain kemudian menjualnya kepada pihak ketiga.

Tips 3 : Facebook group


Facebook group juga menhjadi antara tempat yang sanagt mudah untuk anda menarik trafik ke laman squeeze page anda. Ramai juga blogger yang menggunakan facebook group untuk menarik trafik ke blog masing-masing secara berjadual.

Anda juga boelh melakukan perkara yang sama dengan menawarkan free report anda kepada orang ramai y6ang menjadi ahli di group facebook.

Caranya adna pilih group di facebook yang mempunyai niche yang sama dengan free report anda. Atau pun anda boleh join group facebook yang mempunyai topic bebas. Ada sesetengah group di facebook akan mengenakan anda cas sebanyak RM 10 atau RM 20 sebagai ahli yang layak untuk post iklan. Anda bolehlah membuat pertimbangan sama ada untuk menyertai group itu atau pun join sahaja mana-mana group yang tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk beriklan.

Namun begitu biasanya group di facebook yang mempunyai kehalian yang sangat tinggi iaitu lebih dari 100,000 atau 200,000 sangat berbaloi untuk anda keluarkan modal sebagai pengiklan. Ini kerana dengan bayaran sekali seumur hidup (biiasanya owner group mengenakan cas sekali sahaja) maka anda boleh beriklan tanpa limit di grouo tersebut. Lebih banyak group di facebook yang anda join untuk anda pasarkan free report anda, lebih banyak peluang anda untuk menarik trafik ke laman squeeze page anda dan lebih besar juga peluang untuk anda mengumpul lebih banyak database untuk bisnes online anda.

Tips 4 : Forum


Forum juga antara tempat yang mudah untuk anda mendapat publisiti bagi menarik trafik ke laman squeeze page anda. Ada du acara untuk anda melakukan pemasaran melalui forum iaitu dengan membuka thread baru di ruangan free sharing dan juga beriklan melalui banner.

Paling baik anda beriklan di foum yang sama niche dengan free report anda, cara ini amat berkesan.

Akan datang kita akan boncang dengan lebih panjang lebar bagaimaan anda boleh memaksimakan penggunaan laman forum untuk menarik trafik ke laman web anda. InsysaAllah ia akan di kongsikan buat anda.

Penutup :


Baiklah, tiu adalah antara 4 cara yang sangat berkesan untuk membantu anda membina database mailing list dengan cara sah, cepat dan berkesan dalam masa yang singkat. Semoga anda dapat mempraktikkan kesemua cara yang di kongsikan nanti
 
Top