#3 : Website

Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#1
Ok. kita sambung lagi proses pembelajaran kita kepada bab seterusnya, iaitu mengenai website.

Tahukah anda? Tanpa memiliki website.. anda sebenarnya masih boleh menjalankan perniagaan di internet?

Terdapat beberapa option untuk mereka yang mahu berniaga di internet tetapi tidak tahu langsung membuat website atau terlalu sukar untuk belajar membina website (biasanya untuk golongan veteran), ataupun langsung tiada duit untuk mengeluarkan modal membeli hosting dan nama domain.

Caranya, adalah dengan menggunakan website orang lain. Tidak lain tidak bukan..
1) Lelong
2) Ebay
3) Forum
4) Fotopages

Kesemua website di atas hanya memerlukan sedikit kemahiran untuk anda menjual produk anda, iaitu kemahiran menaip dan juga mengupload gambar.
Apa yang lebih menarik... website-website tersebut mempunyai keupayaan untuk "menjual" produk anda.

Jadi.. tiada lagi alasan untuk anda mengatakan, "saya tidak pandai buat website, jadi saya tidak boleh berniaga di internet. "
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#2
Bagi yang berkemampuan untuk memiliki website sendiri, sama ada mampu dari segi kewangan (upah orang) ataupun dari segi teknikal (buat sendiri). Maka itu adalah lebih baik. Anda mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap "kedai" (website la) anda... berbanding menggunakan website ebay, lelong atau forum.. ia ibarat anda menyewa stall di dalam sebuah supermaket.

Ok.. bagi yang berupaya memiliki website sendiri, secara asasnya ada 4 jenis website yang boleh anda bangunkan sebagai "kedai" online anda.
1) Blog
2) Minisite
3) E-commerce
4) Website biasa.

Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, yang penting, adalah kebijaksanaan anda di dalam menilai setiap jenis website mengikut produk anda.

1) Blog - ianya lebih sesuai digunakan apabila anda menjalankan perniagaan internet yang berasaskan perkhidmatan, seperti perkhidmatan penterjemahan, perkhidmatan graphic design, perkhidmatan menjahir dan sebagainya. Ini kerana, menerusi blog, anda boleh membina kredibiliti secara berterusan. Anda boleh mengemaskinikan portfolio & hasil kerja anda dari semasa ke semasa , disamping berkongsi tips-tips yang menarik dengan pelawat/bakal pelanggan anda, untuk menampilkan bahawa anda adalah seorang yang pakar di dalam bidang perkhidmatan anda. Di dalam perniagaan "perkhidmatan".. kepakaran adalah sangat penting.

2) Minisite - tidak perlu diterangkan dengan panjang lebar, web seperti ini lebih sesuai untuk penjualan produk "tunggal".. iaitu hanya satu produk sahaja. Website ini lebih mudah menjual kerana ia adalah seperti sebuah kedai yang mempunyai jurujual.

3) E-commerce - website ini pula adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak produk untuk diniagakan di internet.

4) Website biasa - ini biasanya adalah pilihan yang terakhir... jika dirasakan ketiga-tiga jenis website diatas tidak memenuhi keperluan perniagaan anda, maka, website biasa mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadi, sebelum anda membina apa2 website, lihat terlebih dahulu jenis perniagaan anda dan produk anda. namun begitu, tidak ada salahnya jika anda mengabungkan blog + ministe, ecommerce + ministe, website biasa + blog di dalam membina website perniagaan anda.

Cuma satu perkara yang penting yang perlu anda ambil perhatian, anda perlulah tahu objektif serta matlamat setiap website yang anda bangunkan.

Contohnya, minisite + blog...
Anda perlu tahu apa objektif minisite.. dan apa objektif blog anda... janganlah main ikut jer.. tgk orang lain buat.. anda pun buat..

Jika anda tahu dengan jelas apa objektif setiap web anda.. mungkin anda akan berfikir 2 kali untuk meletakkan link ke blog anda di bawah minisite anda.

Blog di minisite… hah? at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan
 
Joined
Oct 11, 2007
Messages
3,038
Likes
1
Points
38
Age
37
Offline
#3
Saya sendiri mengenali perniagaan internet melalui lelong.com.my
Saya dapat RM1 saya yang pertama pun melalui lelong.com.my
Thanks bro shuth atas info serta sharing berguna kepada saya masih baru dalam arena ini..
Hope it will make me learn and dong as u said.. Thanks again.. :)
 
Joined
Apr 25, 2008
Messages
17
Likes
2
Points
1
Offline
#5
Saudara Shuth, terima kasih atas penerangan. Saya tertarik dengan penerangan saudara tentang blog. Jadi untuk blog saudara iaitu 'blog perniagaan internet', apa yang saudara promote kan di situ ataupun niche market yg macammana saudara target?
Dan macammana saudara buat duit dari blog itu?
Saya harap saudara faham soalan saya. :)
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#6
ok.. saya rasa ada sedikit silap faham oleh saudara AbdulMuthalib,

apabila kita ingin menjalankan perniagaan di internet... perkara pertama yang kita perlu ada ialah : Produk..
Kemudian, perkara kedua, barulah : Website / Blog..

Dengan itu, tidak akan timbul persoalan, nak jual apa di blog?

Jika kita sudah ada produk, bermakna, apabila kita buat blog, kita mestilah sudah tahu apa kita nak jual? kepada siapa? dan apa niche kita.

Kebanyakkan orang silap disini, mereka bina blog (website) dulu... lepastu baru fikir apa produk nak dijual, target market siapa dan niche apa.. saya kira ini langkah yang sedikit kurang tepat.

sebab itu kalau dilihat pada topik saya ini..
1) intro.
2) produk..
3) website..

kesimpulannya... cari produk dulu, buat sedikit analisa (nak jual kepada siapa, apa usp, apa niche dan sebagainya)
kemudian, baru buat blog.. so.. dalam blog nanti bolehlah cite pasal produk anda, kelebihan produk anda, bagaimana menggunakan produk anda dan segala-galanya yang berkenaan produk anda.. terima kasih.
 
Joined
Feb 12, 2006
Messages
101
Likes
1
Points
18
Age
38
Offline
#7
Pengalaman saya juga mengajar step seperti sdr shuth bagitau
produk dulu, then blog

tapi masa mula2 saya nak bertapak, saya buat blog dulu sebab tak nampak matlamat/tujuan menda apa saya nak buat duit dari internet ni

tapi lepas ni, insyaAllah, produk dulu baru blog

dah dapat rentak sikit2.
 
Joined
Apr 25, 2008
Messages
17
Likes
2
Points
1
Offline
#8
Ok, faham,

Terima kasih shuth atas penerangan. Bukan apa, ada juga terbaca kata2 seperti 'alang2 menulis blog, biar sampai buat duit' . Malah, mat2 saleh pun ada yang cakap macam tu, jadi saya inginkan kepastian.
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#9
oo.. ok..
itu adalah untuk blogger...
sebenarnya ada beza antara seorang "blogger" dengan seorang "internet marketer".

kalau nak jadi blogger.. sudah tentu, lain pula strateginya..
kalau nak jadi blogger...
perkara pertama bukan cari produk..
tapi cari "niche/topik" terlebih dahulu...

lepas dah tahu niche apa.. baru buat blog dan tulis lah segala-galanya tentang topik/bidang yang telah kita pilih tu.. kemudian, dapatkan trafik sebanyak mungkin (marketing) dan akhir sekali, baru monetize (cuba hasilkan duit sebanyak mungkin) dari blog tersebut.. antaranya.. advertising (adsense, nuffnang, TLA) ataupun jual apa2 produk yang berkaitan dengan niche blog tersebut..

so.. ada beza tu.. harap2 tidak terkeliru...

kalau nak jadi IM (usahawan internet) langkah2nya..
1) cari produk
2) buat website
3) buat marketing..

kalau nak jadi blogger
1) cari niche..
2) buat blog..
3) marketing...
4) monetizing (jual produk, ruangan iklan, dan sebagainya)

so.. boleh pilih ... nak jadi IM atau blogger?.
nak jadi kedua-duanya pun boleh.. tapi itula..
kena faham dan jelas...
lebih baik kalau dapat buat satu2..
jangan campur2.. kalau tidak, pening dan confius nanti.. :)
 
Joined
Jul 12, 2006
Messages
957
Likes
2
Points
18
Offline
#10
Thanks shuth.. saya pun bermula dengan blog as a blogger la.. setakat ini alhamudlillah, traffik saya semakin hari semakin baik.. malah saya pun dah buat side income dari blog ni.. (bukan adsense)..
 
Joined
Apr 3, 2007
Messages
432
Likes
1
Points
18
Offline
#12
Ok, faham,

Terima kasih shuth atas penerangan. Bukan apa, ada juga terbaca kata2 seperti 'alang2 menulis blog, biar sampai buat duit' . Malah, mat2 saleh pun ada yang cakap macam tu, jadi saya inginkan kepastian.
ye, alang2 menulis, biar sampai buat duit. tak lah bersahaja kita menulis tu. ada la jugak incom yang masuk kan?
 
Joined
Jul 12, 2006
Messages
957
Likes
2
Points
18
Offline
#13
Yer la.. kalau dah asyik menulis jer, tak dapat sesen dari internet agak rugi juga.. at least dgn income tu, bolehlah blog tu terus hidup.. bayar sewa tiap2 tahun..
 
Joined
May 4, 2007
Messages
599
Likes
11
Points
18
Age
46
Offline
#15
kalau nak jadi IM (usahawan internet) langkah2nya..
1) cari produk
2) buat website
3) buat marketing..

kalau nak jadi blogger
1) cari niche..
2) buat blog..
3) marketing...
4) monetizing (jual produk, ruangan iklan, dan sebagainya)

so.. boleh pilih ... nak jadi IM atau blogger?.
nak jadi kedua-duanya pun boleh.. tapi itula..
kena faham dan jelas...
lebih baik kalau dapat buat satu2..
jangan campur2.. kalau tidak, pening dan confius nanti.. :)
Ramai gak IM yang guna teknik blogging dan menjual secara indirect dengan tarik seberapa ramai orang ke blog dia dulu then baru sampaikan mesej jualan mereka.
 
Joined
Jun 9, 2007
Messages
783
Likes
0
Points
16
Offline
#16
Bukan Adsense?
daripada mana.?
kongsila sket..
hohoho ;)

Thanks shuth.. saya pun bermula dengan blog as a blogger la.. setakat ini alhamudlillah, traffik saya semakin hari semakin baik.. malah saya pun dah buat side income dari blog ni.. (bukan adsense)..
 
Joined
Oct 21, 2008
Messages
2,228
Likes
1
Points
38
Age
27
Offline
#17
Kalau kita menggunakan minisite hosting percuma okay atau tidak?
Domainnya pula agak cantik seperti co.cc, adakah wajar?
 
Joined
Jul 12, 2006
Messages
957
Likes
2
Points
18
Offline
#18
Zairi, kalau nak guna yg free tu terpulanglah... tapi kalau zairi betul-betul bersunguh2 nak jadikan blog sebagai lubuk duit, elok zairi sewa jer domain dengan hosting.. lebih profesional kan??
 
Joined
May 4, 2007
Messages
599
Likes
11
Points
18
Age
46
Offline
#20
Ok. kita sambung lagi proses pembelajaran kita kepada bab seterusnya, iaitu mengenai website.

Tahukah anda? Tanpa memiliki website.. anda sebenarnya masih boleh menjalankan perniagaan di internet?

Terdapat beberapa option untuk mereka yang mahu berniaga di internet tetapi tidak tahu langsung membuat website atau terlalu sukar untuk belajar membina website (biasanya untuk golongan veteran), . "
Heheh... aku tergolong dalam golongan ni kot.....heheh
 
Top