3 Tips Menjadi Super Affiliate & Menjana Komisen Yang Lumayan.

najibasaddok

Newbie
Joined
Dec 6, 2007
Messages
305
Points
16
Memiliki mailing list umpama 1 aset pd setiap IM..jom kita start kumpul mailing list sekarang..thanks atas info yg dikongsikan
 

matieu

Newbie
Joined
Feb 1, 2006
Messages
448
Points
18
tips berkaitan mailing list: sedikit perkongsian kepada yg masih skeptikal.


ini data mailing list saya dan hasilnya.
list ni baru lagi. dalamnya cuma ada dalam 64 email.


bilangan email list = 64


ok apa yg menjadikannya menarik di sini adalah:

beberapa hari lalu saya ada buat promo melalui mailing list yg sgt2 kecil ini (64 org saja)

dan saya kirimkan email broadcast mengenai satu offer.


hasilnya???

drp 64 org tu

16 org buka email

10 org click link pada email tersebut

5 org unsubscribe

hmmm

meaning drp 10 yg click link, 2 unsubscribe, dan 8 teruskan membaca, betul?


itu email pertama.

keesokannya, saya hantar satu email broadcast, kepada 8 org yg buka email tadi.


nak tau ape jadi?

8 org open email dan baca email kedua ni... dan...

3 org tambahan unsubscribe... :(


TAPI!!!!!!!

baki 5 yg buka email kedua ni,

EMPAT(4) mengambil keputusan untuk BELI!!!


yaaaa!!!

itu lah dia kuasa mailing list!


dengan hanya dua email, telah menghasilkan 4 jualan!


4/64 bersamaan 6.25% conversion!

yg lagi best lagi, kalau saya ada offer untuk produk lain lagi,
pembeli2 ini akan menjadi keutamaan saya promote!

sbb, dorang dah ade pengalaman membeli dari saya, dan
selagi saya offer produk yg betul2 relevan dengan dorang,
kemungkinan dorang beli dari saya lagi nanti adalah sangat2 tinggi.

so... ofcourse ada sikit disclaimer, iaitu, saya bukanlah otai dlm bidang ni
just cuba2 je berdasarkan panduan email marketing yang saya beli x lama dulu.
org mesia jugak tulis ebook tu.

cuma, bezanya... saya take action... (itu je point dia actually ahahaa)


selebihnya adalah doa, usaha, ikhtiar dan.... terima apa yg ada.
kalau gagal jadikan pengalaman, kalau berjaya, jadikan keyakinan
untuk lebih maju ke hadapan :)
 

SYAHIR

freshman
Joined
Jun 21, 2010
Messages
287
Points
0
thank a lot sis :)
 

moco2188

freshman
Joined
Dec 2, 2010
Messages
0
Points
0
Pendapatan mudah dan beroperasi 24 jam Tanpa Henti dan 100% automatik.

Terbuka kepada untuk rakyat Malaysia sahaja.

Pendapatan TANPA HAD.

Tidak menyalahi undang-undang.

Bukan Skim Cepat Kaya atau Pelaburan Cepat Kaya.

Bukan MLM atau program sepertinya.

Setiap Klik boleh menjana sehingga RM0.30.

Bonus sehingga RM40 untuk setiap penajaan baru.

TANPA perlu menjual produk.

TIDAK PERLU mencari downline.

Komisyen diberi kerana mempromosikan laman web sini.

Pendapatan dibayar secara TUNAI terus ke akaun anda.

+ Pengelaman tidak diperlukan

+ Jaminan pendapatan hanya dengan KLIK

+Laporan pendapatan dan STATISTIK yang terperinci

+Terbukti BERKSESAN dan MUDAH.

+Peluang jana wang tanpa HAD.

PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA...

DATANG TIDAK MENENTU MASA...

DATANG DI SAAT KITA KESEMPITAN DAN SUSAH..

NILAIKAN PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA..

REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU..

KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU SECARA TIBA - TIBA..

JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU.
 

Rushaidin

Newbie
Joined
Jun 8, 2010
Messages
674
Points
18
Keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan ramai orang mencari alternatif bagi menambahkan sumber pendapatan tambahan.

Kos sara hidup yang meningkat setiap hari juga telah menyebabkan ramai orang berada di dalam kesempitan. Antara sumber pendapatan tambahan yang paling mudah adalah dengan menyertai program Affiliate. Dengan program affiliate, anda tidak perlu mereka produk anda sendiri, mendirikan laman web, menguruskan urusan pelanggan dan banyak perkara remeh yang lain lagi.

Ianya mungkin tidak lagi menjadi satu rahsia bagaimana untuk menjadi super affiliate - yang mampu menjana wang komisen affiliate. Bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi dengan anda 3 tips untuk menjadi salah seorang super affiliate yang mampu meraih komisen affiliate yang lumayan daripada mana-mana program affiliate ang anda sertai:

Tip No.1: Mencari Program Affiliate yang Menawarkan Komisen Yang Tinggi


Tidak kira samada anda mencari prospek samada untuk produk yang berharga $10, $100, $500 atau lebih, anda tetap perlu mencari trafik yang berminat untuk membeli tawaran produk affiliate anda. Bagi sesetengah produk yang berharga murah, kebiasaanya ianya mempunyai kadar pembelian yang tinggi. Sebagai contoh:

Andaikan anda menjumpai pelbagai produk yang berada di dalam kategori niche yang sama dan menawarkan komisen 50%. Sekarang mari kita analisa tawaran tersebut:

- Produk A yang berharga $20 (komisen anda - $10) mempunyai kadar pembelian 5%. Ini bermakna, jika ada 100 orang melihat tawaran produk A, 5 orang daripadanya akan membeli produk tersebut. Ini bermakna, anda kini menjana komisen yang bernilai $50.

- Produk B berharga $100 (komisen anda - $50) dan memiliki kadar pembelian 3%. Ini bermakna, setiap 100 orang yang melihat tawaran untuk Produk B - 3 orang akan membelinya. Jadi, anda telah berjaya meraih komisen sebanyak $150.

- Produk C berharga $500 (Komisen anda $250) hanya memiliki kadar pembelian sebanyak 1%. Jadi setiap 100 orang yang berminat dan melihat tawaran produk C, hanya 1 orang sahaja yang membeli produk tersebut. Maka, anda telah meraih komisen affiliate sebanyak $250.

:: Adakah anda memahami apa yang sedang saya cuba sampaikan?

Apa yang sedang saya cuba sampaikan adalah - pilihlah produk yang mempunyai komisen yang tinggi (dalam contoh ini - komisen yang paling tinggi adalah $250). Hal ini kerana, anda akan melakukan usaha yang sama bagi menarik trafik untuk melihat tawaran produk affiliate anda. Anda juga bakal memperuntukkan masa yang sama untuk menulis artikel, meletakkan komen di blog-blog, mengiklan dan menyertai forum dan aktiviti-aktiviti pemasaran yang lain. Masa yang sama, tetapi komisen yang lebih tinggi :).


Tip No. 2: Mencari Tawaran yang Menawarkan Komisen yang Berulang-ulang

Jika anda mahukan komisen affiliate yang lumayan, anda perlu menjual lebih banyak (volume) dan lebih tinggi harga produk affiliate tersebut.

Daripada anda mempromosikan produk yang menawarkan sekali sahaja pembayaran komisen affiliate, bukankah lebih baik jika anda mencari produk affiliate yang menawarkan pembayaran komisen secara berulang-ulang? Sebagai contoh, produk affiliate yang berkonsepakan " recurring billing membership site".

Apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan sekali sahaja produk affiliate tersebut...tetapi anda bakal dibayar komisen setiap bulan selagi pembeli tersebut membayar yuran keahliannya. Maka, dengan sedikit usaha kajian di awal pemilihan produk affiliate - anda kini mampu meraih pendapatan pasif daripada program affiliate yang anda sertai :)

Di sini saya senaraikan 2 cara mencari produk affiliate yang mana mereka bakal membayar komisen anda secara berulang-ulang:

1. Anda pergi ke ClickBank Marketplace, cari produk yang menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada $0 di dalam kategori "future $". Ini adalah produk yang memerlukan pembelinya membayar sejumlah amaun setiap bulan. Separuh daripadanya adalah komisen milik anda.

2. Cari di dalam Google Search dengan menaip katakunci "affiliate program + recurring billing", "membership site", "passive income" dll.


Tips 3: Memiliki Senarai Nama Opt-In


Mungkin anda telah muak dengan tip ini. Tip yang sama diulang acap kali oleh kebanyakan guru-guru internet marketing.

Tetapi, percayalah ini adalah cara yang paling berkesan. Mari kita lihat contoh di bawah ini:

Contoh: Andaikan anda menjalankan promosi untuk produk affiliate anda. Jika kadar pembelian adalah 2% - iaitu setiap 100 orang melihat tawaran tersebut, 2 orang daripadanya membeli produk tersebut...manakala 98 orang pula hilang tanpa dapat dikesan! Wah! ruginya anda.

Jadi, daripada mempromosikan link affiliate anda terus ke halaman produk affiliate, adalah lebih menguntungkan jika anda menghantar mereka ke squeeze page milik anda - yang terdapat borang opt-in dan tawarkan sesuatu yang berguna secara percuma (contoh: ebook, special report, minisite percuma).

Daripada menampal link affiliate anda di sana dan di sini tanpa tentu hala. Adalah lebih menguntungkan jika anda menangkap senarai nama dan alamat email address prospek anda. Selepas itu, anda bina hubungan yang baik dan promosikan produk affiliate yang menarik perhatian mereka.

Tahukah anda? Kebanyakan orang lebih selesa untuk membeli daripada orang yang mereka kenal sahaja?

Jadi, miliki senarai nama dan alamat email, perkenalkan diri anda, tawarkan maklumat yang berguna secara percuma kepada mereka, bina hubungan yang baik dan akhirnya, anda boleh menawarkan link affiliate anda yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak [Senarai nama anda - tawarkan mereka produk yang boleh memudahkan urusan mereka dan anda sendiri (komisen)].

3 tip ini dipetik daripada Ebook Affiliate Commissions Booster - 21 Kaedah Yang Terbukti Mampu Untuk Meningkatkan Komisen Affiliate anda. Sila klik di untuk mendapatkan 3 Bab Percuma Affiliate Commissions Booster.



Selamat Mencuba!
Terima kasih atas tips yg diberikan.... Satu tips yg berguna
 
Top