3 Tips Menjadi Super Affiliate & Menjana Komisen Yang Lumayan.

azidah

Newbie
Joined
Aug 9, 2009
Messages
146
Points
18
Keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan ramai orang mencari alternatif bagi menambahkan sumber pendapatan tambahan.

Kos sara hidup yang meningkat setiap hari juga telah menyebabkan ramai orang berada di dalam kesempitan. Antara sumber pendapatan tambahan yang paling mudah adalah dengan menyertai program Affiliate. Dengan program affiliate, anda tidak perlu mereka produk anda sendiri, mendirikan laman web, menguruskan urusan pelanggan dan banyak perkara remeh yang lain lagi.

Ianya mungkin tidak lagi menjadi satu rahsia bagaimana untuk menjadi super affiliate - yang mampu menjana wang komisen affiliate. Bagaimanapun, di sini saya ingin berkongsi dengan anda 3 tips untuk menjadi salah seorang super affiliate yang mampu meraih komisen affiliate yang lumayan daripada mana-mana program affiliate ang anda sertai:

Tip No.1: Mencari Program Affiliate yang Menawarkan Komisen Yang Tinggi


Tidak kira samada anda mencari prospek samada untuk produk yang berharga $10, $100, $500 atau lebih, anda tetap perlu mencari trafik yang berminat untuk membeli tawaran produk affiliate anda. Bagi sesetengah produk yang berharga murah, kebiasaanya ianya mempunyai kadar pembelian yang tinggi. Sebagai contoh:

Andaikan anda menjumpai pelbagai produk yang berada di dalam kategori niche yang sama dan menawarkan komisen 50%. Sekarang mari kita analisa tawaran tersebut:

- Produk A yang berharga $20 (komisen anda - $10) mempunyai kadar pembelian 5%. Ini bermakna, jika ada 100 orang melihat tawaran produk A, 5 orang daripadanya akan membeli produk tersebut. Ini bermakna, anda kini menjana komisen yang bernilai $50.

- Produk B berharga $100 (komisen anda - $50) dan memiliki kadar pembelian 3%. Ini bermakna, setiap 100 orang yang melihat tawaran untuk Produk B - 3 orang akan membelinya. Jadi, anda telah berjaya meraih komisen sebanyak $150.

- Produk C berharga $500 (Komisen anda $250) hanya memiliki kadar pembelian sebanyak 1%. Jadi setiap 100 orang yang berminat dan melihat tawaran produk C, hanya 1 orang sahaja yang membeli produk tersebut. Maka, anda telah meraih komisen affiliate sebanyak $250.

:: Adakah anda memahami apa yang sedang saya cuba sampaikan?

Apa yang sedang saya cuba sampaikan adalah - pilihlah produk yang mempunyai komisen yang tinggi (dalam contoh ini - komisen yang paling tinggi adalah $250). Hal ini kerana, anda akan melakukan usaha yang sama bagi menarik trafik untuk melihat tawaran produk affiliate anda. Anda juga bakal memperuntukkan masa yang sama untuk menulis artikel, meletakkan komen di blog-blog, mengiklan dan menyertai forum dan aktiviti-aktiviti pemasaran yang lain. Masa yang sama, tetapi komisen yang lebih tinggi :).


Tip No. 2: Mencari Tawaran yang Menawarkan Komisen yang Berulang-ulang

Jika anda mahukan komisen affiliate yang lumayan, anda perlu menjual lebih banyak (volume) dan lebih tinggi harga produk affiliate tersebut.

Daripada anda mempromosikan produk yang menawarkan sekali sahaja pembayaran komisen affiliate, bukankah lebih baik jika anda mencari produk affiliate yang menawarkan pembayaran komisen secara berulang-ulang? Sebagai contoh, produk affiliate yang berkonsepakan " recurring billing membership site".

Apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan sekali sahaja produk affiliate tersebut...tetapi anda bakal dibayar komisen setiap bulan selagi pembeli tersebut membayar yuran keahliannya. Maka, dengan sedikit usaha kajian di awal pemilihan produk affiliate - anda kini mampu meraih pendapatan pasif daripada program affiliate yang anda sertai :)

Di sini saya senaraikan 2 cara mencari produk affiliate yang mana mereka bakal membayar komisen anda secara berulang-ulang:

1. Anda pergi ke ClickBank Marketplace, cari produk yang menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada $0 di dalam kategori "future $". Ini adalah produk yang memerlukan pembelinya membayar sejumlah amaun setiap bulan. Separuh daripadanya adalah komisen milik anda.

2. Cari di dalam Google Search dengan menaip katakunci "affiliate program + recurring billing", "membership site", "passive income" dll.


Tips 3: Memiliki Senarai Nama Opt-In


Mungkin anda telah muak dengan tip ini. Tip yang sama diulang acap kali oleh kebanyakan guru-guru internet marketing.

Tetapi, percayalah ini adalah cara yang paling berkesan. Mari kita lihat contoh di bawah ini:

Contoh: Andaikan anda menjalankan promosi untuk produk affiliate anda. Jika kadar pembelian adalah 2% - iaitu setiap 100 orang melihat tawaran tersebut, 2 orang daripadanya membeli produk tersebut...manakala 98 orang pula hilang tanpa dapat dikesan! Wah! ruginya anda.

Jadi, daripada mempromosikan link affiliate anda terus ke halaman produk affiliate, adalah lebih menguntungkan jika anda menghantar mereka ke squeeze page milik anda - yang terdapat borang opt-in dan tawarkan sesuatu yang berguna secara percuma (contoh: ebook, special report, minisite percuma).

Daripada menampal link affiliate anda di sana dan di sini tanpa tentu hala. Adalah lebih menguntungkan jika anda menangkap senarai nama dan alamat email address prospek anda. Selepas itu, anda bina hubungan yang baik dan promosikan produk affiliate yang menarik perhatian mereka.

Tahukah anda? Kebanyakan orang lebih selesa untuk membeli daripada orang yang mereka kenal sahaja?

Jadi, miliki senarai nama dan alamat email, perkenalkan diri anda, tawarkan maklumat yang berguna secara percuma kepada mereka, bina hubungan yang baik dan akhirnya, anda boleh menawarkan link affiliate anda yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak [Senarai nama anda - tawarkan mereka produk yang boleh memudahkan urusan mereka dan anda sendiri (komisen)].

3 tip ini dipetik daripada Ebook Affiliate Commissions Booster - 21 Kaedah Yang Terbukti Mampu Untuk Meningkatkan Komisen Affiliate anda.

Selamat Mencuba!


Selamat Ber Affiliate!

Azidah.
 
Last edited:

Hamirul

Senior
Joined
Mar 22, 2007
Messages
763
Points
18
Good info, awak nie mesti power affiliate... by the way, thanks for sharing :)
 

ZaRul

Senior
Joined
Jan 22, 2009
Messages
1,780
Points
0
terima kasih atas perkongsian yg amat bermanfaat utk semua..

p/s kalau ada lagi jgn lah malu2 nk share
 

inspiration

Senior
Joined
Nov 20, 2007
Messages
1,200
Points
38
Terima kasih kepada TT kerana berkongsi ebook tersebut. Walaubagaimanapun, Peraturan forum iaitu Opt-in bagi downloader haruslah diletakkan the WTS thread.

Terima kasih.
 

mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
autoresponder amat power lebih lebih lagi affiliate juga boleh digunakan untuk apa sahaja biz MLM ke apa sahaja

contoh anda ada senarai 3000 list email (bukan spam tapi milik anda selepas anda berurusniaga dengan mereka jadi anda boleh tanyakan khabar dengan mereka)

juga traffik tinggi gunakan alexa rank

gunakan social networking
Facebook,twitter,myspace,friendster,tagged hi 5 dan macam macam

selamat mencuba uang penting don't give up
 

wawwi.com

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
2,120
Points
38
autoresponder amat power lebih lebih lagi affiliate juga boleh digunakan untuk apa sahaja biz MLM ke apa sahaja

contoh anda ada senarai 3000 list email (bukan spam tapi milik anda selepas anda berurusniaga dengan mereka jadi anda boleh tanyakan khabar dengan mereka)

juga traffik tinggi gunakan alexa rank

gunakan social networking
Facebook,twitter,myspace,friendster,tagged hi 5 dan macam macam

selamat mencuba uang penting don't give up
Ya betul tu bro. :)
Thanks for sharing.
 

azidah

Newbie
Joined
Aug 9, 2009
Messages
146
Points
18
Sama-sama. i'allah, nanti saya akan kongsikan lagi....

En moderator, minta maaf kalau saya tersilap post thread ni..sorry.
 

azidah

Newbie
Joined
Aug 9, 2009
Messages
146
Points
18
imosnet,

sorry kalau misleading. free utk 3 teknik sahaja...ada lagi 21 + 4 + 4 teknik kena dapatkan ebook Affiliate Commissions Booster.
 

ubdu

freshman
Joined
Aug 16, 2009
Messages
4
Points
0
Good sharing over here..

hi,, alang2 terbaca thread ni aku nk kongsi dengan korang satu affliate progam yang aku join 2 hari..

name program/kompeni ni Global Domain International (GDI), diorg jual .ws domain. korang boleh cube domain ni tuk 7 hari secara percuma + 12 customs email, klo korang nk truskn langgan domain ni caj $10 setiap bulan n klo korang xnk teruskan dlm tempoh 7 hari percuma tu korang boleh request utk xnk langgan domain tu. so korang tak rugi pape klo try. tuk refferral lak korang akn dpt $1 tuk setiap refferral/downline anda. nampak sikit, tp aku sajet korang klik la mne2 link kat bwh ni. tegok dlu then decide.

klo korang nak tahu boleh click mne2 link kt bwh ni..
http://www.freedom.ws/makedgimoney
http://www.website.ws/makedgimoney
http://www.my.ws/makedgimoney
http://www.money.ws/makedgimoney
http://www.movie.ws/makedgimoney <--- aku suggest korang bukak link ni.. presentation dia menarik.
 

FADZRI

Newbie
Joined
Oct 26, 2008
Messages
927
Points
18
Age
32
Terima kasih... Kalau boleh senaraikan affilliaters yg bagus pun ok juga.heheh
 

batagolek

Senior
Joined
Jan 22, 2006
Messages
1,071
Points
38
pergh..signature takleh letak gambar besar lagi ke tu bro ..tak cukup besar lagi tu ..hehe
 

Duit Internet !

freshman
Joined
Sep 3, 2009
Messages
854
Points
0
thx 4 sharing azidah
 
Top