3 langkah untuk berjaya

Nakia

freshman
Joined
Jun 19, 2009
Messages
301
Points
18
Langkah 1
=======
Usaha - Tidak ada kejayaan tanpa usaha.Perut tidak akan merasa kenyang jika tidak ada tangan yang menyuapkan nasi ke mulut.

Langkah 2
=======

Berusaha - Kita mesti sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam masa yang secepat mungkin.

Langkah 3
=======

Terus berusaha - Belakang parang jika diasah lagikan tajam ! Terus berusaha dan berusaha anda pasti berjaya.

Jadikan ini sebagai amalan insyallah anda pasti berjaya
 

AsYraF

freshman
Joined
Nov 26, 2009
Messages
472
Points
16
Ringkas, tapi sebenarnya itulah kunci utama kepada semua tindakan
dan perkara yang ingin dilakukan. Cuma mungkin kita sebagai yang
beragama Islam boleh tambahkan satu lagi langkah:

Langkah ke-4 iaitu "TAWAKAL". :)
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
ya.. setuju dengan TT dan rakan2 di atas

Usaha - Doa - Tawakal

Kita dah berusaha sehabis baik (sampai 3 kali TT ucapkan)

kita berdoa bersungguh2.. doa kepada siapa ? semestinya kepada Allah s.w.t. Kita berdoa agar kita diberikan kejayaan

Dan kita tawakal.. berserah kepada Allah untuk menentukan sama ada kita berjaya atau tidak
 

wangiguy

freshman
Joined
Jul 24, 2010
Messages
674
Points
0
betol betol betol! tiada kejayaan tanpa usaha, tapi kena ingat, setiap kali bila kita merasa hendak putus asa, itulah tanda nya kejayaan dah semakin deekkaattt sangat :)
 

Rushaidin

Newbie
Joined
Jun 8, 2010
Messages
674
Points
18
Usaha tangga kejayaan.... kita tak sepatutnya cepat berputus asa dgn apa yg kita usahakan.... sebaliknya kita harus melihat apakah kesilapan yg telah kita lakukan & perbaiki kesilapan itu ... utk terus maju & berjaya.... yg pasti usaha sahaja belum cukup.... doa & tawakal juga penting
 

Kak Nor

freshman
Joined
Aug 14, 2010
Messages
16
Points
0
Ungkapan yang sejak dari bangku sekolah rendah lagi biasa kita dengar dan penuh dengan makna yang tersirat 'USAHA TANGGA KEJAYAAN'. Sudah tentu bagi kita orang islam berserah kepadaNya selepas kita berusaha membuat hati kita sentiasa redha dan tenang.
 

Nakia

freshman
Joined
Jun 19, 2009
Messages
301
Points
18
Betul Usaha Tangga Kejayaan namun usaha sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan azam,iltizam dan cara yang efektif. Tidak ada manusia yang tidak berusaha namun kebanyakkan mereka ada juga yang gagal ! Usaha tanpa ilmu dan cara bertindak yang betul tidak akan membuahkan hasil.pepatah ada mengatakan "Ilmu Pelita Hidup"
 

Nakia

freshman
Joined
Jun 19, 2009
Messages
301
Points
18
Kenapa sesetengah manusia malas atau tidak mahu berusaha ?

Manusia menjadi malas atau tidak mahu berusaha kerana mereka merasakan apa yang ada sudah cukup.Mereka tidak mahu yang lebih baik atau banyak. Cukup la apa yang ada - inilah alsan mereka bila ditanya kenapa tak mahu berusaha untuk lebih maju atau berjaya ? Mentaliti cukup makan ini (maaf cakap) adalah mentaliti orang melayu.Cukup makan dan sikap biarlah adalah sikap buruk orang melayu yang masih kekal dari zaman sebelum merdeka hinggalah ke hari ini. Buktinya kita boleh lihat bangsa apakah yang paling ramai menjadi kakitangan kerajaan dan kenapa mereka menjadi kakitangan kerajaan ? jawapannya mudah iaitu cukup makan. Gaji RM1000 sebulan cukup la buat apa nak susah-susah ke hulu ke hilir cari peluang kalau RM1000 dah cukup. Rumah teras cukup la asalkan tak kena panas dan hujan.
Dalam dunia hari ini orang melayu tak boleh lagi hidup secara cukup makan kerana apa yang cukup hari ini belum tentu cukup pada esok hari. Harga barang sentiasa meningkat dari hari ke hari lihat saja harga gula yang naik mendadak dari RM1.55/kilo ke RM1.90 dalam masa kurang dari 2 bulan. Beras,Tepung,Ikan semuanya semakin naik harga makan ramailah orang melayu yang dah tak cukup makan (asalnya cukup makan) akibatnya jalan pintas diambil iaitu menerima sogokan. Banyak kes rasuah melibatkan kakitangan kerajaan atas faktor cukup makan inilah.
Hari ini orang melayu mestilah bersungguh-sungguh membuang tabiat cukup makan ini. Mereka mestilah berusaha,usaha dan terus berusaha untuk memajukan diri dan masyarakat.
 

azeri

Senior
Joined
Oct 14, 2009
Messages
339
Points
18
Tip sempoi. Kata kuncinya...
.
.
.
USAHA !!!
 
Top