3 Cara Paling ‘Malas’ Menjaga Kulit Muka

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
463
Points
0
Anda beruntung jika anda mempunyai kulit muka yang bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Namun itu bukan alasannya untuk anda memandang enteng dalam soal penjagaan kulit muka. Siapa kata menjaga kulit muka adalah sukar? Tidak perlu kusutkan fikiran untuk mendapatkan rawatan spa kulit sebagainya. Hanya lakukan tiga langkah mudah ini untuk menjaga kulit muka anda.

Mencuci muka
Pencuci muka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicari. Beratus-ratus jenama pencuci muka terdapat di pasaran untuk anda pilih. Tidak semestinya perlu yang mahal untuk mendapatkan hasil kulit yang terbaik.

Anda hanya perlu mencari pencuci yang sesuai dengan kulit anda dan teruskan menggunanya. Elak daripada mencampur-campurkan jenama produk berlainan. Pencuci yang mengandungi banyak buih mampu membuat kulit anda kering. Mungkin anda juga boleh mencuba mencuci muka menggunakan bahan-bahan berasaskan organik seperti susu , yogourt atapun oat. Siapa tahu jika ia berkesan pada kulit anda.


Pelembab
Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, setelah membersih dan menyegar , pastikan anda tidak mengabaikan langkah seterusnya iaitu melembabkan kulit wajah. Bagi kulit normal, kandungan minyak semula jadi sudah dimiliki. Namun adakalanya ia akan menjadi kering disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pilih pelembab yang ringan dalam bentuk losyen.

Bagi anda yang memiliki kulit kering pula, pelembab adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah anda. Gunakan pelembab yang bertekstur keras seperti krim. Sebaliknya jika anda mempunyai kulit berminyak, elakkan daripada menggunakan pelembab. Ini kerana kejenjar sebum anda sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air.

Pelindung UV

Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kala tidak dapat dielakkan. Maklumlah, kita tinggal di negara beriklim panas di Malaysia. Tahukah anda, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit anda berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30. Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi bahan mineral dan organik.

Yang sebenarnya tidak sukar menjaga kulit wajah. Bagi yang benar-benar tidak berkesempatan, cukuplah lakukan tiga langkah mudah ini. Apa yang penting adalah membersih dan melindunginya daripada kotoran luar. Kulit wajah merupakan aset paling penting harus dijaga oleh wanita. Jangan nanti bila kulit sudah bermasalah baru ingin bertindak. Senarai Produk Penjagaan Kulit Muka yang di syorkan oleh pakar kulit berbentuk Vitamins/Supplements dan mudah di ambil boleh anda baca di sini
 

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
kadang2 aku malas nak beli pencuci muka..tibai bini aku punya je
 

LadyGreen

freshman
Joined
Apr 19, 2017
Messages
20
Points
1
Age
33
kalo datang time malas,nak cuci muka pakai pencuci pon malasss.tapi kalau malas macam mana nak kulit cantik dan feloles ye tak mihmihmih
 
Top