#2 : Produk / Perkhidmatan

Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#1
Seperti yang telah saya katakn seebelum ini dibahagian pengenalan. Secara umumnya, perniagaan internet terbahagi kepada 3 komponen, iaitu :-
- Produk
- Website
- Marketing

So, untuk topik ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang komponen pertama di dalam perniagaan internet, iaitu "PRODUK/PERKHIDMATAN" .

Secara umumnya... produk & perkhidmatan ini boleh dibahagikan kepada 2 sumber..
1) Diri sendiri..
2) Pihak/Orang lain

Ya.. hanya ada 2 sahaja.. sama ada produk itu buatan anda.. ataupun buatan orang lain.
Sudah semestinya, masing-masing ada pro & kontra tersendiri...
Persoalannya.. yang mana satukah yang perlu anda gunakan untuk perniagaan anda? Produk sendiri atau produk orang lain?
 
Joined
May 16, 2006
Messages
677
Likes
2
Points
18
Offline
#2
Seperti yang telah saya katakn seebelum ini dibahagian pengenalan. Secara umumnya, perniagaan internet terbahagi kepada 3 komponen, iaitu :-
- Produk
- Website
- Marketing

So, untuk topik ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang komponen pertama di dalam perniagaan internet, iaitu "PRODUK/PERKHIDMATAN" .

Secara umumnya... produk & perkhidmatan ini boleh dibahagikan kepada 2 sumber..
1) Diri sendiri..
2) Pihak/Orang lain

Ya.. hanya ada 2 sahaja.. sama ada produk itu buatan anda.. ataupun buatan orang lain.
Sudah semestinya, masing-masing ada pro & kontra tersendiri...
Persoalannya.. yang mana satukah yang perlu anda gunakan untuk perniagaan anda? Produk sendiri atau produk orang lain?

jika saya, saya akan gunakan kedua-duanya.. tetapi jika diandaikan saya tidak mempunyai sebarang produk sendiri, saya akan gunakan produk orang lain untuk mendapatkan keuntungan semula.

sebagai contoh, produk yang mempunyai lesen untuk dijual semula.
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#3
Ok.. thanks noorizam atas reply..

Sebelum ini dah cerita pasal sumber, sekarang cerita pasal bentuk2 produk pula.
Sekali lagi, secara umumnnya, terdapat 3 jenis produk yang wujud...
1) Produk Digital
2) Produk Fizikal
3) Perhidmatan

Produk Digital
Produk digital memang ada banyak kelebihan, antaranya,
- kos rendah
- untung besar
- tak perlu penyimpanan stok
- penghantaran mudah & murah (pakai email je)
Ringkasan : Sales tinggi, profit tinggi

Produk Fizikal
Produk fizikal juga boleh dijual menerusi internet, tetapi lebih banyak kekurangannya berbanding produk digital. Lebih-lebih lagi jika produk tersebut boleh didapati di kedai-kedai berhampiran, kini anda bukan sahaja perlu bersaing dengan website-website yang lain, malah, anda juga perlu bersaing dengan kedai-kedai (perniagaan offline). Tapi, sudah tentu, anda masih boleh menjual produk fizikal secara online dan ada beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk memenangi persaingan tersebut. (apa tipsnya? nanti saya cerita kemudian)
Ringkasan : Sales tinggi, profit kurang

Perkhidmatan
Ini adalah jenis produk yang paling besar keuntungannya, namun begitu, ia juga ada sedikit kekurangan. Iaitu, ia memerlukan sumber yang agak besar sama ada dari masa dan juga tenaga. Disebabkan itu, tidak banyak jualan yang dapat dihasilkan dari segi "volume".
Ringkasan : Sales kurang, profit tinggi

Masing-masing ada kelebihdan dan kekurangan dia... so.. kenalah pandai pilih nak jual produk jenis mana satu? Nak pilih tu pula.. bukanlah hanya dinilai berdasarkan faktor yang terdapat pada jenis produk tersebut semata-mata... faktor "penjual / diri anda" juga sebenarnya perlu diambil kira di dalam membuat pemilihan jenis produk yang ingin diniagaakan.

Siapakah anda? Apa kelebihan anda? Apa kekurangan anda? Berpa banyak sumber (wang, tenaga, masa) anda? semuanya perlu diambil kira juga..
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#4
Sekarang saya nak cerita pula macam mana nak cari produk. Sebabnya, selalu kita dengar orang merungut.. mereka nak mulakan bisnes internet.. tapi tak tahu nak jual apa2. Ok.. ini dia tips untuk anda..

Ok!.. seperti yang telah saya katakan kat atas tu.. produk ini boleh dibahagikan kepada 2 sumber. Sendiri atau orang lain.

So.. apabila kita hendak mencari idea untuk menghasilkan produk.. selalunya.. kita kena lihat diri kita dulu.. kemampuan diri kita. Maksudnya.. seelok-eloknya, cuba hasilkan produk sendiri terlebih dahulu sebagai pilihan pertama..

Kalau dah buntu sangat dan tak boleh nak hasilkan produk sendiri.. baru kita pergi ke step seterusnya.. cari produk orang lain.

Ok.. persoalannya.. macam mana nak hasilkan produk sendiri?

Apabila sebut mengenai penghasilan produk sendiri.. sudah tentunya.. produk yang paling popular dan mudah dihasilkan adalah produk info. Senang kata ebook!.

Walaupun mungkin ada yang sudah muak dan jelik dengan perkataan ebook. Tapi, hakikatnya, ianya masih merupakan satu produk yang paling mudah dihasilkan, rendah kos dan mampu memberikan keuntungan yang tinggi .

Kepada yang sudah jelik dengan ebook, takper.. saya faham, tapi, buat masa ini, harap dapat tolak ketepi dulu perasaan jelik itu. :)

Sebenarnya, kalau tak suka ebook.. mungkin anda boleh buat video? mp3? teleseminar? membership site? dan sebagainya.... asasnya.. kesemuanya adalah info produk.

Ok.. cerita sedikit pasal penghasilan produk yang berasaskan info...

Persoalan yang sering di dengari ialah..
Nak tulis pasal apa? saya tak pandai dalam apa-apa pun.. boleh jual ke knowledge saya? Bukannya hebat pun.. setakat tahu sikit-sikit dan benda basic je..

Hakikatnya, setiap orang mempunyai kemahiran masing-masing.. anda perlu cari dan kenalpasti kemahiran serta kelebihan anda...

ramai orang yang tidak nampak kemahiran diri sendiri.. apabila ditanya.. "Apa yang anda terrerr?"..

Kebanyakkan akan jawap.. "Hmm.... entahlah... terrer makan kot?"..
Perkara ini kedengaran agak lucu.. tapi sebenarnya, ianya sesuatu yang agak menyedihkan.

Jika anda tidak mampu melihat kehebatan diri anda sendiri, mungkin anda boleh minta pertolongan dari rakan-rakan, adik beradik atau sesiapa sahaja yang mengenali diri anda... tanya mereka.. pada pandangan mereka, apakah kehebatan anda. Minta mereka berikan jawapan yang jujur... lepas mereka berikan jawapan yang anda rasa ianya adalah jawapan yang jujur dan berasa puas hati.. jangan lupa belanja mereka makan cendol atau bihun sup abg johari.. ho! ho! ho! oklah tuuu... :D


Yer.. ulang balik.. untuk menghasilkan produk info anda sendiri.. perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah.. mencari kelebihan/ kehebatan / kemahiran anda terlebih dahulu.

Bagaimana nak kenalpasti kelebihan sendiri?..
1- Branstorming dan ingat semula, apakah sesiapa yang pernah meminta nasihat dari anda tentang sesuatu perkara?.. Adakah nasihat and aitu adalah sesuatu nasihat yang bernilai? Jika ada.. ia boleh menjadi titik permulaan untuk penghasilan produk anda.

2 - Tanya orang sekeliling, ya! jika anda gagal melihat kelebihan diri sendiri, tanya orang2 di sekeliling anda.. minta mereka bantu anda mengenalpasti kelebihan anda.

3 - Minat, hobi & kerja.. apa hobi anda? apakah minat anda? dan apakah pekerjaan anda? Apabila anda mempunyai sesuatu hobi/minat & kerja yang khusus. Biasanya, anda akan mempunyai banyak pengetahun dan ilmu mengenainya.
Jika anda minat memancing... anda boleh buat ebok panduan memancing?
Jika anda minat bermain game? mungkin anda boleh buat ebook koleksi tips/cheat game terhangat?
Jika anda bekerja sebagai agen insuran.. mungkin anda boleh menulis ebook tentang tips2 membeli insuran atau sebagainya.

dan satu hakikat yang anda perlu ketahui.. untuk menulis ebook tersebut, anda tidak perlu menjadi expert tentangnya. Misalnya..
- untuk menulis ebook pasal memancing.. anda tidak perlu menjadi pemancing no 1 negara..
- untuk menulis tentang tips/cheat games.. anda tidak perlu menjadi pemain game paling terrer di dunia..
- untuk menulis ebook tentang insuran, anda tidak perlu menjadi agen paling top di asia..

apa yang perlu anda expert adalah.. expert di dalam mendapatkan & mengumpulkan maklumat. apa yang perlu anda ada.. adalah maklumat asas berkenaan sesuatu bidang (yang sememangnya anda sudah ada kerana anda meminatinya/ ianya adalah hobi anda / kerja anda).. dan selebihnya... gunakan google!

Tapi sudah tentulah.. apabila anda sudah berjaya mengumpulkan semua maklumat tersebut & berjaya membukukannya.. amatlah bagus untuk anda mencubanya terlebih dahulu segala ilmu yang telah anda bukukan tersebut..
ianya adalah lebih baik dan insyallah.. lebih laku keras jika anda menjualnya..

ada apa2 soalan?..

bersambung..


//adoi.. penat lah pulak nak menaip.. rasa macam better kalau saya buat video je..
 
Joined
Sep 12, 2006
Messages
776
Likes
0
Points
16
Offline
#5
terima kasih atas penerangan panjang lebar... orang yang membaca memang sedap (kalau rasa dah tau boleh skip), tapi orang menaip la siksa (moga mendapat ganjaran kelak..amin).. hehehe.

Bagi saya walaupun mungkin ada perkara yang saya dah tahu, tetapi perlu juga refresh dan ingatkan diri sendiri supaya motivasi diri bertambah :)
 
Joined
Aug 19, 2006
Messages
2,533
Likes
6
Points
38
Age
35
Offline
#6
Aku rasa thread nih sangat berbaloi bagi newbie macam aku nih. Ada gak yang aku miss dan terlepas pandang..:)
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#7
ok.. saya nak sambung sedikit, beberapa kaedah bagaimana untuk mencari idea di dalam mencari produk..

Jika sebelum ini saya dah nyatakan 3 cara.. kali ini saya nak tambah 2 lagi cara...

4. Masalah adalah peluang. Ya.. sebagai seorang usahawan.. kita perlulah sentiasa melihat sesuatu masalah itu sebagai peluang. Teknik ke empat untuk mencari idea tentang produk ialah... mengenalpasti masalah orang ramai... dan cari solutionnya. Anda sebagai usahawan, hanya perlu matchkan / jadi orang tgh kepada 2 perkara ini.. iaiatu, masalah & penyelesaiannya.

Untuk teknik ini, ramai yang akan mengeluh.. "masalahnya... saya pun tak tahu bagaimana menyelesaikannya."

Berpegang kepada kata-kata.. tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan di dunia ini.. maka... perkara pertama, anda perlu berfikiran positif. Kedua.. pergi ke google dan taip masalah anda.

Setelah jumpa.. test dulu! Jika berkesan.. duit beribu-ribu menanti anda! ho! ho!.. Tetapi.. jika tidak.. cari masalah lain pula..ho! ho! Hey!. Dunia inikan penuh dengan masalah..


5. Kenalpasti keperluan & kemahuan manusia. Ya.. kenalpasti keperluan & kemahuan manusia untuk hidup.. dan cuba penuhi ia.

Persoalannya, apakah yang manusia perlukan? Untuk menjawap persoalan itu, kita lihat gambarajah dibawah



Secara asas.. manusia perlukan makanan, air, tempat tinggal dan sebagainya. So.. apa yang perlu anda lakukan, cari satu produk yang boleh memenuhi keperluan tersebut.

Semakin tinggi level keperluan manusia, selalunya.. produknya semakin mahal harganya = semakin besar keuntungannya. Tapi semakin kecil pula "marketnya".

Terpulang kepada anda nak penuhi keperluan manusia pada level mana.

bersambung..
 
Joined
Jan 28, 2008
Messages
99
Likes
1
Points
8
Offline
#8
tq bro bagi piramik tu, memang membantu sedikit sebanyak nak cari niche yang sesuai.

ni sedikit info yang saya ingin kongsikan.

Cari produk yang kena dengan minat anda

Apa gunanya kalau menjual sesuatu yang anda tidak minat/arif. Ingat yang pembeli itu manusia juga, dengan meminati produk yang anda jual, anda dapat tahu apa yang pembeli suka dan apa yang pembeli tidak suka.

Yelah, sebagai contoh anda seorang peminat keris tapi menjual pedang. Anda tidak tahu orang yang meminati pedang gemar pedang jenis macam mana bukan. Tapi jika anda jual keris, mungkin anda lebih arif dan tahu apa yang pembeli keris ingin keris macam mana. Tu salah satu cara nak cari idea bagi produk, cari produk yang kena dengan minat anda. Mudah bukan.

Tiru atau curi produk orang lain
Ni rahsia saya sebenarnya. Tiru dan curi je produk dan ubah menjadi produk kita sendiri. Produk yang saya maksudkan disini ialah produk infomasi atau produk digital. Tapi macam mana nak lakukan? Mudah je. Kumpulkan semua info-info yang anda minat atau yang berguna dari ebook-ebook yang anda baca dan olah kembali mengikut cita rasa anda. Disini anda dapat ilmu dan ada produk sendiri tanpa perlu susah-susah membuat kajian dan sebagainya. Tapi masa olah tu kenalah olah betul-betul nanti dicop peniru atau diblack list tak pasal-pasal oleh IM-IM...haha Apapun, banyak produk yang anda boleh "tiru" dan "curi" jika anda seorang pemerhati yang baik . :)

Cari/buat sesuatu yang unik
Saya syorkan anda cuba sesuatu yang unik dan berbeza dari kebanyakan orang. Jika orang ramai buat ebook bagaimana nak buat duit, anda buat ebook tentang simpan duit atau kewangan atau tentang hartanah. Setahu saya masih tiada orang buat ebook pasal ni. Mudah kata kalau orang ramai buat A, anda buat B kerana kita semua mahukan kelainan dalam sesuatu. Yelah, selalu baca/beli benda yang sama boring jugak kadang-kala biarpun ianya yang baru.

Buat je
Ni tip terakhir saya. Saya rugi 1 bulan setengah sebab terlalu banyak berfikir apa produk mahu jual . Lepas baca 1 buku tu, saya sedar yang saya xmungkin perfect. Jadi saya pun terus buat ebook Wordpress Beauty (dlm proses) tanpa fikir panjang (dah buat kajian tentang market n lain2 walaupun kata tanpa pikir panjang..haha). Jadi nasihat saya disini lakukan je apa yang anda terlintas difikiran, tetapi kena buat kajian la terlebih dulu sebelum buat tu. Takde guna kalau buat siap-siap tapi tiada value dalam market kan. Oh ya, jauhi sifat perfectionist kerana ianya akan menyusahkan diri anda.

Tu je sedikit perkongsiaan saya. Saya pun masih newbie jadi jika ada salah silap tolong bg sebijik 2 agar kesalahan tu boleh dibaiki. :)

Oh ya...banner dibawah ni saya pakat hentam je, saya bukannya seorang designer atau apa...tapi boleh buat banner saya sendiri sebab saya suka tiru dan curi apa yang orang lain lakukan. Jadi tiru je apa yang anda boleh tiru, asalkan xde orang marah sudah haha
 
Last edited:
Joined
Oct 11, 2007
Messages
3,038
Likes
1
Points
38
Age
37
Offline
#9
Sungguh banyak ilmu yang disampaikan di dalam sini.. sebagai 'org baru' dalam arena nie.. ThanksBro Shuth!! Saya nie lama x online.. Dlm 3 minggu kena hadiri kursus.. Isk2x.. bnyk tul terlepas peluang.. apa pun thanks again 4 the nice info + tips..
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#10
Sekarang nie... sibuk orang cerita pasal kenaikan harga minyak..
so.. langkap pertama, biasanya orang akan mengurangkan perbelanjaan mereka...

Jadi disini... jika kita nak mulakan projek kita...
kita kena analisa hirarki maslow itu dengan lebih mendalam..

pada2 waktu begini... ramai orang akan mengehadkan perbelanjaan mereka..
oleh itu, jika mereka ingin membeli pun, ianya akan lebih fokus kepada barang2 keperluan asas..
jadi.. mungkin kita boleh fikir2kan dan nilai semula.. adakah produk kita itu tergolong ke dalam golongan "barang keperluan asas" atau tidak?..
 
Joined
May 22, 2007
Messages
6,621
Likes
2
Points
38
Offline
#11
barangan keperluan asas dan mempunyai permintaan dan juga menyelesaikan masalah mereka untuk mendapatkan lebih banyak lagi keperluan asas mereka sambil berjimat....

jimat dan menguntungkan sambil menambahkan pendapatan...
 
Joined
Mar 19, 2007
Messages
1,189
Likes
3
Points
38
Offline
#12
Contoh terdekat :

Saya mempunyai kepakaran dalam bidang masakan , oleh itu muncul ler soyadiy.com :D .

Sebenarnya mak saya yang pakar air soya dan tau fu fah oh!
 

sarell

freshman
Joined
Feb 16, 2008
Messages
22
Likes
0
Points
1
Age
35
Offline
#14
en. shuth, saya berminat nak tahu tentang proses penerbitan buku fizikal, sebab saya ada dalam proses menulis satu tutorial ala2 'dummies for easy 3D of sketch up'... mulanya saya tulis untuk e-book, tp bila separuh jalan rasa mcm nak dijadikan produk fizikal plak, tp tak tahu mana satu lebih baik...

antara persoalan2 sy?

1-susah/rumitkah nak mencetak dan menerbitkan buku fizikal? kena register dulu kat mana2?apa kriteria buku fizikal?


kalau nak diikutkan tutorial percuma tentang sketchup dah melambak kt internet cuma tak di susun dengan begitu teratur + berbahasa inggeris, saya nak terbitkan dalam bahasa melayu dan target group sy adalah golongan individu yang mahu menggunakan 3D presentation, para guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar2 politeknik + pelajar2 sekolah..proses animasi ringkas serta penciptaan 3D yg sungguh mudah membolehkan guru menyampaikan ilmu secara visual..hasilnya mudah difahami oleh pelajar...(antara niat lain nak memajukan minda anak2 melayu juga, sbb tu menulis dlm bhsa melayu...x pikir untung sgt...market sesama melayu tak menjanjikan hasil yg terlalu lumayan, asalkan produk tu ada impak untuk generasi akan dtg juga)

saya nmpak market dalam bidang education masih luas dan guru2 dah mulai maju kedepan..dulu2 tulis kat papan hitam pastu da reti pakai word, power point...then, sy mcm nak ketengahkan sketch up sebab ia sgt mudah dan sgt berguna untuk proses pengajaran yg melibatkan matapelajaran sains seperti kimia, fizik, biologi dan sebagainya.

cumanya saya nak tahu pendapat kawan2 lain samada patutkah sya terbitkan dalam bentuk physikal buku tersebut atau e-book sudah memadai? kawan2 boleh syorkan harga e-book atau buku tersebut kerana saya nak juga tahu price yang affordable dari pendapat semua.


terima kasih..
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#15
Salam sarell..
untuk produk tutorial yang berbentuk teknikal...
bagi pendapat saya, ianya lebih sesuai jika produk tersebut berbentuk video.

ebook? walaupun ebook lebih mudah dihasilkan.. tetapi dari perspektif penggua/pembeli, agak sukar sebenarnya untuk belajar menggunakan sesuatu software dengan hanya melihat teks dan gambar..

Lebih-lebih lagi jika software itu sedikit kompleks... memang sukar untuk difahami.

Maaf jika ia tidak menjawap persoalan.. itu just pandangan saya je..

Ok.. ini jawapan untuk sarell..
bagaimanakah menerbitkan buku fizikal?

Ok.. nak terbitkan buku fizikal tak susah sebenarnya...
- tulis buku dalam word
- dah siap, dapatkan no ISBN dari perpustakaan negara
- buat design layout/cover
- hantar ke kilang printing
- siap print.. boleh jual.

itu langkah secara asas.. secara detailnya, banyak perkara perlu dipertimbangkan.
1) kos printing.. untuk printing, order minimum biasanya 500 unit. jika sebuah buku kosnya RM5 , maka perlu ada RM2500 sebagai modal untuk kos printing

2) store penyimpanan... jika 500 buah, mungkin boleh simpan dirumah, kalau buku nipis, tak banyak sangat makan ruang, kalau buku tebal.. mungkin perlukan ruang yang banyak sedikit untuk disimpan.

3) pemasaran.. bagaimana anda ingin mengedarkan buku tersebut. Adakah hanya menjual 100% menggunakan internet atau anda ingin meletakkannya di kedai2 buku?... kalau nak letak kat kedai2 buku.. bagaimana pula, adakah anda nak jumpa direct dengan pemilik kedai buku atau nak upah "syarikat pengedar" untuk menguruskannya.. dan satu yang perlu anda tahu, syarikat pengedar biasanya akan minta komisen sebanyak 50-60% darupada harga buku. Nak edar sendiri?... kena tahu sepak terajang orang bisens buku.. kalau tidak, jawapnya kena sembelih nanti.. buku habis duit tak dapat.
 

sarell

freshman
Joined
Feb 16, 2008
Messages
22
Likes
0
Points
1
Age
35
Offline
#16
woah..susah jugak untuk buat produk berbentuk fizikal, patut lah dari awal2 lagi bro shuth mmg tak galakkan... hmm.. betul jga , bila videokan at least bleh buat penjualan melalui online tak pon fizikal produk pon CD, tak susah sgt...hmm...

akan saya pertimbangkan semula ...apa pon mungkin bleh combined kan e-book dgn video tutorial tersebut..trima kasih atas bantuan en. shuth..
 
Joined
Jul 12, 2006
Messages
957
Likes
2
Points
18
Offline
#17
Nice tips.. bagus juga yer.. walaupun dah ada asas, tapi bila baca balik banyak lagi yang kena dok belajar..
 
Joined
Apr 3, 2007
Messages
432
Likes
1
Points
18
Offline
#18
banyak giler input2 yang berguna kat sini. rugilah sape yang tak ambik peluang untuk study tentang benda2 ni semua..hehe:D
 
Joined
May 4, 2007
Messages
599
Likes
11
Points
18
Age
46
Offline
#19
Salam sarell..
untuk produk tutorial yang berbentuk teknikal...
bagi pendapat saya, ianya lebih sesuai jika produk tersebut berbentuk video.

ebook? walaupun ebook lebih mudah dihasilkan.. tetapi dari perspektif penggua/pembeli, agak sukar sebenarnya untuk belajar menggunakan sesuatu software dengan hanya melihat teks dan gambar..

Lebih-lebih lagi jika software itu sedikit kompleks... memang sukar untuk difahami.

Maaf jika ia tidak menjawap persoalan.. itu just pandangan saya je..

Ok.. ini jawapan untuk sarell..
bagaimanakah menerbitkan buku fizikal?

Ok.. nak terbitkan buku fizikal tak susah sebenarnya...
- tulis buku dalam word
- dah siap, dapatkan no ISBN dari perpustakaan negara
- buat design layout/cover
- hantar ke kilang printing
- siap print.. boleh jual.

itu langkah secara asas.. secara detailnya, banyak perkara perlu dipertimbangkan.
1) kos printing.. untuk printing, order minimum biasanya 500 unit. jika sebuah buku kosnya RM5 , maka perlu ada RM2500 sebagai modal untuk kos printing

2) store penyimpanan... jika 500 buah, mungkin boleh simpan dirumah, kalau buku nipis, tak banyak sangat makan ruang, kalau buku tebal.. mungkin perlukan ruang yang banyak sedikit untuk disimpan.

3) pemasaran.. bagaimana anda ingin mengedarkan buku tersebut. Adakah hanya menjual 100% menggunakan internet atau anda ingin meletakkannya di kedai2 buku?... kalau nak letak kat kedai2 buku.. bagaimana pula, adakah anda nak jumpa direct dengan pemilik kedai buku atau nak upah "syarikat pengedar" untuk menguruskannya.. dan satu yang perlu anda tahu, syarikat pengedar biasanya akan minta komisen sebanyak 50-60% darupada harga buku. Nak edar sendiri?... kena tahu sepak terajang orang bisens buku.. kalau tidak, jawapnya kena sembelih nanti.. buku habis duit tak dapat.
Cara paling mudah guna konsep publish on demand. Dapatkan duit dahulu then boleh buat fotostat je....
 
Joined
May 4, 2007
Messages
599
Likes
11
Points
18
Age
46
Offline
#20
Top