2 Perkara Saya Belajar Daripada Microsoft!

Labanon

Senior
Joined
Jul 14, 2006
Messages
1,802
Points
38
Salam & hi semua,

Cuba anda bayangkan semasa anda menjual produk sendiri dan alhamdulillah produk tersebut terjual sebanyak jutaan unit. Namun, masalah timbul apabila ramai pelanggan anda memberikan feedback negatif terhadap produk anda kerana produk anda mempunyai masalah. :p

Sudah tentu anda stress kan? And then mesti terus tutup jualan. Inilah yang saya lakukan ketika melancarkan NiagaKit v1 dan kini saya sedar bahawa saya telah silap.



Saya belajar benda baru yang agak penting iaitu ketika Microsoft melancarkan console pertamanya iaitu Xbox 360. Tahukah anda bahawa Xbox 360 mempunyai masalah ketika pelancaran fasa pertamanya?

Masalah yang agak kronik dapat dikesan setelah jutaan unit console tersebut terjual. Ramai client mereka yang bising-bising dan cuba memberikan tekanan kepada Microsoft.

Mungkin boleh rujuk ni: http://en.wikipedia.org/wiki/Xbox_360_technical_problems

Ramai pesaing mereka meramalkan bahawa Microsoft akan gagal dan terus menghentikan jualan. Mereka silap besar apabila Microsoft dengan steadynya meneruskan jualan console tersebut kepada ramai. Malah menggandakan marketing terhadap produk tersebut.

Jadi, saya dapat belajar 2 perkara penting daripada cerita Xbox 360 ini.

1) Tiada yang perfect di atas dunia ini, walaupun produk tersebut dicipta oleh syarikat milik orang yang terkaya di dunia. Jadi, jangan takut untuk mencipta produk sendiri walaupun hanya sebuah ebook. :)

2) Duit hasil jualan produk tersebut berjaya mengawal kemarahan para pelanggan. Microsoft meneruskan jualan produk tersebut kerana dia faham andaikata dia stop jualan Xbox 360 tersebut, sudah tentu aliran kewangan juga akan berhenti.

Jika aliran kewangan terhenti, mereka akan menghadapi lebih banyak masalah. Ini seperti mana saya stopkan jualan Niagakit v1, banyak betul masalah yang datang terutamanya daripada client. :D

Dengan aliran kewangan yang ada, Microsoft dapat handle kemarahan pelanggan sedia ada. Mereka mungkin tambah pekerja bahagian support dan sebagainya sementara menunggu masalah ini diselesaikan oleh engineer mereka.

Saya belajar, jangan sesekali hentikan aliran pendapatan anda kerana lebih banyak masalah yang akan timbul!

Andaikata, anda mengalami masalah yang sama dimana anda menjual produk tiba-tiba ada orang komen mengenai produk anda. Jangan risau, praktikkan 2 tip ringkas di atas.

Insyallah anda akan berjaya, sepertimana Microsoft berjaya.

Perkongsian ikhlas,
- Labanon
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
syarikat2 besar menganggap kegagalan atau kekurangan produk bukan penutup segala2nya melainkan ia adalah proses utk menuju ke arah kesempurnaan
 

Peter Jay

freshman
Joined
Jun 21, 2009
Messages
357
Points
0
Terima kasih bro atas perkongsian ini. Sungguh bermakna.
Membaca artikel ini senang, mengejanya mudah dan menyebutnya pun kacang tapi..
Mempraktik, melaksana dan mengharungi sendiri semua situasi itu barulah cabaran sebenar..

Terima kasih atas nasihat ini.
 

najib jasmani

Newbie
Joined
Nov 25, 2009
Messages
119
Points
0
teringat cerita Thomas Edison yg cipta lampu pertama...
compare ngan skrang mcm² jenis yg tercipta sampaikan
kita tak pernah terfikir...
Kesimpulan satu produk yg di upgrade dr masa ke masa
pasti menjadi sesuatu yg menarik...insyaallah.
 

ZaRul

Senior
Joined
Jan 22, 2009
Messages
1,780
Points
0
bagus perkongsian bro Labanon ni..tq bro,ternyata pengalaman adalah guru yg paling berkesan dalam menjadi org yg berjaya,kita perlu sentiasa belajar walau setinggi mana ilmu atau sekaya mana harta yg ada
 

freemoney4u

freshman
Joined
May 5, 2009
Messages
16
Points
0
Betol..betol..betol..=) Jauh perjalanan, Luas pengalaman, Banyak pengetahuan..
 

shaifulazhan

Senior
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,705
Points
38
perkongsian yang mantap.

lepas jualan, ada komen, kita sama2 tingkatkan dan buat perubahan terhadap produk yang dijual. dapat komen lagi, kita ubah dan ubah dan ubah dan tingkatkan lagi.
 
Top