17 bahaya lidah

AT-TARMIZI

freshman
Joined
Dec 9, 2008
Messages
467
Points
16
Age
30
Salam sukses semua,di sini saya nk share artikel drp Imotivasi.com iaitu ttg 17 bahaya lidah,sudi2ler bace yer

17 bahaya lidah adalah:

1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. suka menghina orang lain.
12. menyebarkan rahsia.
13. berjanji lalu mendustai janji itu.
14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17. memuji yang melampau-lampau.
 

Dr. Peace

Newbie
Joined
Dec 17, 2009
Messages
1,751
Points
36
jga2 apa yg kita nak ckp.. bahaya..
 

SHARIMI

freshman
Joined
Oct 27, 2009
Messages
263
Points
0
Lidah adalah anugerah Allah yang patut kita jaga . Jika kita guna untuk kebaikkan,baiklah jadinya.Jika kita untuk keburukkan,buruklah jadinya.


*******************************************
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
no 7 - selalunya bila memandu mmg menguji kesabaran betul. saya sendiri pun susah nak mengawal perkara ni.
setuju.....

hari2 dok maki je kan... adoiii

Di alam siber pulak, jaga-jaga apa yang kita taip.
Hehe
setuju... lagi bahaya daripada lidah

sekurang2nya apa yg kita cakap berlalu di angin lalu...

tapi apa yg kita taip kekal bertahun-tahun
 

AT-TARMIZI

freshman
Joined
Dec 9, 2008
Messages
467
Points
16
Age
30
no 7 - selalunya bila memandu mmg menguji kesabaran betul. saya sendiri pun susah nak mengawal perkara ni.
Sama lah kiter,susah nak control diri bila emosi marah dah menguasai diri,al-maklumlah semua org nak cepat,yer x? :)
 

meezwan

Newbie
Joined
Sep 27, 2009
Messages
1,969
Points
38
Sebenarnya semua tu dari hati kita..kotor hatinya..salahnya lidah..bersih hatinya, baiklah lidahnya..betul tak?
 

AminulFurqan

Newbie
Joined
Jan 4, 2010
Messages
122
Points
0
Dalam banyak2 anggota yang dianugerahkan Allah kepada kita, lidahlah anggota yang paling sukar untuk dijaga. Kadang-kadang tu, memang automatik terkeluar perkara-perkata yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Alangkah indahnya jika lidah kita sentiasa dihiasi lafaz zikir kepada Allah SWT...
 

ZahrulAzua

Senior
Joined
May 4, 2007
Messages
599
Points
18
Age
47
Bagi yang menjadikan penulisan sebagai medium komunikasi terutamanya di alam internet ini jari jemari juga umpama lidah... sama tajam namun tanpa bunyi...

So jika kita dinasihatkan hati2 dengan lidah... kita juga harus hati2 dengan jari jemari yang menulis serta hati2 dengan hati kita sendiri...

Halusnya perjalanan hidup seumpama rambut dibelah tujuh... halusnya tidak kelihatan dengan mata kasar... oleh itu setiap titisan yang dititiskan sepanjang perjalanan tidak dapat kita lihat baik buruknya melainkan dengan timbang hati yang dilapik dengan iman. Wallahu'alam.
 
Top