Orang-orang yang beriman sentiasa mengambil pelajaran dan peringatan apa yang berlaku disekelilingnya.
Contoh macam kes
Tragedi Bazar Ramadhan Jasin. Daripada komen2 di blog dan video di youtube ramai yang cakap cukup gentar dan takut apabila melihat payung-payung yang besar bertebangan. Itu baru payung...sesungguhnya hari qiamat lebih dasyat daripada itu. Bukan payung yang bertebangan, tetapi gunung-ganang yang bertebangan.
Firman Allah dalam surah Al-Ma'arij ayat 8-10:
Pada hari ketika langit menjadi seperti tembaga cair. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu (yang bertebangan). Dan tidak ada seorang teman akrab pun menanyakan temannya.
Begitu juga di dalam surah Al-Insyiqaq, Allah menjelaskan sekali lagi bahawa langit akan terbelah manakala bumi akan menjadi rata akibat kehancuran gunung-ganang dan bukit-bukau.
Ketika berlakunya suasana huru-hara itu barulah manusia teringat akan apa yang telah dilakukan dan diabaikan. Pada masa itu barulah timbul kesedaran dan keinsafan.