15hb Ogos 2012 (bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat), tarikh malapetaka dunia paling worst

OsmanAdnan

Senior
Joined
Sep 26, 2008
Messages
921
Points
18
Saya cuma nak share info yang baru saya tahu ni. Sama-sama kita kaji, tanya ustaz ke, betul ke tak info yang ditagged kat facebook saya ni. Kalau betul hadis tu hadis sahih, kita wajar ambil tahu tentang info ni.

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012 kat google... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... .. cuba kita tengokHadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

So macam mana? Berdebar hati saya bila baca info ni..Dekat sangat dah kita dengan hari kemusnahan kalau betul info ni dan hadis yang diriwayatkan tu sahih. Ada ustaz kat sini yang boleh confirmkan?
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Hadis dari Nu'aim bin Hammad yang berkaitan perkara yg berlaku di akhir zaman dikategorikan sebagai hadis dhoif jiddan..
 

mutt

Newbie
Joined
Feb 24, 2007
Messages
1,928
Points
38
Hadis dari Nu'aim bin Hammad yang berkaitan perkara yg berlaku di akhir zaman dikategorikan sebagai hadis dhoif jiddan..

Walaupon hadis dhoif, tp cuak gak aku dgr. Biar lah orang tak tau ni hadis dhoif jd kan pengajaran. kecut perut gak aku dgr ni.. huhu..
 

KMZack

Newbie
Joined
Oct 9, 2007
Messages
3,918
Points
38
hadis lemah leh rujuk sini

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7683.0;wap2

hanya berita ramalan

penerangan oleh ustaz syarqowy

ni saya ambik dari next page website tadik tuh

Ini jawapan dari JAKIM

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...

Wassalam...

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009"
 
Last edited:

Faizal

Senior
Joined
Jan 29, 2009
Messages
1,052
Points
38
Rasanya lebih elok kalau dipastikan dulu kesahihan hadis ini sebelum di sebarkan pada org ramai.
Ini berkaitan dgn soal akidah.
Dirisaukan kalau2 itu semua hanya propaganda kaum laknat utk memesongkan akidah umat Islam.
Adakah kita dengan sewenang-wenangnya nak percaya atas semua berita yg disampaikan?
Siapakah yg sebenarnya mengetahui tarikh sebenar kiamat? Bukankah Allah S.W.T sahaja yg Maha Mengetahui?
Siapalah kita yg boleh menentukan peristiwa itu semua?

Walau apa pun, kita semua diperintahkan utk melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang.
Tidak kira masa dan tempat.
Adakah amal ibadat kita hanya bergantung kepada bilanya akan berlaku kiamat??
Sekadar pandangan dan peringatan utk diri sendiri dan kita semua..
Wallahualam..
 

Din Beramboi

freshman
Joined
Apr 19, 2007
Messages
478
Points
16
Banyak dah benda2 mcm ni tersebar. Ada cerita2 lain kata berlaku tahun 2008. Bila tak berlaku, cerita lain plak timbul..tahun 2010 plak. Bila 2010 tak berlaku, tahun 2012 plak..dan seterusnya.

berhati-hatilah mendengar dan menerima hadis. kadang2 ianya bertujuan utk menyesatkan. Hanya Allah sahaja yg tahu perkara2 ghaib dan akan datang.
 

census

freshman
Joined
Nov 26, 2009
Messages
122
Points
0
aku cakap terus teranglah. aku benda macam ni dah xambil kisah. kalau esok pun nak kiamat, aku xkisah. hidup perlu diteruskan.

mungkin korang rasa pelik dengar aku cakap macam ni. tapi kalau korang fikirkan balik, Allah kalau nak ambil nyawa kita, bila2 masa je. xpayah nak tunggu kiamat. benda yang korang harus persoalkan ialah yg wajib tu semua dah buat ke belum?

dan korang nak tahu sebab apa lagi aku dah xambil kisah benda macam ni? sebab musuh islam dah tahu kelemahan orang islam. korang tengok apa jadi kat korang sendiri. bila dengar benda macam ni, diri jadi huru hara. ada tu sampai kerja ngan ibadat buat pun dah xkhusyuk. benda ni dah dijadikan permainan psikologi musuh2 islam untuk lemahkan kita kat dunia.

korang nak dengar lagi? aku ada kenal sorang budak yg siap berhenti kerja lepas tengok video the arrivals. siap ngaku imam mahadi. kan mengarut tu..

so, bila dengar benda macam ni, korang rilek je. istighfar banyak2. yg wajib jangan tinggal. ambil pendekatan sederhana dalam semua benda. kan itu yg disarankan nabi. sedangkan ibadat pun nabi xkasi buat berlebihan2. sebab? kalau dah asyik ibadat je, bila nak kerja? bila kerja/belajar kurang, macamana umah nak maju? bila dah xmaju dan ketinggalan, apa jadi? kena tindas la dengan orang2 yg dah berjanji nak hancurkan islam.
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
betul kata rakan2 di atas....

tugas kita sebagai umat Islam adalah percaya kiamat benar berlaku... full stop... noktah..

bila ? HANYA Allah sahaja yang mengetahuinya. Manusia TAKKAN MAMPU menjejaki tarikh kiamat sampai bila2 kerana ia adalah rahsia Allah... kalau manusia mampu buat kiraan.. dah namanya bukan rahsia lagi
 

JenamaOnline

Newbie
Joined
Mar 21, 2010
Messages
6,591
Points
0
betul kata rakan2 di atas....

tugas kita sebagai umat Islam adalah percaya kiamat benar berlaku... full stop... noktah..

bila ? HANYA Allah sahaja yang mengetahuinya. Manusia TAKKAN MAMPU menjejaki tarikh kiamat sampai bila2 kerana ia adalah rahsia Allah... kalau manusia mampu buat kiraan.. dah namanya bukan rahsia lagi

Setuju sangat dengan bro faezeli dan forumer yang lain yang ianya Rahsia ALLAH yang wajib ialah mentaati perintahnya bukan sibuk dok sensasi berita... bak kata teman di atas tadi mati bila2 beb so solat,puasa, zakat dan sewaktu denganya lakukan sebaik mungkin semoga di terima ALLAH...
 

safwanseth

Newbie
Joined
Apr 7, 2010
Messages
607
Points
16
ingat mati,ingat mati,ingat mati

tp ingat je x gune,,,perlu disertakan dgn persiapan yg rapi...semua makhluk akan kembali kpd Allah...
bertemu dgn Allah sama ada dlm keadaan Allah redha pd kita atau Allah murka pd kita....
 

nsilver005

freshman
Joined
Feb 15, 2009
Messages
128
Points
0
15 Ogos..hari lahir aku tuh :D

*moga2 kita telah bersedia menghadapi hari tersebut kelak
 

OsmanAdnan

Senior
Joined
Sep 26, 2008
Messages
921
Points
18
Itulah yang saya bukak thread ni..Sebab sekarang ni ramai sangat yang anggap hadis ni macam hadis sahih..Kalau hadis dhaif, kita tak boleh nak sebar-sebarkan. Saya bukak thread ni sebab nak tahu je..Terima kasih kepada yang bagitau pasal hadis dhoif ni..

Tapi apa pun sama-sama lah kita beringat ya..Hari Akhirat itu pasti..Dunia makin hari makin sampai ke penghujung..
 

imosnet

Senior
Joined
Nov 18, 2008
Messages
3,410
Points
38
Itulah yang saya bukak thread ni..Sebab sekarang ni ramai sangat yang anggap hadis ni macam hadis sahih..Kalau hadis dhaif, kita tak boleh nak sebar-sebarkan. Saya bukak thread ni sebab nak tahu je..Terima kasih kepada yang bagitau pasal hadis dhoif ni..

Tapi apa pun sama-sama lah kita beringat ya..Hari Akhirat itu pasti..Dunia makin hari makin sampai ke penghujung..

timakasih atas perkongsian yg best!
jumhur ulamak sependapat bhwa hadis dhaif xleh dijadikan hukum, tapi boleh di amik iktibar & amal sendiri. Dlm hal ni eloklah kita amik iktibar dpd hadis tu & amalkan & elakkan bergaduh sama2 sendiri. FYI jika beli & baca buku2 & kitab2 fadilat yg dijual digerai2 & kedai2 belambak2 hadis dhaif.

Dalam hal spt ni, Imam2 4 mazhab yg terer2 amalan depa hebat solat malam, baca quran & wirid zikir x tinggal; tu pun depa x begaduh & saling hormat pendapat masing2. Kita ni siapa?

yg penting, ;
- apa amal baik & bekalan yg dah kita sediakan sblm mati?
- apa ilmu yg bermanfaat yg kita dah sampaikan pd org lain?
- apa sedekah jariah yg dah kita buat sblm mati utk bekal akhirat?

ampun maaf, peringatan ni khas utk diri saya yg selalu lalai#-o

dan bro osmanadnan, pedulikkan depa ngan labu2 depa....keep on posting hot & unsangkarable issues!:D
 
Top