14 Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
454
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Saya kongsi-kongsikan di Sini Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur

1) Mee Bandung Muar Jalan Masjid India
Selepas sembahyang Jumaat, kalau sempat, memang terjah sini pekena Mee Bandung. Mee Bandungnya memang rasa lain dari yang lain. Memang terangkat.

2) Mango Chili Restaurant, Wangsa Walk Mall
Masakan Ala-Ala Thai, memang antara destinasi wajib setiap bulan. Menepati citarasa kami seisi keluarga. Terasa keenakan dan citarasa Thai yang menyengat.

3) Cinnamon Box, KL Festival City
Masakan istimewa disini yang menjadi kegemaran Isteri adalah Pisang Karamel dengan Aiskrim.

4) Wahab Cendol Wangsa Maju Salah satu tempat kegemaran saya untuk pekena Cendol kerana pelbagai pilihan Cendol dan Rojak boleh didapati di sini.

5) Restoran Mohd Chan Abdullah, Wangsa Maju
Ketam Masak Sos Special “RM38″ , mahal tapi pandangan saya, memang sedap dan menyelerakan. Memang sedap dan kena dengan citarasa kami.

6) Nasi Lemak Warung Indah, Danau Kota Antara Destinasi pilihan di pagi hari untuk breakfast di hujung minggu. Sambalnya yang voila dan menawan membuatkan almost setiap minggu singgahi sini.

7) Sri Pattani, Setapak Jaya Tempat pilihan saya dari zaman belajar lagi. Sayang, arus pemodenan, gerai makan ini terpaksa ditutup dan dipindahkan ke tempat lain. Jika sesiapa tahu ke mana gerai ini dipindahkan, inform ya?

8) Mali’s Corner Char Koay Teow, Danau Kota
Salah satu tempat terbaik untuk pekena Koay/Kue Teow di KL. Semakin hari semakin ramai nampak yang singgah makan di sini. Owwh, dah lama juga tak singgah sini ni.Adakah masih sedap seperti dulu?

9) HR Steak House Kampung Baru
Suasana Santai sambil melihat pemandangan KLCC. Harganya yang berpatutan menjadi pilihan dan rasanya memang menepati citarasa kami seisi keluarga. Last singgah, memang ramai orang dan cadangan saya, tambahkan pekerja untuk mengambil order kerana nampak kekurangan staff di bahagian itu.

10) Restoran Flaming Steamboat, Danau Kota
Tempat santai untuk pekena Steamboat especially kalau time special Occasion. Memang meriah, pelbagai seafood yang agak segar boleh didapati di sini.

11) Restoran Warung Santai, Tesco Ampang
Mee Bandung nya antara Mee bandung paling sedap pernah saya rasa. Selain itu, juadah lainnya juga tidak mengecewakan. Memang menjadi destinasi pilihan setiap kali singgah di Tesco Ampang.

12) Restoran Hayaki, Danau Kota
Jangan salah tafsir, Restoran Hayaki bukan berasal dari Korea tapi Restoran yang menyediakan Masakan Ala Kelantan dan Western dengan harga yang berpatutan. Extra point, restoran ini beroperasi 24 jam. Antara menu kegemaran saya di sini adalah Nasi Lauk Ayam (RM5.90) dan Manggo Ice Rock (RM5.90). Sedap dan berbaloi.

13) MZ DarulNaim, Masakan Kelantan
Masakan Selera Kelantan dengan pelbagai juadah yang menyelera dan membuka selera. Berdekatan dengan Chow Kit dan berhadapan dengan Pusat Zakat KL. Juadah menyelera. Terasa macam berada di kampung bila masuk ke gerai ini. In term of harga, rasanya agak mahal sedikit.

14) Burger Bakar Kaw Kaw, Wangsa Maju
Pernah muncul di Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan pelbagai rancangan lagi. Burger Bakar Kaw Kaw ini memang agak menyelerakan dan menepati citarasa.

Diharap kawan kawan dapat mencuba restoran yang disyorkan oleh saya ini.. Pilihan Restoran Lain disini
 
Top