12 tips penjenamaan bisnes online melalui pemasaran video 2016- bahagian 1

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Dalam artikel sebelum ini penulis pernah menjanjikan untuk berkongsi dengan anda tips pemasaran melalui video. Walaupun anda sudah mendapat input tentang pemasaran video sejak dari tahun 2015 atau tahun 2014 atau dari tahun-tahun yang sebelumnya, setiap tahun itu akan berlaku banyak perubahan pada system yang di set upkan di kebanyakan website.

Ini membuatkan ada sesetengah method pemasaran video masih lagi boleh di gunapakai dan selebihnya agak kurang memberi efektif. Jadi melalui artikel ini, kita akan kupas teknik pemasaran melalui video yang lebih efektif untuk tahun 2016. Jadi jika sebelum ini anda banyak menggunakan artikel untuk pemasaran bagi bisnes online anda, apa kata untuk tahun 2016 ini pula, anda tambah strategi pemasaran anda melalui penggunaan video pula.

Pemasaran melalui video sebenarnya sangat mudah untuk di lakukan bahkan ada waktunya jika anda menggunakan teknik yang betul, kos pemasaran menggunakan boleh di katakana sangat rendah dan tidak menelan belanja yang besar. Pemasaran melalui video juga merupakan satu cara yang paling ampuh untuk anda menjenamakan bisnes online dengan cepat dan berkesan.

Sebelum kita mengupasa tentang teknik dan cara pemasaran video untuk tahun 2016 ini, apa kata kita salami dulu sebab musabab kenapa pentingnya pemasaran video dan apakah kelebihannya untuk bisnes online anda, mari kita sama-sama lihat :

Pertama, untuk menarik trafik. Memang tidak di nafikan video mampu menarik banyak trafik untuk masuk ke website jualan anda. Tidak hairan kenapa ada ramai IM luar Malaysia suka menggunakan pemasaran video untuk memasarkan produk affiliate mereka dan juga untuk mempromotekan link CPA yang mereka sertai. Hanya melalui pemasaran video, mereka boleh mengaut untung ribuang dollar setiap bulan. Ini kerana peminat video adalah datangnya dari serata dunia maka prospek dan skop pasarannya juga akan menjadi lebih besar.

Ini menunjukkan pemasaran melalui video juga sangat mudah untuk menarik prospek ke website anda dengan cepat.

Kedua, penjenamaan. Seperti yang penulis perkatakan sebelum ini, pemasaran melalui video dapat di lakukan dengan mudah. Ada waktunya anda mengetahui satu-satu website jualan itu dengan menonton videonya terlebih dahulu, bukan? Mungkin sahaja video itu berkaitan dengan demo, tutorial dan sebagainya. Sebagai contoh, ramai wanita suka menonton video tutorial memakai tudung moden. Jika anda menggunakan video tutorial cara pemakaian tudung dan upload di internet, maka akan ramai yang akan menonton video tersebut. Melalui video itulah anda boleh memasarkan website jualan anda. Maka di sini proses penjenamaan akan berlaku dengan cepat.

Ketiga, sumber backlinks. Walaupun system google banyak menekankan tentang kualiti kandungan yang original untuk website dan blog, namun begitu backlinks juga agak membantu untuk ranking web anda. Dengan mengupload video ke internet dan meninggalkan link website di kotak info video, ini akan membekalkan backlinks tambahan buat website anda. Jika anda upload video anda di website yang mempunyai authority yang tinggi seperti facebook atau youtube, maka backlinks yang di berikan untuk website anda adalah lebih bagus dan berkualiti.

Keempat, networking. Selain daripada website seperti facebook, twitter dan akaun IG, laman web video seperti youtube dan juga vimeo juga mampu menambahkan lagi networking anda. Ini kerana melalui laman web video seperti ini, biasanya mereka menyediakan system di mana orang ramai boleh menjadi pelanggan channel anda (subscribers) dapat menghubungi anda melalui PM dan dapat memberi respond serta untuk setiap video yang anda upload di channel.

Melalui cara ini anda dapat berinteraksi dengan orang ramai dan melihat feedback mereka. Secara tidak langsung jaringan networking antara anda dan mereka juga akan menjadi luas bukan sahaja untuk pasaran setempat malah juga untuk pasaran luar Negara.

Baiklah, ada banyak kelebihan baik jika anda focus untuk menggunakan pemasaran video bagi membangunkan bisnes internet anda. Namun 4 kelebihan di atas adalah antara highlight yang mahu kita berikan melalui artikel. OK, kita sudah bercakap tentang tujuan pemasaran melalui video untuk di lakukan, sekarang kita pindah pula ke langkah dan cara untuk melakukan pemasaran video dengan efektif. Jom sama-sama kita lihat :

Tips 1 : Bina channel yang khusus


Jika anda mempunyai channel peribadi terutamanya di laman web video seperti youtube atau vimeo, gunakanlah ia untuk video peribadi sahaja seperti video anda sedang bermain badminton dengan keluarga dan lain-lain. Untuk tujuan penjenamaan bisnes online, anda sangat di sarankan untuk membina channel khusus untuk bisnes anda.

Ini kerana melalui channel tersebut kita mahu menggunakan nama channel yang sama dengan syarikat anda. Anda tidak mahu menggunakan nama comel seperti FatimahNobita untuk memasarkan produk kecantikan sedangkan syarikat anda bernama Fatimah Secret Beauty. Oleh itu, anda set up channel khusus yang dan namakan channel itu sama seperti nama syarikat anda.

Melalui channel itu, uploadlah video yang berkaitan dengan aktiviti syarikat anda seperti video demo, tutorial, aktiviti syarikat dan sebagainya. Ia adalah 100% mengenai syarikat anda dan tentang produk yang anda jual.

Perlukah membuka banyak channel untuk satu produk atau satu syarikat? Ada yang gemar untuk mengupload video tutorial satu channel, video demo dan produk baru satu channel, dan video testimony satu channel. Jika di ikutkan lebih banyak channel yang anda miliki lebih masa dan kerja yang perlu anda lakukan untuk menguruskan kesemua channel itu.

Anda mungkin perlu memantau setiap komen, PM dan pertanyaan yang penonton ajukan melalui video dan channel anda. Oleh itu, dengan mengupload semua kategori video di channel yang sama lebih bagus. Setiap laman web video yang popular seperti laman youtube telah menyediakan setting untuk anda create playlist.

Oleh itu setiap kali anda upload video dari kategori berbeza, pastikan anda meletakkan video itu ke dalam playlist yang khusus. Akan datang jika penonton mahu menonton koleksi video testimony sebagai contoh, mereka hanya perlu klik pada link playlist yang sudah anda create maka semua video testimony akan di mainkan dalam satu senarai. Oleh itu, semua video dapat di susun dengan kemas mengikut kategori masing-masing di bawah satu channel yang sama.

Dengan cara ini, channel anda juga akan di lihat lebih menarik dan kreatif kerana mempunyai banyak video yang di susun mengikut pelbagai kategori.

Tips 2 : Cantikkan channel


Channel anda usah di biarkan default dengan setting asal. Ia kelihatan kurang menarik dan tidak cantik di mata pengunjung. Biasanya channel seperti ini tidak punya channel art tiada juga profile picture yang khusus.

Oleh itu anda perlu mencantikkan channel anda itu dengan mengupload profile picture seperti dengan menggunakan logo syarikat anda. Ini adalah cara yang terbaik untuk menjenamakan lagi produk syarikat anda melalui pemasaran video. Elakkan daripada meletakkan muka anda sendiri sebagai profile picture. Tidak semua orang mengenali wajah pemilik satu-satu syarikat.

Cuba lihat channel Astro, mereka menggunakan logo syarikat sebagai profile picture dan bukanlah wajah CEO mereka. Begitu juga dengan timeline atau art channel. Gunakanlah design yang cantik dan menarik. Jika design timeline itu dapat di letakkan nama website, nombor telefon dan emel juga adalah lebih baik.

Jika anda pandai dalam melakar dan mendesign banner, maka anda boleh hasilkannya sendiri namun jika anda mahukan design dari pakar, anda boleh mendapatkannya serendah USD 5 melalui laman fiverr.com

Tips 3 : Masukkan maklumat


Maklumat tentang channel anda juga haruslah di isi. Manfaatkan kesemua setting yang di sediakan di dalam system yang ada. Di ruang about, letakkan pengenalan tentang syarikat anda, apa yang anda lakukan dan apa yang anda jual.

Jika boleh masukkan kesemua maklumat tentang fanpafe anda, website jualan, akaun twitter dan akaun Instagram. Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat melakukan penjenamaan melalui laman video seperti youtube, malah anda juga boleh menambahkan jaringan kenalan di laman social yang lain.

Tips 4 : Daftar di pelbagai website


Hari ini laman video yang sangat popular adalah laman web youtube. Ia tidak dapat di tandingi lagi oleh laman video yang lain memandangkan youtube adalah laman web rasmi yang di beli oleh syarikat google.

Maka tidak hairanlah jika anda membuat carian di laman web google untuk keyword tertentu apalagi jika carian yang anda gunakan itu ada perkataan “video” maka google banyak menyenaraikan result dari laman web youtube.

Ini adalah satu kelebihan buat anda yang mengupload video yang mempunyai carian keyword yang tinggi di google. Video anda berpeluang untuk berada di muka depan hasil carian pengguna internet di seluruh dunia.

Namun begitu adakah anda hanya perlu menghadkan pembinaan channel video anda hanya di laman youtube? Sudah tentu tidak. Ini kerana terdapat juga banyak website lain yang popular dan mempunyai banyak trafik setiap hari dan laman web ini juga perlu anda focus untuk menjalankan aktiviti pemasaran video.

Sebagai contoh, anda boleh membina channel untuk syarikat anda di laman web vimeo. Laman web vimeo juga antara yang popular selepas laman web youtube. Di laman ini juga anda boleh lihat ada banyak syarikat dan individu yang datangnya dari pelbagai niche seperti niche travel, animasi dan lain-lain berusaha untuk menjenamakan bisnes online masing-masing. Anda juga boleh melakukan hal yang sama.

Semakin banyak website video yang anda gunakan untuk membina channel bisnes online anda, semakin besar peluang untuk bisnes anda itu di kenali ramai. Dan semakin luas juga peluang untuk anda membuat sales.

Tips 5 : Gunakan video HD


Hari ini video HD menjadi kegilaan ramai penonton. Anda juga harus memenuhi permintaan ramai yang gemar untuk menonton video online dalam mood HD.

Video dalam kualiti HD dapat di tonton dengan lebih jelas dan menarik dan ini juga memberikan gambaran bahawa channel anda adalah serius dalam melakukan penjenamaan bisnes online. Anda juga di lihat sebagai sebuah syarikat yang professional.

Selain dari itu, anda boleh menggunakan video effect supaya video anda itu akan terhasil denga lebih menarik. Dapatkan servis editing dari pakar untuk mendapatkan kualiti video yang mantap.

Penutup :


Baiklah, itu sahaja perbincangan kita kali ini. Mudah dan senang untuk di ikuti, bukan?

Untuk bahagian pertama kita akan membincangkan sekitar 5 tips tentang pemasaran dan penjenamaan video. Akan datang dalam bahagian kedua, kita akan sambung pula tips dan langkah yang lain pula. InsyaAllah. Semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini. Aamiin.
 
Top