12 tips pemasaran forum tahun 2016-bahagian 2

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Kembali kita kepada tajuk sambungan tips pemasaran forum tahun 2016. Pernahkah anda menggunakan teknik pemasaran forum ini untuk memasarkan bisnes online anda?

Jika seorang newbie yangmahu belajar secara percuma tentang sesuatu perkara, maka forum adalah antara tempat yang boleh menjadi rujuakn buat mereka.

Begitu juga jika ada sebarang persoalan tentang sesuatu isu. Melalui forum, ahli forum yang lain dapat memberi bantuan dengan memberikan respond dan pandangan kepda setiap persoalan yang di ajukan.

Forum yang sudah lama bertapak pula biasanya mempunyai ranking yang bagus di carian google membuatkan sesetengah thread yang di buka itu mendapatranking yang bagus untuk keyword tertentu. Oleh itu, jangan pandang enteng kepada kuasa forum. Dengan memilih forum yang sesuai dan di gabungkan dengan teknik yang betul dan sesuai, ia akan memacu bisnes anda untuk naik walaupun anda baru bermula.

Melalui artikel ini, kita akan sambung semula tips pemasaran forum 2016, di harapkan agar semua tips ini dapat membantu anda untuk menjenamakan bisnes online anda nanti, insyaAllah.

Tips 6 : Menjadi ahli berbayar


Ada sesetengah forum menawarkan anda untuk menjadi ahli berbayar. Biasanya rules ini di tetapkan oleh forum yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dengan jumlah ahli yang sangat ramai dan juga trafik yang sangat besar setiap hari.

Biasanya juga, ahli forum yang perlu membuat bayaran untuk menjadi paid member ini di kenakan bayaran sekali seumur hidup bergantung kepada admin forum itu sendiri.

Jika anda melihat ada forum yang menawarkan anda untuk menjadi paid member, maka daftarkan sahaja dan ia sangat berbaloi. Jika anda sebagai paid member boleh membuat posting iklan tanpa had, boleh masuk ke locked thread tanpa sebarang masalah, dan di berikan kotak inbox yang unlimit saiz, jadi kenapa tidak anda laburkan kos untuk menjadi paid member?

Tips 7 : Sewa banner


Biasanya mana-mana forum akan menyediakan servis untuk anda beriklan dengan meletakkan banner mengikut saiz tertentu. Pengiklanan melalui banner juga dapat membantu bisnes online berkembang dengan baik apalagi jika forum itu mempunyai trafik yang mencanak naik setiap hari.

Ada banyak kelebihan beriklan melalui banner ini. Banner yang di siarkan di ruangan forum itu biasanya akan di lihat bukan sahaja oleh ahli forum malah visitors yang datang ke forum tanpa berdaftar.

Setiap banner yang anda linkkan dengan website jualan anda juga dapat menyumbangkan backlinks yang berkualiti kepada website anda. Namun begitu untuk beriklan di forum menggunakan forum ada tatacaranya. Biasanya anda perlulah beriklan mengikut niche yang sesuai. Ini juga bergantung kepada forum yang anda pilih.

Untuk forum yang mempunyai general topic, anda di bolehkan untuk beriklan apa jenis produk dan servis asalkan tidak melanggar rules yang di tetapkan. Namun untuk forum khusus, admin biasanya hanya membenarkan anda untuk beriklankan tentang bisnes yang tertentu sahaja. Sebagai contoh, untuk beriklan di warriorforum.com, offer yang boleh anda tawarkan kepada ramai orang adalah berkaitan dengan bisnes sahaja seperti topic adsense dan blogging, flippa, amazon, ebay dan sebagainya.

Jika anda mahu beriklan tentang produk penjagaan muka dan weight loss di warriorforum.com, memang tidak bolehlah jawabnya.

Oleh itu, berikan focus untuk beriklan bagi niche yang tertumpu dan di benarkan sahaja apabila anda beriklan di forum niche khusus. Ada yang bertanya, adakah salah jika saya beriklan di forum yang mempunyai topic general? Sebenarnya tidak salah. Namun peratusan untuk mendapatkan pembeli yang khusus itu lebih rendah.

Sebagai contoh, jika anda mengiklankan tudung moden di forum yang mempunyai topic general yang mungkin akan di lihat iklan bannernya oleh mereka yang kaki pancing, kaki games, kaki politik, tidak semua antara mereka itu berminat untuk membeli tudung.

Namun jika iklan banner untuk bisnes tudung itu di iklankan di forum yang mempunyai niche khusus seperti forum kesihatan wanita, forum fesyen untuk wanita, maka kadar peratusan untuk banner itu menjadi efektif adalah lebih tinggi.

Perkara ini sangat penting untuk anda analisa sebelum anda membuat keputusan bagi melaburkan wang untuk melakukan pengiklanan melalui banner. Sebab itulah ada sesetengah orang Berjaya melihat jualan yang memberangsangkan apabila melakukan pengiklanan melalui banner.

Ada juga antara mereka tidak begitu menjadi setelah banyak wang di laburkan. Ia sebenarnya terletak kepada apa yang anda tawarkan melalui bisnes anda dan siapakah target pembeli yang berada di tempat pengiklanan. Barulah kerja pengiklanan melalui banner di forum ini menjadi sangat bagus.

Saiz banner pula bergantung kepada saiz yang di sediakan oleh pihak admin forum, maka jika anda mahu menempah saiz banner untuk iklan,pastikan anda tahu dengan tepat terlebih dahulu saiz banner yang di perlukan.

Bagaimana pula dengan lokasi iklan? Jika di ikutkan kawasan yang mempunyai tempat tertumpunya anak mata ahli forum ialah bahagian header, kedua bahagian sidebar dan juga tengah-tengah content.

Jika anda boleh letakkan banner iklan anda itu di bahagian header, maka itu adalah lokasi yang sangat strategic. Namu begitu, biasanya lokasi di bahgaian header ini juga mempunyai kos yang paling tinggi. Jika anda lihat potensi yang ada bagus dan trafik juga sangat memuaskan, maka anda boleh laburkan kos untuk beriklan di bahagian header. Hubungi pihak admin untuk mengetahui jumlah trafik harian terkini di forum terpilih.

Tips 8 : Thread berbayar


Thread berbayar juga biasanya di sediakan untuk mereka yang mahu beriklan. Ada sesetengah forum mengenakan cas tertentu untuk setipa thread yang di post. Sebagai contoh, jika anda mahu melakukan iklan untuk bisnes sambal bilis anda di forum masakan, admin mungkin akan memberikan anda peluang percuma untuk posting iklan di kategori iklan.

Namun jika anda mahu thread anda itu untuk berada di kedudukan paling atas, maka bayaran mungkin sekitar RM 10 untuk 2 minggu akan di kenakan.

Cara begini juga mungkin akan di guna pakai oleh forum tertentu. Ini kerana jika sesebuah forum itu mempunyai trafik yang sangat tinggi, tidak di nafikan juga pengiklan dari merata tempat mahu melakukan iklan.

Maka dengan itu setiap thread iklan itu akan berlumba-lumba untuk posting iklan dan thread iklan yang sebelum ini juga akan ketinggalan. Thread mereka akan saling lintas-melintas bila mana ia menerima komen. Jadi, untuk membuatkan thread anda yang khusus berada di tangga paling atas tidak kiralah berapa banyak thread iklan lain yang akan masuk, maka kos perlu di keluarkan.

Ini cara yang di gunapakai untuk menarik perhatian mereka yang baru berkunjung ke forum. Jika anda sudah membuka thread itu 2 hari lepas, hari ini thread itu akan berada di ranking belakang. Pelawat yang baru aktif semula ke forum selepas offline pasti tidak akan dapat melihat tawaran melalui thread anda itu . Sebab itulah thread berbayar itu berfungsi untuk melonjakkan kedudukannya ke tangga atas.

Selain itu, thread berbayar di sebabkan anda mahu beriklan juga ada lakukan oleh forum. Ia bergantung kepada forum itu sendiri sebenarnya. Ada yang membenarkan anda untuk post iklan secara percuma namun cas untuk membuatkan ia berada di raqnking atas, ada yang meminta anda membuat bayaran sebelum post thread iklan, setelah bayaran di buat, barulah iklan anda akan di approve, itu perkara biasa yang banyak berlaku di fourm-forum.

Paling penting, seperti yang di katakn sebelum ini, pastikan offer anda itu sesuai dan focus dengan target pembeli di forum yang anda pilih.

Tips 9 : Buka thread free tips


Tidak ada yang lain yang sangat di sukai oleh admin forum dan semua ahli forum selain daripada mendapatkan perkongsian free tips daripada anda. Anda perlu selalu aktifkan diri untuk post thread berkaitan dengan topic sesuai di laman forum yang anda kunjungi.

Apakah kelebihan apabila anda rajin membuka thread dan berkongsikan free tips dengan ahli forum yang lain?

Pertama, kredibilit anda akan naik. Anda di lihat sebagai seorang yang berpengatahuan dan berpengalaman dengan apa yang anda katakan, asalkan apa yang anda tulis itu adalah 100% hasil dari tulisan anda dan bukan copy paste.

Secara tidak langsung, di forum itu anda akan mendapat follower anda sendiri, profile akaun anda juga akan di lawati oleh ahli forum yang lain. Setiap kali anda membuka thread baru dan memberi respond kepada semua komen yang di tinggalkan oleh ahli forum yang laindi thread anda, secara tidak langsung signature anda yang mempunyai banner iklan akan di lihat oleh ramai orang.

Oleh itu, makin banyak thread free tips yang anda buka, semakin besar peluang untuk banner iklan anda di signature di lihat oleh ahli foruk yang lain.

Tips 10 : Offer free report


Selain daripada free tips, tawarkan juga free report untuk ahli forum yang lain. Mereka juga sangat sukakan bahan ilmiah yang boleh di simpan di computer mereka seperti melalui file PDF.

Ada sesetengah forum tidak kisah jika anda membuka thread bagi menawarkan free report. Namun ada juga sesetengah thread mengenakan anda sedikit cas untuk membuka thread free report. Ya, walaupun free report adalah pemberian percuma dan bukan produk berbayar, namun bagi mereka dengan database yang anda bina melalui free report itu, anda akan dapat mengaut banyak untung nanti.

Sebab itu ada sesetengah forum mengenakan cas iut kepada anda. Asalkan casnya tidak terlalu mahal, trafiknya tinggi, tiada masalah untuk anda melabur. Dengan database yang anda kumpul melalui forum itu, anda juga dapat melakukan pemasaran emel pada masa akan datang.

Tips 11 : JV dengan ahli


JV atau kita panggil Joint Venture juga antara cara yang sangat pantas untuk anda menaikkan lagi jenama bisnes online anda. Sebagai contoh, anda menjual ebook berkaitan dengan adsense di forum make money online. Di forum itu pasti ada ramai otai yang sudah mempunyai pengalaman dan database besar yang sudi untuk JV dengan anda.

Anda boleh menghubungi mereka dan meawarkan JV untuk produk terbaru anda. Biasanya mereka mudah untuk membantu apabila anda sendiri mempunyai produk yang sangat bagus beserta komisyen yang tinggi.

Tips 12: Menjaga tatasula dan tepati rules


Tidak ad acara lain untuk anda melakukan dengan efektif asalkan anda sendiri menjaga tatasula anda sebagai ahli forum. Jangan biarkan situasi tertentu membuatkan admin ban anda sebagai ahli. Anda tidak mahu setelah berpenat lelah membian nama di forum yang bertrafik tinggi, dengan kredbiliti dan kepercayaan anda ada, ada di bekukan daripada aktif di forum tersebut.

Hal ini mungkin terjadi apabila anda lambat respond kepada pembeli atas sebab tertentu dan mereka menghantar report kepada admin. Apabila admin syak anda melakukan scam, maka akaun anda akan di bekukan.

Oleh itu berhati-hati dengan semua gerak kerja yang anda lakukan.

Penutup :


Semoga dengan semua 12 tips pemasaran forum 2016 ini, ia dapat membantu anda untuk menaikkan sales anda nanti di internet,insyaAllah. Semoga anda sukses penulis doakan.
 
Joined
Feb 3, 2014
Messages
20
Likes
1
Points
3
Offline
#2
Mungkin ramai dah tahu tentang ni, tapi bagi aki, ni benda baru, selalu dengar FB ads je..hehe..tuan tanah
 
Top