12 Cabaran Yang Patut Anda Buat Supaya Tak Menyesal

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
454
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Pernah tak korang bangun pagi dan hidup terasa kosong? Atau lebih tepat lagi, korang dah bosan asyik buat benda yang sama setiap hari. Celik mata pergi kerja, balik rumah, tidur, dan esok ulang celik mata.
Bak kata Bob Marley, “life is too short to wake up in the morning with regrets.” Jadi apa kata, pagi esok korang bangun tidur dan cuba 12 cabaran yang kami cadangkan ni. Kami boleh jamin hidup korang lepas ni akan rasa lebih tenang dan bermakna.

1. Ajak Crush Keluar Makan Malam
Sekali sekala beranikan diri ajak seseorang yang korang dah lama minat tu keluar makan. Kalau tak nak rasa awkward, korang siasat dulu dia pakar dalam bidang apa. Contohnya dia pandai akaun, korang acah-acah minta tolong dia ajar macam mana nak uruskan akaun business kecil-kecilan yang korang baru mula tu.
Tapi yang paling penting sekali, pastikan diri korang nampak cantik untuk temujanji pertama tu, okay? Sediakan senarai things-to-do yang boleh korang lakukan untuk kekal berseri dalam masa 12 hari sebelum temujanji.

2. Pantang Gula 12 Hari
Salah satu cara untuk kelihatan lebih kurus sebelum temujanji ialah dengan menjaga makan dan berpantang dari mengambil gula. Cuba usahakan cabaran ini dalam masa 12 hari dan lihat hasilnya.

3. Ikuti Amalan Pengamal Kesihatan
Perempuan adalah golongan yang paling mementingkan kecantikan diri dalaman dan luaran. Kadang-kadang susah nak pastikan kedua-dua kecantikan itu dijaga dengan seimbang. Seperti artis kita iaitu Kaka, Hunny & Marsha, cara paling senang ialah dengan pengambilan pati prun InnerShine. Pati ini mampu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengekalkan kesihatan dan kecantikan.

4. Impromptu Solo Trip
Kami rasa semua orang patut cuba cabaran ini. Alangkah seronoknya hidup ini kalau bangun tidur boleh terus pergi airport dan beli tiket kapal terbang ke mana-mana sahaja destinasi yang korang suka. Sekiranya tak mampu ke luar negara, melancong dalam negara pun sudah memadai. Asalkan korang dapat lari dari realiti sebentar dan tenangkan minda dengan aman untuk beberapa hari.

5. Keluar Rumah Tanpa Makeup
Kalau perasan, tak ramai perempuan yang berani keluar rumah dengan wajah bersih tanpa sebarang solekan. Tapi tahukah korang bahawa lelaki sebenarnya lebih suka gadis yang cantik semulajadi.
Jadi, jom cabar diri tak sentuh makeup langsung selama 12 hari dan biarkan kulit wajah anda bernafas segar. Dengan cara macam ni, secara tak langsung korang pun boleh tingkatkan keyakinan diri.

6. Belikan Makanan Untuk Stranger
Apalah sangat setakat belanja satu set makanan tengah hari atau makan malam untuk individu yang duduk berseorangan sebelah meja korang. Mana tahu satu hari nanti giliran korang pula dibelanja stranger. Hehe.

7. Buat Squat Dalam 12 Hari
Sebenarnya ramai perempuan jealous dengan kecantikan punggung Kilafairy yang melentik. Tapi setakat cemburu dan puji diam-diam je tak guna kalau kita sendiri tak ada usaha nak dapatkan bentuk badan yang cantik macam tu.
Solusinya, silalah rajinkan diri cari masa untuk bersenam dan lakukan squat dengan gigih. Bila dah terbiasa buat selama 12 hari, teruskan lagi untuk hari-hari seterusnya, mana tahu lepas tu punggung anda jadi macam Kim Kardashian pula. Hehe.

8. Tahan Diri Dari Shopping
Haa kami pasti ramai perempuan di luar sana kurang yakin dengan cabaran yang satu ni. Bukan apa, perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan. Tapi tak salah cabar diri sendiri kan? Kalau korang berjaya lakukan ini dalam masa 12 bulan, korang memang terbaik.

9. Jadi Sukarelawan
Cari persatuan atau pergerakan yang sedang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dan sertailah mereka sekali sekala. Bukan sahaja korang dapat pahala, tapi juga dapat melihat sisi lain kehidupan dari sudut yang berbeza. Ini adalah cara terbaik untuk lebih menghargai kehidupan korang.

10. Telefon Adik/Kakak/Abang Dan Ucap I Love You
Tak ramai antara kita yang bersikap terbuka dalam meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap adik beradik.
Pedulikan apa adik, abang atau kakak korang nak kata. Biar diorang fikir korang gila atau buang tebiat asalkan korang sempat cakap I Love You pada diorang. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita atau mereka pada masa akan datang.

11. Buat Perkara Yang Anda Takuti
Setiap orang mesti ada beberapa ketakutan yang menghantui hidup dia. Contohnya macam ular, takut masuk rumah hantu, atau takut pada ketinggian.
Tak kira apa pun perkara yang paling korang geruni, sila cabar diri korang atasi ketakutan itu. Percayalah, korang akan rasa bangga dengan diri sendiri selepas itu.

12. Masuk Pertandingan Menyanyi
Suara korang sedap bak buluh perindu? Tunggu apa lagi, tunjukkan bakat dengan masuk pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak , yang terkini adalah dianjurkan oleh InnerShine. Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai pertandingan nyanyian, layari di sini. Jangan lupa cuba, okay!
 
Top