11 Cara Top Membina Senarai Pelanggan anda

Joe Fizzow

Senior
Joined
Jul 20, 2009
Messages
725
Points
18
Pemasaran emel boleh menguntungkan sesuatu perniagaan, tidak kira apa jenis produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Perkara ini lebih murah daripada kaedah pengiklanan yang lain, dan jika dilakukan dengan betul ia membantu membina kesetiaan dan kepercayaan dengan pelanggan. Sebagai hasilnya, anda menghasilkan lebih banyak jualan dan keuntungan lebih!

Landasan untuk pemasaran emel menjadi sukses adalah senarai emel berasaskan ‘buyer list’ yang disasarkan. Usahawan internet mengatakan senarai emel adalah sebagai 'lombong emas' mereka kerana ianya dapat menghasilkan banyak jualan mereka. Jika anda telah membina senarai emel pelanggan dan mereka tertarik pada apa yang anda tawarkan, maka anda telah menyelesaikan langkah pertama dan sedang dalam perjalanan anda. Sekarang saatnya untuk jadikan ia 'lombong emas’!

Di bawah ini anda akan menemui senarai beberapa idea-idea yang boleh membantu anda mendapatkan hasil yang terbaik dari semua kegiatan pemasaran emel anda:

1. Menyediakan kandungan yang relevan. Anda perlu memberi maklumat yang unik dan berharga yang akan menarik atau berguna bagi mereka.

2. Tambah borang opt in untuk setiap halaman di laman web anda. Pastikan ia mudah ditemui dan cantik. Anda juga boleh memasukkan lebih daripada satu pada beberapa halaman. Contohnya, anda boleh pasangkan pop-up opt in dalam bentuk selalu muncul di sudut kiri atas laman web anda dan anda mungkin mahu menambah lagi satu di akhir artikel anda yang paling popular.

3. Tambah borang langganan di laman social anda. Pastikan bahawa anda tidak melepaskan sumber berharga peluang pendapatan melalui laman social ini dengan mengintegrasikan fan page anda di Facebook.

4. Memudahkan pembaca untuk mendaftar pada borang opt in. Semakin banyak maklumat yang anda minta, semakin sedikit orang yang akan opt-in. Dalam kebanyakan jenis opt in, nama dan alamat emel sudah cukup untuk menarik orang melanggan emel dengan anda. Pada opt in nyatakan dasar privasi bahawa anda tidak akan berkongsi maklumat pelanggan dengan mana-mana pihak supaya mereka merasakan senang untuk terus memberikan nama dan emel.


5. Berikan bonus kepada pelanggan yang bermanfaat dan benar-benar boleh digunakan. Tawarkan produk percuma yang membantu pelanggan anda dalam bentuk ebook, video, audio, dan perisian yang bernilai untuk mereka. Ini tidak langsung menjadikan senarai emel anda menjadi responsif. Anda juga boleh menawarkan hadiah untuk yang opt-in. Berikan mereka idea percuma tentang produk hebat dan semestinya semua orang suka untuk mendapatkan sesuatu secara percuma! Mereka pasti akan merasa benar-benar dihargai dan itu sangat disarankan dan bagus untuk perniagaan anda!

6. Mintalah pelanggan anda untuk menyebarkan ilmu daripada anda dari mulut ke mulut. Ini adalah teknik virus yang sangat viral. Jika pelanggan anda mendapati kandungan info anda menarik, lucu atau bermaklumat, mereka mungkin akan berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Hal ini dapat menjadi sumber besar pelanggan-pelanggan baru, jadi pastikan untuk mengingatkan mereka untuk 'menyebarkannya’ tentang anda.

7. Membenarkan orang lain menggunakan semula newsletter anda dengan syarat kandungan tidak diubahsuai. Jika anda mudah berkongsi kandungan dengan sekeliling, maka mengapa tidak! Banyak webmaster dan penerbit newsletter secara aktif mencari kandungan berkualiti tinggi dan, jika mereka mencetak semula newsletter anda, anda akan mendapatkan pelanggan baru, dan lalu lintas lebih banyak dan link yang menunjuk ke laman web anda.

8. Sertakan butang 'Sign Up' dalam newsletter anda. Jika anda menggunakan plain text bukan HTML, pastikan anda memberikan link teks ke laman langganan anda. Anda mungkin merasa bahawa ini tidak diperlukan kerana pelanggan sudah melanggan dalam senarai anda, tapi anda perlu ingat bahawa pembaca yang ‘targeted’ akan meneruskan membaca newsletter anda dan menyebarkan kepada orang lain atau mencetaknya semula secara online. Buatkan semudah-mudah bagi mereka untuk melanggan!


9. Sertakan testimoni pada halaman squeeze page/landing page/web jualan anda. Ini sangat penting. Masukkan satu atau dua testimoni kuat dari pelanggan yang berpuas hati dengan produk percuma/berbayar di laman web anda. Ini boleh dalam format apa sahaja tetapi anda mungkin boleh meletakkan multimedia seperti audio atau video testimoni yang lebih 'dipercayai' dan menginspirasi lebih banyak orang untuk bertindak. Untuk lebih meningkatkan believability, anda perlu mendapatkan keizinan untuk menggunakan nama pelanggan yang sebenarnya dan meletakkan url mereka.

10. Blogging adalah cara yang bagus untuk berkomunikasi dengan prospek dan pelanggan berpotensi. Ia boleh menjadikan anda berinteraksi dan respon kepada pembaca emel. Letakkan opt in di blog untuk memastikan mereka berterusan berinteraksi dengan anda. Anda boleh memulakan sebuah blog percuma di blogspot atau Wordpress.

11. Post pada blog lain. Komen post dengan bijaksana dan komen anda akan diposting pada blog mereka dengan link kembali ke laman web anda. Ini adalah cara mudah untuk menghasilkan lalu lintas trafik baru dan pelanggan anda nanti.


==========================================================
Anda boleh menjadikan tips-tips ini sebagai artikel pemasaran anda
dengan syarat tidak mengubah kandungan asal dan meletakkan pernyataan ini bersama serta nama penulis asal ini. Faizul Noor mula berkecimpung di dalam perniagaan internet sejak 2009 dengan memfokuskan pada produk fizikal dan digital secara sambilan.
Faizul Noor juga kini giat menulis artikel dan tips di www.faizulnoor.com
==========================================================
 

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
Thanks bro Faizul, tips yg amat berguna... teruskan perkongsian demi manafaat bersama.
 

shaifulazhan

Senior
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,705
Points
38
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih.

Ada beberapa tips yang tak pernah saya
cuba. Akan ku coba try test guna tips yang
dikongsi.
 

Joe Fizzow

Senior
Joined
Jul 20, 2009
Messages
725
Points
18
Thanks bro Faizul, tips yg amat berguna... teruskan perkongsian demi manafaat bersama.
Sama-sama bro Zahid..insyaAllah saya akan teruskan perkongsian.:)

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih.

Ada beberapa tips yang tak pernah saya
cuba. Akan ku coba try test guna tips yang
dikongsi.
Sama-sama bro Shaiful Azhan..guna2...jangan tak guna.:)
 
Top