Assalammualaikum,
Tuan dan Cikpuan yang dihormati. Kita sambung lagi cara menjual nasi lemak cara santai. Bukan nasi lemak kukus, hanya biasa-biasa sahaja.
Jika hari ini pulun - pulun tempahan pastikan esok hari pulun-pulun juga tempahannya. Servis dan Masakan nasi lemak mesti sedap. Maafkan saya, tips ini tidak mengajar bagaimana memasak nasi lemak tetapi mendedahkan bagaimana menjual dan promosi cara biasa tapi laku seperti ramai yang baru pertama kali ingin merasa nasi lemak kampung.
Pernah dengar
Nasi Lemak Sekolah bergerak?
Dipendekkan cerita, Jual nasi lemak ke sekolah-sekolah, ada yang pernah mencuba? Jual di sekolah? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang ingin mencuba tapi tidak berjaya. Ada yang kata, mana boleh menjual nasi lemak sedangkan pihak sekolah telah ada kemudahan kantin dan jualan dengan harga yang berpatutan.
Memang semua tidak boleh tapi memaksa diri untuk menjual kawasan larangan mesti ada caranya, jika main masuk tentu kena humban balik. Jika masuk kawasan musuh tentu bahaya, kalau ingin masuk juga mesti kena angkat bendera putih baru dibenarkan berjumpa dengan pegawai tertinggi. Bukan begitu? Samalah dengan masuk ke sekolah, rendah atau tinggi kena guna bendera putih.
Masuklah ke sekolah dengan berkempen, tajuknya bagaimana? Sebagai contoh, Nasi Lemak Sihat untuk Pelajar Sekolah.
Berkempenlah dengan tuan kaunselor, pengetua dan mereka yang rapat dengan pelajar termasuklah Cikgu yang disayangi murid/pelajar sekolah.
1. Jumpalah dengan kaunselor, terangkan kempen makan cara sihat, otak cergas masuk kelas. Boleh tempah tiga kali seminggu. Nasi lemak on the way.
2. Ramai yang menjual nasi lemak ke sekolah, tetapi menjual macam itu saja tanpa intinya nanti tidak dipedulikan. Tempahan hari-hari akan jadi 'The Last day of Nasi Lemak'. Spesifiknya, jika jual ke sekolah rendah, jangan jual yang perisanya untuk orang yang kuat pedas nanti pelajar sakit perut.
Jangan jual hari-hari kalau untung banyak, tiga kali seminggu sudah cukup jika tidak, pelajar kena penyakit 'Kuat makan Kolestrol Tinggi, Kita jual untuk tema 'Kuat makan minda sihat forever, everyway and anyway agar everyone can eat'.
Jadi bagaimana caranya agar nasi lemak tuan dan cikpuan mudah masuk ke sekolah? Kita sambung lagi...
